Chapter 16

Horror & Thriller Completed 5356

Part 16.

"Apa? Saya? Ke.. kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Err, Daiyan ke Fayzal ke? Tak pun Airy! Ya, sesiapa pun tak kesahlah. Asalkan bukan saya. Saya tak nak mama! Taknak!" Jerit Emylea. Dia sudah tidak senang duduk. Ke hulur ke hilir dari tadi sejak mendengar penjelasan mamanya tentang pahlawan bermata scarlet itu. Mamanya yakin bahawa pahlawan itu ialah dirinya. Sebaliknya Emylea tidak begitu. Fikirannya jadi serabut. Dia jadi takut.

"Emylea, tenang. Kamu tak boleh macam ni. Cuba tenangkan diri kamu dulu. Duduk. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus." Ratu Marissa cuba menenangkan Emylea yang sudah sesak nafas. Perlahan Emylea menarik dan menghembuskan nafasnya selepas duduk di atas kerusi. Mula tenang pada masa yang sama berserabut.

"Dah okay ke?" Soal Ratu Marissa apabila Emylea sudah mula duduk dengan tenang. Emylea mengangguk apabila nafasnya sudah mula teratur. Dia sudah kembali tenang.

"Dengar sini. Mama tak paksa kamu. Terpulang pada kamu. Cuma, mama nak kamu fikir dulu. Ini soal hidup dan mati." Kata mama Emylea lalu terus pergi meninggalkan Emylea yang sedang berperang dengan diri sendiri.

***

{ Emylea POV }

Apa aku nak buat ni? Patut ke? Aku kena lawan benda alah The Teletabies entah apa benda entah. Gila ke? Aku kena bunuh raksaksa tu? Nanti bukan aku yang bunuh dia, dia yang bunuh aku pula. Nak pijak semut pun aku tak berani. Kecuali kalau tak perasanlah. Aku kembali berdiri dan berjalan keseluruh bilik. Resah.

Aku sedang menyendiri di dalam bilik. Aku nak bersendirian. Aku nak sorok. Aku nak sembunyi dari semua ni. Aku tak yakin aku boleh buat. Aku takut!

Macam mana kalau mama tersilap? Mama mana kalau pahlawan itu bukanlah aku dan satu kesilapan?

Patut ke aku tarik diri? Tapi hidup mereka bergantung pada aku. Takkanlah kau nak biarkan mereka terseksa demi pentingkan diri kau, Emylea!

Aku kena lakukannya! Demi Daiyan! Demi mama! Demi Dunia Fantasi! Dan demi rakyat jelataku yang aku tak pernah tahu aku ada. Ceh, yek je kau ni Emylea.

Namun, mampukah aku? Argh, aku tak tahu! Aku rasa macam gilalah! Aku duduk kembali. Serabutnya!

Knock, knock!

Bunyi ketukan kedengaran. Aku terkejut sebelum perlahan aku berkata.

"Masuklah."

{ End Emylea POV }

***

{ Daiyan POV }

Aku jadi resah memikirkan tentang perkara yang baru mama jelaskan. Walaupun aku memang dah dapat tangkap siapa pada mulanya, aku tetap terkejut mendengarnya. Emylealah pahlawan itu.

Aku kena jumpa Emylea.

Knock, knock!

Aku mengetuk pintu.

"Masuklah." Kedengaran suara Emylea di sebalik pintu selepas beberapa saat. Aku masuk.

Emylea sedang duduk di kerusi yang berada di meja soleknya. Tangannya menggigil. Nafasnya turun naik. Matanya meliar ke seluruh tempat. Rambutnya pun sudah terlepas ikatannya. Sekali tengok dah macam hantu dah. Cuma dia masih cun melecun lagilah. Hoho. Dia sudah tidak senang duduk lagi. Kejap bangun, kejap duduk. Ada juga yang kena gam kat kerusi ni karang.

"Emylea." Panggilku. Dia memandangku tekun. Mengharapkan aku bagi tahu dia yang semua ni hanya mimpi.

"Sit." Arahku sambil menepuk - nepuk kusyen kerusi di sebelahku. Emylea hanya diam menurut. Woah, nanti tak pasal aku jadi king control pula.

"Saya tahu awak takut. Tapi saya lagi takut bila nampak awak bertukar jadi langsuir versi masa dia muda tu. Emylea, saya taknak paksa awak sebab nanti awak akan berjuang sendirian. Tapi, kalau pun jawapan awak ialah tidak, saya tetap akan sokong awak. Saya juga berharap jawapan awak dapat membantu rakyat kita. Haeso, saya nak awak pergi mandi dan tukar baju sekarang. Busuklah. Tak mandi eh?" Aku mengepit hidung. Konon busuk sangatlah tu. Padahal Emylea masih tetap wangi walaupun kelihatan tak terurus.

Emylea tersenyum nipis sebelum berdiri.

"Saya dah mandilah!" Rengus Emylea sebelum berlalu ke bilik air untuk mandi semula. Aku tersenyum. Ah, aku saja nak test.

{ End Daiyan POV }

***

"Walau pahlawan itu tidak dapat menyertai kita sekalipun, kita tetap dapat kalahkan The Wallabies tu. Beta tahu rakyat beta boleh. Mari kita jadikan hari ini sebagai hari kebebasan kita!" Ratu Marissa berucap di hadapan khalayak ramai memberi semangat kepada mereka semua sebelum berperang. Ya, harini ialah hari penentuan. Hari Kebebasan mereka dari cengkaman Raja Goblin yang kejam. Mereka mula bersorak kuat. Keadaan menjadi hingar - bingar sebentar.

Sekalipun jika setiap ketua sudah mengumpulkan kesemua bala tenteranya, belum tentu The Wallabies dapat dikalahkan. Walaupun harapan mereka untuk menang hanyalah 15% tanpa Emylea, biarlah mereka mati sebagai pahlawan perjuang dan bukannya hamba yang dikerah semata.

"Mari kita lakukannya bersama!" Jerit Ratu Marissa sambil menghunus pedang berkilatnya ke udara.

"Ya!" Pekik ketua mereka. Bala tentera yang lain turut bersemangt setelah mendengar ucapan ratu mereka.

Ratu, permaisuri, raja dan ketua mendapat tempat istimewa di hadapan baris askar - askar mereka. Ratu Marissa menaiki kuda kesayangannya, Goldy di hadapan barisan ketua dan disebelahnya Ratu Cupcake dan Permaisuri Rose. Seterusnya barulah Daiyan, Fayzal dan Airy di sebelah kiri dan kanan bonda masing - masing. Di sebelah Daiyan ialah kosong. Tempat Emylea.

"Nanti dulu!"

Kini perhatian beralih kepada Emylea yang sudah berpakaian besi sambil menaiki Candy. Emylea maju ke hadapan dan berdiri bersebelahan dengan Daiyan.

"Yeobo, awak datang!" Bisik Daiyan gembira kepada Emylea yang sudah berada di sisinya. Emylea tersenyum manis. Sungguhnya kedatangannya amat berharga.

"Tentulah saya datang, oppa!" Kata Emylea sambil buat muka itik dengan tanda peacenya. Ingat comel sangatlah tu.

_____
Skip
_____

Nampaknya Raja Goblin sudah ambil langkah. Raja Goblin dan tenteranya sudah bersedia untuk berperang. Sama seperti kami. Ratu Marissa dan Raja Goblin mara ke hadapan.

"Jadi, kau bawak pengkhianat dengan perempuan sihir tu bersama kau? Kau tak rasa ke kau akan ditimpa nasib malang nanti?" Kata Raja Goblin sambil tersenyum sinis. Siapa lagi pengkhianat dan perempuan sihir yang dimaksudkan Raja Goblin kalau bukan Orm dan Emylea. Ratu Marissa mengangkat sebelah keningnya. Juga tersenyum sinis membalas.

"Kenapa? Kau takut ke?" Balas Ratu Marissa.

"Aku? Takut? Siapa? Dengan kau ke? Huh, jangan haraplah!" Kata Raja Goblin sambil menjeling Ratu Marissa. Ha, eloklah tu. Korek mata kang baru tahu.

"Kau tahu kan kita tak perlu berperang?" Kata Ratu Marissa lembut seperti memujuk. Dia tak sukakan peperangan. Apatah lagi yang melibatkan anaknya sendiri.

"Huh, habis tu kau nak suruh aku serahkan takhta ni kat kau semula? Memang taklah! Wallababies!" Raja Goblin bercakap dengan angkuhnya sebelum memanggil haiwan kesayangannya The Wallabies atau nama manja yang dipanggil oleh Raja Goblin, Wallababies. Macamlah takhta itu memang miliknya pada mula. Rasanya The Wallabies tu dah besar bangka dah.

Ratu Marissa mengundur ke tempatnya kembali apabila terdengar ngauman The Wallabies yang nyaring dan mengilukan. Semua orang terkejut mendengarnya. Berdesing mereka mendengarnya.

Inilah masanya untuk mereka tampil berani.. sebagai pahlawan.

***

{ Emylea POV }

Aku dah bersedia. Perlahan aku menarik pedang sakti yang diberi mama awal pagi tadi sewaktu dia memberitahuku tentangnya. Er, sakti ke? Entahlah.

Dengan tudungku menutup sebahagian mukaku, memang sebiji macam ninja meh. Wahaha, time inilah rasa nak ketawa.

Ya, inilah waktunya. Untuk aku berjuang demi kebebasan. Ceh, ayat.

Aku turun dari Candy. Ini perjuanganku. Bersendiri.

Aku tergamam melihat saiz The Walabies tu. Aku telan air liur. Mak aih, luruh jantung den. Besar gila. Sebesar shopping mall 30 tingkat! Automatik aku jadi gugup. Nak naik loya aku tengok bentuknya.

Kulit badannya yang bersisik keras mesti susah nak lut. Dia ada kepak pula tu! Nanti kalau tiba - tiba dia i believe i can fly macam mana? Tak ke naya aku nanti? Tang mana aku nak terbang nanti?

Lehernya yang sejibik macam ular tu membuatkan aku goosebump. Herh, ular bukan haiwan eksotik kegemaran aku. 5 kepala serigalanya yang ganas dengan air liur yang meleleh macam air paip pecah. Ni mesti dulu waktu baby teringin macam - macam tapi tak dapat ni. Haha, merepek kerepeklah kau ni Emylea.

Aku pandang Daiyan. Daiyan memandangku sambil buat muka aku-tahu-kau-boleh-punya. Aku boleh! Fighting!

Tiba - tiba keluar lagu pula dalam otak aku. Jika kau fikirkan kau boleh! Kau hampir dapat melakukan. Jika kau fikirkan ragu - ragu, usahamu tak menentu. Engkau boleh, Emylea! Fikirkan boleh! Hahah.

"Warghh!" Jeritan nyaring The Walabies membuatkan aku tersentak. Tanpa dapat dielak, aku tercampak akibat dilibas dengan ekor The Walabies. Ha, tulah. Berangan lagi. Dengan lemah gemalainya ala ballerina aku jatuh terseret. Woa, memang sedap.

Aku bangkit dengan segera sebelum menjadi mangsa pijakan The Walabies dan pedang sakti itu seperti tahu akan kerjanya. Ia seperti bergerak sendiri. Aku menyentakkan pedang itu pada kakinya. Terus ia mengerang sakit.

"Ada banyak perkara yang aku rasa mustahil." Kataku kepada diri sendiri sambil pedang menghalang diri dari dibaham kepala - kepala serigala The Walabies yang semakin menggila.

"Satu, Dunia Fantasi wujud."

Ching!

Pedangku berlaga dengan gigi salah satu kepala serigalanya. Pergh, sampai berbunyi der. Beberapa batang giginya jatuh berterabur.

Macam mana nak bunuh ni? Aku kena fikir! Aku jeba pergi tempat tinggi. Aku lihat sekeliling seketika. Mereka yang lain berjuang. Seperti hari esok takkan ada jika mereka kalah.

Aku kena pergi ke tempat tinggi!

"Dua, rumput berperisa coklat yang boleh dimakan dan angin berbau vanilla."

"Huargghh!" The Wallabies mengerang kesakitan apabila aku memotong sebelah sayapnya yang separa terbuka ketika ia hendak mula terbang. Wow, pedang ni memang tajam der. Dengan sekali potong je, sebelah sayapnya terpisah dari badannya.

"Tiga, benda yang kau rasa mustahil adalah tak mustahil dan empat, mamaku ialah ratu Dunia Fantasi dan aku adalah puterinya."

The Walabies hampir terlibas aku dengan ekornya. Nasib aku masih baik sebab tak kena. Aku cucuk ekornya membuatkan ia .. terlompat kot dan seperti tadi ia buat bunyi bising yang amat. Aih, aku ni tunggu pekak je rasanya.

Aku ternampak Daiyan.

"Daiyan! Saya nak ke tempat tinggi!" Aku menjerit kepada Daiyan yang sedang menaiki Titan pada waktu itu semasa The Walabies sedang sibuk menjerit nyaring dalam kesakitan.

Daiyan menuju ke arahku dan terus mencapai tanganku dan mengangkatku duduk dibelakangnya. The Walabies terperasan pergerakanku dan mula mengejarku. Dia cuba untuk terbang tapi tak mampu. Sayap sebelah kan dah takde. Wahahha, bangga pulak rasa. Aih, belum tamat lagilah, Lea.

"Lima, aku dah berkahwin pada usia 16 tahun dengan lelaki yang sebaya denganku." Aku berbisik pada diri sendiri. Aku menghela nafas panjang.

"Daiyan, saya nak awak tahu ni. Saya cintakan awak." Kataku perlahan kemudian mencium pipi lembut Daiyan sebelum terjun dari Titan

"Enam, aku yang dipilih sebagai pahlawan apa benda alah entah dan bunuh The Walabies." kataku dan memotong kelima - lima kepala The Walabies.

Thudd!

Bunyi kepala serigala The Walabies seperti bunyi durian jatuh dan The Walabies mula menggelupur sebelum badannya mula terkulai jatuh. Woah, did i just killed The Walabies? Aku macam tak percaya! Aku berjaya. Aku berjaya!

Keadaan jadi sunyi. Bunyi pedang jatuh semakin kuat kedengaran. Aku pusing. Nampaknya kematian haiwan kesayangan Raja Goblin membawa berita gembira kepada semua. Termasuklah goblin. Senyuman sampai ke belakang kepala aku tengok. Nampaknya mereka taklah sesetia yang aku bayangkan.

Daiyan tersenyum kepadaku dan aku membalasnya.

Tiba - tiba aku terasa sakit yang amat dari belakangku. Apa benda? Argh, sakitnya. Aku memandang perutku. Terkejut. Sebilah pedang tembus dari perutku. That explain the extreme pain.

Darah mula memancut keluar dri depan dan belakang perutku. Di tepi bibirku juga terdapat sedikit darah yang mengalir keluar. Adakah ini pengakhiran aku?

Kesakitan yang aku tak dapat tanggung membuatkan aku rebah. Aku rasa aku disambut oleh seseorang. Tapi aku terlalu lemah untuk bertahan dan lihat siapa yang menikamku dan menyambutku. Serta - merta pandanganku kelam.

"Emylea!"

{ End Emylea POV }

***

{ Daiyan POV }

"Emylea!" aku terkejut melihat perlakuan Raja Goblin yang amatlah mengejutkan. Bukan aku je, semua orang! Berani dia! BERANI DIA TUSUK EMYLEA!

Emylea sudah tidak sedarkan diri di pangkuanku. Darah banyak keluar dari perutnya yang ditusuk pedang si Raja Goblin tak guna tu. Tapi, aku tak faham. Tak! Kenapa?

Nafas aku sudah turun naik.

Mama aku, mama Emylea, mummy, Fayzal, Airy bergegas ke arah aku. Ratu Marissa.. Opss, silap. Mama Emylea sudah menangis.

Aku betul - betul tak fahamlah.

"Inilah akibatnya kerana ingkar arahan beta!"jerit Raja Goblin dengan bangganya. Seraya selepas dia menjerit sebegitu, Orm dan angkatan tentera yang lain terus membelasah Raja Goblin sehingga.. ah, lantak dialah nak jadi apa pun kat dia.

_____
Skip
_____

"Dah takde cara lain ke, ma? Langsung takde?" soalku. Waa, macam tak percayalah. Mama menggeleng.

Ah, macam mana ni? Emylea perlu dihantar pulang kerana kemungkinan penyembuhannya akan terbatas. Lukanya sudah sembuh tetapi dia masih lagi tidak sedarkan diri. Sudah sebulan lamanya.

Kalau Emylea pulang ke dunia asalnya, maksudnya aku takkan jumpa dia lagi. Sakitnya hati aku. Perit betul.

{ End Daiyan POV }

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience