#3-(Musuh lama)

Action Series 9059

Beberapa buah kereta Toyota berhenti tengah jalan menghalangi jalan mereka .

"Siapa yang halang jalan ni?!Memang nak kena !"lenting Lucy dengan tegang lalu menekan hon dengan kuat.Risau jika tertangkap dengan polis

Seseorang lelaki berkemeja biru keluar dari kereta Toyotanya.Raifal,Mafia GoldRaifal keluar dari perut kereta lalu menuju ke hadapan keretanya sambil senyum sinis, menunggu seseorang yang sudah lama tidak berjumpa.

". RAIFAL."bisik Rayyan,kenal sangat wajah kembar nya.Kisah hitam antara mereka terus terimbas yang mana berlaku pembunuhan orang tersayang,ibu ayah.

"Dav,Lucy jaga hostage nanti .Jaga dia!"arah Rayyan Evans dengan tegas.Keselamatan gadis itu , dia utamakan,risau jika dia menjadi sasaran musuh yang lain kerana keadaan pasti menjadi huru hara apabila musuh bertemu dengan musuh lamanya, Raifal.Abang Kembar Rayyan yang sudah lama berpisah.Walau sudah beberapa tahun tidak berjumpa,detik hitam masih segar di fikiran Rayyan tentang Abang kembar nya.

Rayyan mengeluarkan pistolnya lalu mengisi peluru di dalam pistol dan menyimpan semula pistolnya.Orang kanannya juga membuat persiapan.

Aku di situ hanya memandang mereka bersiap sedia mengeluarkan senjata senjata api mereka.Kenapa?Nak perang ke si Mafia ni?Apa yang mereka pandang dari tadi?Aku memandang ke hadapan celah celah tepi,seorang lelaki sedang menunggu di hadapan keretanya.Wajah lelaki tersebut sangat mirip dengan si Mafia walaupun wajah Si mafia sebelah aku lebih kemas serta rapi.

Segala gelagat Si mafia diperhatikan oleh aku membuatkan Si Rayyan perasan dengan pandangan aku.Rayyan masih sempat senyum pada aku sebelum dia keluar dari kereta dan menutup pintu.

Rayyan membuka langkah ke abang kembar,Raifal.Berhadapan terus dengan wajah abangnya yang lama tidak dilihat.
Berbincang.

"Hi .lama tak jumpa, adik ku"sapa Raifal dengan lembut
Rayyan ketawa kecil lalu memandang sinis wajah abang nya, Raifal.Adik? Memang cari nahas betul.Sejak bila kau beradik adik dengan aku?

"Adik?Tchhh.Gil* ke ?"Rayyan terus mengeluarkan senjata nya lalu menghalakan kepada Raifal.Perasaan benci terhadap abangnya langsung tiada penghujung.

Anak anak buah Raifal terus keluar lalu berbaris dihadapan mereka sambil menghalakan senapang .Melindungi ketua GoldRaifal daripada musuh yang memberi ancaman.

"Tujuh tahun berlalu,baru sekarang kau nak muncul depan aku!Baru sekarang kau nak ingat aku!Kau nak apa daripada aku , Raifal!!"-tegang Rayyan lalu ingin saja menembak abang nya tetapi dihalang oleh orang kanan,Zul.

"kita tak cukup orang"bisik Zul dari tepi lalu memberi isyarat tangan dari belakang.Dia tahu pasti akan berlaku tembak menembak.Berharap Lucy Atau Dav memahami isyarat tangan dari dia.MINTA BANTUAN.

"Kenapa ?Kau tak jadi tembak?"-soal Raifal mengangkat kening nya sambil menuju dekat lagi ke arah nya.
"Kau nak apa dari aku?!!"soal Rayyan dengan tegang.Tiba tiba saja muncul dihadapannya tanpa sebab.
"Aku?nak apa dari kau?"soal Raifal semula kepada adiknya.Sengaja mencari masalah.

"Kau dan aku dah tiada apa kaitan dah!Kita dah sama taraff !"

"TAK!MASIH TIDAK!!"

Rayyan menurunkan senjatanya.Hairan terhadap abangnya,masih bilang Tidak.Sedangkan dia ada ,apa yang dirinya ada.Kekayaan, kemewahan lebih darinya.Apa lagi yang dia nak ?

"Aku nak gadis itu."nada Raifal dengan ringkas lalu menunding jarinya ke gadis tersebut di dalam kereta.Kenapa gadis itu juga yang jadi sasaran?

Riak wajah Rayyan berubah.Dia nak Zahira, gadis yang dia cintai sejak bertentangan mata.Memang membuatkan RAYYAN hilang kawalan mendengar dari mulut musuhnya.Tak cukup lagi ke dikelilingi perempuan perempuan yang lain?

"Tu Hostage aku buat sementara!"elak Rayyan.Tajam mata Rayyan menusuk tajam ke mata Raifal .Kemarahan semakin menjadi jadi.

Raifal tersengih sendiri melihat adiknya cuba pertahanan gadis itu. Kerna Cinta.Dia tahu Rayyan sengaja membuat rancangan jadikan gadis itu tebusan kerana dia sudah jatuh hati dengan gadis itu ,bernama ZAHIRA SAFIYYA.

"Dia just Hostage aku! Kenapa?"Rayyan terus menolak kuat badan Raifal.
"Benda boleh bincang."
"Kau nak bincang apa lagi?"soal Rayyan yang cuba tenangkan diri.

"Kau jual saja gadis murahan kat aku.Aku mampu bayar beribu-ribu,atau berjuta juta sekali pun pada kau, Rayyan.Kau jual saja pada aku.Selesai,Sebab aku rasa berkenan pulak pada si cantik tu.Try dia "selamba Raifal mengeluarkan perkataan perkataan tanpa berfikir lalu memeluk tubuh memandang wajah Rayyan,dengan wajah seakan tidak bersalah.

Rayyan senyum sinis,lalu terus menghayunkan penumbuk di muka Si Raifal sekuat hatinya.Lama menahan geram dari tadi.Geram dengan Raifal yang berfikiran tidak senonoh.Pantang betul bila orang cakap benda tak senonoh pada orang yang dia sayang.Berani betul!

"CARI NAHAS BETUL LA KAU NIH!"marah Rayyan sambil memandang abangnya yang sudah cedera di bibir akibat ditumbuk kuat olehnya.Rayyan memandang sekeliling ,anak anak buah Raifal sudah pun mengepung mereka berdua.Hanya menunggu arahan oleh ketuanya.

Membulat mata aku memandang Si mafia dikepung.Aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.Harap pihak polis cepat selamatkan aku.Nak berperang ke ni?Kenapa dengan si Mafia tu?Dia nak kena belasah ke?Kenapa dia berdiri macam patung je kat sana?Tadi bukan main garang lagi dengan aku.Apa yang akan jadi ?Hmm..aku takut laa.Harap polis cepat kesan lokasi aku.Aku tak nak mati dengan kejam.Ya Allah....Kenapa aku rasa takut ni?Seolah olah..

"Kau okay ke tak?"soal David,risau dengan tebusan yang lama memerhatikan Ketuanya.

Terhinjut bahu aku terus memegang dada.Terus istighfar mulut aku.Terkejut walaupun disoal dengan lembut.Haish.

"Kau okay ke tak ?"soal David semula.

Aku hanya mengangguk perlahan lalu memaling semula pandangan aku ke luar tingkap.Tak nak pandang mereka.Aku cuba tenangkan diri,aku tahu bantuan akan tiba tak lama lagi.

"Kau rasa kita patut turun bunuh diorang tak?"soal Lucy sambil memandang David.
Mereka berpandangan.

'Bunuh?'monolog aku dalam hati.Bu..bunuh?Bingung sekarang.

"Tak perlu.Kita kena jaga hostage.Bantuan akan tiba tak lama lagi."balas Dav dengan penjelasan terus.Takut kawannya bertindak melulu.
"Betul?"
"Yee."begitu jawapan David dengan ringkas.

Aku bersandar pada kerusi yang selesa,cuba untuk tenangkan diri walaupun hati aku sangat gelisah.aku memandang ke luar tingkap, memandang sekeliling.Ya Allah, selamatkan la aku ya Allah.Tiba tiba , beberapa buah kereta Honda meluncur laju lalu berhenti.Tergamam aku.Berpuluh puluh anak buah Rayyan yang lengkap dengan senjata api muncul selamatkan Ketuanya dengan mengelilingi anak buah Raifal.

Wajah Raifal agak terkejut,tidak sangka anak buah adiknya lagi ramai darinya, badan mereka sasa dan tegap.Sebelum ni ,dia hanya menyangka adiknya hanya pasukan Mafia yang lemah sehingga sekarang.Itu tujuh tahun yang dulu,bukan yang sekarang,yang berhadapan dengannya.Pasukan DragonRyan adalah kumpulan paling bahaya dan paling hebat.Salah langkah.

Rayyan memandang Raifal,mukanya berubah risau.Kenapa?Sudah gentar dengan dirinya?

Zul berdeham memecahkan kesunyian.
"kenapa?Dah takut?"Zul bertanya, memandang tepat ke wajah Raifal.

"Holland."panggil Rayyan.
"Yes Boss."balas Holland sambil ke ketuanya.
"Kau tahu apa yang kau patut lakukan."Sinis Rayyan sambil memandang Raifal.Peka mendengar..
"Yes Boss."

Rayyan melemparkan senyuman lebar kepada Raifal yang sudah terperangkap dengan anak anak buah Rayyan.Rayyan melangkah pergi ke keretanya.

BANG!

Tembakan tersasar
"ERGH!"desis Rayyan sambil memegang erat lengan tangan yang baru ditembak . RAIFAL.
"Boss!"keluar terus Lucy dan David ke Rayyan.
"Boss!Boss okay ke tak ni!"soal Zul yang mula gelisah.

"ERGH,aku okay.tahan mereka.Aku nak dia hidup hidup dengan anak buah nya "arah Rayyan.Dia tidak fikirkan dirinya yang sudah berlumuran darah ,dia hanya fikir tentang gadis itu, keselamatan gadis.

Dav dan Lucy mengangguk lalu ke Holland dan yang lain sudah mengacukan senapang mereka.

Zul hanya memantau Ketuanya yang cedera berjalan ke kereta yang tidak jauh dari situ sebelahnya.Kelihatan okay ,tapi dia sangat risau tentang keselamatan ketuanya,yang begitu banyak jasa.

"Boss okay ke?"soal Zul sekali lagi.
"Ye ,akuu o...ka..y."suara Rayyan makin perlahan dan mata dikecilkan apabila melihat ...Rayyan berdegus kasar.

Aku terus MELANGKAH melarikan diri.


"ZAHIRAA!!"

Selamat membaca! #(Update setiap minggu) #KEKASIH INDAH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience