Bab 100

Romance Completed 78329

Suvarnabhumi Airport, Bangkok, Thailand.

Gia dan Jericho sama-sama melangkah keluar dari balai ketibaan. Dari jauh Jericho terpandang Lisa yang sedang menunggu. Dia memandang Gia di sebelahnya.

“Gia…kau suruh Lisa datang ambik kita ke?”

“Yep. Kenapa? Kau ada masalah ke?” Gia tersengih.
Sengaja dia mesej Lisa suruh datang ambik dia dan Jericho dekat airport. Dalam masa yang sama aku saja nak Jericho dengan Lisa berjumpa. Sampai bila nak larikan diri kan?

“Gia, kau tahukan aku dengan Lisa macam mana?”

“Alah…kau tak payah nak berdrama sangatlah dengan aku. Aku tahu kau sebenarnya masih lagi suka dekat Lisa kan? Tak payah nak tipu akulah sangat.”

Gia berjalan menghampiri Lisa lalu saling berpelukan. Mereka berdua tersenyum satu sama lain.

“Kau baru lepas menangis ke ni Gia? Mata kau bengkak ni,” tegur Lisa. Sampai naik bengkak mata.

“Biasalah…emosi still tak stabil. Bukan senang nak hadap benda yang jadi depan mata.”

“Yelah. Emmm, Luqman tak ada datang ke?”

“Errr…tak payah cakaplah pasal dia. Jom? Jer! Jom!”

Jericho yang tadinya menyepi di belakang Gia sekadar mengangguk. Dia mengikuti langkah Gia dan Lisa dari belakang. Gia ni memang betullah! Saja je ajak Lisa datang ambik sedangkan dia tahu aku dengan Lisa dah break. Tapi…ah! Tak ada apa-apalah.

Yang menjadi masalahnya sekarang ni aku tak faham bila si Lisa dengan Gia cakap dalam bahasa Thai. Setahu aku Lisa ni tak pandai sangat nak cakap bahasa Thai tapi macam mana pulak dia boleh cakap? Si Gia ni aku tahulah dari dulu lagi dia boleh cakap Thai.

“Lisa…sejak bila kau belajar cakap Thai ni? Dulu kau cakap boleh sikit-sikit je.”

“Hahaha…daddy aku lah asyik cakap Thai dengan aku. Katanya saja nak bagi aku tertanya-tanya dia cakap apa. Then, aku ambik keputusan untuk faham sikit-sikit.”

“Ohhh…semua sebab daddylah ni?”

“Yelah…penat nak berbalah dengan dia. Dah kalau aku cakap tagalog dengan dia, dia faham. Last-last dia balas apa yang aku cakap dalam bahasa Thai. Mahunya aku tak angin?”

Gia ketawa. Sebab tu je Lisa mula boleh cakap sikit-sikit bahasa Thai. Gia menoleh pula ke belakang memandang Jericho yang dari tadi senyap je. Amboi…landing Thailand terus jadi bisu ke apa?

“Jer? Kau senyap je? Kenapa?”

“Tak ada apa. Tak ada topik nak cakap. Kau sembanglah dengan Lisa.”

“Kau tak nak sembang dengan Lisa ke?” Sengaja dia tanya soalan macam tu. Nak tengok reaksi Jericho macam mana.

“Gia, kau sengaja kan?” Gia buat bodoh dan kembali borak dengan Lisa.

“Lisa, kalau kau diberi peluang untuk get back balik dengan Jericho, kau nak tak?”

“Kalau diberi peluang, mestilah nak. Tapi tak tahulah kalau orang tu masih nakkan kita ke tak lagi kan? Yelah, bekas girlfriend dia dulu tu kuat cemburu, selalu marah-marah dia, tak percayakan dia sampai sanggup tuduh macam-macam and end up kena tinggal. Dia tak tahu bekas girlfriend dia menangis teruk macam mana. Tiap-tiap hari menangis sebab menyesal buat bekas boyfriend dia macam-macam dulu.”

“Kalau dia bagi satu lagi peluang, ex dia janji akan jadi girlfriend yang takkan cemburu buta dan akan percayakan dia sebab apa? Sebab ex dia dah tahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah.” Jawab Lisa dengan penuh makna.

“Kau dengar tu Jer. Apa salahnya kalau kau bagi satu peluang lagi untuk Lisa? Aku tak nak kau menyesal bila Lisa dah jumpa pengganti lain nanti.”

“Gia! Diam!” Jericho menjegilkan matanya pada Gia. Tak sanggup nak dengar lebih-lebih. Gia ni memang nak kena betullah. Dah lama tak kena luku dengan aku.

“GIA!!! Kamusta ka (apa khabar)? You look so slim now.” Ujar Madam Rova sambil membelek tubuh Gia di hadapannya. Nampak kurus dari yang dulu.

“Biasalah auntie. Sekarang ni tak berapa selera sangat nak makan. Sebab tulah kurus sangat.”

“Tak apa, Gia duduk dengan auntie then auntie akan buat Gia jadi gemuk dengan makanan dekat sini. Ok? Auntie dengan uncle nak mintak maaf sebab tak dapat balik Cebu masa pengebumian mummy Gia. Tiket flight tak ada.”

“Tak apa, Gia faham. Vi pun tak balik sebab tiket flight tak ada jugak. Emmm…auntie tahukan Gia bukan lagi Kristian.”

“Hmmm…ni mesti masalah makanan kan?” Gia mengangguk. Sekarang dia dah tak boleh nak makan sembarangan lagi. Semuanya mestilah berasaskan makanan halal.

“Tak apa, Gia jangan risau! Dekat dapur auntie tu semua auntie dah clean dan gantikan dengan makanan halal yang auntie baru beli. Sejak Lisa bagitahu yang Gia nak datang duduk sini, auntie dah bersihkan semua. Makanan yang auntie beli semuanya halal. Gia jangan risau. Daging, ikan, ayam semuanya auntie beli dengan peniaga halal.”

“Betul ke ni auntie?”

“Betullah. Auntie nak Gia rasa selesa duduk dekat rumah auntie walaupun kita berbeza agama. Auntie tak kisah pun. Uncle pun tak kisah jugak. Dia cakap ubah ikut keselesaan Gia.”

“Khob khun mak na ka khun lung (terima kasih banyak-banyak ya uncle),” Gia tersenyum senang dengan layanan mak cik dan pak cik kepadanya. Sanggup ubah semuanya semata-mata untuk dia sahaja.

“Jah (ok),” jawab Mr. Hans Thorsaporn. Dia sendiri rasa seronok kalau tetamu turut rasa seronok bila duduk di rumahnya. Lagipun, Gia bukan orang luar pun. Gia adalah anak buahnya memandangkan isterinya dengan Madam Valona adalah adik-beradik.

“Pee Gia!!!” Tiba-tiba saja ada suara riuh meraung namanya. Gia yang terkejut mengurut dadanya sebentar sebelum menoleh ke belakang. Eh? Theerut, Nuttchai dengan Rinrada pun ada dekat sini?

“Thee? Nutt? Rin? Tham arai tee nee ya (buat apa dekat sini)?”

“Ma ha pee ngai (nak jumpa dengan akaklah),” jawab Rinrada. “Pee suay jang ley (akak cantik sangat). Chorb mak (Sukanya)!” Puji Rinrada.

“Nee (ni)…pee bpen nang baeb ley (Dia kan model). Pee ja mai suay dai yang rai la (macam mana dia boleh tak cantik)? Pee dtong suay ngai (dia mestilah cantik).” Ujar Theerut.

“Roo laew na pee (tahulah abang)!” Rinrada mencebirkan bibirnya pada abangnya.

“Lau tha roo pood baeb nan thammai (dah kalau tahu kenapa cakap macam tu)?” Nuttchai pulak menyampuk.

“Gor pood chey-chey (saja je cakap).”

Gia sekadar ketawa kecil melihat telatah Theerut, Nuttchai dengan Rinrada. Ada saja benda yang nak bertengkar.

“Hai uncle. Sawatdee ka khun bpa (hello auntie),” Gia melekatkan kedua-dua tangannya (wai) menunjuk rasa hormat kepada auntie Nattawadee dan Mr. Enrico Valenciano.

“Sawatdee jah nhoo (hello Gia).” Auntie Nattawadee senyum kepada Gia.

“Kue thuk kon gor tee nee ka (semua orang dah ada dekat sini). Laew gin khao tee nee okay mai (then makan dekat sini ok)?” Cadang Madam Rova. Apa salahnya kan? Meriahlah kalau makan ramai-ramai di sini.

Mereka semua bersetuju dengan cadangan Madam Rova. Boleh eratkan silaturahim antara keluarga.

“Gia…tolong auntie siapkan makanan boleh? Kita masak makanan Filipina hari ni.”

“Boleh!” Lagi seronok dia kalau bab memasak sebab dia memang suka memasak. Cakap jelah nak dia tolong apa mesti dia akan tolong.

Masing-masing menuju ke ruang tamu dan berborak kosong. Lisa pula memandang Jericho yang duduk kerusi kaunter dapur. Dari tadi hadap telefon dia je. Lisa memberanikan diri menghampiri Jericho.

“Jer…”

Jericho hanya buat bodoh. Matanya masih lagi menghadap telefon.

“Jer, I nak mintak maaf dengan perbuatan I selama ni. I tahu I banyak salah dengan you. I tak kisah kalau you tak nak maafkan I ke apa. Tapi, apa yang I nak you tahu I still sayangkan you macam dulu. I tahu you takkan boleh maafkan I senang-senang macam tu je. I tahu you masih marahkan I. Tak apa, I tak paksa you pun untuk maafkan I.” Lisa berlalu pergi menuju ke dapur.

Dari melayan hati ada baiknya dia tolong mummy dengan Gia siapkan makanan dari dia mengejar benda yang tak pasti. Dia tahu Jericho masih tak dapat maafkan dia. Yelah, kalau difikirkan balik perbuatan dia dulu memang melampau. Tuduh benda yang bukan-bukan dengan cemburu butanya lagi. Kalau dia jadi Jericho pun, mungkin susah nak maafkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience