H13

Crime Series 45700

"Ezhar Iqbal... Mamat cekaroi..Selamat datang ke dunia baru. 7 tahun kau duduk dalam tirai besi, amacam? Best tak?"


Mamat Cekaroi?

Lama dah Ezhar tak dengar panggilan itu pada dirinya.

Dulu dia digelar Cekaroi, kerana memberi 'resipi' air ketum bercampur ubat batuk yang dikatakan lebih sedap dan mudah khayal berbanding minum air ketum tanpa menambah apa-apa.


Padahal Ezhar tengok 'resipi' tu kat 'youtube' dan dia sendiri tak pernah pun pratikan untuk diminum.


Ah! nampak sangat lah Ezhar lah Kepala Syaitonirajim kat kampung ni!

"Nasir.. aku datang bukan nak cari gaduh.. Kau tak payah nak perli-perli bagai"

Keras suara Ezhar seraya nafas dihela pendek.

Walaupun mendapat larangan dari Dafika, namun entah kenapa fikiran Ezhar rasa serabut selagi dia tak tahu hal sebenar.


2 hari Dafika mendiamkan diri dengannya. Cakap pun hanya yang perlu sahaja.

Hari ini Ezhar nekad mencari Nasir mengikut alamat yang Salwa berikan.

"Eh. Eh.. Sentap pulak mamat ni. Kau yang datang sini jumpa aku tiba-tiba, sekarang kau nak cakap aku cari gaduh ngan kau pulak?" Pusing cerita ni bro.."

Nasir membalas kata-kata Ezhar tadi sambil tertawa sinis.

"Kau jangan nak berdalih Nasir."

"Aku? berdalih? Kau nak cakap apa ni bro? Aku rasa kau masih mabuk cekaroi la Har..?"

Bidas Nasir lagi. Senyum sinis masih lebar.

"Aku tak ambik dah barang-barang tu lagi Nasir!"

Tinggi ton Ezhar, cuba membela dirinya sendiri.

"Okay-okay... relax... Makin kuat sentap kau ni.. mungkin kau dah taubat lepas duduk lama dalam penjara kot.."


Nafas Ezhar tarik lagi, Kalau hilang sabar, memang buku lima dia dah hinggap kat tengah hidung besar milik Nasir tu!

" So.. Kau nak apa sebenarnya jumpa aku tiba-tiba macam ni?. Straight to the point."

Tawa sinis terus meniti dibibir Nasir. Rasa marahnya tak pernah pudar pada Ezhar!

"Aku nak kau cakap dengan aku kenapa kau putuskan pertunangan dengan Fika, dan kenapa kau cerita dengan Salwa, yang aku ada hubungan dengan Fika? Apa kena mengena aku dengan Fika? Semua orang kampung tahu aku hanya berkawan dengan Fika. Macam aku kawan dengan kau."

"Aku bukan kawan kau, Har."

Laju Nasir memotong bicara Ezhar. Hujung bibir dijungkit tinggi.


Ezhar diam, dia tak mahu keadaan menjadi keruh sedang Ezhar kesini hanya untuk mendapatkan bukti. Dia dah puas bergaduh dengan ramai orang.

"Har... 7 tahun benda ni berlaku, kau baru nak tanya? bukan ke Fika tu selalu melawat kau kat penjara ke? Yela.. kan korang ni KEKASIH GELAP."

Sindir Nasir lagi ketika melihat Ezhar kembali membekukan lidah.



"Nasir.. Kau tak payah sindir-sindir boleh tak? Aku cuma nak tahu, kenapa libatkan aku dalam masalah kau?"

Mendatar suara Ezhar walaupun dalam hatinya dah berbakul sifat amarah!

"Fika tak cerita kenapa?"

"Kalau aku tahu, aku tak tanya kau."

Soal Ezhar kembali.

"Ah! Bodoh betul Fika tu! Dari dulu dia nak sorok kan pasal kau! Konon nak bela kau, takut kau dapat malu! Lastnya aku yang jadi mangsa. Puih!"

Suara garau Nasir kembali tajam.

"Nasir.. aku tak suruh kau maki Fika, aku tanya sekali lagi. Kenapa kau jadikan aku penyebab kau putus tunang dengan Fika. Sedang kan kau tahu aku ngan Fika tak pernah ada apa-apa."

Rahang petak Ezhar bergerak cuba menahan amarah.

"Hello bro.. Kalau korang takde apa-apa, macam mana Karsyad tu boleh keluar?"


Kening tebal Ezhar kembali bersambung,

"Kau cakap apa ni Nasir?"

Soal Ezhar kembali.

"Eh. Eh kau dah makan Fika puas-puas lepas tu kau lepas tangan je kan Har?"

Nasir geleng kepala, senyumnya masih sinis.

"Kau cakap baik sikit Nasir. Aku tak pernah sentuh Fika. Dan aku tak pernah nak tebuk perempuan suka-suka hati."

"Tak sentuh Fika?"

Nasir gelak sambil menekan perutnya yang sedikit boroi.

Lucu dengan kenyataan Ezhar tadi.

"Har. Kau sedar tak kau tu DAJAL kat kampung ni, Aku rasa bukan setakat Fika je kau makan, entah-entah banyak lagi kau sedekah mani kau kat betina kampung ni."


Ezhar merengus kuat. Tangannya meraup wajah sekali. Jika diikutkan hati, mahu sahaja di leburkan Nasir di ruang pejabat lelaki itu.

Arrgghh! Sabar Ezhar Iqbal...

"Har...Kau bernasib baik., sebab aku tak hebohkan pasal kau dan Fika. Kalau aku heboh kan dan tunjuk sekali gambar korang berdua tengah beromen memang makin malu besar Tan Sri Iskandar dengan sikap anak dia."

Nasir bersuara lagi menyebabkan wajah Ezhar kembali berkerut.

"Gambar apa ni?! Kau jangan nak cakap sebarang Nasir."

Fuhhh.. Ezhar dapat rasakan kemarahannya makin di lever tertinggi.

"Cakap sebarang apanya? Gambar tu jelas buktikan korang ni beromen tak ingat tuhan. Dan mata aku sendiri nampak korang berdua keluar dari hotel kat pekan tu, 7 tahun dulu."

Terang Nasir lagi. Panas juga hatinya bila Ezhar buat-buat tak tahu.

Ah! Syaitan tak mungkin akan jadi malaikat sampai bila-bila.

"Hotel? Hotel mana ni? Dan gambar? gambar apa kau cakap? mana gambar tu? aku nak tengok."

Soal Ezhar bertalu. Kerutan di keningnya makin merapat. Sungguh dia tak faham maksud Nasir.

"Kau ingat aku ni binatang ke takde perasaan nak simpan gambar bogel korang berdua selamanya? Gambar tu dah lama aku bakar. Abu dia dah jadi debu!"

"Nasir... aku betul-betul tak tahu apa yang kau cakap kan ni.."

Soal Ezhar mendatar, cuba untuk menenangkan Nasir yang makin meninggi suaranya.

"Har... Kau jangan bajet alim sangat lah. Aku tak masuk campur bila orang kampung cakap kau penagih dadah tapi aku memang tak boleh blah bila kau perdajalkan hubungan aku dan Fika. Betina tu pulak dah dapat kau terus buang aku. Hah sekarang merasa lah lahir anak haram."


BETINA?!

Shit!

Ezhar hilang sabar. Kolar baju Nasir, dia tarik merapati wajahnya.

"Betina yang kau sebut tu nama dia DAFIKA AWANIS, dan anak dia bukan anak haram! Kau tak berhak nak jatuh hukuman pada orang lain! Kau bukan tuhan!."

Iris mata Ezhar sudah merah. Kali ni amarahnya tak dapat dibendung lagi,

Dia tak kisah Nasir mengutuk dia, tapi Ezhar memang pantang jika Dafika turut dimaki lelaki itu!

"Ye! aku bukan tuhan, tapi tuhan dah tunjuk aku bukti yang terang bahawa kau yang kongkek Fika sampai Fika lahirkan Karsyad. Nasib baik semua ni terjadi sebelum majlis kahwin aku dan Fika, Kalau tak, tak pasal-pasal aku jadi pak sanggup kepada anak kau!"


Anak aku?

Karsyad anak aku?

Perlahan Ezhar melepaskan kolar baju Nasir yang digengam tadi, mata masih menyorot lelaki itu mintak penjelasan lagi.

"Aku pun tak tahu, kenapa Fika nak rahsiakan perkara ni dari kau. Mungkin sebab dia rasa kau tak sesuai nak jadi bapak Karsyad. Sebab kau sendiri pun mat pit. Takut terkenan kat keturunan dia."


Nafas terus Ezhar hela, telinganya tak masuk apa yang Nasir bebelkan pasal diri dia.

Yang masih menjadi persoalan sekarang, betul ke Othman Karsyad anak kepada Ezhar Iqbal?


Sebab kes ni ke, Dafika baik dengan Ezhar?

Sebab kes ini juga Dafika duduk rumah Wan sampai sekarang?

Dan Sebab tu Dafika cuba halang Ezhar dari berjumpa dengan orang kampung?
Sebab takut rahsia ni terbongkar?


Ah Fika! Kenapa kau terlalu berahsia?!

Ezhar sua rambutnya kebelakang, wajah ketat Nasir kembali dipandang

"Nasir. Boleh kau bagi tahu aku, hotel mana kau nampak aku dengan Dafika dulu?"


Dan kini Ezhar berdiri dihadapan hotel yang dimaksudkan oleh Nasir.

CRYSTAL INN

Hotel satu bintang yang sudah usang namun gah berdiri ditengah pekan.

Honda C70 yang Ezhar guna membawanya ke depan hotel ini.
Selepas enjin dimatikan, Ezhar membiarkan punggungnya terus bertapak di 'seat'.


Wajah didongak memandang Crystal Inn.


Kisah 7 tahun lalu kembali menerpa..

"Har.."


Suara merdu siapa pulak ni...

"Har bangun..."

Weii ganggu betul lah...


Ezhar cuba buka matanya, namun pandangan agak kabur. Mungkin sebab minuman alkohol yan diambilnya sebentar tadi melebihi dos biasa.

Kepala terasa agak berpusing. Pandangan cuba dijelaskan. Tertapi masih kabur.

Yang Ezhar pasti, seperti seorang wanita sedang duduk disebelahnya. Rambut wanita itu panjang melepasi paras bahu, dan dia memakai baju berwarna kuning cair.
Eh.. bukan warna baju, warna itu seperti warna kulit..

"Har.."


Sekali lagi suara lembut itu memanggil.

"Arrgghh"

Ezhar merengus, kepalanya terasa makin berat.

Kedua lengannya diangkat dan cuba memegang tubuh wanita itu. Tapi hanya seketika, tubuh terasa makin ringan menghempas tilam.

"Har..."


Suara manja itu makin membawa tubuh Ezhar jauh melayang..

"Arrghh"

Setelah agak lama, Ezhar tersedar kembali.

Mata dibuka, pandangan masih kabur. Tengah dahi dipicit. Muka tampannya berkerut seribu menahan kepala yang masih pening.


Setelah agak lama, Tubuhnya didudukan. Terasa bergegar. Mata mengherot kekiri dan kanan ketika pandangan mula terang.

"Aku kat mana ni?"
Soal Ezhar. Namun tiada siapa yang menjawab.


Sekali lagi Ezhar memusingkan lehernya kiri dan kanan. Kelopak mata digenyeh beberapa kali.

Ternyata Ezhar berada disebuah bilik kecil dengan hanya sebiji katil, sebuah meja kecil serta televisyen kotak yang dipagar dengan besi dan terletak di sudut bilik.


Suasana bilik itu sedikit sejuk.

Ezhar pandang ke atas. Terdapat penghawa dingin yang sudah warna kekuningan kerana agak lusuh, melekat didinding bilik.


Tahu lah Ezhar, dia kini berada di bilik hotel.

Tapi macamana dia boleh berada disini?

Bukan ke malam tadi, dia sedang teguk arak bersama Malik?


Eh Malik mana?


Segera Ezhar bangun dari katil, rasa sejuk makin kuat menikam.


Selimut yang terkuak membuatkan Ezhar perasan yang dia tidak berbaju. Seluar jeans yang dipakainya juga sudah tercampak ke sudut katil.
Nasib boxer Calvin Klien masih melekat di pinggangnya. Kalau tak memang dah terlanjang bogel la.

Jap!
Kenapa pulak aku tak berbaju?


Ezhar serabutkan rambut. Banyak betul persoalan yang dia tanya pada dirinya sendiri.


Tanpa menunggu lagi, Ezhar sauk baju serta seluar ke tubuh. Dia perlu keluar dari sini.

Sewaktu langkahnya menuju ke pintu mata Ezhar melirik ke bawah katil. Kelihatan seperti tali berwarna merah.

Dia cuba mendekati dan tali itu ditarik keluar.

"Coli?! Shit!"
Maki Ezhar sambil melemparkan sehelai baju dalam wanita yang disangka tali tadi.


Wajah makin dikerutkan. Namun Ezhar malas untuk memikirkan lagi dan dia keluar dari bilik tersebut.


Dan bilik itu adalah sebuah bilik di Crystal Inn...


Ezhat meraup wajahnya dengan tapak tangan.
Benarlah dia berada di Crystal Inn ini 7 tahun yang lalu.
Wanita yang memanggil dan berada bersamanya didalam bilik itu adalah DAFIKA AWANIS..

Maksudnya aku yang rosak kan Dafika?
Sehingga Dafika melahirkan Karsyad..
Dan Othman Karsyad... adalah anak aku?

Allahuakbar....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience