Pagi-pagi lagi Nuhayra sudah bangun untuk membersihkan tubuhnya. Wajah suaminya yang sedang lena dipandang sementara lelaki itu masih diulit mimpi indah.
Rambutnya yang masih basah dikeringkan. Otaknya ligat berfikir bagaimana hendak menjauhkan diri daripada Darris jika dia tinggal di rumah mentua.
"Darris...."
"Emmm..." Darris menggeliat dan sambung tidur semula.
"Darris... aku ada benda nak cakap. Bangunlah dulu." tubuh suaminya digoncang dengan kasar. Dia tidak kira, Darris perlu dengar kata-katanya.
Dalam keadaan terpisat-pisat, Darris membuka matanya. Pandangannya masih kabur dengan simbahan cahaya dari tingkap yang dibuka.
"Apa dia?"
"Petang ni kita balik rumah aku."
"Hah? Kenapa?" membulat mata Darris mendengar ayat itu. Wajah Nuhayra yang serius dipandang.
Kemudian, senyuman sinis Darris meleret.
"You can if you want." Darris merenung tajam pada Nuhayra. Pandangan dicampak ke luar tingkap seraya Darris bangun dari katil. Langkahnya berjalan ke arah bilik mandi.
" Darris... " terkedu Nuhayra.
Langkahan Darris terhenti di depan bilik tandas. Dia menoleh mencari wajah Nuhayra serius.
"Darris, aku tanya-" ayatnya terhenti apabila Darris memotong.
"Kau nak lari mana lagi, Ayra?" Nuhayra terdiam sejenak. Darris menggunakan panggilan 'kau'? Air matanya mulai gugur perlahan.
" Cukup aku dah ikat kau supaya kau tak lari dari aku lagi!" ujar Darris dengan pandangan tajam.
" Darris, apa motif kau buat aku macam ni? Kau nak apa lagi, Darris? Kenapa kau buat aku macam ni? Aku terseksa tau tak. " tersedu-sedu Nuhayra menangis. Perbuatan Darris hanya menambah luka dan tahap kebenciannya pada lelaki itu.
" Darris, a-aku nak balik rumah aku..." rayu Nuhayra lagi.
Wajah suaminya dipandang sayu. Kenapa Darris berubah sekelip mata? Kenapa? Aku ingat kau dah berubah, Darris. Kenapa? gumam Nuhayra sendiri.
" Fine. Nak balik sangat kan rumah kau. Kita balik. Kemas barang kau apa yang patut." seraya Darris masuk ke dalam bilik air. Membiarkan isterinya yang tengah menangis.
Petang itu, mereka dapat pulang ke rumah sendiri. Satu keluhan dilepaskan.
Beg-beg yang ada di tangan dilepaskan. Mata Darris liar memandang hiasan rumah Nuhayra. Ketika dia masuk ke dalam bilik, kelihatan isterinya tidak kelihatan. Mendengar bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi, Darris menghempas tubuhnya ke dasar tilam empuk. Mata dipejam rapat.
Apabila terdengar pintu terbuka, mata Darris terbuka luar. Matanya disapa dengan keadaan isterinya yang hanya dibaluti dengan tuala pada batang tubuhnya.
"Lama juga kau mandi?" tegur Darris dalam keadaan berbaring. Tangannya menongkat kepala.
"A-awak!" dek kerana terkejut, Nuhayra menjerit sekuat hati.
"Kenapa?" tanya Darris bangun mendekati Nuhayra.
"A-apa awak buat dekat bilik saya?" kedua-dua tapak tangannya disilangkan menutupi dada. Tidak betah berada dalam keadaan seksi di hadapan suaminya apatah lahi lelaki itu belum pernah melihat tubuhnya dengan lebih jelas. Dadanya berombak kencang.
"Saja nak tidur." jawab Darris ringkas.
"Darris, awak ada bilik. Bilik awak kat tempat lain bukan sini. Ni bilik saya." gugup Nuhayra berkata.
Sejujurnya, apa yang terjadi tadi sewaktu mereka masih tinggal di rumah keluarga Darris, Nuhayra banyak berdiam. Apabila dia melihat sikap Darris dan dengan cara Darris bercakap dengannya siang tadi, Darris masih tetap yang dulu. Hati Nuhayra tidak mampu untuk tabah. Keras hatinya kian menjadi lembut.
"Aku tetap akan stay dalam bilik ni dengan kau. Nanti kau lari pula dari aku. Tak payah nak panjangkan cerita, Ayra. Aku tak nak kau dapat dosa jadi aku tak nak buat benda bukan-bukan tapi aku ni masih suami kau tetap akan tinggal di sini." ujar Darris tanpa rasa bersalah. Dia kembali baring di atas katil sambil mendepakan tangannya.
"Darris, kenapa awak berubah?" soalan terpancul dari mulut Nuhayra.
"Kau ingat selama ni aku layan kau baik ke, Ayra? Aku buat semua ni sebab aku nak kau balik dengan aku. Aku suami kau. Tapi apa kau buat? Kau tinggalkan aku! Berpura-pura jadi Amanda konon. What the hell!" bentak Darris. Kolam mata Nuhayra berair.
"Then, ceraikan saya! Kalau awak rasa awak tu masih atas gelaran sebagai suami, ceraikan saya!" jerkah Nuhayra sekuat hati.
"Awak ni kenapa? Apa dosa saya Ris sampai awak hukum saya?"
Menggigil tubuhnya menahan diri. Sungguh dia tidak sangka dirinya berubah seperti yang dulu. Hatinya makin lemah apabila berdepan dengan Darris yang bersikap begitu.
"Kalau kau tak lari, aku takkan benci kau, Ayra."
"Mana perempuan tu? Fazneeta, perempuan yang awak cintakan sangat tu mana? Kenapa awak tak kahwin dengan dia? Kenapa! Tak puas lagi ke awak nak seksa hidup saya, Darris?"
Terhinjut-hinjut bahu Nuhayra menangis. Sungguh dia tidak percaya Darris berubah setegang.
"Kau diamlah! Sekali lagi aku dengar kau sebut nama perempuan tu, nahas kau!"
Tersentak Nuhayra dengan perubahan sikap Darris. Darris meninggikan suara padanya. Hatinya membuak-buak menjerit hati menahan perit sekali lagi.
Darris melangkah keluar dari rumah. Nuhayra terduduk di atas lantai. Air mata jernih mengalir laju membasahi kulit pipi halus.
Segalanya akan terlerai
Share this novel