MAB 21: I'M YOUR MR RIGHT*

Romance Completed 902447

MEREKA masih di sana. Di dalam galeri muzik, duduk memeluk lutut dan mengadap dinding kaca, memandang gelapnya malam yang hanya bersuluh cahaya bulan remang. Sesekali beberapa kenderaan melintasi kawasan itu, membawa bunyi yang mampu memecah keheningan antara mereka.

Sudah hampir sejam mereka di situ. Hanya duduk. Tidak bercakap, tidak bersuara. Seolah-olah mahu menggunakan masa yang ada untuk bersama sebelum munculnya siang dan membawa pergi mimpi yang baru bermula.

Ya, mimpi. Hubungan ini seperti mimpi. Mimpi indah yang tidak akan selamanya kekal. Mereka; Zahran dan Arianna tidak tahu hubungan ini akan berhasil atau sebaliknya. Namun, rasa hati yang tidak mampu dibohongi membuat mereka nekad. Jika ada jodoh mereka, anggaplah itu tuah yang hanya muncul sekali dalam seribu tahun. Jika tidak, mereka hanya mampu pasrah. Mencintai tidak semestinya memiliki. Tidak memiliki tidak seharusnya berhenti mencintai.

“I have no idea how our father would react if they found out about us,” sambung Zahran lagi. Ayahnya tentu marah besar jika tahu dia menjalin hubungan dengan tunang orang. Ayah dan ibu memang memberi kebebasan kepada mereka adik beradik untuk membuat keputusan, namun tidak bermakna mereka akan menyokong tindakan yang terang-terang sudah salah.

Arianna menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dia mengakui kebenaran kata-kata Zahran. Dia tidak dapat membayangkan reaksi daddynya jika mendapat tahu dia menjalin hubungan dengan lelaki lain pada malam dia sepatutnya bertunang dengan Aaron. Dia tidak mahu peristiwa yang berlaku lima tahun lalu berulang kembali. Dia tidak mahu Zahran menerima nasib yang sama seperti Qaiser. Ya, walaupun malam ini dia mendapat tahu Qaiser belum mati, namun nasib lelaki itu ternyata lebih malang daripada mati. Buta. Jika tidak salah pandangannya, lelaki itu buta. Lelaki yang dulunya cukup sempurna dan menjadi kegilaan ramai gadis, harus menjalani hidupnya seperti itu. Semua salahnya. Semua kerana kedegilannya.

“Walaupun hubungan ni mungkin takkan berhasil, I will remember every moment we spent together,” ujar Arianna.

Kata-kata Arianna itu membuat Zahran menoleh memandangnya. Perkenalan mereka singkat, tetapi setiap saat yang mereka habiskan bersama begitu bermakna walaupun seringkali pertemuan mereka habiskan dengan bergaduh dan berdebat.

“Yeah, me too.”

Arianna hanya ketawa tanpa suara. Entah bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan lelaki yang selalu meyakitkan hatinya, yang selalu mendesaknya, dan yang selalu membuatnya marah dengan tindakan yang di luar jangkaan.

“Moment mana yang you paling ingat?” tanya Arianna. Dipusing sedikit tubuhnya mengadap Zahran.

“Makan kat gerai tepi jalan, tengok anak Cina sorang tu makan dengan tangan. Terkais-kais macam ayam.”

Arianna picing mata. Nah, itu kan. Zahran jarang berkata manis. Ada saja kata-katanya yang menyebalkan dan menyakitkan hati.

“Nasib baik ada lelaki kacak bangun dan ambikkan sudu dan garpu untuk dia. What a gentleman.”

Arianna mencebik. Mengutuk orang dan menaikkan diri sendiri, itu memang kepakaran Zahran. Ah, tetapi dia tetap sukakan lelaki itu. Entah apa yang ada pada Zahran yang membuat dia suka. Sikapnya yang menyebalkan itu mungkin.

“You, how about you?” tanya Zahran.

“Me?” Arianna kelihatan terpinga-pinga, tidak faham dengan maksud pertanyaan Zahran.

“Yeah, moment yang paling you ingat.”

“Oh…” Arianna tertawa. “…I ingat semua. Satu pun tak lupa. Tapi paling I ingat bila you jahit dress I sampai I tak boleh berjalan. Jahat betul.”

Zahran tertawa. “That’s because you’re too exposed. Take it as a lesson. Do not ever wear something like that again.”

Arianna tersenyum. Ya, itu mungkin salah satu sebab kenapa dia menyukai Zahran. Lelaki itu tidak mengambil kesempatan walaupun peluang terbentang di depan mata. Dia rasa selamat dengan Zahran kerana dia yakin lelaki itu sentiasa tahu batasnya.

“Macam mana agaknya kalau I kahwin dengan Aaron, and you kahwin dengan orang lain? How will we react when we meet? I see you with you your partner and you see me with Aaron?”

“It hurts,” balas Zahran. Dia tahu kerana dia pernah melaluinya dan mungkin akan melaluinya sekali lagi apabila Arianna berkahwin dengan Aaron. Cuma mungkin kali ini lebih mudah untuk dia laluinya kerana dia sudah imun.

"Zahran, let's elope." Entah keberanian dari mana yang Arianna dapat sehingga dia berani memberi cadangan itu kepada Zahran.

Berkerut dahi lelaki itu memandangnya dengan wajah tidak percaya.

"Are you serious?" soal Zahran.

Arianna angguk bersungguh. Kali ini dia tidak akan membiarkan sesiapa menghalangnya daripada bersama Zahran. Tidak daddy, tidak Aaron, tidak sesiapa sahaja. Jika Zahran sanggup, dia nekad akan melakukannya.

"I wanna ask you one thing."

Arianna jongket kening, bersedia mendengar dan menjawab pertanyaan Zahran.

"Other than forcing you to marry Aaron, did your daddy do anything else that hurt you?"

Arianna berfikir-fikir, namun sebelum sempat dia menjawab, Zahran bertanya lagi.

"Did he hit you?"

Cepat-cepat Arianna menggeleng.

"Did he give you enough money?"

"More than enough."

"So what made you think of turning your back on him in the most important decision of your life?"

Arianna terdiam.

"Starting from the day you were born until now, he loved you unconditionally, give everything he had just to give you a perfect life, and you're thinking of marrying a man you've only known for a few days without his knowledge?"

"It's not that I want to turn back on him but..."

"But what? If I had a daughter, I'd kill the man who married my daughter without my knowledge."

Arianna terkebil-kebil. Apa Zahran juga seperti daddynya? Posesif, dominan dan suka memaksa? Ah, benar kata orang, anak perempuan akan cenderung mencari lelaki yang memiliki sifat seperti ayah mereka.

"No one in this world can love a girl more than her father. Remember that. Whatever he did, you must believe that it's for your own good. And..." Jeda. Wajah Arianna ditatap lekat membuat wajah gadis itu merona merah. Malu kerana tidak pernah Zahran menatapnya begitu.

"Kenapa tengok I macam tu?"

"If I want to marry you, I will ask for your father's permission. I tak nak, perbuatan kita hari ni akan memudaratkan diri kita di kemudian hari. Kalau kita kahwin lari, kita takkan bahagia. Kita akan hidup dalam ketakutan dan sentiasa rasa tak selamat. I tahu, tak mudah, tapi…kahwin lari bukan solution. I’ll find a way, but for now we just go with the flow."

Senyum nipis terbit di wajah Arianna. Ternyata dia tidak salah menilai Zahran. Nampak menyebalkan namun penuh dengan rasa tanggungjawab.

“You always make me love you more,” ujarnya.

Zahran tertawa perlahan. “Yeah…Everyone loves Zahran.”

“Everyone loves Zahran but only Arianna can own and touch him,” balas Arianna.

“I can’t guarantee that because I’m like a magnet that will attract all the iron women towards me.”

“Ahh…” Arianna mendesah penuh dramatik sambil mengangguk-angguk. “…then…I’ll be Thanos that will destroy all the iron women in the entire universe.”

“Wow…” Zahran berdecit kagum. “…now you…make me love you more and more.”

Arianna tersenyum. Ada sedikit rasa malu saat Zahran menyatakan cintanya langsung. Setelah lima tahun, baru hatinya rasa terisi semula. Zahran bukan sejenis lelaki yang pandai berkata-kata manis, namun sikapnya yang tidak hipokrit itu membuat dia bahagia.

Bunyi telefon Zahran membuat mereka tersentak. Tanpa beralih, Zahran menjawab panggilan itu. Arianna tidak tahu apa yang dibualkan kerana Zahran hanya menjawab ‘okey’ sebelum memutuskan panggilan.

“Tunggu sekejap. Hafiz datang hantar makanan,” kata Zahran dan terus berlalu menuju ke tingkat bawah.

Beberapa minit kemudian, Zahran kembali dengan dua beg kertas berisi makanan yang dihantar pembantu peribadinya.

“This one for you,” ujar Zahran sambil menghulurkan satu beg kertas kepada Arianna.

“Thank you.” Arianna mengeluarkan isi beg itu. Dia memang lapar kerana sejak tengah hari tadi dia tidak menjamah apa-apa.

Tersenyum dia menikmati Bagel Burger dari sebuah restoran vegan yang menyediakan hidangan Mexico.

"I saw someone tonight.” Arianna bersuara setelah beberapa minit hening ketika dia dan Zahran menikmati makan malam mereka.

"Who?" Zahran toleh, pandang Arianna sekilas sebelum kembali menyuap mac and cheese yang dihantar Hafiz tadi.

"Someone from my past."

“Siapa?” tanya Zahran.

“Qaiser.”

Kunyahan Zahran terhenti. "So, you dah tahu yang dia tak mati?"

Bulat mata Arianna memandang Zahran dengan riak terkejut yang tidak dapat disembunyikan. Bagaimana Zahran tahu Qaiser masih hidup? Seingatnya, dia tidak pernah memberitahu Zahran yang Qaiser sudah mati. Yang dia tahu, Zahran pernah memberitahu dia ada menyebut nama lelaki itu di dalam tidurnya.

"How...How did you..."

Melihat wajah terkejut Arianna, baru Zahran tersedar yang dia sudah terlepas kata. Serta-merta tekaknya terasa berpasir. Air liur yang ditelan juga terasa kelat.

“Zahran, macam mana you tahu Qaiser belum mati? I tak pernah cerita apa-apa dengan you.”

“Sebenarnya…” Zahran menjeda. Tidak tahu harus memulakan dari mana. Dia tidak berniat berbohong atau menyembunyikan perkara itu daripada Arianna, tetapi Qaiser sendiri yang mahu dia merahsiakannya.

“Masa kita dekat Langkawin dulu ingat tak? Ada orang campak bangkai ayam dalam bathroom bilik you?”

Arianna mengangguk, namun dia masih tidak dapat mengaitkan perkara itu dengan Qaiser.

“Housekeeper yang buat tu namanya Batrisya. Dia…Adik Qaiser.”

Perlahan kelopak mata Arianna membuntang sempurna, memandang Zahran dengan wajah tidak percaya.

“Lepas ibu datang serbu bilik I tu, ingat tak I keluar sekejap?”

Arianna mengingat-ingat sebelum mengangguk. Ya, dia ingat Zahran keluar agak lama dan pulang ketika hari menjelang petang.

“I dapatkan alamat Batrisya dari HR and I cari budak tu kat rumah dia.”

“Why?”

“Sebab I nak tahu apa yang buat dia berdendam dengan you? I tak fikir dia randomly buat macam tu pada guest yang dia tak kenal. I bet there’s something and I want to know what it is.”

~Flashback on~

Zahran turun dari kereta sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung. Halaman yang luas dan bersih, rumah yang masih menggunakan kayu sebagai bahan utama, pokok-pokok bunga kertas yang tersusun kemas, benar-benar menyejukkan pandangan.

Zahran melangkah ke arah tangga. Tingkap dan pintu terbuka, namun dia tidak melihat sesiapa.

“Assalamualaikum…”

Tiada balasan. Zahran memberi salam sekali lagi. Jika selepas tiga kali, tiada orang menjawab salamnya, dia akan beredar.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Kedengaran salamnya dijawab dari belakang membuat Zahran terperanjat. Segera dia menoleh.

Kelihatan seorang lelaki pertengahan usia dengan seorang lelaki muda yang buta.

“Cari siapa ya?” tanya lelaki pertengahan usia itu.

“Saya…Zahran, boss Batrisya. Dia ada?” Zahran memperkenalkan dirinya.

“Oh…Isya ponteng kerja ke? Dia bagitahu tadi dia dah kena pecat.” Lelaki buta yang sedari tadi hanya diam akhirnya menyampuk.

“Ya, saya yang pecat dia sebab dia ganggu guest. Sekarang guest tu nak buat laporan polis, sebab tu saya nak jumpa dia.” Zahran mereka alasan.

“Ya Allah, apa yang Isya dah buat?” tanya lelaki yang lebih berusia itu, yang Zahran mengagak adalah bapa Isya.

“Ayah, ayah masuk dulu. Biar Qai bercakap dengan Encik Zahran.”

Lelaki tua itu keberatan namun terpaksa akur apabila tubuhnya didorong perlahan supaya meminggir.

Qaiser mengajak Zahran duduk di pangkin di bawah pokok rambutan tidak jauh dari rumah. Tangan Zahran terhulur mahu membantu namun Qaiser menolak dengan baik.

“Tak apa. Kalau kat kawasan rumah ni saya dah biasa,”ujarnya.

“Saya Qaiser, abang Isya.” Qaiser memperkenalkan diri setelah melabuhkan duduk di pangkin.

Berubah wajah Zahran saat mendengar nama itu. Jika tidak salah ingatannya, nama itulah yang disebut Arianna dalam tidurnya semalam.

“Qaiser…” Zahran menggumam nama itu.

“Ya, saya.”

“Ermmm…Saya sebenarnya tak pandai nak berkias, jadi saya terus teranglah ya. Sebenarnya tetamu yang diganggu Isya tu bukan tetamu biasa. Ayah dan datuk dia orang berpengaruh dekat Malaysia ni, dan dia sendiri pun tak tahu apa dendam Isya dengan dia sebab bila saya sebut nama Isya, dia tak kenal pun.”

“Oh…”

“Isya campak bangkai ayam dalam bilik air guest tu and tinggalkan nota berbunyi ugutan.”

Berkerut wajah Qaiser seolah tidak percaya Isya akan bertindak sejauh itu. Isya, adik bongsunya seorang yang sangat lembut dan manja.

“Greeting from your karma, itu yang dia tulis pada cermin bilik air dan dia mengaku. Sebab tu saya pecat dia.”

“Setahu saya Isya tak pernah bergaduh atau berdendam dengan sesiapa. Dia budak baik dan rasanya dia tak kenal mana-mana individu berpengaruh dalam Malaysia ni.”

“Sebab tu saya nak jumpa dia. Saya nak tahu apa dendam dia dengan Arianna Chan Xiao Ling.”

Zahran tidak mengalihkan tatapannya dari wajah Qaiser saat menyebut nama Arianna dan dengan jelas dia dapat melihat perubahan pada wajah lelaki itu.

“Awak kenal dia?” tanya Zahran. Pertanyaan formaliti, kerana rasanya dia sudah boleh mengaitkan peristiwa semalam.
Arianna, Qaiser, dan Isya. Cuma yang dia mahu tahu, kenapa Isya berdendam dengan Arianna?

“Dia ada kat sini sekarang?”

“Ya.”

Terdengar keluhan dari mulut Qaiser. Zahran pula sabar menanti lelaki itu bersuara.

“Isya tak tahu apa yang berlaku antara saya dan Arianna. Tolong pujuk Ari supaya jangan report polis. Masa depan Isya masih jauh. Dia tulang belakang keluarga. Dengan keadaan saya yang macam ni, saya tak mampu cari kerja yang bagus walaupun saya ada master.”

“Saya akan cuba bincang dengan Arianna, tapi sebelum tu saya nak tahu apa yang berlaku sebenarnya antara awak dan Arianna.”

Qaiser tidak segera menjawab; cuba mengumpul kekuatan untuk mengutip semula sisa kenangan antara dia dan Arianna. Hubungan yang berawal sebagai sahabat, senior dan junior, dan akhirnya menumbuhkan rasa cinta dalam hati mereka.

“We’re in love for three years.” Qaiser akhirnya membuka cerita. Awalnya dia tidak tahu siapa Arianna kerana gadis itu tidak pernah bercerita tentang keluarganya. Yang dia tahu, Arianna seorang pelajar Alliance Manchester Bussiness School di Fakulti Kemanusiaan Universiti Manchester, yang menjadi model sambilan di UK. Hanya setakat itu saja dia mengenali Arianna.

Hubungan mereka berjalan sempurna. Setiap hari berlalu dengan indah. Pulang kuliah, mereka akan menaiki bas dan Arianna akan menemaninya sehingga sampai ke apartment. Aneh, kan? Sepatutnya dia yang menghantar Arianna pulang, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak tahu di mana Arianna tinggal kerana kata Arianna rakan serumahnya tidak suka dia pulang bersama lelaki. Dia menerima saja alasan itu tanpa rasa curiga. Kadang-kadang Arianna akan mengunjungi restoran tempat dia bekerja sambilan. Melanjutkan pelajaran dengan biasiswa daripada JPA, membuat dia terpaksa bekerja untuk menampung keperluan di negara yang terletak di barat laut Eropah itu.

Semuanya terbongkar apabila Datuk Eric mendapat tahu hubungan mereka dan itulah permulaan mala petaka dalam hidupnya.

Zahran mendengar dengan saksama tanpa menyela sedikit pun. Dia tidak menghakimi sesiapa. Tidak Arianna, tidak Datuk Eric, apatah lagi Qaiser. Qaiser hanya menjadi mangsa keangkuhan Datuk Eric yang tidak mahu Arianna berkahwin dengan orang kebanyakan.

“Arianna thought I was dead dan biarlah dia terus fikir macam tu.”

“She still mentions your name in her sleep.” Tanpa sedar Zahran mengeluarkan kata-kata yang membuat dia terperangkap.

“How’d you know?”

“Erk…I…” Zahran tidak tahu harus menjawab apa.

“So, you’re her boyfriend? Or…husband?” Tampak ragu-ragu Qaiser menduga dan jika tidak salah Zahran menilai, ada sebersit luka terbit pada wajah teduh lelaki itu.

“Baguslah kalau dia dah lupakan saya.”

“Bukan macam tu…Sebenarnya…”

“Tak apa. Kalau boleh, biarlah dia tak tahu yang saya masih hidup. Dan tolong…pujuk dia jangan buat laporan polis pada Isya.”

~Flashback off~

“So, you dah tahu,” ujar Arianna perlahan.

“Yeah…Tapi dia tak nak you tahu.”

Arianna menunduk. Qaiser, Aaron, Zahran. Tiga lelaki ini benar-benar membuat dunianya tunggang terbalik.

“Jadi betullah dia buta…” gumamnya.

Zahran angguk perlahan.

“Betullah selama ni yang I nampak tu dia. Tapi semua orang anggap I berdelusi. Semua orang ingat I gila, sampai I pun percaya yang I gila.” Arianna tertawa getir. Kasihan sekali hidupnya. Dibohongi ahli keluarga sehingga dia gila dan perlu mendapat rawatan psikiatri.

“Kalau you ada anak...apa you akan buat? Biarkan dia kahwin dengan orang yag dia suka, ataupun tipu dia dan biarkan dia hidup menyalahkan diri sendiri sampai dia gila?”

Zahran tidak menjawab, kerana jujurnya dia tidak ada jawapan untuk itu.

“No one can love a girl more than father…” Arianna mengulang kata-kata Zahran tadi. “…but is this how a father shows love to his girl?”

Zahran diam. Sebenarnya ingin sekali dia bertanya jika Arianna masih memiliki rasa pada Qaiser, namun dia menahan niatnya itu. Bukan masanya. Lagi pula, jika Arianna masih memiliki rasa cinta pada Qiaser, tidak mungkin Arianna di sini, bersamanya pada malam gadis itu mengetahui hakikat yang bekas teman lelakinya tidak pernah mati.

“I tak ada jawapan untuk itu, tapi I percaya yang semua yang berlaku ni ada sebabnya. Allah knows best.”

Tiada balasan daripada Arianna, Zahran menyambung, “Kalau you kahwin dengan Qaiser, kita takkan ada kat sini.”

“Bukan itu masalahnya, Zahran…”

“I faham…” Zahran cepat-cepat menyela sambil memandang tepat ke wajah Arianna. Saat Arianna membalas tatapannya, dia mengulang semula kata-kata itu dengan yakin. “I faham. But everything happens for a reason. Semua dah berlaku. Past is past. The past can’t be changed, forgotten, edited, or erased. It can only be accepted.”

“Tapi I rasa bersalah dengan Qaiser.”

“Sebab?”

“Apa yang berlaku pada dia, semua salah I. Masa depan dia hancur. Dia lelaki, anak sulung, macam mana dia nak jaga family dia dengan keadaan dia macam tu? Family dia bukan orang senang.”

Zahran mengakui kebenaran kata-kata Arianna itu. Keluarga Qaiser bukan orang senang. Selain Isya, Qaiser masih ada dua orang adik yang belajar di universiti. Ayahnya cuma bekerja kampung.

“We’ll find a way to help him, okay?”

Bersinar mata Arianna dengan janji Zahran. “Are you promise?”

“Yeah. Isya pun I dah ambik dia kerja semula.”

“Bila?”

“Masa hari I pergi rumah dia tulah. Mulanya dia tak nak, macam ego sikit, tapi lepas I ceramahkan dia, at the end dia setuju.”

Arianna tertawa perlahan. “You memang pandai ceramahkan orang kan?”

“Yup. Kalau I bukan anak Tan Sri Zahari, mungkin I dah jadi kaunselor, ataupun pakar motivasi.”

“Tolonglah. Mana ada orang mulut celupar jadi kaunselor? Kalau yang kemurungan, terus bunuh diri agaknya.”

Zahran tertawa. “Habiskan makanan tu. I hantar you balik.”

“I tak nak balik!”

“Habis tu?”

“Hantar I pergi rumah Amber.” Mengingat Amber, Arianna mengeluh resah. Tentu dia akan diceramah dan ditarbiah sepanjang malam oleh sahabatnya itu kerana menangguhkan pertunangannya dengan Aaron. Tentu Amber juga tidak percaya jika dia memberitahu Qaiser masih hidup.

“Daddy you tahu?”

“I told him not to find me tonight. Bila I dah cool sikit, nanti I balik.”

Zahran tidak mahu memaksa. Selesai makan, dia menghantar Arianna ke rumah Amber.

“Good night,” ujar Arianna setelah menanggalkan tali pinggang keledar.

“Night.”

“Thanks for tonight.”

“My pleasure.”

“Jangan lupa janji you.”

Berkerut dahi Zahran. Apa yang dia janjikan pada Arianna? Baru beberapa jam mereka menyatakan perasaan cinta masing-masing, apa dia sudah terlanjur berjanji?

“Janji apa?” tanyanya tanpa berselindung. Ya, lebih baik bertanya terus terang daripada berteka-teki sendiri.

“You janji nak cari jalan tolong Qaiser.”

Zahran tertawa tidak percaya. Menengadah, dia menyandarkan kepalanya pada head rest.

“You dare to ask your boyfriend to help your ex boyfriend?”

“You yang janji.”

“Betul, I janji. But do you have to remind me about that?”

“Of courselah. Kalau tak ingatkan, nanti you lupa. You memang lupa tadi kan?”

Zahran diam. Arianna pula tersenyum. Dia suka melihat Zahran cemburu begitu.

“Are you jealous?” tanyanya.

“Nope.”

Arianna terkekeh. “Are you sure?”

“Yeah.”

“Awwhhh…You’re so sweet.”

“I know.”

Arianna tertawa, Namun sesaat kemudian tawanya sirna, terganti dengan keluhan. Beberapa minit lagi mereka akan berpisah dan mungkin tidak akan bertemu lagi kecuali jika ada kebetulan yang menemukan mereka. Terlalu bahaya untuk mereka selalu bertemu dan lebih bahaya jika hubungan mereka ini diketahui oleh keluarga. Cukuplah masa yang mereka luangkan bersama malam ini untuk mereka kenang sebagai memori indah dalam hubungan yang singkat ini.

Dia tidak tahu sampai bila hubungan ini akan bertahan. Selagi ada daya, dia akan mempertahankannya. Namun dia dan Zahran harus tetap bersedia jika hubungan ini kandas di pertengahan jalan.

“Kalaulah esok dan hari-hari seterusnya kita tak dapat jumpa lagi macam ni, kalau you nampak I dengan Aaron, kalau you terima kad jemputan I dengan Aaron, I want you to know that, I’ve always loved you from the bottom of my heart,” ujar Arianna.

Zahran tertawa perlahan. “If you love me, then you have to marry me. Don’t marry Aaron.”

“That’s what I want, but…”

“No buts. The future is God’s secret. Kalau dia dah tetapkan jodoh you dengan Aaron, then you have to accept that Aaron is the best for you. But if you…I mean, we want to stick to this relationship, then all we have to do is pray.”

Arianna tersenyum nipis dan mengangguk-angguk. Ya, Zahran benar. Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik, namun untuk reda dan menerima itu tentunya mengambil masa.

“You’re right.”

“Of course. I’m your Mr Right.”

Meletus tawa Arianna dengan jawapan Zahran.

“I keluar dulu. Drive safely. I hope I can see you again tomorrow.”

“Insya-Allah.”

"Apa tu?" tanya Arianna.

"Dengan izin Allah, kita akan jumpa esok.

"Oh..."Arianna tersenyum. Semoga Allah mengizinkan. “Bye.”

“Bye.”

Arianna keluar dari kereta dan Zahran menunggu sehingga pagar rumah Amber terbuka, baru dia memandu pergi.

“Apa cerita ni? Aku dengar kau lesap dari majlis pertunangan kau sendiri? Tahu-tahu sekarang kau muncul dengan Zahran.” Tanpa mukaddimah, Amber mula mencecar Arianna dengan pertanyaan itu.

“Apa saja yang kau dengar tentang aku, yup semuanya betul. Aku lari dari majlis pertunangan aku, dan aku pergi cari Zahran. We are officially in love in now,” jawab Arianna selamba lalu melengos masuk ke dalam rumah.

“W…What? What?” Terjerit suara Amber saking tidak percaya. “Then, how about Aaron? I mean, how…”

“Amber…Tak semua cinta perlu berakhir dengan perkahwinan dan tak semua perkahwinan perlu ada cinta. Kalau aku ditakdirkan berkahwin dengan Aaron, aku tetap akan cintakan Zahran seorang. Faham?”

“Sampai bila Ari?”

“As long as Zahran loves me, I will always love him back.”

“Seriously?”

“I am fuckingly serious.”

Amber tidak tahu harus berkata apa. Nampaknya segala bentuk kata nasihat sudah tidak bererti apa-apa kepada Arianna.

Sudahnya dia hanya tercegat di depan tangga, memerhatikan Arianna yang sudah melangkah satu anak tangga menuju ke tingkat atas.

“Dah lah, aku nak rehat. Good night,” ujar Arianna tanpa menoleh.

“Yalah. Rehatlah. Buatlah rumah ni macam rumah aku. Pandai-pandailah bawak diri sebagai tetamu,” balas Amber sebal.

SESAMPAI di bilik, Arianna merebahkan tubuhnya ke katil. Diangkat kedua-dua tangannya separas muka. Mahalnya harga sebuah kebebasan, sehingga dia harus mencederakan diri sendiri untuk mendapatkannya.

Sedih. Bukan kerana Qaiser, tetapi kerana diperbodohkan oleh keluarganya sendiri. Ya, walaupun Qaiser pernah menjadi lelaki paling istimewa yang mengisi ruang hatinya, tetapi perasaannya terhadap Zahran lebih kuat. Dia sudah melupakan Qaiser selepas diberitahu lelaki itu mati dalam kemalangan lima tahun lalu. Sudah tiada lagi rasa cintanya untuk Qaiser. Dia hanya mahu membantu lelaki itu dan menebus kesalahan yang telah dilakukan oleh keluarganya. Kali ini, dia akan pastikan tidak ada sesiapa yang menghalangnya. Dia akan pastikan Qaiser mendapat haknya semula, masa depannya, meski masa lalunya sudah tidak boleh diperbaiki. Zahran sudah berjanji akan membantu Qaiser dan dia percayakan lelaki itu. Zahran walaupun menyebalkan tetapi tindakannya sentiasa rasional.

Arianna tersenyum mengingat cemburu Zahran tadi. Tetapi lelaki itu meletakkan rasionalnya mendahului emosi dan lelaki seperti itulah yang dia rasakan pantas menjadi pendampingnya. Dia perempuan yang rapuh dengan emosi yang sentiasa berbolak-balik, jadi dia memerlukan lelaki seperti Zahran yang dia percaya akan sentiasa merasionalkannya. Ya, Zahran sebenarnya tidak jauh beza dengan Qaiser. Sifat dan personaliti mereka sama, kecuali Qaiser yang lebih menjaga tutur katanya.

Dalam pada fikirannya sarat dengan Qaiser dan Zahran, Arianna akhirnya terlelap.

“Arianna, come with me!” tegas Dato’ Eric apabila melihat Arianna beriringan dengan seorang lelaki menuju ke kolej.

“Daddy?” Arianna kelihatan terkejut.

Lelaki yang bersama Arianna itu juga ikut kaget. Apatah lagi mendengar Arianna memanggilnya daddy.

“Ikut daddy sekarang, Arianna Chan Xiao Ling!” Suara Dato’ Eric melengking kuat.

Arianna meneguk liur. Daddynya sudah benar-benar marah sehingga menyebut nama penuhnya. Namun dia masih tidak berganjak. Dia tidak risaukan keselamatan dirinya, tetapi lebih bimbangkan Qaiser. Melihat kedatangan daddynya dengan lelaki-lelaki itu, Arianna sudah boleh mengagak apa yang bakal berlaku.

“Daddy, I’m not gonna leave, unless you tell them to leave first,” ujar Arianna, merujuk kepada lelaki-lelaki yang bersama bapanya itu.

Dato’ Eric mengetap bibir. Penumbuk digenggam sehingga timbul urat-urat hijau di lengannya. Arianna sudah berani memberi kata dua kepadanya. Semuanya gara-gara lelaki itu.

“Fine,” ujarnya lalu mengarahkan empat orang lelaki yang bersamanya itu beredar.

Arianna mengerling dengan ekor mata, melihat keempat-empat lelaki itu berlalu dari situ. Kemudian pandangannya beralih kepada kereta daddynya yang diletakkan tidak jauh dari tempat dia berdiri dan masih belum dimatikan enjin.

Sebaik sahaja lelaki-lelaki itu masuk ke kereta mereka, Arianna menarik tangan Qaiser dan berlari ke arah kereta daddynya. Dia membuka pintu tempat duduk pemandu.

"Shit!" makinya apabila melihat pemandu masih ada di dalam. Cepat tangannya menarik pemandu itu keluar.

“Qaiser, masuk!” jeritnya.

Qaiser yang terpinga-pinga masih tercegat tanpa berbuat apa-apa. Arianna pantas menarik tangan teman lelakinya itu dan menolaknya masuk ke dalam kereta. Kemudian, dia juga masuk melalui pintu yang sama menyebabkan Qaiser terpaksa beranjak ke tempat duduk di sebelah pemandu. Arianna pantas menekan pedal minyak dan memecut laju meninggalkan kawasan
itu.

“Arianna!” jerit Dato’ Eric. Merah padam mukanya menahan marah. Pantas dia mengarahkan orang-orangnya tadi mengejar kereta Arianna.

“Damn it!” jeritnya.

ARIANNA memecut laju keretanya tanpa menghiraukan lampu isyarat yang bertukar merah. Bunyi hon bersahut-sahutan apabila dia nyaris-nyaris melanggar beberapa buah kereta dari arah yang lampu isyaratnya sudah bertukar hijau.

“Arianna, are you crazy?!” jerit Qaiser sambil berpaut kemas pada tempat duduk. Seram dia dengan cara Arianna memandu.

Arianna tidak membalas. Dia melirik cermin pandang belakang dan melihat kereta orang-orang daddynya mengikut rapat. Pedal minyak ditekan lebih kuat. Tetapi kereta yang mengekori mereka itu turut menambah kelajuan dan menghimpit keretanya dari kanan.

“Arianna, berhentilah.” Qaiser seakan memujuk apabila melihat Arianna tidak mahu mengalah.

“You shut up, Qai! Let me handle this,” ujarnya lalu membelok dengan laju ke simpang di sebelah kiri, tanpa menyedari sebuah pacuan empat roda sedang meluncur laju dari arah kanan.

“Arianna, watch out!!” jerit Qaiser.

Arianna tidak sempat berbuat apa-apa. Dentuman kuat kedengaran sebelum kereta yang dipandunya berpusing beberapa kali di atas jalan dan akhirnya terbalik. Arianna toleh, memandang Qaiser di sebelahnya yang kelihatan lemah.

“I love you…” ucap Qaiser penuh susah payah. Lelaki itu mengerjap perlahan sebelum matanya terpejam rapat.

“Qaiser…” panggilnya lemah. Darah merah pekat mengalir dari kepalanya, membuat dia pening.

Matanya mula berpinar-pinar dan akhirnya semuanya gelap.

“Qaiser!”

Arianna tersedar. Pantas dia bangkit dari tidurnya dengan nafas mencungap. Peluh sejuk merenik di wajah. Perlahan satu tangannya terangkat mengurut dada, mengembalikan rentak jantungnya yang berdetak laju. Sudah lama dia tidak mengalami mimpi tentang kemalangan itu. Hari ini mimpi itu muncul lagi.

Arianna bangun dari katil lalu melangkah ke bilik mandi. Ditilik wajahnya di cermin. Suram, sugul, pucat, dan tidak bermaya.

Melalukan tangannya di bawah pili, dia membasuh mukanya berkali-kali. Kemudian sekali lagi dia melihat wajahnya di cermin. Nampak lebih segar walaupun masih kelihatan tidak bermaya. Benarlah kata orang, wajah cerminan hati. Hatinya yang rusuh dan gelisah membuat wajahnya juga tidak berseri.

“Qai…”

Share this novel

Pink Panther
2022-07-04 22:57:44 

plss update lagi. why stop here?

awer
2022-06-25 22:54:38 

abg ran dpt yg murah jgk ke...ha...tu la...ckp beso lg...x mau yg cm tu cm ni..pape pun best citer ni

norsila
2022-06-16 22:49:49 

betul2 zahin..huuu ..zahran dgn ariana huu cmno tu..brcinta tapi slmt ke smpai ke pintu surga..hehehe kita tggu ye...hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience