BAB 3.

Horror & Thriller Series 5413

HATI siapa yang tidak sakit seandainya tunang sendiri boleh bermesra dengan perempuan lain di depan mata!

Dan itulah yang sedang dirasakan  oleh Meena.  Merengkam hatinya saat melihat kemesraan tersebut sedangkan dengan dirinya dingin.

"Apa kurangnya aku, hah? Apa kurangnya aku?" Meena membentak-bentak sendirian di belakang bangunan.  Memang dia sengaja menyembunyikan dirinya dari Zaryll.

Dan lelaki itu pula, masih lagi mencari di manakah keberadaan tunangnya itu, tidak mungkin Meena sudah  pulang sepantas itu.  Bukan kehendak hati dia apa yang sudah berlaku tadi.

Sedu-sedan yang kedengaran itu menyakinkan dia bahawa Meena ada dalam kawasan tersebut.  Kemungkinan  dalam kereta atau luarnya kerana tangisnya jelas dia dengar  kini.   

Ternyata telahan dia betul,  Meena sudah kembali semula dan terduduk atas bonet kereta hadapannya.  Jarak tempat persembunyian dia dengan kawasan parkir kereta mereka tidaklah jauh mana pun.

“Sayang...”  Zaryll memanggil setelah kaki terhenti di depan tunangnya itu.  Meena seraya mendongak lalu mata mereka bertatapan lama.

Kelam-kabut menuruni dari atas  bonet kereta.  Sakit hati  masih lagi terasa.  Dia mahu segera pulang ke kondo.  Sudahlah dia keseorangan. Zaryll lah satu-satunya tempat dia bergantung harap tapi…

Memang dia ada rakan dari Meet Chat tetapi Zaryll sudah lama kenal dirinya itu. 

“Sayang tunggu.  Dengar dahulu penjelasan I...”  pinta Zaryll memintas langkah Meena dengan memaut lengan  wanita yang  memakai pakaian ringkas namun tetap

kelihatan jelita dengan bertumit tingginya itu.

“You... please look at me when i’m talking to you...sayang...”  Zaryll memujuk hati lara Meena dengan  tangan tetap  dia pegang selagi bibir bergincu merah itu enggan bersuara.  

“I rasa... dah tak ada apa lagi nak diperkatakan lagi... semuanya dah jelas depan mata I... No wonder lah you selama ini macam nak elak je dari jumpa... rupa-rupanya...”

“No!  No, sayang not like that... you was been  wrong thinking of  me sayang...”

“Where is wrong?  Then you tell?”  Pangkah Meena dengan  bersuara meninggi.  

“Kau jangan nak tinggi suara pada aku?”  sela Zaryll secara tiba-tiba.  

Meena juga terus melawan panahan mata Zaryll,  dia menelitinya,  tidak nampak sinar mata Zaryll.  Pun begitu, tetap dengan kedegilannya.

“Maafkan I sayang.  Tak patut I tinggikan suara begitu pada You... Maafkan I sayang...”  Zaryll masih enggan melepaskan tangan tunangnya itu walau Meena, meronta-ronta mahu dilepaskan tanpa ingin ungkapkan sebarang kata sedari tadi. Marah benar nampaknya Meena.

"You... You masih marahkan I ke sayang?”  Zaryll tetap dengan soalannya.  Spontan ibu jari  merayap-rayap atas permukaan belakang kulit telapak tangan Meena membuatkan gadis jelita itu langsung mendongak.  Bertatapan mata, mengebam bibir.  Menahan satu perasaan asing dan juga amarah yang masih tersisa.  

“Sayang, kenapa you tenung I sebegitu?  I tahu you sudah maafkan I, kan sayang?  I juga tahu, tunang kesayangan I ni... mana boleh lama-lama marahkan I ... betulkan sayang?”  

“Siapa awak sebenarnya?”  Dan soalan itu membuntangkan mata Zaryll.

“Sayang!  Sampai hati awak kata macam tu pada saya?”  soal Zaryll seraya melepaskan pegangan tangan Meena.  

“Apa yang awak nampak tadi sayang, tak sama seperti mana yang awak fikirkan.  Bukan kami berdua sahaja yang ada di situ sebelum awak  nampak.  Dan, saya juga tak sangka yang saya akan… tapi sayang… takkan sebab itu sampai tergamak kata I macam tadi… tak kenal I!  I ni  tunang you sayang.  Tunangan you!”
Meena langsung merenung wajah itu sedalamnya.  

“Then kalau you anggap I ni tunangan you.  Why  sanggup  lukakan hati saya?  Begitu?  Awak tahu tak apa yang awak buat tadi?  Awak kucup bibir perempuan lain awak tahu tak?  Habis saya ni siapa?”  Bertubi bak peluru soalan Meena kemukakan.  

Zaryll makin terkapa-kapa.  

Tambahan pula air mata Meena yang dipertahankan tadi kini akhirnya membasahi pipi.  Laju dia memalingkan wajah saat tangan Zaryll mahu menyentuh mukanya. Zaryll makan hati.

“Awak… please  listen to me.  Awak dah salah anggap.  Bukan saya yang nak cium dia. Tapi…"

"Tapi what? Dipaksa? Then tak boleh marah ke? Siapa dia dengan kau?"  Makin kasar pengucapan Meena.  Zaryll yakin gadis di hadapannya itu benar-benar marah padanya.  

"I… I …"  Zaryll tergagap-gagap dalam membina alasan.  Itu menguatkan lagi keyakinan dalam hati Meena bahawa tunangnya itu tidak jujur pada perhubungan mereka. 

“Awak, tolong tinggalkan saya...” Pinta Meena dengan suara menahan tangis.  Kolam mata makin bertakung dan sudah ingin melimpah-ruah. 

“Tapi…"  Zaryll enggan. Tetapi dia juga buntu untuk mencipta alasan.  Dalam masa sama, dia tidak mahu Meena bertambah sangsi dengan dirinya.  Itu bakal menjauhkan lagi jarak mereka yang sememangnya mulai ada jurang. 

“Zaryll, please... i’m  begging you dear.  Give me a space...” Meena tidak meminta banyak. Hanya itu. 

Dan Zaryll dalam keterpaksaan, merelakan dan dia menunduk pergi.
Meena tidak mahu Zaryll terus pergi kerana dia harap lelaki itu memujuknya lagi tetapi Zaryll ternyata tega meninggalkannya.

"Apa salah Meena? Kenapa semua orang bencikan Meena?  Kenapa semua orang buang Meena hah?" Meena menyoal sambil menggigit-gigit kuku.  Tadi masih ada kereta tempat dia duduk tapi kini Zaryll sudah bawa pergi.  

"Zaryll. Kenapa tak pujuk Meena hah?" 

"Zaryll, datanglah balik pujuk Meena!"  

"Zaryll…"  Meena menekan suaranya.  Rambut dia kusut-kusutkan sambil tersenyum-senyum.  

"Meena tahu Zaryll mesti datang balik bawa Meena…"  Ujarnya sambil terbetul-betul keadaan rambutnya kembali namun kereta yang sama dengan kereta milik Zaryll terus sahaja.  

"Meena! Why you here?"  Satu suara menegurnya dari belakang. Hon ditekan-tekan barulah gadis yang sedang di landa kesedihan itu berpaling belakang.  Ayra dan Aswan tersenyum girang.  Meena!

"Meena kan? Meet Chat? Aku lah Ayra ni Aswan… eheh kau ni, buat-buat tak kenal pula. Dari mana nak ke mana? Why sorang-sorang ni? Mehlah tumpang kami.   Boleh kita bincang lagi pasal plan hari itu…" 

Meena terdengar saja perkataan plan hari itu terus  melemparkan senyuman.  Meraup muka agar tidak ketara basahnya lalu dia membuka pintu kereta. 

"Dah makan Meena? We all berdua belum lagi ni? Apa kata aku mesej yang lain and kita berbincang sama-sama kat kedai makan. Amacam ok tak?" Ayra memberi cadangan.

Aswan masih lagi memandu.

"Aku okay je... try lah mesej diaorang..." Meena menyahut. Rasa kesedihan semakin berkurangan. Ayra dan Aswan sangat ramah bersembang dengan dirinya. Sekurang-kurangnya melegakan sedikit panas hati pada episod tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience