BAB 4 (Terpisah)

Zombie Series 1354

Kini mereka berada di bahagian belakang hotel kerana berisiko untuk masuk ke hotel itu melalui pintu hadapan. Mereka pun memasuki kawasan itu dan berada di bahagian luar dapur. Danial menolak pintu dapur itu perlahan-lahan dan mengintai ke dalam. Gelap tetapi masih terdapat lampu yang bersumber dari luar pintu dapur. Setahunya berhadapan dengan bahagian dapur itu terdapat satu lif petugas dan pintu untuk tangga kecemasan tambahan pula dia mengetahui passwords untuk mengakses lif tersebut tanpa menggunakan kad akses kerana semasa dia tinggal lama di hotel tersebut terdapat seorang chef di situ berkawan dengannya. Mereka menjadi kawan kerana chef tersebut juga datang dari Malaysia. "Abang, kalau kita dapat lepas masuk dapur kita boleh guna lif petugas sebab saya tahu password lif tu. Alang- alang bangunan ni ada elektrik baik kita naik je lif terus ke tingkat bilik papa sewa." Danial memberi cadangan. Adam pun mengangguk setuju. Dia pun turut menjenguk di sebalik celahan pintu utama dapur itu.

Terdapat dua orang lelaki yang memakai baju chef tetapi dia yakin telah pun menjadi zombi
Namun dia baru perasan kedua- duanya sedang memegang pisau dan parang setiap seorang. Adam meneliti beg galas mereka berdua dan beg silang mereka. " Baik aku dan adik bawa je beg silang. Beg galas ni tinggalkan di luar pintu ni, hah sorok dalam tong sampah. " Adam merangka rancangan dan memaklumkan pada adiknya. Mereka memilih barang penting dan memindahkannya ke dalam beg silang. "Wow, abang ada pistol! Bila abang jumpa? Saya pun ambil senapang ni dari pak cik semasa di dalam kereta takut apa-apa jadi kerana pak cik sedang berubah. " Danial meletakkan pistol panjang itu ke dalam baju dan seluarnya berhadapan perutnya. "Tapi tulah bawa je senjata apa yang ada, pistol ni masa kecemasan je. Kita beruntung sebab sempat belajar senyap- senyap dengan atuk masa kat London dulu macam mana nak menembak tapi akhirnya kena tangkap dengan nenek." Adam teringat kisah lucu itu dan Danial pun tergelak kecil juga. " Tulah kalau di Malaysia mana boleh kita berlatih menembak. Tapi Danial hati-hati akan senjata ni berbahaya." Adam menambah. Kedua-duanya meletakkan beg galas ke dalam tong sampah besar. Kemudian mereka mengintai semula dapur itu.


Dua zombi itu hanya berdiri kaku. Adam memikirkan rancangan dan dia melihat sekeliling dapur. Danial menunjukkan Adam meja memanjang yang mungkin tempat untuk meletakkan makanan yang telah dimasak dan untuk dihantar kepada pelanggan. Terdapat beberapa barang di bawah lantai tetapi ini peluang mereka. Danial tunduk dan mula merangkak di bawah meja besi yang panjang itu diikuti Adam. Mereka tetap memandang keberadaan dua zombi itu dan merangkak sesenyap mungkin. Akhirnya detik lima minit berlalu dan masing-masing berjaya keluar dari dapur dan kini mereka berada di hadapan lif. Danial mengeluarkan pisau dan Adam juga menyiapkan diri dengan pistolnya. Danial memasukkan password dan lif terbuka. Mereka lega tiada sesiapa di dalam dan terus menekan punat 10.


Lif bergerak dan mereka menyorok di sebalik ruang pada pintu bukaan lif. Lif pun tiba dan pintu terbuka. Adam mengintai ke luar. Lorong laluan tingkat itu kosong dan semua bilik hotel bertutup. Dia menganggap mesti mereka semua sudah lari dahulu sebelum wabak ini melanda. Adam dan Danial berlari dan menemui bilik bernombor 223. Adam mengeluarkan kad asess yang diberi bapanya dan pintu bilik itu dapat dibuka. Bilik yang disewa oleh bapa mereka merupakan bilik suit mewah yang mempunyai ruang tamu, 3 bilik dan tandas. Danial pun menutup pintu bahagian ruang tamu dan lega melihat keadaan di dalam masih rapi. " Papa, kami datang" Danial memanggil dan segera meninjau bilik ayahnya. Adam pula pergi ke arah tandas dan tidak menemui sesiapa. Danial menolak pintu bilik dan bapanya tiada. Mereka berdua mula cemas dan mencari di setiap bilik. Namun hampa kerana bapa mereka tiada. Adam masuk ke bilik master dan membelek kalender ayahnya. Yusuf mempunyai tabiat suka menulis aktiviti harianya pada kalender. Adam melihat bapanya menulis ' perlu tinjau makmal Keyah ( untuk proses analisa), kemudian dia membelek tarikh berikutnya. ' Jemput anak- anak bawa balik Malaysia". " Oh yelah . Papa kata nak gi tempat kerja baru nak bawa balik kita ke hotel dulu."

Adam teringat akan pesanan bapanya di hospital. "Jadi kita kena jumpa papa di makmal tu dan ajak papa pergi ke Whoops." Mereka berharap bapa mereka sedang berlindung di Keyah tersebut. Lalu mereka mahu beredar sebelum mendengar bunyi pistol ditembak dari arah luar bilik dan pintu utama dipecah masuk. Adam dan Danial terkejut. Adam segera berlari ke dalam almari diikuti Danial. Mereka mengintai di celahan pintu almari. Kelihatan seorang lelaki berbadan besar sambil memegang pistol meneliti bilik itu. Dia kemudian menuju ke almari. Danial dan Adam terkedu dan menahan nafas masing-masing. Lelaki itu membuka pintu almari namun ditahan oleh dua beradik itu. Akhirnya setelah berhempas pulas dia berjaya membuka dengan paksa dan terus mencengkam leher Danial lalu Adam mengigit tangan lelaki itu. " Argh..." lelaki itu meneriak dan melepaskan Danial. Sepantas kilat Adam menarik Danial dan mereka berlari melalui tiga lelaki yang tercengang memandang kedua-dua budak itu meloloskan diri ke luar dari bilik tersebut. Lelaki di dalam pun keluar. " Kejarlah tak guna. Siap kau budak-budak. Aku kerjakan dua-dua. Adam dan Danial berlari menuju ke lif staff. Namun begitu, kedaan menjadi lebih buruk apabila mereka melihat lima zombi sedang menuju ke arah mereka yang mungkin mengikuti lelaki tadi. Adam dan Danial nekad untuk menempuh gerombolan zombi itu. Dari kejauhan terdengar suara lelaki tadi yang memaki hamun dan tidak semena- mena melepaskan tembakan mengenai bahu Danial. Danial mengerang sakit. Adam kaku dan menjerit sambil memeluk adiknya yang jatuh terduduk. Danial menangis akibat bahunya terkena peluru dan memandang abangnya yang cemas dan turut menangis. Dia mengintai di sebalik belakang abangnya terdapat sebuah terowong laluan sampah yang memang muat untuk mereka berdua. Danial bangun lalu menolak abangnya sekuat hati masuk ke dalam terowong laluan itu.

Adam terjatuh dan tidak sempat memegang tangan Danial dia tergelungsur akibat permukaan licin. " Tak...! " Adam menjerit dan mengelungsur jauh ke bawah. " Abang maaf , saya tak mahu bebankan abang..." Danial berteriak dan menangis. Lalu dia rebah tetapi sempat disambut oleh lelaki yang menembaknya. Tiga lagi rakannya menembak zombi yang datang ke arah mereka. Lelaki itu mendukung Danial." Ni barang bagus. Dapat jual pada Bob sebab dia memang suka budak-budak. " Dia ketawa disambut gelakan sinis tiga lagi rakannya. Adam cuba menahan kakinya pada gelung itu tetapi tetap mengelungsur ke bawah. Dia hanya mampu menangis hampa dan apabila tiba di bawah dia tidak perasan akan sebuah almari rosak terpacak di dalam tong sampah besar itu. Malang tidak berbau, Adam terhantuk kepalanya pada almari yang separuh rosak itu. Dia jatuh tersungkur dan pengsan tidak sedarkan diri. Darah mengalir keluar dari hidungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience