Chapter 1

Romance Series 4988

Kring!!!! ‘Ya Allah! Dah pukul 6.30 pagi. Aku tak solat dan mandi lagi.’ bisik hati kecil Isha setelah menoleh ke arah jam di dinding biliknya. Dia menghidupkan suis lampu bilik dan bergegas meluru ke bilik air setelah mencapai tuala yang disangkut di tingkap biliknya. Setelah selesai bersiap, dia terus keluar rumah dan menuju ke keretanya. “Isha tak breakfast dulu ke?” soal ibunya. “Takpalah ibu. Nanti Isha breakfast kat office je! Isha dah lambat. Ada meeting penting hari ni!” jawabnya. Dia sempat bersalaman dengan ibunya dan memberi salam. Puan Riana hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu.

Setelah sampai di pejabat, Isha terus meluru ke bilik mesyuarat di tingkat lima bangunan pejabatnya. ‘Aduh! Lif penuh pulak!’ ucapnya dalam hati. Tanpa berfikir panjang dia terus menaiki tangga dengan pantas. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik mesyuarat itu. Dia menadah tangan dan sempat berdoa supaya tidak dimarahi oleh bosnya, Encik Zamil. Sedang Isha berdoa, tiba-tiba pintu bilik mesyuarat itu dibuka dan kelihatan Encik Zamil berdiri di hadapannya. “Awak buat apa ni Faisha? Dah lah lambat, berdiri pulak depan pintu dengan tadah tangan macam nak baca doa makan. Awak ni sihat tak?” soal Encik Zamil kepadanya. Rakan-rakan sekerjanya dalam bilik itu hanya ketawa kecil melihat sikapnya itu. Muka Isha serta-merta bertukar merah. Dia memiliki kulit yang cerah dan jika malu, kemerahan wajahnya memang mudah kelihatan. “ Maaf Encik. Saya tak sengaja. Saya janji takkan datang lambat lagi.” balas Isha dengan tangan kananya diangkat seperti melafazkan ikrar tanda janjinya. Dia semakin menarik perhatian rakan-rakan sepejabatnya untuk ketawa melihat gelagatnya itu. Mukanya semakin merah. “Dah. Tak payah nak berikrar kat sini. Pergi masuk lepas tu settlekan pasal tender yang kita dapat tu.” kata Encik Zamil dan terus berlalu menuju ke bilik air. Dia terus masuk dan mengambil tempat disebelah rakan baiknya, Nia Qistina dan Farah Azwa. Terdengar ada suara yang menyindirnya. “Dah lah lambat. Boleh pulak tadah tangan berdoa bagai depan pintu. Macam budak-budak betul.” kata salah seorang dari staf di pejabatnya. Dia tahu siapa yang bersuara itu walaupun tidak menoleh ke arahnya. “Kau tak payah layan la dia tu. Buat tak tahu je. Bukan kau tak tahu perangai perempuan tu macam mana. Nak je aku bagi penampar dekat dia tu.” kata Azwa dengan perlahan. “Ish kau ni. Gangster betul. Tak payah nak tampar orang la dekat sini. Nanti tak pasal-pasal kau yang kena buang kerja. Kau nak ke macam tu?’’ balas Isha. Rakannya hanya diam dan membuat mimik muka. Isha hanya tersenyum melihat rakannya itu. Habis sahaja mesyuarat itu, Isha kembali ke biliknya dan menyiapkan tugasan yang belum lengkap.
Jam di dinding menunjukkan pukul tiga petang. Pejabatnya sudah mula lengang kerana waktu itu adalah waktu pulang. Hari Sabtu adalah hari yang paling bermakna buat staf-staf Annisa Corporation kerana mereka dibenarkan pulang awal. Isha masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Kerja di mejanya masih bertimbun dan perlu dihantar kepada Encik Zamil selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini kerana pihak atasan sudah mula menanyakan tentang perkembangan projek itu. Nia tiba-tiba menerjah ke mejanya. “Kau tak nak balik lagi ke?” soalnya. “Tak lagi kot. Aku nak siapkan kerja sikit. Kau balik la dulu.” balas Isha selamba. “Betul ni? Kalau macam tu, kitorang balik dulu tau! Bye! Apa-apa hal call aku tau!” balas Nia. “Jangan lupa nak balik sudah la!” Azwa yang di sebelah Nia sempat mengusik rakan baiknya itu. Isha hanya tersenyum melihat dua orang rakannya itu. Dia menyambung kerjanya sehingga pukul 6.15 petang dan pulang ke rumahnya.

Setelah selesai solat isyak, Akmal bingkas bangun dan mencapai telefonnya di atas katil. Dia menoleh jam di telefonnya yang sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Dia keluar dari biliknya untuk ke dapur setelah terasa perutnya mula berkeroncong. Dia baru teringat yang dia tidak menjamah apa-apa dari petang tadi. Dia terus ke dapur dan menikmati makan malam yang dihidangkan ibunya dengan berselera. “Hai. Laparnya anak mama ni. Tak makan ke petang tadi?” soal ibunya memulakan perbualan. Akmal hanya tersenyum dan menampakkan lesung pipit yang dalam di kiri dan kanan pipinya itu. “Aah. Petang tadi Akmal ada hal. Tak sempat nak makan ma.” balas Akmal ringkas. “Hal apa yang penting sangat sampai tak sempat nak makan ni? Akmal tu muda lagi. Kesihatan tu kena jaga. Kerja, kerja jugak. Tapi jangan lah sampai lupa nak makan. Nanti kalau sakit lagi susah kan.” jelas ibunya. “Yelah mama.” Akmal mengiyakan sahaja nasihat ibunya yang tersayang itu. “Papa mana ma? Tak nampak pun hari ni. Biasanya duduk berteleku kat kerusi tu tengok tv.”soal Akmal mengenai ayahnya. “Papa kamu ke rumah Mak Ngah kamu. Ada hal sikit yang nak dibincangkan dengan Pak Ngah katanya.” balas ibunya sambil membawa dulang berisi cawan yang telah diguna untuk dibasuh. Akmal hanya mengangguk dan menghabiskan makan malamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience