Part 3.

Romance Completed 15511

Rizqin merenung wajahnya di dalam cermin. Rambutnya serabai tidak terurus.

Berbeza dengan Rizqin yang dahulu. Semua ini adalah disebabkan tunangnya yang lari tanpa pesan apa-apa ketika majlis pernikahannya.

Hana, gadis yang pernah bertakhta dihatinya sanggup meninggalkannya ketika majlis pernikahan mereka. Sehingga kini dia tidak tahu punca Hana meninggalkannya.

Puas sudah dia menghubungi Hana tetapi tidak dapat. Malu nya dia pada hari pernikahannya yang tidak jadi itu hanya Allah yang tahu.

Tanpa sebab Hana meninggalkannya. Keluarga Hana juga terkejut dengan kejadian itu. Mereka juga tidak tahu ke mana dan kenapa Hana melarikan diri.

Hubungannya dengan Hana selama 5 tahun hanya sia-sia. Hana tega melukai hatinya. Oleh kerana itu Rizqin berubah. Tiada lagi seorang CEO Kiara Holdings yang digilai ramai. Rizqin telah lama meninggalkan kerjayanya itu. Selama 2 tahun dia mengurung diri di dalam rumah.

Rizqin mengakui ada benarnya kata-kata gadis yang mulutnya tiada insurans itu. Wajahnya kelihatan seperti pengemis dan gelandangan. Ini semua kerana Hana. Selama 2 tahun dia seperti mayat hidup. Baru hari ini dia ada keberanian untuk keluar daripada rumah.

" Kenapa kau tinggalkan aku Hana? " .

" Kenapa kau buat aku macam ni? " .

" Kenapa?!!! " .

Prangg. Berderai cermin di hadapannya. Mengalir darah di tangannya. Rizqin terduduk lemah.

Pintu biliknya ditolak dari luar. Datin Marziah berlari mendapatkan anak sulungnya itu.

" Riz, Ya Allah apa dah jadi ni nak? " tubuh anaknya itu dipeluk. Air matanya mengalir deras melihat keadaan anaknya.

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya seperti mayat hidup. Ibu mana yang ingin melihat anaknya menderita. Hancur luluh hatinya melihat keadaan Rizqin.

" Ma...kenapa Hana tinggalkan Riz? Kenapa ma? " wajahnya sudah basah dengan air mata.

" Riz, jangan macam ni sayang. Riz masih ada mama. Riz masih ada papa. Riz kena kuat nak. Riz tak boleh lemah macam ni. Mama sayang Riz tahu tak. Mama tak sanggup tengok anak mama macam ni " .

" Tapi Riz cintakan dia ma.. Kenapa dia sanggup buat Riz macam ni? Kenapa ma? Apa salah Riz? " .

" Riz, tak salah apa-apa. Tolong jangan buat mama macam ni sayang. Riz tak boleh macam ni. Mama tak nak tengok Riz macam ni. Mama rindukan Riz yang dulu " air mata Rizqin diusap.

Tidak sanggup lagi dia melihat air mata anaknya itu mengalir. Biarlah hancur mana pun hatinya, dia tidak peduli. Asalkan anaknya itu kembali kepada asal. Setiap hari tidak putus-putus dia berdoa agar Allah membuka pintu hati anaknya itu untuk redha dengan apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience