Rate

Bab 46 Rumah Baru

Romance Completed 278243

Hari yang di tunggu-tunggu oleh pasangan 2 sejoli iaitu pindah ke rumah baru mereka, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik, 1 ruang tamu dan kelengkapan dapur telah Adib sediakan untuk keluarga kecilnya. Dua buah keluarga datang melihat-lihat keadaan rumah tersebut, secara tidak langsung Adib dan Anis terus sahaja tinggal pada hari itu kerana rumah tersebut Adib telah upah orang untuk membersihkan luar dalam rumah.

"Adib, besar juga rumah kamu ni?" Ucap Encik Amri pada anaknya. Sambil mereka berkeliling melihat-lihat luar dan dalam rumah tersebut.

"Alhamdulillah ayah, semoga Anis selesa tinggal di rumah ni." Sahut Adib sambil tersenyum melihat hasil titik peluhnya.

"Adib ambilkan pembantu ke untuk Anis?" Tanya Puan Saleha pula, risau kalau-kalau menantunya itu kepayahan mengurus rumah tangga.

"Anis tak nak pembantu ibu, Anis boleh lakukan pekerjaan sendiri!" Sahut Anis yakin.

Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha tersenyum mendengar ucapan anak tunggalnya tersebut, selama Anis di bawah jagaan mereka Puan Zulaikha jarang menyuruh Anis untuk membantunya di dapur, kerana dia ingin Anis menumpukan segala perhatiannya pada pelajaran.

"Ibu tak perlu risau, Adib boleh bantu-bantu Anis apa yang patut." Ucap Adib sambil merangkul pinggang Anis.

Anis tersenyum mendengar pengakuan Adib, dia bersyukur kerana mendapat suami yang perhatian dan memahami.

"Mari Anis, kita tengok bahagian atas pula." Ajak Adib sambil menarik lembut lengan Anis.

Mereka naik ke tingkat atas, ada 3 buah bilik semuanya, bahagian bilik hujung Adib buat sebagai perpustakaan mini, bahagian tengah pula untuk bilik tetamu dan bilik utama keluasannya lebih besar daripada bilik yang lain.

"Anis puas hati juga?" Ucap Adib melihat Anis di sampingnya.

"Alhamdulillah abang, Anis puas hati. Terima kasih sediakan semuanya ni untuk Anis." Ucapnya sambil tersenyum.

"Ini adalah salah satu tanggungjawab abang untuk keluarga kecil kita." Sahutnya sambil menarik lembut dagu Anis dan sebelah tangannya memeluk pinggang Anis, Anis memejamkan matanya dan mengalungkan tangannya erat di leher Adib. Adib mengucup lembut bibir Anis, seolah-olah dunia itu adalah milik mereka berdua. Setelah beberapa minit bersilat lidah, Adib mengesat bibir Anis sambil tersenyum.

"Mari kita turun bawah, takut ibu dan umie cari kita." Adib menggenggam erat tangan Anis menuju ke tingkat bawah rumahnya.

"Adib, barang-barang dapur dah lengkap ke?" Tanya Puan Saleha setelah melihat Adib dan Anis, kemudian Puan Saleha menuju ke arah dapur rumah tersebut.

"Sudah ibu, Adib dah beli sikit-sikit hari tu!"

"Wah, memang dah ada persediaan ke dari awal-awal ni?" Tanya Encik Muhaimin pula, tak menyangka menantunya telah membuat persediaan awal untuk dirinya dan Anis.

"Awal-awal Adib dah sediakan abah, tau je Adib nak di nikahkan dengan Anis, Adib terus berusaha cari rumah untuk keselesaan isteri Adib, barang-barang dapur tu dah Adib beli sikit-sikit." Jelas Adib detail.

"Oh, sebab tu la Adib lambat beli cincin kahwin hari tu?" Sahut Puan Saleha pula.

Adib hanya mengangguk membenarkan.

"Marilah kita masak-masak apa yang ada di dapur tu!" Ajak Puan Zulaikha pula pada besannya Puan Saleha. Anis mengikuti langkah kedua orang wanita paruh baya itu.

Kaum ada pula bersembang-sembang bahagian ruang tamu.

"Adib tak buat kenduri doa kesyukuran ke?" Soal Encik Amri pada Adib.

"Buat ayah."

"Bila Adib nak buat kenduri doa kesyukuran tu?" Tanya Encik Muhaimin pada menantunya.

"Insya Allah minggu depan abah." Sahut Adib singkat.

Encik Muhaimin dan Encik Amri mengangguk perlahan.

Keesokan harinya, Anis Umairah bangun lebih awal daripada biasa kerana dia harus menyediakan sarapan pagi untuk dirinya dan Adib. Setelah mereka solat subuh bersama, Anis menuju bersiap sedia memakai seragam sekolah dan menyediakan pakaian kerja untuk Adib.

Pagi itu Anis memasak nasi goreng ayam dan menyediakan bekal untuk mereka berdua.

"Honey buat apa tu?" Soal Adib mendekati Anis dan memeluk pinggang Anis dari belakang.

"Sediakan sarapan abang!" Sahut Anis gugup. Wajahnya memerah menahan malu mendengar perubahan panggilan Adib.

semoga terhibur, kurang sihat. minta maaf kalau kurang enak di baca.

Share this novel

Asmah
2022-11-09 11:35:41 

Dah tinggal berdua dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience