Bab 2

Romance Completed 15358

(Alyn POV)
"Weh, mana si Sakinah ni pergi? Dah berjam-jam kita cari dia ni. Mana lagi kita nak cari dia?" Hannah bertanya padaku.
"Stop sekejaplah. Aku penat dah berjalan. Lama dah kita jalan cari dia ni. Haduh, aku ingatkan dia ikut kita dari belakang." Aku membebel.
"Tulah pasal. Handphone kita dua pun dah habis bateri. Selfie banyak sangat. Powerbank jangan dikatalah, dalam flight tadi pun dah habis dah." Kami duduk sebentar dan cuba untuk berfikir.
'Ting!'
Aku mendapat idea.
"Ha! Apa kata kita pergi balik ke kafe tadi?" Aku memberi cadangan.
"Ha! Haah lah! Tapi kafe mana satu? Banyak kafe kita pergi." Hannah menyoalku lagi. Soalan itu memang amat tidak membantu wahai Alya Hannah.
Aku menepuk dahiku, "Hish, kau ni! Kafe yang kita tinggal dia tadilah. Kafe yang dia beli hot chocolate tadi tu. Mana tahu dia ada kat sana." Kami bangun.
"Ouh, okey. Jom!" Kami berdua pun bergerak mencari Sakinah.
*******
(Sakinah POV)
"Waa! You're good in Bahasa Malaysia." Aku memujinya. Nasib baik aku hanya tersedak air liur sendiri. Buatnya aku sedang minum hot chocolate tadi, mahu coklat pekat muka dia.
"Haha, sort of. Kan saya dah kata saya tak tipu. Awak yang tak nak percaya tadi." Katanya. Setelah beberapa lama kami berborak hot chocolate kami pun sampai.
"Arigatou gozaimasu.(Terima kasih.)" Kami mengucapkan pada pelayan tersebut. Aku melihat ada dua hot chocolate yang ditinggalkan oleh pelayan tadi.
"Ouh, do you love hot chocolate too?" Soalku.
"Ouh, ha, yup." Dia menjawab ringkas.
"Oo." Dia hanya tersenyum.
Aku pandang je dia walaupun dia sudah pandang kedepan. Dia yang mula perasan aku memandangnya bertanya.
"Why are you starring at me like that?" Soalnya. Aku baru tersedar yang aku memerhatikan dia dari tadi.
"Ouh, hm, ha, nothing. Just your eyes seems so familiar. Your hairstyle too. It's look like...it's okay, never mind. Forget it. I think I'm wrong." Balasku panjang.
"I'm sorry because you have helped me and thanks for all of this treat." Aku berkata sambil meletakkan cawan kembali di atas piring.
"Ahh, don't mention it." Balasnya sambil memakaikan aku semula topi EXOku. Oh, tak perasan pula dia pegang dari tadi. Aku mengubah posisi topiku menjadi kebelakang. Oleh sebab Rygo di dalam poket jadi, aku boleh memakai topiku ini secara sukahati. Aku mengambil telefon pintarku dari dalam beg untuk cuba menghubungi Alyn dan Hannah sambil memandang kedepan untuk menikmati pemandangan.
"Uhuk..uhuk!" Aku terbatuk-batuk atau lebih tepatnya tersedak buat kali kedua. Aku melihat Alyn dan Hannah mengintai aku dan Hyuga dari luar.
"Careful. Why? Is the hot chocolate doesn't taste good?" Hyuga bertanya. Terpapar aura kerisauannya terhadapku lagi.
"No, no. The hot chocolate is so good. Just my friends surprised me." Aku membalas. Alyn dan Hannah pun meluru masuk.
"Ohh, kat sini kau ye? Penat kami cari kau, kau boleh berdua-duaan, berminum-minuman pula kat sini? Kitorang cari kau rasa macam dah pusing dua kali KL tahu tak?" Alyn mengomel panjang.
"Yalah, kaki aku terseliuh waktu korang tinggal aku tadi tahu tak? Yang korang tak angkat phone kenapa? Habis bateri lah tu." Aku membalas. Kami terus sahaja membalas kata.
Saat Hannah mahu mengomel padaku, Alyn mencelah, "Weh korang, stop jap. Shh!" Kami pun terdiam. Kami mendengar ada bebelan daripada beberapa orang tetapi dalam Bahasa Jepun. Yang peliknya, suara-suara itu kami macam pernah dengar.
Kami menoleh kearah Hyuga. Kami melihat Hyuga bersama tiga orang rakannya. Pada waktu itu, kami bertiga tak nampak lagi muka mereka. Salah seorang daripada mereka memakai mask seperti Hyuga tetapi berwarna putih. Lagi dua orang tidak memakai mask. Walaupun tidak memakai mask, kami tetap tidak nampak wajahnya kerana mereka berdua menunduk dan memakai 'hoodie'. Entah apa entah yang mereka berempat bincangkan.
Tiga minit berlalu baru mereka perasan yang kami sedang memerhatikan mereka. Mereka bertiga mengangkat wajah daripada memandang Hyuga untuk memandang kami. Seorang kawan Hyuga yang memakai mask tadi membuka masknya sambil memandang kearah kami.
"Weh, si-siapa tu?" Tergagap-gagap Alyn bertanya padaku.
"Ak-aku ta-tak tahu." Aku pun gagap menjawab.
"Ka-kau ja-jangan kata kat aku ya-yang tu...." Aku dan Alyn hanya mengangguk seakan-akan faham apa yang cuba diperkatakan oleh Hannah.
Kami bertiga amat terkejut. Memang tidak sangka LANGSUNG!
"H-hi." Kawan-kawan 'Hyuga' melambai kearah kami. 'Hyuga' membuka mask yang dipakainya.
"You're not Hyuga Yamato. You are...." Aku tidak menghabiskan kata-kataku atau lebih tepat tidak mampu untuk menghabiskan kata-kataku.
"Yes, I'm sorry because I'd lied to you just now." Dia meminta maaf.
'PAK!' Kedengaran seperti orang jatuh. Aku menoleh.
*******
"Ah! Aku kat mana ni?" Tanya Alyn yang baru sahaja sedar.
"Kita dah kat rumah." Jawabku ringkas.
"Kat rumah? Tapi macam mana?" Soalnya lagi.
"Jangan tanya. Nanti nanti lah aku bagitahu." Jawabku.
"Ni, Hannah ni. Tak sedar sedar lagi. Sekejap, aku ambil air untuk kau. Kalau nak keluar pakai tudung." Kataku lalu bangun, keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Walaupun masih terjengket tapi gagahkan lah juga diri ini.
"Pakai tudung?" Soalnya sendiri. Dia pun memakai tudung dan keluar untuk melihat apa yang terjadi.
"Ha, nah. Air." Kataku. Aku memberikan air pada Alyn yang terpinga-pinga keluar. Aku duduk bersandar pada dinding.
"Eh, you're awake. Konnichiwa, I'm Kai. This is Ryoga, Takuya and Yuki." Kata Kai memperkenalkan diri dan kawan-kawannya. Aku hanya senyum melihat Alyn yang seperti masih dibuai mimpi.
"Ha, kau tercegat apa lagi kat situ. Sinilah duduk minum." Kataku. Disebabkan ruang tamu itu agak besar jadi, kami duduk bersepah-sepah.
"Weh, seriuslah?" Alyn bertanya padaku sambil mulutnya ternganga macam singa kelaparan.
"Kau rasa? Aku tadi pun macam nak tercabut jantung. Ni sebab fikir korang dah pengsan dulu je aku tak pengsan sekali." Terangku panjang.
Alyn masih tak percaya. Siapa yang akan jangka datang ke sesebuah negara dan bertemu dengan selebriti negara tersebut dengan mudah?
Aku menepuk paha Alyn, "Dah, aku nak tengok Hannah, buatnya dia keluar begitu je aku juga yang kena sebab tak bagitahu." Aku cakap pada Alyn lalu bangun menuju ke bilik.
"Ha, kau dah sedar. Eh, kau nak kemana?" Soalku sambil menahan Hannah. Hannah dah sedar dan dia menuju ke luar bilik.
"Aku nak keluar. Nak minum air. Kenapa?" Balasnya sambil menolak tanganku. Aku mengambil jaket Ryoga untuk memulangkannya. Kemudian, aku mengejar dia.
"Eh, tak boleh. Kau kena pakai tudung." Balasku pula.
"Ha? Apa kau merepek ni?" Soalnya masih mamai. Dia menolak semula tanganku.
"Kena pakai!" Aku menahannya lagi.
"Ah, yalah, yalah." Dia akur. Mengambil tudung dan menuju ke dapur. Tak sempat sampai dapur dia terhenti di luar pintu bilik.
"Ha, itulah. Aku kata pakai tudung. Cuba kalau kau tak pakai tudung tadi. Ugh!" Bebelku padanya. Dia masih tergamam di situ.
"Ryoga-san, here, your jacket. Thanks." Aku menghulurkan jaketnya.
"Eh, it's okay, you can take it. You have no more jackets, right? Give it back to me when you want to go back to Malaysia." Ujarnya. Aku tersentak. Tolonglah bagitahu aku, mana dia tahu? Jaket aku lagi satu memang tertinggal kat Malaysia. Aku balik tadi cek tak ada. Ah, Pak Nujum betul dia ni.
"Oh, okay, thanks." Aku terus berterima kasih. Dia hanya senyum.
"H-hi again?" Mereka melambai ke arah Hannah. Hannah tertumpu pada Takuya. Dia pengsan lagi di situ. Aku cepat-cepat menyambutnya. Dia baring di atas ribaku. Aku mengipas Hannah.
"Hannah!" Alyn segera datang ke arahku. Mereka semua mengerumuni aku dan Hannah.
"Again? Maybe she shocked to see you here." Kataku sambil memandang Takuya. Takuya hanya menyengih. Aku dan Alyn mengangkat Hannah masuk ke bilik. Dua beban aku menanggung. Kemudian, aku keluar dari bilik.
"Ya, I guess we're fine now. Thanks because help us to come back home." Aku berterima kasih. Kasihan mereka tadi.
"But, Hana-chan?" Soal Takuya.
"She'll be fine. Just a bit cold. But it's okay, I'll go buy a pack of koolfever for her and Alyn." Terangku. Hannah demam sebab cuaca dan terkejut.
"And for you too." Tambah Alyn sambil mencuitku. Sebenarnya kami semua demam. Tapi yang paling larat aku walaupun kaki sakit.
"Ha? Awak demam juga, Sakina-chan?" Tanya Ryoga kerisauan. Alyn tersedak dengar dia cakap Bahasa Malaysia.
"Just a bit. No worries." Balasku. Sudah sudahlah menyusahkan dia.
"Okay, bye. Sayou nara.(Selamat tinggal.)" Kata Yuki. Mereka pun keluar dari rumah kami.
"Hai', sayou nara." Aku dan Alyn membalas sambil melambai.
"Dah, sekarang, aku pergi keluar kejap. Kau jaga Hannah." Kataku sambil menyarung jaket yang Ryoga bagi tadi.
"Tapi kaki kau.." Alyn pun risaukan aku juga.
"Ah, tak ada apalah. Sikit je ni. Aku keluar dulu. Bye." Aku pun menyarung sneakersku dan terus keluar.
*******
"Hm, mana nak cari koolfever eh? Hm, seven Eleven! Ha, ya! Seven Eleven. Tadi aku ada nampak satu waktu keluar petang tadi." Bebelku sendiri sambil jalan terjengket-jengket. Aku pun menuju ke kedai serbaneka yang terdekat.
"Ah! Aduh, peningnya." Aku berpaut pada dinding luar kedai. Pekedai itu terkejut lalu terus keluar.
"Miss, miss, are you okay?" Tanya pekedai itu kerisauan.
"I'm fine. Thanks." Aku cuba melemparkan senyuman kepada pekedai tersebut. Pekedai itu memegang aku untuk membantu aku berdiri dengan betul.
"Ehhh! Miss, miss." Aku rebah di situ. Tiba-tiba aku dengar suara.
"Daijoubu (tak mengapa), arigatou gozaimasu." Kata seseorang yang baru tiba di situ. 'Eh, dia kenal aku ke?' Ngomelku di dalam hati. Aku rasa ada sepasang tangan yang mendukung aku. Aku pun tidak sedarkan diri.
*******
Silauan lampu menyedarkan aku.
"Sakinah, ah, sedar pun kau. Risau kitorang." Kata Alyn. Jap, Alyn? Macam mana Alyn boleh..?
"Aku kat mana ni?" Aku bangun lalu memandang sekeliling bilik.
"Kau kat rumah." Jawab Hannah ringkas sambil memberikan aku segelas air.
Aku mengambil air tersebut.
"Jap, macam mana aku boleh sampai sini?" Soalku lalu meneguk air yang diberi oleh Hannah tadi. Tiba-tiba bangun je dah sampai rumah. Dahsyat betul. Rasanya, aku masih di kedai tadi.
"Ryoga bawa kau balik rumah." Alyn berterus-terang. Tersembur airku tadi ke kedua muka kawanku yang tidak bersalah itu.
"Sorry, sorry. Hehe. Mana dia?" Soalku sambil mengelap muka kedua kawanku itu.
"Ada kat luar. Hannah jomlah pergi basuh muka. Bakteria virus betul lah dia ni." Kata Alyn lalu mereka berdua bangun menuju ke dapur. Aku hanya menyengih dan segera keluar dari bilik juga.
Aku menjenguk dari dalam bilik. Dia sedang bermain telefon pintarnya di ruang tamu. Dia terperasan aku menjenguk.
"Ah, Sakina-chan. Are you alright?" Soalnya terus menutup telefonnya dan berdiri.
"I'm okay. Thank you because you brought me back home. But, how you can found me?" Soalku pula sambil duduk di tepi pintu bilik.
"My wallet. I accidentally left it here. So, I decided to return back here. Then, I saw you unconscious at a shop. So, I immediately brought you home." Terangnya panjang sambil duduk semula.
"Oh, thanks again. Kalau awak tak ada tadi, entah apa jadi kat saya." Kataku lalu melemparkan senyuman. Dia hanya tersenyum.
"Do you want some water? I'll get it for you." Kataku lalu cuba untuk bangun.
"Eh, it's okay. I guess I have to go back home now. Excuse me. Take care. If anything happen, call me. I had saved my number in your phone. Bye. See you tomorrow, I guess. Jaga diri tau." Pesannya panjang lalu bangun dan keluar.
"Okay, bye." Aku melambai lalu menutup pintu. Alyn dan Hannah datang ke arahku dengan empat kotak air.
"Eh, dia dah balik ke? Baru nak bagi air kotak." Soal mereka hampa sambil memegang air kotak.
"Dah. Chop! Korang bagi phone aku kat dia ke tadi?" Soalku pula. Mereka hanya mengangguk. Aku menepuk dahi.
"Korang memang bagi macam tu je? Korang lupa ke?" Soalku lagi.
"Haah, bagi macam tu jelah untuk dia save number. Lepas tu, kitorang simpan balik phone kau. Lupa apa?" Mereka soalku kembali.
Aku menepuk dahi lagi.
"Korang lupa ke keypad aku gambar dia?!" Tanyaku. Sebenarnya, aku ni pun salah seorang dari peminat dia tapi, dah jumpa ni aku tak adalah nak mengaku aku ni peminat dia. Kira jual mahal lah. Haha!
"Eh, hehe, kitorang lupa lah." Mereka menepuk dahi.
"Patutlah dia asyik sengih je bila tengah save nombor phone dia tadi. Kitorang pelik jugak sebab dia sengih macam kerang busuk. Lepas tu, lama gila dia pegang phone. Save number je pun." Terang Hannah panjang.
"Lepas tu, korang biar je?" Soalku lagi. Aduh, seganlah aku. Mereka mengangguk.
"Yah! Menyesal aku tak letak password. Ugh! Seganlah aku! Apa lah korang ni. Nak bagi agak-agak lah." Aku pun masuk bilik mengambil telefon pintarku sambil membebel dan menukar gambar papan kekunci aku. Mereka mengekori aku sambil bergelak ketawa.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 15:51:51 

Sayounara bukan digunakan scr casual mcm kita ckp bye. Sepatutnya Takuya ckp itterasshai dan Sakinah balas dgn ittekimasu. Sayounara digunakan sbg kata perpisahan kpd seseorg yg kita xtahu bila lagi nk jumpa atau utk tempoh ms yg agak pjg.


NovelPlus Premium

The best ads free experience