Bab 1 : Pengenalan
AKU bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar di sebuah daerah di negeri Perak. Sekarang ini jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Aku dan beberapa pelajar tingkatan 5 berjalan keluar dari dewan peperiksaan SPM. Kami baru sahaja selesai menjawab kertas ujian terakhir SPM. Aku mempunyai dua orang kawan rapat dan tidak pernah berpisah kelas dari tingkatan 1. Kami tiga sekawan ini adalah aku Izni Haryati, Aina Afifah dan Nur Izati.
Aku seorang gadis yang agak tomboi. Di sekolah aku akan memakai tudung seperti pelajar-pelajar perempuan beragama Islam lainnya. Tetapi bila keluar dari sekolah aku akan membuka tudung dan akan memperlihatkan potongan rambutku seperti lelaki. Aku mempunyai kembar bernama Izzani Haikal. Tetapi kami berdua terpisah ketika berumur 13 tahun. Apabila ayah kandungku datang ke rumah mak setelah beberapa tahun bercerai. Ayah telah mengambil Izzani Haikal untuk tinggal bersamanya di kota. Walaupun mak aku yang bernama Salmah tidak membenarkan tetapi Izzani Haikal mahu mengikut ayah. Kerana protes mak tidak memberikan kad pengenalan diri Izzani Haikal kepada ayah.
“Mana, Mykad Izzani?” tanya ayahku yang bernama Mohamad Ismail.
“Jangan harap aku akan bagi Mykad tu.” Mak berkata dengan tegas.
“Jom Izani, kita pergi sekarang. Nanti dekat sana kita buat lain je Mykad tu,” kata ayah sambil menarik tangan Izzani Haikal.
Izzani Haikal berjalan mengikut ayah. Lalu masuk ke dalam kereta yang terparkir di depan rumah. Aku hanya memandang sahaja abang kembar dan ayahku pergi begitu sahaja. Paling menyedihkan aku adalah ayah tidak langsung memandang ke arahku. Hanya Izzani Haikal sahaja yang melambai kepadaku. Aku masih teringat jeritan Izzani Haikal sebelum masuk ke dalam kereta.
“Suatu hari nanti! Abang pasti akan datang jumpa adik,” jerit abang kembarku itu sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Itu adalah kali terakhir aku melihat abang kembarku itu. Setelah hari itu aku dan Izzani Haikal terputus hubungan. Ayah juga tidak pernah menghubungi atau menjenguk aku. Setiap tahun aku berharap ayah akan datang membawa abang kembarku untuk bertemu denganku. Tetapi semuanya itu tidak pernah terjadi. Aku pernah mencari di media sosial seperti Fac, Twitter dan Instagram berharap abang kembarku ada membuka akaun di tiga media sosial itu. Tetapi aku tetap hampa kerana tidak menjumpai akaun Izzani Haikal di media sosial itu. Aku tahu sampai sekarang kad pengenalan Izzani Haikal masih tersimpan elok di dalam almari ibuku. Kerana itu aku lebih suka memotong rambut seperti lelaki dan perwatakan pun seperti lelaki. Kerana aku membayangkan wajah abang kembarku itu pasti mirip seperti diriku.
“Wei Izni! Kau ni dah kenapa asyik mengelamun je? Kau ada masalah ke?” soal Aina Afifah sambil memandang ke arahku.
“Betul tu.” Nur Izati mengiakan.
“Aku, tengah fikir cara nak cari abang kembar aku.” Aku menjawab pertanyaan dua sahabatku itu.
“Yalah... baru aku teringat yang kau pernah cakap dulu, kalau dah selesai ambil paper SPM yang terakhir kau nak pergi cari abang kembar kau tu,” kata Nur Izati.
“Macam mana kau nak cari abang kembar kau tu? Kau sendiri tak tahu alamat rumah ayah kau tu,” kata Aina Afifah pula.
“Aku memang tak ada alamat ayah aku tu. Tapi aku tahu ayah aku tinggal dekat Kuala Lumpur,” kataku sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
“Kau ingat senang ke nak cari dekat Kuala Lumpur tu. Kuala Lumpur tu besar tahu tak?” ujar Nur Izati.
Nur Izati sudah biasa pergi melawat ibu saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Kerana itu dia tahu bagaimana keadaan kota Kuala Lumpur. Bangunan pencakar langit pun banyak di ibu kota Malaysia itu.
“Aku tahu, tapi aku tetap nak cuba cari abang aku tu. Lagipun dia tu abang kembar akulah. 4 tahun dah kami berdua berpisah. Aku sering mimpi beruk tentang abang kembar aku tu,” luahku tentang apa yang aku rasai selama ini.
“Ya, aku faham. Tapi kalau kau nak juga cari abang kau tu. Nampaknya kau kena cari kerja di Kuala Lumpur dan tinggal dekat sana.” Aina Afifah memberi cadangan.
“Betul tu... Tapi masalahnya umur aku belum cukup 18 tahun, mana ada tempat yang nak terima pekerja yang tak cukup umur lagi.” Aku memberitahu mereka berdua.
“Betul juga... Tak apa nanti aku cuba cari dekat media sosial, manalah tahu ada kerja kosong yang perlu guna tenaga yang belum cukup umur 18 tahun macam kita ni,” kata Nur Izati memberi cadangan.
“Okey juga tu, tapi kau kena cari majikan yang akan bagi tempat tinggal sekali dekat aku. Kalau setakat ada kerja tapi tak ada tempat tinggal, susahlah aku nanti.” Aku memberi pendapat.
“Yalah,” sahut Nur Izati.
“Wei, jomlah balik. Tunggu apa lagi dekat sekolah ni,” kata Aina Afifah sambil menarik tanganku.
“Yalah... Zati kami balik dulu,” kataku lalu berjalan ke arah motorsikal yang terparkir di tempat letak motosikal pelajar.
“Mak aku pun dah sampai tu,” ujar Nur Izati sambil berjalan menuju ke sebuah kereta Perodua Alza yang berhenti tidak jauh dari pagar sekolah.
Nur Izati pulang sekolah akan diambil oleh orang tuanya. Lagi pula Husna Izati adalah anak tunggal. Manakala aku pula menunggang motosikal untuk datang dan pulang sekolah. Aina Afifah pula akan membonceng di belakangku. Kerana Aina Afifah adalah anak yatim dan mempunyai ramai adik-beradik. Lagi pula Aina Afifah dan aku tinggal berjiran. Sebab itu aku sudi menumpangkan Aina Afifah pergi sekolah dan pulang sekolah. Hampir pukul 4.00 petang barulah aku sampai di rumah. Aku melihat di halaman rumah ada adik lelakiku berumur 3 tahun bermain seorang diri. Selesai menongkat motosikal, aku segera berjalan ke arah adikku berlainan bapa itu, yang aku panggil baby.
“Baby, kenapa main panas ni? Jom masuk, nanti mak marah pandan muka.” Aku menegur baby kerana bermain di luar.
“Baby, nak agi makan kucinglah,” kata baby agak sedikit pelat.
“Kucing tu ada kutulah. Nanti kutu tu hisap darah baby, baru tahu,” balasku sengaja menyakat baby.
“Baby, nak acuk mah la ni,” ucap baby sambil berlari masuk ke dalam rumah.
Aku mengukir senyuman melihat gelagat adikku itu. Aku membuka kasut sekolah kemudian berjalan masuk ke dalam rumah. Aku berjalan menuju ke dapur kerana perutku sudah merasa lapar. Sampai di dapur aku terus membuka tudung saji yang ada di atas meja. Aku lihat ada lauk ikan pari masak asam pedas dan sayur kangkung tumis. Aku segera pergi ke arah singki dan membasuh tangan. Kemudian aku mengambil pinggan dan mengaut nasi untuk diletakkan di pingganku. Setelah itu dengan cepat aku duduk di bangku. Setelah membaca Bismillah aku pun menjamah nasi dan lauk di pingganku.
Usai makan aku mencuci pinggan di singki. Ketika aku ingin meletakkan pinggan di rak tiba-tiba mak muncul.
“Kamu dah habis ujian SPM kan?” tanya mak.
“A’ah, hari ni last. Lepas ni dah tak ada ujian,” kataku mengiakan.
“Sementara tunggu SPM ni mak rasa baik kamu kerja dulu. Kedai makan Pak Abu yang tepi jalan tu nak pakai orang. Apa kata kamu cuba minta,” kata mak memberi saranan.
“Tak naklah kerja kedai Pak Abu tu,” balasku tidak mahu.
“Habis tu kau nak buat apa?” tanya mak sambil memandang wajah anaknya ini.
“Macam biasalah, setiap hari Sabtu Ahad Izni akan pergi katering dekat majlis kahwin,” jawabku sambil tersengih.
“Katering tu bukan ada setiap hari. Sabtu Ahad je baru ada kenduri kahwin. Hari lain duduk rumah goyang kaki je. Dahlah kalau suruh buat kerja rumah malas. Nak jadi apalah dengan kamu ni,” kata mak yang mula membebel tentang sikapku.
“Alah, mak jangan risaulah. Izni tengah cari kerja kosong dekat media sosial. Izni kalau nak kerja tak maulah dekat-dekat sini. Mestilah kena cari jauh sikit,” balasku cuba memujuk mak.
“Terpulang kamulah... Tapi hati-hati dengan media sosial ni. Bukan boleh percaya sangat, banyak yang penipu.” Mak memberi peringatan kepadaku.
Share this novel
kesiannya