Bab 14

Romance Completed 21373

"Pssstt... suami kau tu tidur mati ke? Sampai sekarang tak bangun?" Naila berbisik sambil ketawa. "Dia tu memang. Bom sebelah meletup pun dia tak dengar." Iris tumpang mengutuk suaminya. Ketawa mereka berdua meletus.

"Amboi.. sedap ya korang ketawa. Nak mengumpat pun agak-agaklah. Nama je berbisik tapi jiran sebelah boleh dengar." suara Rayyan kedengaran. Mereka menoleh ke arah Rayyan. Lelaki itu mengendong Izhan yang merengek kecil.

"Eleh.. dia yang telinga lintah. Kata orang pula." Naila menjawab. Dia makin selesa dengan Rayyan. Suami rakannya itu peramah juga orangnya. "Kan, Ila. Alololo... pampers dia dah penuh. Papa lah ni, tak pandai tukar pampers Iz. Kesian sayang mama ni. Jangan kawan papa" Iris mengambil anaknya itu dan kembali ke bilik.

Rayyan mencebik. Naila ketawa melihat Rayyan dan Iris. Seronok tengok pasangan muda ni. Lebih lagi yang ada anak seperti pasangan di hadapannya. "Oi! Kau termenung ingat boyfriend ea?" Rayyan mengusik Naila yang termenung sambil tersengih dari tadi.

"Aku fikir belajar. Bukan macam kau. Angaukan bini sendiri."

"Elehhh.. taulah kau jealous. Aku ada bini cantik, anak lagi. Kau boyfriend pun takde.. Piraahhh..." Rayyan menjelirkan lidahnya kepada Naila. Budak-budak sama umur, biul sikit bila jumpa geng.

Naila mengambil tuala dapur lalu dibaling sekuat hati pada Rayyan sambil menjerit nama Iris. "Iris!! Tengok laki kau ni! Dia kacau aku!" agaknya jiran sebelah pun boleh dengar.

Iris di dalam bilik tergelak sendiri. Dicium dahi anaknya. Kepalanya asyik fikir tentang Tania. 'Apa jadi pada Nia sebenarnya? Mesti dia kecewa.'
******************
Irdina menghampiri Iris dan Ilhan yang galak bercerita. "Amboi adik-adik akak ni. Buat apa?" dia mengambil tempat di sebelah Iris. "Bercerita tentang kisah cinta Encik Rayyan Hadif dan Puan Iris Lidya." Ilhan mengusik Iris.

"Kenapa tiba-tiba nenek dengar nama papa Iz kena sebut? Mama, maklong dengan pak usu kutuk papa Iz lah. Jom kita report kat papa." Puan Sri Hadina menggerakkan tangan cucunya. Terkekeklah si Izhan tu. 'Haishh.. budak comel ni memang suka ketawa. Ikut siapa ni?'

Serentak tiga beradik itu ketawa. "Mana ada maklong kutuk papa Iz. Mama dengan pak usu yang kutuk." Irdina mengambil Izhan dari tangan Puan Sri Hadina. Hari ni mereka sekeluarga berkumpul di rumah sewa Iris dahulu sebelum bertolak balik esok.

Naila sudah keluar bersama kawan-kawan. Iris tidak dapat mengikut kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga.

"Ehh.. buat ape mama nak kutuk papa. Bukan best pun. Penat je mulut mama ni bercakap tentang papa yang poyo itu. Kalau pasal hero mama ni memang mama selalu cakap. Kan, sayang, kan." dia mencium pipi anaknya lagi. Geram!

"Ha ah... manalah tahukan... Mengumpat pasal aunty Tania ke." Irdina ketawa tanpa menyedari dia telah membuatkan Iris terasa hati.

"Eerr.. Dya nak masuk bilik dulu." Iris terus berlalu dari situ. Irdina menggigit bibir setelah menyedari yang dia terlepas cakap. Semua di situ terdiam.

Rayyan terserempak dengan isteri pelik apabila wajah itu hanya menunduk. Dia melangkah pula ke sekumpulan manusia itu. "Kenapa dengan Dya tu?"

Semua serba salah jadinya? "Rayyan pergilah pujuk Dya. Dia merajuk tu bila Dina sebut tentang...." Ibunya berjeda lama. Teragak-agak hendak menceritakan. Makin ingin tahulah Rayyan jadinya. "Pasal apa, ibu?" tanyanya lagi.

"Pasal Tania." perlahan Ilhan menyebut nama yang selalu melukakan hati kakaknya. Rayyan menepuk dahi. Patutlah air muka isterinya keruh sahaja. 'Adoii.. baru nak berbaik dah macam ni. Kena melancarkan kempen memujuk sekarang juga ni.'

"Takpelah.. biar Rayyan pergi pujuk Dya. Korang main lah dulu dengan Izhan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience