BAB 30

Other Completed 58987

Keesokannya,

Aishah bangun dari tidurnya sambil menggosok mata dia lihat di sebelahnya tiada Khalish.Kedengaran pancuran air di bilik air menandakan Khalish sedang mandi.Aishah kerling jam menunjukkan pukul 9.

"Sayang mandi wajib tu ingat"jerit Khalish dari dalam bilik Air

"Ishh saya tahu lah..saya bukan budak kecil..abang saja nak kena kan sayang kan kan"kata Aishah.Aishah mendengar Khalish sedang ketawa terkekek kekek suka lah tu kena kan orang.

Selepas mandi Khalish membuka pintu bilik air sambil mengesatkan rambutnya yang basah.

"Sayang kenapa tak mandi"tanya Khalish

"Macam mana sayang nak mandi dah abang mandi"kata Aishah

"Alaa masuk je laa"kata Khalish selamba

"Ehh dia ni tak malu ke"tanya Aishah

"buat apa nak malu bukan ke sayang dah tengok"kata Khalish sambil menjongket kening mata

"Ishh dah lah tepilah..kalau cakap dengan abang sampai esok tak habis"kata Aishah sambil melangkah pergi ke bilik air

"Nak abang mandikan sayang ke"tanya Khalish

"Tak payah sayang boleh mandi sendiri"kata Aishah

Selepas mandi Aishah terlupa membawa tuala.

"Abang ambil tuala sekejap..sayang dah lupa bawa tuala"kata Aishah dari bilik Air

"Okayy..tunggu jap"kata Khalish lalu mengambil tuala buat isterinya.

"Haah nah sayang"kata Khalish

Aishah membuka pintu dengan berhati hati

"sayang abang masuk ehh"kata Khalish

"Tak payah lah masuk..issh geram betul lah dengan abang ni"kata Aishah

Selepas bersiap Aishah dan Khalish turun tangga dengan serentak

"Haah love birds dah datang"kata Mama Khalish

"Ehh kenapa bangun tak penat ke"tanya Mama Khalish.Aishah dan Khalish hanya sekadar senyum.

"Mama masak apa tu"tanya Aishah

"Nii mama masak nasi goreng je..marilah makan"kata Mama Khalish

Aishah dan Khalish duduk di meja dan makan makanan yang dimasak oleh mamanya.

"Haah ni Khalish pagi tadi Tina datang..dia tanya mana kamu"kata Mama Khalish

"Apalah dia nak..Khalish dah kahwin masih lagi nak kacau"kata Khalish

"Macam lah kamu tak tahu dia suka kamu..tapi mama dah halau dia dah..bila lah dia nak berubah"kata Mama Khalish

Selepas makan Aishah mengemas meja dan bawa pinggan mangkuk ke dapur untuk mencuci.

"Ehh puan letak je..biar saya yang cuci"kata bibik itu

"Ehh takpe lah biar saya yang cuci"kata Aishah

"Mana boleh macam tu puan,puan kan menantu rumah ini"kata Bibik

"Ehh salah ke"kata Aishah

"Tak salah puan..biar saya yang cuci"kata Bibik

"Mm yelah kalau macam tu...tapi jangan panggil saya puan..panggil je Aishah"kata Aishah sambil senyum

"okayy Aishah"kata bibik

"Nama bibik ni apa ehh"tanya Aishah

"Bibik tom"kata bibik perkenalkan diri

"Kalau macam tu..saya mak tom boleh"tanya Aishah

"Boleh..Khalish pun panggil macam tuu juga"kata bibik tom

"Aishah bertuah sangat dapat mak mertua macam datin,dato dan suami macam Khalish..mereka memang baik sangat walaupun mak tom ni pembantu rumah mereka tak layan pun macam pembantu rumah..mereka layan saya macam keluarga dia orang"kata Mak tom

Aishah tersenyum bila mendapat keluarga seperti ini kalau boleh dia tak mahu pergi jauh dari keluarga ini.

Happy reading:))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience