CHAPTER 2

Crime Series 4223

Selepas sahaja pulang dari cafe, Harith terus melabuhkan badannya di atas katil.

Kelihatan seorang lelaki duduk tertunduk di atas sebuah kerusi, cahaya matahari yang menembus celah papan terkena pada badannya. Harith melangkah mendekati lelaki tersebut. Lelaki itu mendengus kesakitan, banyak kesan darah di bajunya.

“Harith Aryan, kenapa ni?” Tanya seorang lelaki itu kepada harith sambil memegang kedua dua bahunya.
“This is your kepakaran sweetie, What you waiting for? press it” kata lelaki itu lagi, tangan Harith menggeletar memegang sepucuk pistol sambil mengacukan kepada seorang lelaki yang diikat matanya.

“Let me” datang seorang lagi lelaki sambil merampas pistol yang dipegangnya. Harith menoleh melihat lelaki itu, matanya kaku melihat ke arah lelaki tersebut. Terkejut melihat dirinya sendiri yang merampas pistol itu. Tanpa teragak penampakan dirinya yang tadi dengan selamba menekan picu pistol. Satu das tembakkan terkena tepat pada dahi lelaki tahanan itu.

Harith terus tersedar dari mimpinya, tercungap cungap menarik nafas. Degupan jantungnya laju seolah olah dikejar seseorang. Harith bingkas bangun dari katil lalu keluar menuju ke dapur. Segelas air kosong diteguknya laju.
“tak tidur lagi?” Soalan itu membuatkan Harith terkejut lalu dengan pantas dia mengambil pencanai dough acu kepada suara tersebut.
“woi kau kenapa?” tanya Aufal iaitu housemate kepada Harith sambil menahan kepalanya menggunakan kedua belah tangannya. Harith menghembus nafas lega lalu meletakkan pencanai dough itu.

“Tak tak, takda apa apa” kata Harith lalu berjalan melepasi Aufal.
“‘Takda apa’ apa!? Dengan peluhnya, kau kenapa Rith?” Tanya Aufal.
“Aku mimpi je tadi” kata Harith kepada Aufal.

“Mimpi? Macam budak budak la kau n-“ belum sempat Aufal menghabiskan percakapannya, Harith mencelah.

“Betul, aku mimpi aku tembak someone” kata Harith lagi. Aufal memaut dan peluk kepala Harith.
“Dah kau, pergi je la tidur” kata Aufal.
“Jap, kau tak mandi lagi ni. Ha tu la, macam mana tak mimpi bukan bukan kalau tidur tak bersihkan diri dulu” berleter Aufal sambil memukul belakang Harith. Harith cuma gelak kecil.

***
Tape kuning panjang disetiap penjuru jalan. Ridhuan menunjuk lencananya tanpa mengeluarkan sebarang perkataan. Tape kuning diangkat memberi laluan kepada Ridhuan.

“Tuan” tegur Qusyairi sambil memberi hormat kepada Ridhuan. Ridhuan mengangguk.
“Kami menjumpai ni tuan” kata Qusyairi sambil menghulur seutas tali yang dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa. Ridhuan menyarungkan sarung lalu mengambil bahan bukti tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience