Sudah seminggu berlalu sejak hari Hadi membawa Tiara pergi ke pantai. Tiara yang bersama dengan Hadirah baru pulang daripada kafe universiti. Mereka membeli air kerana tekak terasa haus.
Farhan tidak turut serta bersama mereka kerana dia ingin pulang ke rumah. Tiara dan Hadirah mengambil tempat di meja di bawah pokok universiti.
"Arghh! Penat nya harini. Tak tahu lah apa yang aku buat, tapi aku rasa penat gila! Tengok lah! Tak pernah-pernah aku beli air dekat kafe lepas habis class. Punya haus nya aku tak menyempat minum air dekat rumah" kata Hadirah.
Sudah separuh air dalam bekas minuman disedut nya.
Tiara tersenyum mendengar luahan hati Hadirah itu.
"Itu lah. Aku tengok kau pun boleh nampak kau kau tersangat penat. Hey! Kita bukan nya marathon pun tadi. Kita just duduk and dengar apa yang Prof Yusuf cakap. Apa yang kau penat sangat?" Tiara pelik dengan Hadirah.
"Kan aku cakap aku pun tak tahu kenapa aku rasa penat"
Tiba-tiba matanya tertancap pada beberapa susuk tubuh yang berada tidak jauh daripada mereka.
"Wei Tiara! Kau tengok tu!" Tunjuk Hadirah pada Tiara apa yang dia nampak.
Kepala Tiara ditoleh untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh Hadirah. Tidak jauh dari situ, ada Hadi bersama dengan Akmal dan Hafiz.
"Kau tunjuk tu sebab kau nak cakap ada Hafiz ke dekat situ?" tanya Tiara
"Itu sebab nombor dua. Tengok lah tu! Ada Nia!" Tunjuk Hadirah lagi sekali. Nasib baik mereka duduk di bawah pokok. Terlindung juga daripada pandangan orang.
Tiara melihat lagi sekali dan memang betul. Ada Nia bersama dengan Hadi, Akmal dan Hafiz. Nia kelihatan cantik walaupun daripada jauh. Dia sedang bercakap-cakap dengan Hadi.
Hadi pula layankan sahaja. Akmal dan Hafiz pula berada jauh sedikit daripada mereka berdua supaya tidak mengganggu perbualan mereka berdua.
"So? Apa tujuan kau tunjuk benda tu dekat aku? Aku tak ada kaitan dengan diaorang berdua"
"Ye je kau tak ada kaitan dengan diaorang. Kalau Nia tu aku faham lah. Abang Hadi! Kau tak ada kaitan dengan Abang Hadi?" soal Hadirah. Dia ingin mengetahui apakah jawapan Tiara.
"Mana ada! Aku mana ada kaitan dengan dia. Kau ni kan!" Tiara menghabiskan ayatnya dengan menjentik perlahan dahi Hadirah.
"Adoi! Sakit lah. Ye ke tak ada apa-apa?" Dia agak kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Tiara.
"Iyee cik Hadirah Fatiha oi!"
"Okey fine. Kalau macam tu kau tengok diaorang berdua bercakap tu. Tengok!" arah Hadirah. Tiara dengan terpaksa mengalihkan pandangan kepada Hadi dan Nia yang sedang rancak berbual.
"Hah, lepastu kau nak aku buat apa lepas tengok diaorang berdua?" tanya Tiara
"Kau ada rasa something tak?"
"Rasa something? Apa dia?" Tiara bingung. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hadirah.
"Rasa cemburu" jawab Hadirah sambil tersenyum nakal.
Tiara terdiam seketika. Dia melihat Hadi dan Nia dari jauh. Mereka seakan serasi bersama.
"Cemburu? Jealous? Buat apa aku nak jealous sedangkan aku tak ada perasaan pun dekat Hadi. Tapi kan, diaorang nampak sweet together. Cuba kalau Hadi dengan aku, dah macam anak majikan dengan bibik. Hmm, memang tak ada apa-apa lah nak dibandingkan aku dengan Nia tu. Tengok lah diaorang dua. Sorang handsome, sorang cantik. Sesuai sangat" kata Tiara dalam hati.
Hadirah yang melihat Tiara lama terdiam itu menepuk lengannya.
"Oi! Kau diam kenapa? Betul ek, kau jealous? Kalau jealous cakap je lah. Aku bukan nak tikam kau pun" kata Hadirah
"Mana adalah. Buat apa aku nak jealous. Bukan nya aku ada apa-apa pun dengan Hadi. Jom lah balik wei. Disebabkan kau dah heret aku untuk beli air, kau hantar aku balik. Aku malas lah pulak nak tunggu grab"
"Alah, dia tukar tajuk pulak. Okey lah jom balik. Setakat hantar kau, simple je lah"
Mereka pun bangun dan beredar dari meja itu. Semasa mereka berjalan untuk ke kereta Hadirah, Hadi yang sedang berbual dengan Nia ternampak kelibat Tiara daripada jauh.
"Tiara ke tu?" desis hati Hadi. Perbualan mereka terhenti kerana mata Hadi melilau di tempat dia ternampak Tiara. Tetapi tidak jumpa.
"Hadi? Awak kenapa? Kenapa, awak nampak apa?" tanya Nia apabila Hadi senyap. Dia turut memalingkan mukanya untuk melihat apa yang Hadi cari.
"Tak ada apa-apa lah. Nothing. Er, Nia. Saya rasa saya dah kena balik lah sekarang. Kita borak lagi lain kali okey?" Hadi sudah hilang fokus untuk berbual kerana ternampak Tiara.
"Okey. Awak balik rumah terus ek?" tanya Nia.
"Haah. Saya gerak dulu tau. Bye Nia" kata Hadi kemudian berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.
Akmal dan Hafiz sudah pulang kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu Hadi dan Nia berbual.
"Bye" jawab Nia. Dia melihat Hadi pergi ke keretanya sambil kepala nya memandang ke kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.
"Dia cari apa? Dia nampak apa tadi? Sampai tergesa gesa nak balik. Erm, what ever. Janji aku dapat berbual dengan Hadi sekejap. Lepas rindu"
Kemudian Nia pun berlalu pergi.
//
Hadi melepaskan lelah di atas sofa di ruang tamu. Di duduk sebentar di sofa selepas masuk ke dalam rumah.
Rumahnya sunyi sepi kerana ibunya membawa Hawa makan di luar. Puan Balqis mengajak Hadi untuk turut serta tetapi Hadi menolak dengan alasan yang dia penat dan mahu tidur.
Ayahnya, Encik Irwan seperti biasa sedang berada di pejabat. Kejadian yang dia ternampak kelibat Tiara bermain dalam fikirannya.
"Tiara ke tu ek? Aku tengok macam Tiara daripada jauh. Ah! Apa susahnya? Tanya je lah dia sendiri" Hadi mengeluarkan iPhone 8 nya dari dalam poket seluar mesej Tiara.
Hadi : Assalamualaikum. Kau dah sampai rumah ke?
Sudah menjadi kebiasaan nya untuk bertanya adakah Tiara sudah sampai ke rumah setiap kali dia mesej Tiara selepas balik daripada universiti.
Tiara : Waalaikumussalam. Dah, aku dah sampai rumah. Mimpi apa kau tiba-tiba mesej aku ni?
Sejak dia melihat Hadi bersama dengan Nia sebentar tadi, Tiara mula berasa tidak selesa berbual dengan Hadi. Dia merasakan yang dia tidak layak berkawan dengan Hadi.
Hadi : Saja je, jangan marah. Aku nak tanya, kau ada ke duduk dekat meja bawah pokok dekat universiti? Sebab tadi aku ada nampak macam kau dekat situ.
Tiara terdiam. Macam mana Hadi boleh perasan yang dia ada dekat situ?
Tiara : Tak ada lah. Mana ada aku duduk situ
Kau salah orang tu, aku balik awal lah tadi.
Hadi : Ouh, ye ek? Aku salah nampak lah ni?
Tiara : Iyee, dah lah aku nak mandi nak solat lagi ni. Bye
Hadi : Byee
"Kenapa dia macam tergesa-gesa nak stop borak?" Hadi pelik dengan sikap Tiara.
//
"Kau dekat mana Hadirah? Aku tengah jalan dekat kolam ikan ni" kata Tiara dari corong telefon pintar nya. Kepala nya ditoleh ke kanan dan kiri untuk mencari Hadirah.
Mana tahu dia ternampak Hadirah di situ. Akibat terlalu leka mencari Hadirah, dia tidak sedar yang ada seorang lelaki yang sedang lalu di situ.
Lelaki itu juga sedang khusyuk bermain telefon pintar dan akibatnya mereka terlanggar sesama sendiri. Telefon Tiara yang dipegangnya tercampak ke bawah.
"Oh! Sorry sorry. My fault sebab tak pandang jalan" kata lelaki itu kemudian mengutip telefon Tiara yang tercampak itu.
"Eh, tak apa. Salah saya jugak sebab mata tak pandang orang jalan" kata Tiara. Dia ingin mengambil telefon nya dari tangan lelaki itu.
Semasa dia ingin mengambil telefon pintar nya kembali, dia memandang muka lelaki itu. Jantung nya seakan terhenti sewaktu memandang wajah lelaki itu. Itulah wajah lelaki yang membuat hatinya selalu berdebar.
"Eh, Abang Rafiq" kata Tiara terkejut. Jantung nya semakin laju berdebar saat dia bertentang mata dengan Rafiq.
Telefon yang dipegang seolah-olah ingin terjatuh sekali lagi.
"Eh, awak kenal saya? Kejap, muka awak ni macam saya pernah tengok lah. Kejap, bagi abang ingat" Merah pipi Tiara apabila mendengar kata-kata Rafiq itu.
"Abang Rafiq macam ingat aku?! Oh my god!! Harap harap dia ingat! Harap dia ingat!" jerit Tiara dalam hati.
"Ahh! Abang dah ingat! Awak Tiara kan? Kita pernah jumpa masa first day Tiara dekat sini. Abang tolong Tiara tunjukkan dekat mana pejabat" kata Rafiq setelah diam selama 30 saat cuba untuk ingat kembali.
"DIA INGAT!!!!" Riang hati Tiara setelah mendengar jawapan Rafiq itu.
"Haah, betul lah tu. Saya Tiara. Kuat ingatan abang, boleh ingat masa first day Tiara dekat sini" puji Tiara malu-malu.
"Hahahaha. Mungkin sebab Tiara cantik sangat kot sebab tu abang ingat"
Tergamam Tiara mendengar pujian Rafiq itu. Dia terasa seperti ingin pengsan ketika itu juga. Di hadapan Rafiq itu.
"Apa abang ni. Mana ada cantik lah" Tiara merendah diri padahal dalam hati berkata yang dia sememangnya cantik orangnya.
"Cantik lah. Okey lah Tiara, abang kena pergi dulu ni. Sorry pasal tadi. Phone Tiara okey tak? Ada calar ke pecah ke?" tanya Rafiq kerana dia rasakan dia lah punca mereka berlanggar.
"Eh, tak ada apa-apa rosak. Okey je semua" jawab Tiara pantas.
"Okey lah macam tu. Abang gerak dulu ek. Ada masa kita jumpa lagi, bye" kata Rafiq kemudian berjalan pergi meninggalkan Tiara yang masih lagi berdebar sejak dia bertentang mata dengan Rafiq.
"Bye abang. Harap kita dapat jumpa lagi" jawab Tiara setelah melihat Rafiq sudah jauh. Perbualan antara dia dan Hadirah yang tergendala itu dihiraukan nya. Lantaklah Hadirah dekat mana pun.
Tiara duduk sebentar di meja yang ada berdekatan di situ. Wajah Rafiq Izuddin terbayang bayang dalam fikirannya.
"Alangkah indahnya kalau Abang Rafiq ambik law. Boleh jumpa setiap hari. Confirm aku tak jemu memandang. Lagi bersemangat aku nak pergi kelas" omel Tiara seorang diri.
Setelah duduk di situ selama 5 minit melayan perasaan, Tiara bangun untuk mencari Hadirah yang entah di mana itu.
Di wajah Tiara, terukir satu senyuman lebar dan manis. Sesiapa yang melihat pasti dapat mengagak yang Tiara sedang berasa bahagia.
Dari jauh, Hadi ternampak Tiara yang sedang berjalan dengan senyuman manis di wajah. Dia terus mendapat kan Tiara.
"Oi! Apa yang suka sangat muka kau tu? Dari jauh aku tengok kau tersenyum sorang-sorang. Ada tak orang tegur kau? Sebab risau tengok keadaan kau" tegur Hadi.
Tiara terkejut melihat Hadi disebelah nya. Disebabkan terlalu gembira, dia terlupa yang dia pernah rasa yang dia tidak layak berkawan dengan Hadi.
"Eh, Hadi. Kau dari mana ni?" tanya Tiara. Dia tidak nampak pula Hadi di mana-mana sebentar tadi.
"Dari jauh tadi. Aku tanya ni, yang kau happy sangat kenapa ni?" tanya Hadi sekali lagi.
"Aku. Baru. Bertembung. Dengan. Crush. Aku!" kata Tiara sepatah patah. Dari riak wajah nya kelihatan yang dia sangat teruja.
"Crush? Apa tu? Hancur?" Hadi tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Tiara.
"Ish kau ni! Crush pun tak tahu. Crush tu orang yang kita suka dalam diam" terang Tiara. Ketinggalan zaman betul Hadi ni.
"Ouh, orang yang kau... Ha?! Apa dia?" Hadi tersedar.
"Orang yang aku suka! Tadi aku baru jumpa dia. Siap berbual sekejap tadi. Dia pandang aku, aku pandang dia" kata Tiara tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja nya.
Hadi yang mendengar kata-kata Tiara itu menjadi marah. Dia mengetap bibir nya kuat. Sakit telinga nya mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Tiara.
"Siapa orang tu? Cakap lah" tanya Hadi dingin. Dia teringin sangat mahu tahu siapakah gerangan yang mendapat hati Tiara itu. Cemburu nya dia.
"Adalah! Kau mana boleh tahu! Okay lah, aku nak cari Hadirah. Bye!" Tiara meninggalkan Hadi begitu sahaja.
Hatinya terasa panas seolah dibakar oleh api.
"Siapa lah mamat tu? Nak aku tikam je dia supaya Tiara tak boleh jumpa dia lagi" kata Hadi geram. Tiara sudah tiada lagi di pandangannya.
//
Hadi sedang duduk di dalam keretanya. Fikirannya sedang ligat berfikir tentang sesuatu perkara.
"Kalau 'crush' Tiara tu Farhan, mestilah Tiara happy setiap hari. Sebab dia jumpa Farhan tu setiap hari. Maksud nya, crush dia ni orang lain. Tapi masalahnya siapa? Yang pasti dia bukan student law. Sebab Tiara jumpa diaorang semua tu setiap hari. Soalan dia, ramai sangat ke student lelaki yang dia kenal? Dia dekat sini pun tak sampai 5 bulan lagi" bebel Hadi seorang diri di tempat pemandu itu.
Dia masih lagi berada di tempat parkir kereta universiti.
Tiba-tiba perasaan kecewa menerpa dalam dirinya.
"Kalau lah Tiara happy gila macam tu disebabkan aku. Bukan sebab lelaki lain. Indahnya dunia" kata Hadi perlahan. Kemudian dia senyap selama 3 minit.
"Tak! Aku tak boleh give up macam ni. Tak kan lah hanya disebabkan mamat entah mana-mana tu aku nak give up? Lagipun, aku kawan dengan Tiara. Mamat tu jarang jumpa dengan Tiara. Come on Hadi. Kau Ikhwan Hadi kot" Hadi tersenyum. Dia merasakan seperti ada peluang kedua di hadapan nya.
Tiba-tiba dia tersentak. Dia seolah-olah baru perasan satu perkara yang selama ini dia tidak pernah perasan.
"Jap. Kenapa dengan kau ni Hadi? Kau suka dekat Tiara ke?" tanya Hadi kepada diri nya sendiri.
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan and sorry late update :(
Share this novel