BAB 1

Romance Series 19223

BAB 1

“ Sha?” lamunan gadis itu terhenti sebaik sahaja namanya di panggil. Wajah sugulnya di angkat perlahan, menatap ke arah wajah tua ayahnya yang sedang menanti jawapan darinya.

“ Apa keputusan Sha? Ayah bukan nak memaksa Sha, tapi ayah segan dengan keluarga Tok Ketua tu. Dah banyak kali keluarga mereka datang masuk meminang Sha. Tapi Sha masih lagi belum bagi jawapan dekat mereka”Pak Ibrahim meluahkan rasa gusarnya.

“ Ayah.. Sha tak sedia lagi nak berumah tangga..”

“ Habis tu bila Sha nak kahwin? Tunggu Sha dah tua?” Pak Ibrahim mengeluh.

“ Ayah, kahwin ni bukan benda main-main. Sha tak nak nanti…”

“ Nanti apa? Sha bukan tak kenal dengan Malik tu. Sha dah kenal dia dari sekolah rendah lagi. Haaa.. lagipun Malik tu memang dah lama suka dengan Sha. Dia boleh bagi kasih sayang sekaligus kesenangan buat Sha” sepantas kilat Pak Ibrahim memotong perkataan anak tunggalnya itu.

“ Eleeh! Kesenangan konon! Kesenangan taik kuceng! Dahlah menumpang harta mak bapak, kerja pulak tak ada. Muka pulak macam rumah tak siap. Walaupun aku ni belajar setakat SPM, aku pun ada taste jugak kat lelaki. Isk siapa la yang nak dengan lelaki pemalas macam tu. Mengharapkan duit mak bapak je” Hanisha berbisik sendirian di dalam hati. Dia mulai terbayangkan wajah Malik yang kulitnya agak gelap itu. Dengan lagak seperti hero kampung murahan, memang tak lah Hanisha menerima lamaran anak ketrua kampung tu. Nak menambahkan beban ke?

“ Sha?” Tinggi suara Pak Ibrahim memanggil nama anaknya.

“ Ye..” Hanisha menjawab malas.

“ Sha dengar tak apa yang ayah cakap ni?” Bulat mata lelaki separuh usia itu menjamah wajah anaknya.

“ Dengar.. Sha tak pekak lagi” Hanisha memuncungkan bibirnya.

“ Sha seyuju ke tak?” Pak Ibrahim inginkan jawapan yang pasti.

“ Ayah dah tau kan jawapan Sha.. ayah tak payah la nak paksa Sha kahwin dengan si Malik tu. Ayah pun tau yang Sha tak suka dengan dia. Dahlah muka macam rumah tak siap…” Hanisha mendengus.

“ Hanisha!” Pak Ibrahim menekan nada suaranya. Geram dengan jawapan yang di berikan oleh anaknya. Baginya jawapan yang di berikan oleh Hanisha padanya agak kurang ajar.

“ Tak elok Sha cakap macam tu. Ayah tak ajar Sha bahasakan orang sampai macam tu sekali. Tak elok tau tak” Pak Ibrahim memberikan peringatan.

“ Betullah apa yang Sha cakap. Muka dia meman macam muka rumah tak siap. Tak lengkap!” Hanisha mencemik.

“ Ayah tak tahu apa yang buat Sha gelar dia macam tu, tapi ayah nak Sha tahu.. Malik tu baik orangnya. Sopan-santun. Tinggi budi pekertinya. Ayah suka sangat kalau dia jadi menantu ayah..”

“ Alahhh.. depan ayah memanglah dia tunjuk baik. Pijak semut pun tak mati. Maklumla bakal bapak mertuakan. Kalau tak baik, nanti pinangan tak di terima” Hanisha menjuihkan bibirnya.

” Ya ALLAH! Sampai macam tu sekali Sha hina dia…”

“ Sha bukan hina ayah. Tapi apa yang Sha bagi tahu ni adalah berdasarkan apa yang Sha tahu. Ni fakta tau! Bukan rekaan atau cobaan semata-mata” Hanisha berbicara bersungguh-sungguh.

“ Habis Sha memang tak nak bersuamikan anak ketua kampung tu?”

“ Tak!” Jawab Hanisha sepatah, dengan penuh yakin sambil berpeluk tubuh.

“ Sha yakin?”

“ Yang ayah ni dah kenapa? Kenapa nak paksa Sha kahwin dengan mamat muka tak siap tu?”

“ Ayah tak paksa Sha.. tapi apa yang ayah nak bagitahu dengan Tok Ketua nanti kalau ayah cakap yang ayah tolak lamaran anak dia…” Berubah wajah Pak Ibrahim usai menghabiskan ayatnya.

“ Alahhh.. cakap je terus-terang yang Sha tak nak kahwin dengan lelaki yang tak ada kerja, tak ada masa depan dan tak ada usaha nak memperbaiki diri sendiri” Ujar Hanisha penuh yakin.

“ Amboi.. pandainya anak ayah ni nak mengata orang. Kenapa dulu tak nak belajar tinggi-tinggi lepas tu jadi penceramah bebas” Pak Ibrahim memberi sindiran.

“ Sebab Sha tak minat” Hanisha bangun dari kerusi.

“ Nak ke mana pulak tu?” Pak Ibrahim mendongak sedikit wajahnya.

“ Nak pergi kerjalah. Sha ni bukan macam si Malik tu. Duduk rumah goyang kaki, tetap dapat duit dari ayahnya. Sha ni kena kerja untuk carik sesuap nasik” Hanisha berlalu pergi tanpa menunggu jawapan balas dari si ayah.

“ Bertuah punya budak. Satu aku cakap, 500 patah perkataan dia jawab” Pak Ibrahim menggeleng kepalanya. Lelaki itu kembali menyandarkan tubuh di kerusi rotannya sambil menghisap sebatang rokok yang baranya mulai menghilang itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Habis tu kau tolak lamaran si Malik tu?” Damia menghentikan tawanya. Tangannya masih lagi ligat memasukkan cadar kotor ke dalam bakul di atas troli di hadapannya.

“ Kau dah gila ke apa? Tak kan aku nak terima lamaran si Malik tu. Kalau pun dia satu-satunya lelaki yang ada dalam dunia ni, aku tak akan kahwin dengan dia la. Aku tak nak menyusahkan lagi hidup aku yang dah memang serba susah ni” Hanisha kegelian. Suaranya kedengaran agak bergema memecah keheningan suite mewah itu.

“ Aku tak dapat bayangkan kalau kau kahwin dengan si Malik tu. Eeeee.. simpang malaikat 44” Damia mengeluarkan cadar baru dari troli yang berlainan. Cadar itu di pasangkan ke arah katil yang ada di tengah ruangan itu.

“ Aku yakin, kalau aku kahwin dengan dia, aku akan jadi tauke kedai runcit milik bapak dia dekat kampung tu. Kau akan tengok aku pakai kain pelikat dengan baju lusuh melayan makcik-makcik bawang kat kampung tu nanti” Hanisha mencuci sinki dengan berus yang sudah tersedia di tangannya.

“ Eeeee.. kau ni kan Sha. Mulut tak ada insuran. Dah lah. Kalau aku layan cerita kau ni, sampai esok pun kerja aku tak habis” Damia sempat menepuk-nepuk bantak di atas tilam sebelum berlalu menuju ke luar.

“ Kau dah nak pergi ke?” laung Hanisha dari luar.

“ Yelah! Tak kan aku nak tunggu kau kat sini. Nanti mengamuk pulak Cik Mona tu kalau kerja tak siap” Damia memberi peringatan.

“ Alah! Kerja aku belum habis lagi ni. Kau tunggu la aku kejap. Tak kan kau nak biarkan aku sorang-sorang” nada suara Hanisha kedengaran merajuk.

“ Ye! Aku tunggu. Tapi cepat lah sikit. Ada banyak lagi bilik nak di kemas lepas ni” Damia membalas.

“ Kau ada nampak Encik Ameer tak?” Wajah Hanisha berubah ceria sebaik sahaja mengubah topik perbualan mereka.

“ Hmm.. kenapa? Kau rindu dengan dia?” Damia mengusik.

“ Kalau aku tak rindu, tak adalah aku nak bertanya dekat kau. Dah berapa hari aku tak tengok muka dia” Hanisha tetap meneruskan kerjanya walaupun mulutnya tak henti berbicara.

“ Dia ada kursus seminggu kat Melaka. Lusa baru dia balik. Kalau dia balik nanti bolehlah kau lepaskan rindu kau dekat dia” balas Damia sambil mengemas segala peralatan yang di gunakan untuk membersihkan bilik itu.

“ Kau jangan risau. Akan aku sambut Encik Ameer nanti dengan penuh kasih dan mesra” Hanisha mulai memasang angan-angan.

“ Kalau kau dah suka dengan Encik Ameer tu, kenapa kau tak kahwin je dengan dia?” Damia tersengih.

“ Kalau dia nak, aku no problem” Hanisha membalas riang.

Dari kejauhan, kelibat seorang pemuda muncul pada penglihatan mata Damia. Gadis itu dapat merasakan aura yang agak berlainan pada sosok tubuh yang agak sasa itu. Dengan pakaian yang di kenakan oleh pemuda itu, pasti dia bukan calang-calang orang.

“ Mr David?” Damia terkejut melihat pengurus resort tempat dia dan Hanisha berkerja berjalan beriringan dengan pemuda yang wajahnya menjadi tanda tanya itu. Pemuda itu masih menunduk menghadap telefon bimbitnya sambil melangkah ke arahnya.

“ Damia?” Mr David menghentikan langkahnya betul-betul di hadapan Damia. Ternganga gadis itu saat terpandang wajah pemuda yang ada di sebelah Mr David.

“ Malaikat ke yang ada depan aku ni?” getus Damia di dalam hati dengan mulut yang sedikit ternganga.

“ Bilik dah siap?” Mr David menjenguk kepalanya ke dalam bilik yang usai di kemasnya sesaat tadi.

“ Sudahhh” Damia masih tidak lagi mengalihkan pandangan matanya.

“ Awak ni dah kenapa? Kena sampuk hantu ke?” Mr David memetik jemarinya di hadapan Damia berulang kali.

“ Sudah Mr David” Bicara Damia agak gagap.

“ Emm.. kalau macam tu Tengku boleh masuk berehat dulu. Nanti petang saya akan suruh orang saya untuk jemput Tengku” Mr David berbicara penuh hormat dan santun.

“ Tengku? Anak raja ke?” Sempat Damia menyoal dirinya sendiri sebelum menunduk sesaat. Di sendiri tidak mengerti mengapa dia menunduk sebegitu.

“ Its okay. Saya boleh pergi sendiri” Pemuda itu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar sambil menguntum senyum nipis.

“ Kalau Tengku perlukan apa-apa, Tengku bole call saya” tambah Mr David ramah.

“ Tak apa. Saya boleh uruskan sendiri” Pemuda itu berlalu di hadapan Damia dan Mr David masuk ke dalam suite yang telah di khaskan untuknya.

“ Siapa tu, Mr David” Damia bertanya seakan berbisik. Enggan pertanyaannya di dengar oleh pemuda kacak itu tadi.

“ Anak Tengku Iskandar, Tengku Hariz Mikhail” Mr David membalas, juga dengan nada berbisik.

“ Anak Tengku Iskandar? Pemilik resort ni?” Damia agak terkejut dengan fakta yang baru di terimanya. Ternganga gadis itu mendengar jawapan dari pihak atasannya itu.

“ Awak tunggu apa lagi kat sini? Pergilah buat kerja” Mr David kembali tegas menekan nada suaranya.

“ Tapi.. si Hanisha masih ada kat dalam tu..” Damia melopong. Baru teringat akan si Hanisha yang masih ada di dalam suite itu membersihkan tandas. Pasti gadis itu tengah berbicara sendiri di dalam.

” Laaaa.. panngilah dia. Takkan itu pun saya nak kena ajar” Mr David berbicara geram.

“ Macamana saya nak ke dalam. Pintu pun dah tertutup”

“ Ketuklah!” Mr David mengetap giginya.

“ Tak berani lah saya. Nanti saya pulak yang kena marah dengan anak Tengku tu” Damia menggelengkan kepalanya selaju yang bisa.

“ Korang berdua ni kan. Kalau sehari tak menyusahkan saya, memang tak sah! Menyakitkan hati betul” Dengus Mr David menahan amarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Kalaulah la aku kahwin dengan Encik Ameer, mesti aku dah tak payah nak kerja lagi kan?” Hanisha masih lagi menyambung angan-angannya. Ligat tangannnya mengelap cermin yang sudah di sembur dengan bahan pembersih yang di khaskan untuk mengilatkan cermin yang agak kabur itu.

Hariz yang baru melangkah masuk berkerut dahi. Telinganya tak salah mendengar ke? Sepertinya ada seseorang yang masih tertinggal di suite yang baru di masukinya itu. Langkah di hayun perlahan menuju ke arah si empunya suara. Hariz menghentikan langkahnya sebaik terpandang ke arah seorang gadis bertudung di kamar mandi dengan pintu yang terbuka agak luas. Hariz tidak pula membuat sebarang bunyi sebaliknya memerhatikan tingkah laku gadis itu sambil berpeluk tubuh.

“ Tapi kan Damia.. aku ada dengar yang anak Tengku Iskandar ada datang kat sini nanti. Tapi tak tahu pulak bila? Kau rasakan, dia handsome tak?” Hanisha meneruskan bicaranya tanpa memerhatikan kiri dan kanannya.

Hariz yang mendengar bicara Hanisha itu senyum nipis. Tubuh sasanya di sandarkan ke dinding. Masih cuba untuk melihat gadis gadis yang berada tidak jauh dari dirinya itu, wajah itu masih tidak kelihatan, dek tudungnya dan pandangan gadis yang masih tidak tertumpu ke arahnya namun suara lembut gadis itu menarik perhatiannya, membuatkan dirinya ingin menatap si empunya suara.

“ Kalau dia handsome dari Encik Ameer, aku akan kahwin dengan dia tanpa sebarang alasan. Aku akan setuju on the spot. Haaa.. tak payah la aku nak kahwin dengan anak Tok Ketua tu. Aku dapat pakej yang lengkap tau. Kaya, handsome, berpangkat tinggi. Kau pun mesti tumpang happy dekat aku” Hanisha tiba-tiba terfikir idea yang agak gila hingga gadis itu ketawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulutnya sendiri.

“ Tapi handsome ke anak Tengku Iskandar? Kalau tak handsome, aku tak naklah. Biarlah aku mengabdikan diri aku dekat Encik Ameer je. Kau jangan nak sailang aku pulak” Hanisha memberi peringatan.

“ Damia? Kau dengar tak apa aku cakap?” Hanisha pelik. Bebelannya sedari tadi tidak mendapat perhatian dari sahabatnya itu. Hanisha mengeleh geram. Gadis itu meletakkan tuala kecil dan bekas semburan cermin itu di atas sinki. Gadis itu berpaling dan alangkah terkejutnya gadis itu apabila perbuatannya itu di perhatikan oleh seorang lelaki yang tdiak di kenalinya.

“ Ya ALLAH! Terkejut aku!” Hanisha menjerit kecil. Dadanya di urut berulang kali.

“ Kenapa terkejut? Rupa saya ni ada macam rupa hantu ke?” Hariz melangkah setapak ke hadapan.

“ Awak ni siapa? Berani-berani masuk kedalam bilik ni? Rupa awak dah tak macam hantu tau, dah macam penculik. Mana Damia? Awak dah buat apa dekat dia?” Hanisha menyoal pemuda di hadapannya bertubi-tubi sambil bercekak pinggang.

“ Saya? Saya pemilik suite ni” Hariz senyum.

“ Alahai! Handsomenya mamat ni. Iskk kau ni Sha! Sikit-sikit nak berangan” Sempat gadis itu memuji ketampanan pemuda di hadapannya sebelum kembali menyedarkan dirinya.

“ Shes beautiful” Hariz berbisik perlahan, memuji kecantikan asli yang ada pada gadis di hadapannya itu.

“ Hanisha?” Hariz membaca tag nama yang ada di dada gadis itu di dalam hati. Saat itu kedua pasang mata mereka bertemu.

“ Adakah dia…?” Hariz berbisik perlahan.

“ Sha! Kau ingat ni cerita hindustan ke?” Hanisha mengetuk kepalanya agak kuat.

“ Tak payah nak mengaku awak pemilik suite ni! Awak memang dah culik kawan saya kan. Baik awak mengaku. Mana Damia?” Hanisha kembali bercekak pinggang.

“ Kawan awak? Yang ada kat luar tu tadi? Dengan Mr David?”

“ Macamana pulak dia ni tahu pasal Mr David?” Hanisha menjuihkan bibirnya.

“ Awak nak ke kahwin dengan saya?” Ucapan lancar dari mulut Hariz membuat Hanisha terlopong.

“ Soalan apa benda tu? Dia ni dah kenapa? Salah makan ubat ke? Ke aku dah masuk dalam rancangan hidden camer?” kedua anak mata Hanisha meliar memerhatikan ruangan kamar itu. Mencari di mana letaknya kamera yang tersembunyi.

“ Saya ni handsome, kaya, berpangkat tinggi. Full pakej! Sama macam yang awak nak. Awak nak tak kahwin dengan saya?” Hariz melangkah setapak lagi ke hadapan. Posisi keduanya kinin hanya berjarak satu meter di antara satu sama lain.

“ Eeeeee… berlagak pulak dia. Handsome tu memanglah handsome. Kaya tu belum confirm lagi.. tapi…” Hanisha memerhatikan pemuda di hadapannyaatas kebawah.

“ Nampak macam anak orang kaya!” Hanisha mengecilkan kedua belah matanya. Memandang tepat ke arah anak mata pemuda di hadapannya itu. Kot hitam dan tali leher yang di kenakannya tampak mewah, punya kelas yang tersendiri. Kasut dia?

“ Kilat! Dapat di buat batu cincin” Hanisha ketawa kecil.

Hariz berkerut. Apa yang lucunya? Hariz sekadar memerhatikan tindak-tanduk Hanisha yang menatapnya seakan seorang polis menatap penjenayah.

“ Ada yang kurang ke dekat saya?” Hariz menundukkan sedikit wajahnya. Agak dekat dengan wajah Hanisha hingga membuat gadis itu terkedu. Tidak berkelip matanya saat bertemu pandang dengan mata coklet milik pemuda itu.

“ Iskkkkkk! Tak payah la nak cakap dekat-dekat!” Hanisha menolak wajah Hariz dengan kedua belah tangannya kaget. Gadis itu menapak ke belakang. Enggan berdekatan dengan pemuda di hadapannya. Entah kenapa saat itu jantungnya berdetak pantas. Wangian yang di kenakan oleh pemuda itu menggertarkan jiwa wanitanya.

“ Eeeeeee.. sedarlah Hanisha! Yang kau menggatal ni dah kenapa?” Hanisha kegelian akan dirinya sendiri. Gadis itu melontarkan pandangan mata yang begitu tajam ke arah Hariz yang tampak senang dengan gelagat Hanisha walaupun muka kacaknya tadi di tolak kasar oleh gadis itu.

“ Kenapa awak senyum-senyum?”soal Hanisha agak galak.

“ Salah ke kalau saya senyum?”

“ Tak salah! Cuma handsome sangat” Hanisha menurunkan nada suara di ayat yang terakhir, bimbang di dengar oleh pemuda itu. Nanti dia perasan pulak.

“ Jadi? Awak sudilah kalau saya ajak awak kahwin?” Hariz mengulang pertanyaannya tadi.

“ Eeeeee.. mamat ni dah kenapa?” dengus Hanisha di dalam hati.

Ketukan pintu mengejutkan keduanya. Hanisha dan Hariz memandang ke arah pintu itu serentak. Hariz tak punya pilihan lain. Pemuda itu menyusun kakinya menuju ke arah pintu.

“ Maaf Tengku Hariz. Sa.. saya nak ambil kawan saya yang tertinggal kat dalam” Damia berbicara putus-putus.

“ Kawan awak?” Hariz menguakkan pintu seluasnya.

“ Sayang? Kawan awak datang nak ambil awak. Dia cakap awak tertinggal kat dalam” Hariz melaungkan suaranya hingga membuat Damia sekaligus Hanisha terlopong kerna terkejut.

“ Eeeeeeee… mamat perasan kacak ni. Jaga kau!” Hanisha menghentak kedua belah kakinya di lantai, sebelum mengatur langkah geram menuju ke arah Hariz.

“ Siapa sayang awak? Tak payah nak sayang-sayanglah!” Hanisha mengunjuk jari telunjuknya ke arah wajah Hariz.

Mr David dan Damia terlopong dengan apa yang sedang terjadi di hadapan mereka. Beraninya Hanisha memperlakukan anak Tengku Iskandar sedemikian rupa.

“ Damia? Kau okey ke? Kau tak apa-apa? Mamat ni tak buat apa-apa ke dekat kau?” Hanisha mendapatkan Damia. Memegang kedua belah lengan temannya itu sambil memeriksa anggota tubuh gadis itu bimbang kalau ada yang tercedera.

“ Sha.. aku rasa kau dah salah faham ni.. yang sebenarnya dia ni…”

“ Kau tak payah nak cakap lagi. Aku dah tahu apa yang mamat ni buat dekat kau. Dia buat yang tak elok dekat kau kan?” Hanisha menoleh ke arah pemuda di hadapannya dengan pandangan mata yang tajam. Hariz tersengih sambi menyelak rambutnya ke belakang.

“ Tengok tu! Dia tunjuk muka dia yang tak bersalah tu. Kau jangan risau Damia. Aku ada mempertahankan hak kau” Hanisha menolak Damia ke belakangnya. Bercekak pinggang menjamah wajah Hariz dengan pandangan menyinga.

“ Sha? Kau dengar dulu apa yang aku nak kata. Dia tak buat apa-apa kat aku..” Damia kembali berdiri di hadapan Hanisha.

“ Hanisha Sofea! Eeeee perangai awak ni makin menjadi-jadilah!” Mr David hilang sabar. Lelaki berusia lingkungan 30an itu tidak tahan dengan drama yang sedang berlaku di hadapannya.

“ Dia ni Tengku Hariz Mikhail, anak Tengku Iskandar, pemilik resort ni. Temoat awak carik sesuap nasik!” Mr David menekan ayatnya satu persatu.

“ Tengku Iskandar?” Hanisha menyebut semula nama yang keluar dari bibir Mr David perlahan. Rasanya dia pernah dengar nama itu. Tapi di mana?

“ Haaaaa!!! CEO resort ni?” Hanisha menoleh ke arah Hariz. Kali in gadis itu sedikit menunduk. Amlu rasanya untuk bertentang mata dengan pemuda itu.

“ Aduhai Sha! Kenapalah mulut kau ni celupar sangat. Lansung tak ada insuran!” Hanisha menampar geram muncung bibirnya berulang kali.

“ Tak sakit ke tampar bibir tu sayang?” Hariz mngusik.

“ Maafkan saya Tengku Hariz. Saya akan latih pekerja saya dengan lebih tegas lagi” Mr David berdehem di hujung ayatnya, sebagai tanda isyarat agar Hanisha dan Damia segera keluar dari suite itu dan mengikutinya.

“ Jangan berkeras dengan mereka Mr David. Terutamanya Hanisha ni. Dia ni bakal isteri saya” Hariz mengenyitkan matanya ke arah Hanisha.

Gulp! Hanisha menelan air liurnya. Tidak berkelip matanya memandang ke arah pemuda yang ada di hadapannya.

“ Isk… Encik Tengku ni memang pandai bergurau” Hanisha cuba menghilangkan rasa gugupnya dengan menghamburkan tawa yang sengaja di buatnya.

“ Saya tak bergurau.. saya serius ni” Hariz menukar riak wajahnya. Agak tegas dengan ayatnya.

“ Hahahha. Encik Tengku ni boleh jadi peserta maharaja lawak la. Kelakar sangat” Hanisha bergetaran. Sebelum Hariz meneruskan ayatnya, Hanisha terlebih dahulu menarik tangan sahabatnya itu keluar meninggalkan Hariz dan Mr David yang masih lagi berdiri di tempat yang sama.

“ Maafkan saya Tengku. Harap Tengku tak ambil hati” Mr Davie menunduk sebagi permohonan maafnya.

“ Its okay! No problem at all” Hariz senyum nipis.

“ Do u know her personally?” Hariz menyambung ayatnya selang beberapa saat.

“ Tak jugak. Tapi dia seorang pekerja yang baik walaupun kadang-kadang perangai dia tu buat saya pening kepala” Mr David ketawa kecil. Sempat dia terbayangkan sikap dan perangai Hanisha yang sentiasa menceriakan keadaan itu.

“ Dah lama kerja kat resort ni?”

“ Dah nak masuk 2 tahun”

“ Dia nampak masih muda. Berapa umur dia?”

“ 21 kalau tak salah…”

“ Masih muda” Hariz terbayang kembali kelembutan wajah gadis bernama Hanisha Sofea itu.

“ Saya nak mintak tolong sikit boleh?” Hariz senyum penuh makna ke arah Mr David. Ada rancangan yang sudah di aturnya di dalam benak kepalanya. Sesuatu yang pasti akan menceriakn hari-harinya selepas ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Apa? Pak Brahim tolak lamaran Malik?” Malik bercekak pinggang di ghadapan ayahnya yang sedang duduk sambil menghirup air kopi di dalam cawan kaca di tangannya.

“ Hmmm” Pak Hussain hanya berdengung. Malas rasanya untuk menjawab panjang.

“ Kurang ajar!” Malik bagaikan tidak puas hati. Wajahnya kemerahan menahan bengang yang teramat.

“ Sudah-sudahlah kau kejarkan si Hanisha tu. Kau tak malu ke, masih lagi nak mengharap dengan dia sedangkan dia dah tolak pinangan kita berulang kali”

“ Apa nak malu ayah? Kita orang yang ada-ada. Keluarga Pak Brahim la yang patut malu sebab tolak pinangan anak orang kaya macam kita” Malik berdengus.

“ Yang kaya tu aku! Bukannya kau. Kau tu tak ada apa-apa selain mengharap harta dari aku” Pak Hussain kedengaran memerli.

“ Amboi! Bukan main lagi awak kutuk anak kita” Mak Esah muncul entah dari mana, cuba mempertahankan anaknya.

“ Saya tak kutuk. Saya cakap benda yang betul” Pak Hussain berdehem di hujung ayatnya.

“ Nanti kalau awak dah tak ada, harta yang ada kat awak tu akan balik jugak dekat anak kita. Bukan pergi dekat orang lain pun. Malik ni satu-satunya anak yang kita ada” Mak Esah senyum melirik ke arah anak tunggalnya.

“ Awak ni Esah! Macam mendoakan saya ni mati cepat je?” Pak Hussain cuba menduga hati isterinya.

“ Bila masa pulak saya ni mendoakan awak mati? Saya ni cuma nak mengingatkan awak je. Lain kali cakap tu jangan ikut sedap mulut je. Seoalah-olah anak kita ni tak ada apa-apa” Mak Esah menjeling ke arah suaminya.

“ Saya ni bukan apa. Saya tak nak si Malik ni terus berharap dengan si Hanisha tu. Macam dah tak ada perempuan lain lagi kat kampung ni. Buat apa nak kejar anak si Brahim tu. Kalau betul Malik ni dah gatal nak berbini, nanti saya cariklah perempuan yang lebih baik dari Hanisha tu. Jauh lebih cantik dari dia” Pak Hussain menoleh ke arah anaknya.

“ Masalahnya Malik nak Hanisha. Hanisha satu-satunya perempuan yang Malik suka” Mak Esah menjawab bagi pihak anaknya.

“ Sudahlah Esah. Kalau muka awak tak tebal, awak pergilah meminang si Haisha tu untuk Malik sekali lagi. Aku tak nak. Malu aku dengan si Brahim tu..” Pak Hussain menghirup kembali kopinya yang mulai dingin.

“ Apa yang abang nak malukan? Abang ada kuasa di kampung ni. Lagipun bukan abang tak pernah menolong keluarga si Brahim tu. Bukan sekali dua tau! Dah banyak kali semenjak arwah isteri dia meninggal masa si Hanisha tu masih kecil. Saya ni haaaa. Dah puas dah jaga si Hanisha masa si Brahim tu pergi kerja. Jangan pulak kata si Brahim tu tak kenang jasa kita sekeluarga” ungkit Mak Esah.

“ Awak ni Esah! Benda macam tu pun awak nak bangkit. Awak tak iklas ke nak menolong dulu?”

“ Itu dulu bang. Memang kita tak mintak di balas. Tapi sekarang ni, kita nak mereka balas budi baik kita dulu” Mak Esah bangkit dari kerusinya.

“ Nak kemana pulak tu?” Pak Hussain berkerut hairan.

“ Nak masak? Takkan nak sambung bertegang urat dengan awak?” Mak Esah memerli.

“ Ayah? Boleh tak kalau ayah tolong pujuk balik Pak Brahim tu?” Malik berubah suara. Lebih lembut seakan merayu.

“ Eeeee budak bertuah ni! Kalau dah tak tahan sangat nak kahwin tu, pergilah jumpa dengan Pak Brahim tu sendiri. Tak payah nak menyusahkan aku” Pak Hussain tidak menunggu lama. Mengangkat punggungnya lalu berlalu melangkah ke luar luar meninggalkan anaknya yang masih duduk di ruangan itu.

“ Kau tunggulah nanti Hanisha. Aku akan pastikan kau jadi milik aku” Malik mengepal penumbuknya geram.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum guys! hello and hye. the first chapter is here. hope u guys like it. jangan lupa komen k.. and sudi2lah menderma untuk saya supaya makin rajin pulak saya nak menaip. love u guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience