BAB 35

Romance Completed 67139

             PAGI itu terasa sejuk sekali. Adara membalikkan badan cuba mencari kehangatan tubuh Aiden di sebelahnya. Tangan meraba tempat tidur suaminya yang terasa kosong. Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan mencari kelibat Aiden.

“Abang?” Panggil Adara perlahan cuba mencari Aiden di dalam bilik mereka berdua. Dia mengagahkan diri untuk bangun dari katil. Adara mengeliatkan tubuh yang terasa lenguh. Mulut menguap sesekali. Tangannya naik menyanggul rambut.

“Aiden?” Panggil Adara sekali lagi yang kini mengorak langkah ke dalam bilik air mereka pula. Malangnya, Aiden tiada. Adara membuka pili air mahu menyegarkan muka.

“Mana dia ni?” Gumam Adara sendiri. Tiba-tiba, Adara terbau sesuatu yang sedap daripada dapur. Adara mengukir senyuman. Kaki mengatur langkah menuju ke dapur mengikut bau masakan yang membuatkan dia kecur air liur.

Tak lama kemudian, kelihatan belakang badan Aiden yang tidak berbaju bersama sepasang sweatpants berwarna kelabu yang sedang memasak berada dalam pandangan Adara.

Adara perlahan-lahan mendekati Aiden bersama senyuman di bibir. Tangan dililitkan pada pinggang suaminya. Kepala dilentokkan pada bahu lebar milik Aiden. Tanpa amaran, pipinya dicium sekilas oleh Aiden.

“Morning, my love.” Aiden menarik pinggang Adara pada sisi tubuhnya. Sebelah tangannya lagi sedang leka memasak makanan untuk sarapan mereka berdua pada pagi tersebut.

“Morning too, husband.” Adara menjengketkan sedikit kakinya mahu mencium pipi Aiden. up Pinggangnya diurut lembut oleh suaminya sesekali.

“Kenapa tak kejut?” Tanya Adara, dia mendongak merenung sisi wajah Aiden yang sedang leka memasak. Pipinya disembamkan pada dada suaminya.

“I want you to rest after last night, hun. You looks tired.” Aiden smirk. Secara spontan, dadanya dipukul Adara. Aiden melepaskan tawa kecil.

“Jangan nak mengada senyum macam tu.” Marah Adara bercekak pinggang.

“Fine, don't mad at me anymore, love.” Pujuk Aiden. Pipi gebu Adara dicubit lembut. Geram. Adara menampar tangan Aiden. Mata tajam menjeling suaminya.

Amboi, dia tu. Cubit cubit orang pulak.

“Sini, nak masak. Abang masak apa?” Adara mengambil sudip dari tangan Aiden. Mata mengerling nasi goreng buatan suaminya. Macam sedap.

“No need. Dah siap masak dah pun. Pergi duduk sana.” Aiden mengambil semula sudip dari tangan Adara. Tubuh kecil Adara dicempung ke arah meja makan.

“Saja je kan nak angkat orang? Orang ada kakilah.” Perli Adara. Telinga Aiden ditarik. Aiden pantas memalingkan wajah. Dia mengacah mahu mengigit tangan Adara.

“What can I say, woman. I love carry you around.” Aiden menurunkan tubuh Adara dengan penuh berhati-hati.

“Wait here, abang bawakkan makanan.” Pesan Aiden sebelum kembali ke dapur. Adara mengangguk kecil, matanya menghantar pemergian Aiden.

Kakinya digoyangkan ke kiri dan kanan di bawah meja. Tangan menongkat dagu melihat Aiden di dapur. Menikmati pemandangan Aiden berjalan tanpa memakai baju. Handsome.

Suami siapalah ni.

“Stop scanning me, love.” Tegur Aiden, dahi Adara dijentik oleh suaminya. Adara mengerut wajah menahan sakit. Ceh, tak adalah sakit mana. Tapi sakit sebab malu kantoi dengan Aiden.

“You're already see more than this. Right, love?” Aiden mendekatkan wajahnya kepada Adara. Tangan diletakkan pada belakang kerusi yang diduduki oleh isterinya. Serta-merta, Adara membelakangkan tubuh.

“Aiden, no stop that.” Adara menolak dada Aiden menjauh darinya. Aiden memegang tangan Adara yang berada pada dadanya. Sekilas, dia menarik Adara jatuh ke dalam dakapannya.

“But, you said don't stop--”

“Nah, makan. Makan! Jangan banyak sangat cakap abang. Nanti mati tercekik.”

Adara pantas menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut Aiden. Tak mahu suaminya menghabiskan kata-kata itu. Merepek meraban je tahu!

Aiden mengunyah perlahan nasi yang disuap Adara ke dalam mulutnya secara paksa. Naik kembung pipinya apabila disuap Adara tanpa henti. Matanya merenung tajam ke arah isterinya.

“More.” Aiden mengangakan mulut minta disuap oleh Adara lagi. Kerusi Adara ditarik rapat ke arahnya. Kedua-dua belah kakinya mengepit kaki Adara. Tak membenarkan isterinya bangun meninggalkan dia.

“Aaaa, nganga.” Adara menyuakan sesudu nasi lagi ke dalam mulut Aiden. Melayan saja perangai manja Aiden yang datang tiba-tiba itu. Aiden tersenyum nipis melihat Adara yang melayan dia.

“Lucky me. You'll be amazing mommy for our babies, love.” Aiden mencium tangan Adara penuh kasih. Adara tersenyum simpul.

“Ye ke?” Tanya Adara sedikit teruja. Aiden mengangguk lembut mengiyakan. Sudu yang berada di tangan Adara diambil.

“Bukak mulut. Makan. Biar ada tenaga. Nanti tak ada tenaga nak layan abang lagi.”

Membulat mata Adara mendengar kata Aiden. Baru sahaja mulutnya mahu membalas, Aiden laju menyuap baki nasi goreng buatannya ke dalam mulut Adara.

“Makan, sayang. Makan. Kata nak jadi mommy kan?” Aiden tersenyum mengejek. Mulut Adara yang penuh menyukarkan untuk dia membalas.

Tangan memukul kaki Aiden sebagai balasan. Aiden langsung tak mengendahkan. Dia masih tersenyum tak bersalah.

“Ei, abang ni kan!” Marah Adara, nasi yang dikunyah ditelan segera. Aiden menayang muka tak bersalah. Apa salah ke apa dia cakap?

“Lah, dah habis nasi. Lapar lagi tak?” Aiden menukar topik. Adara menjulingkan mata. Nasib sayang suami.

“Tak, abang nak lagi ke? Lapar? Biar sayang masak lain.” Adara bangun membawa pinggan itu ke dapur. Tetapi, tangannya ditahan Aiden.

“Still hungry. But not for food. I'm hungry of you.” Aiden tersenyum nakal. Dia mengigit bibir dengan kening yang diangkat sebelah. Mata sudah memandang tubuh Adara yang memakai baju t-shirtnya semalam.

Adara sudah memerah muka. Marah tambah malu. Memang nak kena suami dia ni. Miang mengalahkan buluh!

“Come on, let me have my dessert darling.”

“Aiden Zharif!”

    ADARA mengeringkan rambutnya yang basah. Pancuran air di dalam bilik air masih jelas kedengaran. Menandakan Aiden masih belum selesai mandi. Adara menyisir rambutnya sambil bernyanyi kecil.

Tak lama kemudian, bunyi telefonnya berdering diminta mahu diangkat. Adara segera mencari telefonnya.

“Mana pulak ni?” Rungut Adara sendirian apabila tak menemui telefonnya. Nada deringnya kini memenuhi segenap ruang.

“Love, its Dila.” Aiden yang baru selesai mandi menyuakan telefon pintar Adara kepada Adara apabila menyedari isterinya tercari-cari alat elektronik tersebut. Adara menoleh ke arah suaminya.

Dia menyambut huluran Aiden. Sempat dia mengerling Aiden yang sedang mengeringkan rambutnya yang basah. Adara pantas mengalihkan pandangan. Panggilan tersebut dijawab.

“Hello, mimpi apa kau call aku?” Tanya Adara sebaik panggilan disambungkan. Dia menekap telefonnya pada telinga. Tak perasan panggilan tersebut adalah panggilan video.

“Oi, aku nak tengok muka kau. Bukan telinga kaulah Ara.” Rungut Adila dari hujung panggilan. Ingatkan dapatlah lepaskan rindu tengok muka Adara. Tapi tak.

“Lah, sorry. Ha nak apa?” Adara merenung wajah Adila yang tersengih kerang dalam paparan telefonnya.

“Aku rindu kaulah, bebal. Ya allah apa slow sangat kau ni? Bila nak balik weh? Ersyad tak layan aku tahu tak.” Adu Adila, dia mencebik mahu dipujuk Adara. Adara mengeleng kepala.

“Tak tahu lagilah. Dah tak payah nak muncung sangat bibir tu. Hodoh. Macam mana Ersyad nak suka hah?” Adara baring diatas katil. Aiden pula entah hilang ke mana.

“Ish, kau ni! Nek tengok Ara ni.” Adila memanggil Nek Kalsum. Merengek macam budak kecil. Nek Kalsum mencubit lengan Adila sekilas.

“Apa gedik sangat ni? Mana Ara?” Adila menyapu tangannya yang dicubit Nek Kalsum tadi. Nak bermanja pun tak boleh. Huh.

“Nek!” Panggil Adara teruja apabila Nek Kalsum berada di situ. Serta-merta, membuatkan Nek Kalsum memandang ke arah kamera telefon Adila.

“Ya Allah, cucu nenek sihat? Dah makan?” Tanya Nek Kalsum ingin tahu. Dia mengukir senyuman kepada Adara. Terubat sedikit rindunya kepada cucunya itu.

“Dah, Ara dah makan. Nenek sihat ke?” Tanya Adara kembali bersama senyuman tak lekang di bibir. Rindu betul dengan Nek Kalsum dan Adila. Cuma dia tak nak bagitahu Adila je. Nanti terlebih teruja minah tu.

“Nenek sihat. Nasib baik ada Ersyad. Mak Jah pun ada. Tak adalah sunyi sangat Nek dekat sini. Dila pun ada je ni jaga nenek.” Cerita Nek Kalsum. Alhamdulilah kesihatan dia semakin bertambah baik.

“Dengar tu, nasib ada aku.” Celah Adila tersenyum bangga apabila Nek Kalsum menyebut nama dia. Adara menjelir lidah kepada Adila tanda tak kisah. Sedangkan dia bersyukur ada Adila yang sudi menjaga nenek kandungnya sepanjang ketiadaan dia.

“Ara, Aiden mana?”

“Aiden--”

“Ya nek, Aiden dekat sini.”

Aiden menyertai Adara yang berada diatas katil mereka berdua. Kepalanya didekatkan pada wajah Adara mahu menyapa Nek Kalsum. Tubuh Adara dihempap Aiden.

“Aiden sihat? Adara tak menyusahkan Aiden kan?” Tanya Nek Kalsum. Aiden memandang Adara. Bibir mengukir senyuman senget. Adara menjegilkan biji mata. Aiden memeluk sekilas pinggang Adara.

“Aiden sihat. Adara baik sangat nek. Pandai Aiden cari isteri.” Aiden mengerling Adara di sebelah dengan senyuman di bibir. Adara mencubit pipi Aiden apabila mendapat peluang.

“Alhamdulilah, lega nenek dengar. Jaga diri elok-elok ya kamu berdua. Nenek tak kisah kamu berdua nak duduk sana sampai bila. Nenek tak halang. Yang penting, jaga diri. Nanti Aiden sampaikan salam nenek dekat mama jugak ya?” Pesan Nenek Kalsum. Lega mengetahui pasangan suami isteri itu sedang berbahagia berbulan madu.

“Baik nek. Nenek jaga diri jugak tau. Nanti Ara call nenek lagi. Sayang nenek.” Adara tersenyum lebar. Aiden menongkat dagu memandang Adara. Rambut panjang isterinya dipintalkan.

“Jangan lupa pasang ubat nyamuk! Merah merah leher tu kenapa? Takkan ada orang gigit kot.” Perli Adila, dia tersenyum jahat. Dia sudah gelak terbahak-bahak melihat wajah merah Adara. Nek Kalsum tersenyum penuh makna.

“Adila Qayrina!”

“Bye!” Panggilan serta-merta ditamatkan oleh Adila. Adara segera menyorokkan muka pada bantal. Tangan menepuk Aiden disebelah sebagai balasan.

“Sebab abanglah ni, malu tahu tak dengan nenek!” Adara meraup muka menahan malu yang tak terhingga. Adila pun satu. Urgh. Minah tempayan tu siaplah dia nanti!

“Kenapa nak malu? Kita dah kahwin sayang. It's art of love.” Aiden menarik tangan Adara daripada menyorokkan wajah daripada dia.

“Sini.” Aiden menarik Adara ke dalam pelukan. Belakang badan Adara ditepuk lembut. Sisi kepala isterinya dikucup penuh kasih.

“Nanti kita balik rumah mama sebelum balik rumah kita. Mama ada buat majlis untuk abang dengan sayang. Is that okay, hmm?” Maklum Aiden sambil mengelus lembut pipi Adara.

“Okay, kita nak balik bila?” Tanya Adara, wajahnya disembamkan pada dada Aiden. Tangan memeluk pinggang suaminya. Kakinya pula memaut tubuh Aiden.

“Nah, mama don't mind waiting. We're still on our honeymoon. Mama faham. Lagipun mama dah pesan nak cucu nanti.” Aiden senyum. Tak nakal atau miang sebelum ini. Tetapi, kelihatan ikhlas.

“Abang betul-betul nak baby ke?” Adara tak dapat menahan diri daripada bertanya perkara itu kepada Aiden. Mahu tahu jawapan suaminya.

“What kind of question of that, hmm? Of course, I want having babies with you, love. It's just you and no one else. I can't wait to be a daddy for our children.” Aiden menyembamkan wajah pada ceruk leher Adara. Adara tersenyum.

“A mini version of you will be so adorable like you, love.” Gumam Aiden perlahan pada ceruk leher Adara. Adara tertawa halus. Dia mengusap lembut belakang leher Aiden. Suka mendengar Aiden membebel tentang perkara sebegitu.

God, he's so cute.

“You really like baby huh?” Adara menarik wajah Aiden daripada lehernya. Aiden mengangkat bahu sebagai jawapan. Dia mendekatkan bibir pada telinga Adara mahu membisikkan sesuatu.

“Mhm, but I like you more than anything, sweetheart.”

Updated! 5 chap left<3 Please saya nak habiskan cepat ಥ‿ಥ Oh, saya tukar nama Irsyad to Ersyad And Aris to Arrez. Morning kesayangan's ( ˘ ³˘)♥

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience