Bab 4

Horror & Thriller Completed 4404

"Ish kenapa diorang tak cari aku lagi ni dah lah panas dalam ni" Maisarah berkata dengan nada yang geram.

Maisarah sudah tidak tahan kepanasan lalu Maisarah membuat keputusan untuk keluar daripada tempat persembunyiannya. Apabila Maisarah keluar, Maisarah berasa hairan kerana tiada seorang pun di dalam perpustakaan itu. Maisarah berasa sangat bengang dengan rakan sekelasnya kerana tidak mencari Maisarah.

"Apalah diorang ni, dah lah tak cari aku lepastu keluar pun tak bagitahu aku" Maisarah mengetap bibir.

Maisarah keluar daripada perpustakaan dengan muka yang agak ketat. Selepas keluar daripada perpustakaan raut mukanya berubah sekali lagi. Maisarah membuat muka pelik dan kali ini bertambah dengan perasaan takut kerana suasana di sekolah sunyi sepi.

"eh mana orang kat sekolah ni" kata Maisarah dengan nada yang sedikit resah

Maisarah pergi ke kelasnya untuk melihat sekiranya rakan sekalas ada disana. Setibanya Maisarah disana, Maisarah melihat semua rakan sekelas baring di atas meja. Tiada seorang pun yang bangun, bergerak, ketawa, bercerita, dan bermain. Tiada langsung.

Dia sungguh hairan dengan rakan sekelasnya itu. Tidak pernah pernah rakan sekelasnya diam membisu. Pasti ada sahaja karenah yang dilakukan. Maisarah tidak endah kan situasi itu walaupun dia sendiri berasa pelik. Maisarah terus menghampiri rakan semeja nya Afrina dan terus duduk disebelanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience