BAB 5

Mystery & Detective Completed 4732

Aku merasakan bahawa ada satu biji earphone dipasang di sebelah kanan telingaku. Lagu juga turut dipasang olehnya. Lagu Perfect dari Ed Sheeran? Inikan lagu kegemaranku. Aku pelik dengan lelaki ni kenapa semua favourite aku dia boleh tahu semuanya?

"Macamana awak boleh tahu lagu kegemaran saya? Ujarku

"Sebab aku boleh baca fikiran engkau." Kata lelaki itu yang kedengaran sedang mempermainkan aku.

"Awak merepek apa ni? Takkanlah saya nak kata awak ni seorang magician yang boleh teka semua kegemaran saya. Ke awak ni betul-betul seorang magician?" Ujarku.

"Aku bukanlah magician, tapi aku boleh baca semua hati engkau kerana kita mempunyai satu jiwa." Ujarnya.

"Eh..datang lagi merepek mamat ni." Desis hatiku perlahan.

"Kalau kau taknak dengar lagu, aku boleh je tolong tutupkan balik." Ujarnya.

"Eh..kejap-kejap jangan padam dulu sebab saya nak dengar lagu ni sampai habis. Takkan sebelah je? Mana sebelah lagi?" Soalku.

"Sebelah lagi tu aku yang guna. Takkanlah nak suruh kau pakai dua-dua lagipun aku pun nak dengar lagu juga. Earphone ni cuma ada satu je kot." Ujarnya. Aku mula mencebik bibir. Kalau taknak bagi aku pakai, lebih baik jangan bagi aku.

"Awak pun suka dengar lagi ni juga ke?" Soalku ke arahnya.

"Suka, lagipun aku dengan girlfriend aku selalu dengar lagu ni sama-sama untuk tenangkan fikiran. Kau pun macamtu juga ke selalu dengar sama-sama dengan suami kau?" Ujar lelaki itu. Aku tersentak. Lelaki ini seolah-olah boleh membaca fikiranku. Ya, memang aku selalu mendengar lagu ini bersama-sama dengan arwah suamiku. Aku merasa rindu dengan kenangan itu.

"Macamana suami kau boleh meninggal? Boleh aku tahu?" Ujarnya. Aku mula terdiam seketika. Selepas itu aku mula berbicara.

"Suami saya meninggal disebabkan kemalangan sewaktu dia nak buat kejutan pada saya untuk ulang tahun perkahwinan kami. Hari yang sepatutnya menjadi kegembiraan kami bertukar menjadi peristiwa hitam setelah saya mengetahui suami saya mengalami kemalangan. Saya menjadi semakin kecewa sebab tak dapat dengar kata-kata terakhir dari arwah suami saya. Saya nak sentuh wajah dia buat kali terakhir pun tak sempat sebab saya juga pengsan pada waktu itu sehingga tidak sedarkan diri. Bila dah sedar je, terus keluarga saya beritahu dekat saya yang arwah suami saya sudah selamat dikebumikan." Ujarku panjang lebar.

Tanganku dipegang oleh lelaki itu sehingga tanganku menyentuh pada wajahnya.

"Awak buat apa ni? Kenapa awak letak tangan saya kat wajah awak?" Ujarku kepadanya.

"Saja je. Kau kan sendiri cakap yang kau tak sempat nak sentuh wajah arwah suami ksu buat kali terakhir jadi kau sentuhlah wajah aku." Ujarnya. Aku segera menarik tanganku darinya. Memang sah lelaki ini sudah gila.

"Saya cuma nak sentuh wajah arwah suami saya dan bukannya wajah awak!! Lelaki gila!!" Kataku lalu beredar darinya. Lantaklah langgar apa ke asalkan aku dapat jauhkan diri dari lelaki gila itu.

"Hati-hati sayang.." Ujar lelaki itu dari arah jauh tetapi aku abaikan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience