Bab 14

Drama Completed 5973

"Hah?! Kau gila ke Saraa?!" Adam terkejut mendengar permintaan Saraa.

"Mana ada aku gila. Betulla. Dia betul-betul suka kat kau. Kau terimalah dia," pujuk Saraa.

"Kau tahu kan kat hati aku ada siapa? Kenapa kau perlu buat aku macam ni?" luah Adam kesal.

"Tapi aku kan dengan Iqbal. Takkan kau masih...." belum sempat Saraa menghabiskan kata-katanya, Adam mencelah.

"Selagi kau dengan Iqbal belum ada ikatan yang sah, nama kau akan sentiasa ada dalam hati aku. Aku hanya akan move on kalau korang dah ada ikatan yang sah," tegas Adam.

Saraa mengeluh.

"Kau memang tak nak cuba ke terima Af dalam hati kau? Kau tak kesian ke kat dia?" tanya Saraa lemah.

"Aku lagi kesian kat dia kalau aku terima dia," ujar Adam sambil menatap wajah Saraa dengan serius.

"Sebab? Aku tak faham," Saraa mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Sebab aku hanya akan terima dia atas dasar kesian tapi hati aku sebenarnya dah ada orang lain, kau faham? Cuba kau bayangkan kalau kau di tempat dia, dan aku ni Iqbal. Kau tak sedih ke kalau kau tahu sebenarnya Iqbal terima kau sebab dia hanya kesiankan kau?" terang Adam.

Saraa terdiam seribu bahasa. Secara tidak langsung dia bersetuju dengan kata-kata Adam itu. Akan tetapi, bagaimana dia mahu menerangkan perkara tersebut kepada Afrina?

"Habis tu,aku nak cakap apa kat dia? Tu je syarat kalau dia nak maafkan aku. Kau jugak yang bagitau aku, aku mesti mintak maaf kat dia haritu kan? So?" tanya Saraa dengan rasa bersalah.

"Kau suruh dia bagitau sendiri perasaan dia kat aku. Aku tau la macam mana nak uruskan nanti," arah Adam.

Saraa tersenyum lega.

"Thanks tau," ucapnya.

Adam hanya membalas senyuman Saraa. Hatinya senang apabila melihat senyuman Saraa yang manis itu.

...

"Saraa pergi mana tadi?" tanya ayah sejurus Saraa masuk ke dalam rumah.

Maklang yang juga berada di ruang tamu memandang Saraa dari atas hingga bawah. Saraa perasan akan pandangan Maklang nya itu namun dia hanya mengendahkannya.

"Saraa jumpa Adam sekejap tadi, ayah," jawabnya.

"Maklang tengok Saraa ni rapat sangat ngan Adam tu. Ada apa-apa ke?" tanya Maklang.

"Saraa dengan Adam memang rapat dari dulu la, Lang. Kau je kot yang baru perasan," ayah menjawab bagi pihak Saraa.

Saraa tersenyum puas mendengar jawapan ayahnya.

"Mana ibu, ayah?" tanya Saraa.

"Ada kat dapur,"

"Oh kalau macam tu, Saraa pergi jenguk ibu kat dapur dulu la," ujar Saraa sebelum berlalu ke dapur.

Ayah hanya mengangguk.

"Kau tak takut ke, Long?" tanya Maklang tiba-tiba.

"Nak takut apa?" ayah tidak faham dengan soalan Maklang.

"Kau tak takut ke kalau Saraa dengan Adam tu buat benda-benda yang tak elok?"

"Ish kau ni, ke situ pulak,"

"Ye la, Saraa tu perempuan. Rapat pulak dengan Adam tu. Kau jangan nanti kalau dah jadi apa-apa baru nak menyesal," kata Maklang seolah-olah mengugut.

"Kau jangan risau sangatla, aku tau anak aku pandai jaga diri," jawab ayah dengan yakin.

"Aku ni nasihat aje,"

"Ye, aku tahu. Kau pun ada anak cucu perempuan jugakkan? Pesan kat diorang supaya pandai jaga diri, ya," ujar ayah.

...

"Ibu!" tegur Saraa sambil memeluk ibunya.

"Kamu pergi mana tadi, Saraa?" tanya ibu.

"Saraa jumpa Adam,"

"Saraa dah jumpa Adam lima kali seminggu kot, takkan hari cuti ni pun Saraa masih nak jumpa Adam?"

"Ala ada hal sikit tadi, kalau tak memang takla Saraa nak jumpa Adam masa-masa macam ni. Lebih baik Saraa rehat je kat rumah. Kalau tak pun, Saraa tolong ibu kat dapur," ujar Saraa.

"Ye la tu,"

"Ibu, Saraa nak tanya sikit," Saraa mengubah topik perbualan.

"Tanya je la,"

"Maklang buat apa jumpa dengan ayah? Dia nak bayar duit yang dia pinjam hari tu ke?" soalnya.

"Tak,"

"Habis tu? Nak pinjam lagi?"

"Hari tu kan dia janji nak bayar dalam hujung bulan ni, tapi dia kata dia masih lagi memerlukan duit. Jadi dia mintak ayah panjangkan tempoh pembayaran,"

"So ayah setujula?"

"Dah tu adik dia, mestilah dia setuju,"

Saraa mula geram.

"Ish Maklang ni kan. Dia ingat dia sorang je ke yang memerlukan duit? Habis kita ni?" ujar Saraa.

"Eii tak baik tau Saraa cakap macam tu. Apa-apa pun, dia tetap keluarga Saraa. Saraa mesti hormat kat dia," pesan ibu.

"Tapi bu, duit yang dia pinjam tu banyak tau,"

"Nanti-nanti dia bayarla. Sebab tu ayah suruh Saraa kerja. Sekurang-kurangnya dapatla tampung perbelanjaan kita,"

Saraa mengeluh.

"Ye la, bu,"

"Saraa dah solat asar?" soal ibu.

"Dah tadi sebelum Saraa pergi jumpa Adam,"

"Bagusla. Sekarang Saraa pergi mandi,"

Saraa hanya menuruti sahaja perintah ibunya.

...

Selesai  sahaja makan malam, Saraa duduk di ruang tamu untuk menonton rancangan televisyen kesukaannya. Afrina dan Sufrina juga menyertainya.

"Kau dah bagitau kat Adam ke tentang permintaan aku?" tanya Afrina.

"Dah,"

"Then?"

"Dia nak kau bagitau kat dia sendiri. Dia kata dia nak dengar dari mulut kau sendiri,"

"Aduh aku malula,"

"Ala kau cakap je la. Tengah hari esok dia nak jumpa kau kat tempat biasa yang kitaorang lepak. Kau tahu kan kat mana?" ujar Saraa.

"Kau temankan aku please," jawab Afrina sambil menggoncang-goncang tangan Saraa.

"Taknak. Esok aku nak rehat je kat rumah,"

"Suf nak ikut!" sampuk Sufrina beria tanpa mengetahui apa-apa.

"Ha Suf boleh temankan kau. Aku taknak masuk campur hal korang. Aku dh cuba sedaya upaya so sekarang ni, benda ni dah bukan hal aku lagi," jawab Saraa selamba.

"Dahla aku nak masuk tidur, nanti korang tolong tutupkan TV tu ye," sambungnya lagi sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

Sebelum melelapkan mata, telefon Saraa berbunyi menandakan mesej masuk. Nama Iqbal terpapar pada skrin telefon tersebut.

'Good night,'

'Sweet dreams,'

'?'

Saraa hanya tersenyum melihat mesej-mesej tersebut. Dia bahagia apabila menerima mesej-mesej sebegitu daripada Iqbal.

...

"Abang Adam, Saraa kata abang nak jumpa Af kat sini," Afrina tersengih-sengih.

"Ha'ah memang abang nak jumpa Af,"

"So abang dah tahu kan yang Af suka kat abang?"

Adam mengangguk.

"Abang mintak maaf. Abang anggap Af macam adik abang sendiri je, tak lebih dan tak kurang," ujar Adam.

"Tapi Af nak abang anggap Af lebih dari itu," Afrina menahan air matanya.

"Maaf, Af. Dalam hati abang dah ada orang lain,"

"Siapa? Saraa ke?" Air mata Afrina kini mengalir membasahi pipinya. Hatinya sakit mendengar pengakuan jujur Adam itu.

"Siapa dia tu tak penting. Yang abang nak Af tahu, abang memang takde apa-apa perasaan yang istimewa pun kat Af," tegas Adam.

Sufrina yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka kini memeluk kakaknya erat. Hatinya sakit apabila melihat kakaknya diperlakukan sedemikian oleh Adam .

"Maafkan abang, Af. Assalamualaikum," ucap Adam sebelum meninggalkan mereka berdua berpelukan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience