BAB 4

Humor Completed 1124

Hemmm….bestnya bantal peluk aku ni. Aku tersenyum dalam tidur. Harraz hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya itu. Tentu sahaja isterinya itu tidak menyedari tindakannya kepada Qimie. Namun, Harraz senang dengan perlakuan Dhia yang kini sedang memeluk lengannya. Ini kalau dia sedar…alamat berdentum la bilik ni. Kena tunggu countdown ni. Harraz mengukir senyuman dibibir.

“ Erkkkkk….” Dhia menggeliat untuk bangun pagi. Namun, tangan kirinya masih lagi memegang erat lengan disebelahnya tanpa disedarinya. Dhia perlahan membuka matanya apbila dapat merasakan bantal peluknya itu terasa lain macam sahaja. Harraz kini hanya menunggu masa mendengar jeritan vocal pagi dari isterinya itu.
“ ARGHHHHHHHHHHH!!!!” jerit Dhia dengan kuat sekali. Harraz cepat-cepat bangun dari katil.

Barulah Dhia sedar sepenuhnya. Ahhh!!! Giler…kenapa aku boleh syok peluk lengan si Harraz ni? Bodoh!!!! Aku menjeling tajam ke arah Qimie. Seperti biasa Harraz hanya membuat muka selambanya sahaja di depanku.

“ Macamana kau boleh ada kat atas katil ni? Kau buat apa kat aku semalam? Ishh!!! Menyampahnya!!” marahku pada Qimie. Aku sudah tidak peduli walaupun aku tahu aku berdosa kerana meninggikan suaraku kepadanya. Ahhh!!! Aku membaling sebiji bantal ke arah Harraz namun Harraz pantas mengelak.

“ Relax la! Apa nak kisah? Kitakan suami isteri. Mestilah kena tidur sama-sama.” Balas Harraz dengaan riak yang paling Dhia tidak suka sama sekali. Aku menjegilkan mataku kepadanya tanda geram. Aku tahula dia suami aku, tapi aku masih tak boleh terima lagi. Ahhh!!! Bodohnya kau Dhia. Apasal la kau boleh tidur awal semalam? Aku bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik air. Aku sengaja melanggar bahunya dengan kasar. Padan muka!

Harraz tidak dapat menahan ketawanya lagi. Akhirnya Harraz ketawa dengan kuat sambil memeluk bantal yang dibaling oleh isterinya tadi. Alahai Dhia….makin comel pulak bila kau marah tadi. Dahlah cantik rambut kau yang panjang tu walaupun cuma separas bahu tapi still kau tetap ayu. Eeee..geramnya aku tengok. Nasib baik semalam tak jadi apa-apa…hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience