Prolog

Romance Series 1597781

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Puteri Jacaranda. Alhamdulillah bertemu lagi untuk novel ke-6 PJ di NovelPlus. Novel² PJ yang lain sudah dibukukan dan boleh membuat pembelian di aplikasi NovelPlus, Shopee dan Lazada.

Untuk novel kali ini iaitu Unwanted Love, kisah ini tidaklah berbeza atau tidak cliche. Novel PJ mestilah ada klise dan romantik namatey tu. Hahaha!

So, korang jangan bandingkan novel ni dengan novel² action yg lain kalau bertema yg sama. No! PJ bukan penulis genre action. Tapi, PJ wujudkan watak hero ini supaya bersesuaian dengan cerita. Ini bukan kisah mafia atau gangster, tetapi organisasi lain yang selalu menjadi masalah dalam masyarakat kita. Ramai yang terlibat dengan mereka kerana desakan kewangan.

PJ harap korang enjoy je baca dan PJ cuma nak menulis supaya dapat berkongsi pengembaraan kisah ini bersama² anda.

PJ mungkin tidak dapat update setiap hari, tetapi PJ cuba agar tidak terlalu slow update. Kalau masa banyak pasti akan update dengan konsisten. So, cara selamat follow PJ di NP, Instagram dan Fac supaya dapat noti dan info bila PJ update. Thank you so much.

selamat membaca semua...

Prolog

SKY BAR, GRAND PHEONIX HOTEL.
Muzik dub yang berirama rancak telah membuatkan ramai pengunjung menari tanpa sempadan. Ketika itulah mereka akan melepaskan segala tekanan dan masalah yang berat. Bir, muzik, wanita dan teman-teman merupakan satu kombinasi yang boleh membuatkan mereka hanyut.

Di satu sudut dan sebalik dinding bata yang berwarna gelap, satu kumpulan lelaki sedang berkumpul untuk meraikan sesuatu. Kelab malam yang bergaya itu hanya terbuka kepada golongan berkemampuan untuk berhibur. Tempat itu dihiasi dengan sofa kulit dan tempat duduk baldu, lukisan-lukisan lama mempamerkan suasana yang klasik tetapi mewah.

“Aku dah bawa budak ni, kita bawa hadap bos!” kata Viky kepada ahli kumpulannya sambil memegang kolar baju belakang seorang remaja lelaki yang sedang menggigil ketakutan.

“Tolong saya! Ke… Kenapa saya dibawa ke sini?!” soal remaja itu yang sudah berjujuran air mata.

“Kau tak tahu? Mak kau tak cakap apa-apa?” soal Kamal dengan sinis.
Remaja itu mengeleng perlahan dengan esakan, peluhnya juga turut membasahi seragam sekolahnya.

“Kasihan… Jangan menangis. Lelaki mana boleh menangis. Buruk…” kata Kamal lagi seolah memujuk dengan lembut sambil memicit dagu remaja itu.

Berdekah tawa rakan-rakannya apabila melihat wajah remaja itu yang ketakutan.
“Dia kencing!” kata Viky lalu menolak tubuh itu sehingga tersungkur di lantai.

“Tolong! Kenapa culik saya?” rayu remaja itu lagi walaupun wajahnya rapat di lantai.

“Culik?” Berdekah lagi suara mereka membingitkan ruang itu.

“Jangan buang masa, kita bawa dia hadap bos!”

“Tapi… Bos kan ada di bilik sebelah. Kita tak ganggu dia?”

“Ini perkara penting… Kau tahu kan bos pentingkan kerja?”

Emir hanya mampu menangis sambil mendengar perbualan ahli kumpulan itu. Ketika dia sedang berbasikal untuk pulang ke rumah, dia telah ditahan oleh sebuah kereta mewah. Lelaki-lelaki itu telah menariknya masuk dan basikalnya terdampar di tepi jalan.

SUASANA di dalam dewan teater itu sangat lengang di mana hanya satu sosok tubuh yang menjadi penonton. Keadaan tenang itu tiba-tiba terganggu apabila bunyi gegaran telefon melarikan tumpuannya.

“Ya…”

“Tuan Raees, kami dah ambil budak tu.”
Lelaki itu terdiam seketika sebelum matanya kembali ke atas pentas yang sedang berlangsung satu persembahan muzikal.

“Bawa dia ke suite…” balas lelaki itu dengan tenang.

“Baik, tuan.”

Raees memasukkan kembali telefon ke dalam saku kotnya lalu bangun berdiri. Dia mengatur langkah perlahan, tetapi luas menuruni anak tangga dewan teater yang ditempah keseluruhan dewan supaya dia dapat menonton dengan lebih privasi.

“Bos!”

Kesemua lelaki yang berada di satu sudut dalam kelab itu pantas bangun apabila melihat kehadirannya.

“Korang enjoy?” soal Raees lalu tersengih.

“Malam ni memang terbaik bosku!” Ezhal ketawa besar kerana separuh mabuk.

Raees menepuk bahu lelaki itu sambil ketawa kecil.

“Ini untuk kerja keras kamu semua. Enjoy sampai pagi, jangan fikir pasal kerja.”

“Wooo! Terbaik boss! Hidup Tuan Raees!” Teriakan anak buahnya bergema bersama dentingan bunyi botol bir.

“Bos! Jomlah join sekali! Kenapa pergi tengok teater!”

Raees hanya tersengih. “Aku ada kerja.”
Raees melepaskan bahu Ezhal yang merupakan orang kanannya yang paling dipercayai. Tetapi tiba-tiba dia telah ditahan oleh seorang wanita.

“Raees! Wow! You're here…”

Wanita itu terus memeluk Raees dengan erat. Ezhal dan rakan-rakannya yang lain lantas tersengih melihat bos mereka diperlakukan seperti itu.

“Take care of my men…” bisik Raees dengan garau lalu melepaskan wanita lewat 30-an itu.

“Easy…” balas wanita itu lantas menjeling sekumpulan lelaki di bahagian kanannya.

“Zhal, ikut aku,” ujar Raees lalu melangkah menuju ke pintu keluar sky bar itu.

Ezhal meletakkan gelas minuman kerasnya lalu bangun dengan agak perlahan. Dia sudah hampir mabuk, tetapi kerana dia adalah orang yang paling dipercayai merangkap sahabat baik Raees,dia harus sentiasa di sisi lelaki itu.

“Raees! Kenapa ambil kes ni? Biar je kitaorang yang settle...” soal Ezhal.

“Aku nak ambil peluang ni untuk rekrut orang baru.”

Ezhal terlopong sambil memandang wajah serius Raees.

Share this novel

Dimas
2024-03-17 14:25:33 

ples sambugan sex

Romela Sivakumar
2022-08-16 22:56:35 

why I can't read the next chapter.. it's asking for paid

Romela Sivakumar
2022-08-16 22:56:35 

why I can't read the next chapter.. it's asking for paid


NovelPlus Premium

The best ads free experience