PART 4

Crime Completed 8878

"Awak, tahniah ya?" ucap Misya. Pandangannya di halakan ke hadapan jalan. Air mata sudah bergenang di pelupuk mata.

"Tahniah untuk apa?" Tanya Rizal semula.

"Tahniahlah sebab awak dah nak berkahwin tak lama lagi." jawab Misya dengan nada yang sedih. Ada getar pada suaranya.

"Janganlah macam tu, kita masih lagi tetap berkawankan? Walaupun saya dah kahwin" ujar Rizal cuba memujuk.

"Tapi situasi kita dah lain, dah berbeza. Kita tak boleh jumpa lagi macam selalu" "Kita jumpa senyap-senyap bolehkan?"

"Rizal, dengar sini. Saya dah tak nak ada hubungan dengan awak lagi. Saya tak nak, isteri awak tuduh saya perampas!. Awak faham tak?" Misya mula meninggikan suara.

Rizal tergamam dengan sikap Misya yang berubah secara tiba-tiba. Selama 3 tahun dia berkawan dengan Misya, gadis ini tidak pernah menunjukkan kekasarannya.

"Macam ni lah, awak lupakan saya. Awak bina hidup baru bakal isteri awak" ujar Misya. Air mata yang di tahan-tahan tadi akhirnya merembes juga.

"Awak baliklah.." Misya memusingkan tubuhnya membelakangkan lelaki itu.

Tidak sanggup rasanya dia mahu memandang wajah kekasih hatinya yang bakal menjadi suami kepada gadis lain. Dia harus menerima hakikat, Jodoh pertemuan semuanya terletak di tangan Allah. Dia dan Rizal beriya-iya merancang pernikahan yang gilang gemilang, menyimpan impian untuk mempunyai cahaya mata bersama. Tetapi, dia redha, Allah lebih berhak menentukan perjalanan hidupnya.

"Huh.." Rizal melepaskan keluhan berat. "Misya, awak kena tahu, sampai bila-bila saya tetapkan sayangkan awak. Saya tak boleh lupakan awak macam tu je" luah Rizal. Dia juga berbelah bahagi untuk memilih siapa yang harus dia pilih. Rizal rasa terhimpit.

"Awak baliklah" Arah Misya, kemudian gadis itu melangkah masuk ke dalam kedai. Langkahnya meninggalkan si lelaki yang masih lagi setia menanti di situ.

***

Misya merasa tidak sihat. Tubuhnya terasa lenguh. Kepalanya juga berat. Dia akhirnya memohon cuti untuk berehat.

Hostel yang di sediakan oleh pihak 7e, terletak berdekatan dengan kedai tempatnya berkerja. Jadi, Misya lebih senang berjalan kaki berulang alik ke tempat kerjanya.

Jam di tangan sudah menunjukkan waktu 11.00 malam. Keadaan jalan raya semakin lama, semakin lengang. Misya berjalan keseorangan tanpa di temani oleh sesiapa pun. Lorong yang di laluinya juga begitu sunyi. Tiada org yang lalu lalang di situ. Abang Leman burger pun tak berniaga hari ini. Biasanya lelaki itu tutup pada hari jumaat. Tetapi, hari ini bukan hari jumaat. Hari ini hari khamis. Misya tak peduli. Yang penting, dia sampai ke rumah dengan selamat.

"Hoi!" panggil satu suara. Suara itu milik seorang gadis.
Misya menoleh ke belakang. Dia ternampak satu susuk tubuh berdiri di hadapan matanya. Tetapi sayang, Misya tidak dapat melihat dengan jelas raut wajah gadis itu.

"Awak siapa?" Soal Misya. Langkahnya terhenti.

Susuk gadis yang berhud itu melangkah menghampiri Misya. Tanpa sempat berbuat apa-apa, leher Misya di cengkam dengan kuat.

"Ap..apa..apa ni?" soal Misya tergagap. Nafasnya tersekat-sekat akibat cengkaman dari gadis itu. Dadanya berombak kencang.

"Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Cukup sekadar kau tahu..yang kau dah menganggu hak aku!" herdik Melati. Pandangan matanya di tikam ke anak mata Misya.

Misya terkapai-kapai. Dia meronta mencuba untuk memboloskan diri dari cengkaman gadis itu. Tetapi, cengkama tangan Melati nampaknya lebih kuat sehinggakan Misya sukar untuk bernafas.

Sebilah pisau kecil yang cukup halus, di keluarkan. Pisau yang masih kelihatan baru dan berkilat, di usap-usap ke wajah mulus Misya. Misya ketakutan. Jelas terpamer di wajahnya ketakutan yang tak boleh di bayangkan.

"Jangan risau, aku cuma nak cantikkan muka kau aje." Melati mula menghiris sedikit kulit pipinya. Darah mula keluar dan menitik. "Shhhhhh... Jangan banyak cakap. Aku tengah buat kerja ni. Diam-diam okay"

Misya cuba meronta. Tetapi rontaannya mendatangkan kemarahan Melati. Dengan sekali torehan, wajah Misya terluka dan menjadi cacat.

Tidak cukup dengan itu, Melati mengheret Misya ke kereta dan menyumbat gadis itu ke dalam bonet.

"Aku suruh kau duduk diam-diam tadi kan? Tapi kau degil. Sekarang kau rasalah!!!!!" tengking Melati. Tangannya yang berlumuran darah di kesat pada uniform Misya. Dia tak mahu ada setitik darah pun melekat pada bajunya.

Melati menghalakan keretanya ke rumah. Waktu itu, kawasan perumahan yang di duduki Melati senyap sunyi. Sesekali terdengar bunyi burung hantu bersuara.

Bonet kereta di buka. Melati dapati, Misya masih lagi menangis. Gadis itu merayu agar dirinya di lepaskan.

"Ssshhhhhhh..." Dengan cepat, Melati meletakkan jari telunjuknya ke bibir Misya. "Diam sekejap boleh tak? Jangan bising. Aku tak suka teman serumah aku bising-bising" Ujar Melati. Rambut Misya di renggut dengan kasar. Kemudian di tarik menuju ke sebuah bilik di bawah tangga. Bilik itu sedikit gelap hanya di terangi oleh sebatang lilin yang sudah pendek. Ruang bilik itu juga sempit. Hanya boleh memuatkan dua org sahaja di dalamnya.

Misya di dudukkan pada sebuah kerusi kayu. Mulutnya diikat dengan kain. Tangan dan kakinya turut di ikat dengan seutas tali.

Misya sekali lagi cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri, tetapi tetap juga gagal.

"Kau tinggal kat sini ya, temankan aku. Aku ni duduk sini sorang-sorang. Aku bosan tau. Temankan aku ya?" ujar Melati sambil mengenyitkan mata. Pintu bilik kecil itu di tutup dan dan di kunci dengan sebuah mangga yang besar.

"Duduk situ sampai kau mampuss! Ha..ha..ha..ha.." kata Melati sambil ketawa berdekah- dekah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience