BAB 1-PERMULAAN BARU..,

Romance Completed 64871

SETAHUN KEMUDIAN....,

Kini usiaku sudah mencecah 38 tahun. Setelah perkahwinan aku gagal. Aku hidup seperti dulu, berbujang dan hidup semula bersama keluargaku. Tiada yang berubah aku tetap Aoran Amsyar yang dingin, dan tidak berperasaan, tetap orang tua di mata seorang gadis yang dulunya pernah menjadi isteriku yang amat aku cintai iaitu Farhana Rose. Mungkin ini salahku juga kerana terlalu posesif dan cemburu tidak bertempat. Aku cuba untuk mengikuti caranya, yang menurutku terlalu bebas sehingga cemburuku ini menguasai. Itu menganggu rumahtangga kami, yang pada akhir memilih untuk berpisah dan menjalani hidup masing-masing. Namun kebahagiaan yang si dia berikan, itu takkan pernah aku lupakan yang kini hanya tinggal kenangan.

Aku menyesal dengan apa yang aku lafazkan, tanpa mengetahui perkara sebenar. Namun semuanya sudah terjadi, aku tidak bisa berbuat apa-apa. Aku hanya mampu berserah kepada yang maha kuasa. Jika dia masih jodohku maka aku akan menjaganya lebih baik dari sebelumnya namun jika takdir berkata lain aku terima. Kerana dia berhak mendapat lelaki yang lebih baik dari aku. Namun aku masih berharap agar bahagia berpihak kepadaku walaupun aku tahu peluang untuk memilikinya kembali mungkin hanya tinggal 1%.

.......................

8:25 PAGI, AHAD.

Terlihat Aoran duduk di meja makan sambil menikmati sarapannya, dengan tangannya sibuk melayari laman fac yang menyediakan pelbagai perkembangan terkini.

"Good morning Mr Duda. Awal bangun nak pergi mana?. Bukan ke hari ini cuti. Rehat jelah." Ujar Adam, dengan duduk di kerusi berhadapan dengan abangnya.

Bibik pun datang dengan menuangkan teh ke cawan Adam,

“Terima kasih.”

“Sama-sama tuan.” Lalu beredar.

"Good morning budak bertuah. Along ada kerja sikit nak buat. Along tak malas macam angah. Tapi tolong, jangan panggil along dengan gelaran Mr duda. Along tak suka dengar." Pintanya.

"Hei, betulkan apa yang angah cakapkan. Terimalah hakikat yang dia tu Mr duda."

"Kalau angah sebut lagi, maka along takkan bagi angah guna lagi kad kredit along." Ugut Aoran.

"Hoi !, kita gurau je. Tu pun nak ambil serius, santai sudahlah. Tapi along bukan duda biasa tau, duda hot gitu." Pujinya, memang sekarang abangnya menjadi tumpuan oleh gadis-gadis atas gelaran abangnya sekarang iaitu duda kaya. Siapa yang tidak mahu menakluki hati abangnya, hidup akan terjamin. Namun bukan semudah itu untuk mencairkan ais batu seperti abang tirinya ini.

"Suka hati angahlah. Ni mana mama ?, dari tadi along tak nampak. dia"

"Mama awal pagi lagi dah keluar, katanye jumpa kawan. Along jangan risaulah, pandai dia jaga diri."

"Baguslah."

"Along !."

"Hmmm."

"Along !. Pandanglah angah ni asyik dok tengok phone tu je, ada apa ?."

"Ya, kenapa ?." Soal Aoran dengan meletakkan phonenya atas meja, lalu fokus memandang adiknya.

"Alongkan dah single, jadi along takda plan ke nak kahwin baru. Penganti Ara. Lagipun along ni popular semenjak jadi duda ni. Banyak perempuan yang beratur nak jadi isteri along. Cantik-cantik lagi, takkan along tak nak buka hati tu."

"Huh, tak nak. Lagipun along takda masa nak mengenal seseorang itu dari semula. Bagi along, cukuplah dah pernah rasa seperti apa alam perkahwinan. Jadi along lebih baik macam ni, buat selama-lamanya. And along tak tertarik dengan sembarangan perempuan, you know maksud along."

"Perangai along ni tak pandai berubah, dari dulu sampai sekarang sama je. Dah tua pun sombong, nanti dah tak larat siapa yang nak jaga. Fikirlah wahai abangku yang paling kaya dan kacak ni."

"Angahkan ada. Along percaya yang angah akan jaga along. Kan adikku yang tersayang."

"Sorry !, angah tak berminat. Kerana along tu cerewet, hanya Ara sahaja yang tahan dengan perangai along. Tapikan along dan Ara dah lama tak jumpa. Kalau dah cerai sekalipun, takkanlah tak boleh jadi kawan kot."

"Hei angah ni dah kenapa, pagi-pagi dah buat orang takda mood. Bayangkan bekas isteri dan bekas suami boleh jadi kawan ke?. Bila along tengok muka dia, terkenang masa lalu. Dahlah stop cakap pasal dia. Lebih baik, cakap pasal bisnes lagi untung."

"Eleh cakap jelah masih sayang, tulah lain kali mulut tu kontrollah sikit kalau marah tu diam. Tengok sekarang dah jadi duda tua. Rambut pun dah ada uban, kalau ada masa tu warnakanlah rambut tu dah macam orang tua 70 tahun ke atas. Jambang tu, tak gatal ke?. Nanti berkutu baru tahu."

Aoran hanya mendiamkan diri, dengan matanya fokus semula pada phonenya. Malas dia melayan mulut cerewet adik tirinya itu hanya menyakitkan hati sahaja jika di layan.

Melihat Aoran memasang wajah dingin membuatnya seram sejuk. Jika abangnya begitu maka dia sedang marah atau semacam pembicaraan kurang menarik. Tapi dia yakin bahawa abangnya sekarang sedang marah.

"Maaflah along, terbawa suasana pulak."

“Mmm.” Itu sahaja yang Aoran balas, tapi itu sudah menenangkan hatinya. Jika Aoran tidak membalas, maka dia dalam masalah besar.

Ting..,

Terlihat Adam mendapat pesanan dari seseorang. Di bacanya pesanan itu, tanpa sedar bibirnya terukir senyuman. Lalu di tatap semula wajah abangnya. "Ni along, nampaknya angah ada kerja mendesak yang harus angah buat. Jadi angah nak minta tolong along untuk ambil kawan angah dekat airport. Lagipun harini along freekan. Please tolong angah." Rayu Adam.

"Siapa?. Tak naklah, macam takda kerja je." Tolak Aoran.

"Tolonglah adikmu ini, wahai abangku. Lagipun ni amanah mama juga. Please, jemput dia. Ok, macam ni sebagai balasannya angah akan turuti semua permintaan along. Tanpa adanye bantahan."

"Amanah mama?. Apa kaitan mama dengan kawan angah?." Soal Aoran kehairanan.

"Tu tak pentinglah, along ambil dia ya. Sayang along. " Lalu berlalu pergi meninggalkan Aoran, sebelum dia mendengar menolakkan dari abangnya.

"Siapa dia angah?." Teriak Aoran namun Adam tidak memperdulikannya.

................

Di pondok cendawan berdekatan dengan kolam ikan, terlihat Datuk Farhan, Datin Seroja dan Andrian sedang duduk santai menikmati teh yang di buat oleh Datin Seroja.

"Ni bang siapa yang jemput Ara dekat airport?." Soal Datin Seroja, bagi memastikan anak perempuannya baik-baik sahaja.

"Adam. Dia yang suka rela nak jemput anak kita." Jawab Datuk Farhan.

"Pa, biar Andrian jelah yang ambil Ara. Kenapa harus orang lain ?. Andrian nikan abang dia. Lagipun Andrian tak suka keluarga mereka terutama Si Aoran tu. Suka hati je ucap kata cerai, masalah sikit je pun. Ish tak sukalah." Ujar Andrian.

"Apa cakap macam tu Andrian, siapa kita nak hukum manusia. Siapa yang tak marah, mak pun marah tau. Tapi janganlah sampai benci dekat keluarga Aoran. Mereka tak salah."

"Yelah Andrian. Kamu ni suka hati je nak hukum orang. Terbukti mak dan papa dulunya berpisah and tengok sekarang alhamdulilah bersatu kembali dan bahagia." Tambah Datuk Farhan.

"Itu mak dan papa, bukan untuk mereka. Dari dulu lagi Andrian tak percaya dekat Aoran tu. Tengok sekarang Ara dah jadi janda muda. Sampai stress."

"Dahlah Andrian, maafkanlah Aoran tu. Mungkin ada salah faham sikit antara mereka. Yang penting Aoran pun dah minta maaf dekat kita. Jadi lebih baik kita berdamai. Yang berlalu biarlah berlalu. Buka buku baru."

"Jadi papa dan mak nak satukan mereka kembali macam tu?."

"Siapa cakap yang kami nak satukan mereka kembali, terpulang kepada mereka kami tak paksa. Apa yang membuatkan mereka bahagia maka papa turut bahagia untuk mereka. Siapa Papa nak satukan hati yang tak saling mencintai lagi. Tapi papa harap mereka tak bermusuhan. Itu sahaja."

"Betul tu bang, Ja setuju lagipun Ara tu degil dia minta ampun hanya Aoran tu yang dapat kontrol dia. Siapalah yang nakkan dia kalau perangai macam budak-budak macam tu."

"Ja jangan pandang anak kita sebelah mata tau, anak kita tu sekali dia buka hati banyak yang beratur. Yang kamu ni Andrian, mana Hani?. Dari tadi papa tak nampak. Ingat isteri tu tengah mengandung jangan main tinggal macam ni."

"Hani dia ada dekat atas masih terbuai mimpi, Andrian tak naklah kacau. Kesian dia kurang tidur, melawan alahan. And lagi pula Andrian suruh Bik Ina jaga dia sekejap. Ingatkan nak jemput Ara tadi."

"Jaga isteri kamu tu elok-elok, jangan asyik-asyik sibuk tentang adik kamu je. Hani lebih memerlukan kamu. Ara ada papa dan mak, kami boleh jaga dia." Ujar papanya.

"Tapi pa..,"

"Takda tapi-tapi, Ara dah besar pandailah dia pikir yang mana baik dan yang mana tak baik untuk dia. Hani mengandungkan anak kamu, cucu papa dan mak. Ingat jangan sakiti dia." Pesan Datuk Farhan.

"Baiklah pa, Andrian naik atas dulu. Kalau Ara dah balik nanti bagitahu Andrian tau."

"Yelah pergilah sana."

Andrian pun berlalu pergi untuk memastikan bahawa isterinya baik-baik sahaja. Ya, Andrian sudah berkahwin dengan pilihan hatinya tahun lepas. Isterinya merupakan anak dari Dr Hamzah iaitu Dokter pribadi papanya dan tidak lama lagi Andrian akan menjadi seorang ayah.

Walaupun dia sempat kecewa dengan penceraian adiknya dengan Aoran tepat di ulang tahunnya. Dan membuatkannya trauma apabila, melihat adiknya depression menangis dan terus menangis sehingga mencederakan diri sendiri. Hanya Allah yang tahu seperti apa perasaannya saat itu. Di sebalik adiknya begitu, ada seorang pemuda yang sering menanyakan keadaan adiknya tanpa pengetahuan Ara. Sering memerhati dari jauh, kerana dia belum ada kekuatan lagi untuk berdepan dengan Ara. Dia hanya dapat menyerahkan tiket impian Ara melalui Andrian, sebagai hadiah untuk adiknya. Pemuda itu berkata bahawa Paris adalah negara impian Ara, dan berharap percutian ini dapat mengembalikan senyumannya semula. Dan itu berkesan, waktu itulah dia melihat kembali senyuman adiknya yang amat dia rindui. Berharap agar senyuman itu terus terukir sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience