BAB 7

Family Completed 2427

Dia mula mencantas pisang-pisang yang sedang masak kuning itu. Alhamdulillah rezeki dia murah kali ini.

Pohon-pohon pisang yang ditanamnya sejak enam bulan dulu memberikan hasil yang lumayan petang ini. Dia tidak henti-henti mengucap syukur dalam hati. Dia tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu dengan Sufian.

Malam nanti dia ada kelas tambahan matapelajaran fizik, subjek yang dia begitu gemari. Balik dari kelas malam nanti dia mahu belanja burger sedap depan sekolah pada Sufian.

Budi baik rakannya itu harus dibalas walaupun dia tahu Sufian ikhlas menolongnya.

Pagi itu merupakan hari yang cerah dengan cuaca yang sungguh baik. Sejak dari pagi, matahari memancarkan sinarnya membuatkan seisi alam mensyukurinya.

Begitu juga dengan keadaan di dalam dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sena. Suasana tenang dengan hanya sesekali kedengaran bunyi geseran antara kertas-kertas memberikan ketenangan kepada semua pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.

Hari ini merupakan hari terakhir Farisi, Sufian serta seluruh pelajar tingkatan lima menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Setelah berbulan-bulan mengerah keringat, hari inilah penamat kepada segala kerja keras yang telah mereka lakukan selama ini.

Farisi dengan tenang melihat soalan-soalan yang tertera pada kertas. Subjek fizik merupakan subjek terakhir bagi pelajar yang mengambil aliran sains tulen seperti Farisi dan sekarang dia sedang menjawab soalan-soalan bagi fizik kertas dua.

Soalan demi soalan cuba dijawab dengan sebaik mungkin oleh Farisi. Dalam hati dia tidak putus berzikir supaya Allah sentiasa bersamanya. Farisi sudah tiba pada soalan yang terakhir apabila tiba-tiba sahaja hatinya berdebar. Debaran yang sangat kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience