Bab 30

Crime Series 28566

Aku menjenguk dapur dengan hati yang girang.

"Jika dunia... Aku yang punya... Akanku dirikan... Sebuah syurga malam tanpa siang... Untuk ku bermimpi..."

Mak Senah turut tersengih melihat anak sulungnya yang sedang menyanyi girang.

"Ayah mana Mak?"

Aku membuka penutup periuk. Wah, sedapnya. Mak masak Mee Rebus. Kecur air liur. Terus diambilnya pinggan.

"Pergi kebun dengan Abang Jali."

"Oh. Abang Jali suami Kak Ayu tu ke?"

"Iyela. Siapa lagi. Ayah kau tu kan suka ke kebun ada peneman. Senang nak bersembang."

"Maman dengan Mirul mana?"

"Tuisyen."

"Oh."

Aku menyenduk kuah dengan berhati-hati. Entah macam mana pinggan terlepas dari tangan. Habis jatuh berderai ke atas lantai.

Aku tergamam.

"Ya Allah... Macam mana boleh pecah, Na?"

Aku masih berdiri kaku. Diam tak berkutik.

"Mak... Anna minta maaf. Tak tahu macam mana boleh terlepas."

Mak menarik tangan aku.

"Dah takpe. Duduk dulu. Mari Mak kemaskan. Nanti takut jari Anna terluka."

Aku duduk di kerusi. Baru tadi hati aku girang. Kenapa rasa berat hati tiba-tiba?

Mak Senah mengambil penyapu dan penyodok. Kaca yang bertaburan cepat-cepat disapu. Bimbang terkena serpihan kecil.

Apakah ini petanda buruk?

Usai membersihkan semua, Mak meletak pinggan berisi Mee Rebus di depan aku.

"Nah, makan."

Hati Mak Senah terus jadi bimbang. Takut-takut ada musibah yang mereka tak ketahui.

"Sorry, Mak. Anna pening kot tadi."

"Kebetulan je jatuh. Dah jangan fikir bukan-bukan."

Aku mengambil pinggan tersebut dan bawa diri ke dalam bilik. Terus meninggalkan Mak Senah yang masih terpinga-pinga atas sikap cuai anaknya.
. .
. Aku mengeluh untuk kesekian kali.

Serta merta ingatan aku terkenang pada Qarl. Rasa nak pulang ke KL esok pagi. Aku tak betah duduk kat kampung ni dan menanti semuanya berakhir dengan baik.

Lagipun, aku kena jalani kuliah start dua minggu lagi. Cuti semester dah berakhir.

Lebih baik aku pulang ke rumah sewa. Mira pasti tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada aku.

Sorry, Qarl. Saya taknak stay kat sini sedangkan saya tak tahu apa yang berlaku di sana.

Aku keluarkan beg baju. Mula mengemas baju. Aku nekad. Esok pagi aku akan ke pekan dan membeli tiket bas.

Ala apa susah, booking tiket online jela.

Jari aku menekan laju keypad satu persatu.

Scroll. Scroll.

Aha...

Khamis. Jam 11 pagi.

Ala... takde tiket paling awal ke? Aku tak sabar nak pulang ke KL.

Dari Penang ke Kuala Lumpur ambik masa lebih dari lima hingga ke sembilan jam. Pasti jammed teruk dekat highway.

Nak naik flight nampak macam aku rushing sangat. Nanti Mak pandang pelik.

Naik bas jela.

Okay. Done booking.

Tinggal nak bagitahu Mak kejap lagi. Harapnya Mak izinkan.

Duduk lama-lama kat kampung ni tanpa berbuat apa-apa, boleh gugur satu persatu helaian rambut aku.

Pintu bilik aku diketuk kuat.

"Masuk."

Terpacul wajah Mirul.

"Hah Mirul, ada apa? Akak tengah mengemas ni."

Tinggal lagi sikit nak lipat baju dan tudung.

Mirul memandang baju yang berselerakan di atas katil.

"Akak nak pergi mana?"

"Balik KL."

"Bukan ke kuliah akak tak start lagi?"

"Saja nak balik sana awal."

"Mirul ada benda nak cakap dekat akak."

Aku menepuk tilam. Memanggil Mirul duduk.

"Apa dia? Tak cukup duit?"

"Mirul segan nak mintak dekat akak. Tapi Mirul lagi segan nak meminta dekat Ayah."

"Nak berapa?"

"Dalam RM150."

"Nak beli apa?"

Mirul tunduk.

"Mirul ingat nak beli kamus digital dan buku rujukan sikit, kak."

Aku capai beg tangan. Dua not ungu dikeluarkan.

"Nah. Yang lebih buat belanja keperluan. Nanti kalau dapat gaji lebih, akak bagi lagi."

Mirul senyum.

"Thank you, kak. Sayang akak. Akak la kakak paling sporting."

"Akak tak makan bodek. Tapi satu je akak mintak, study rajin-rajin. Ikut jejak Abang Ngah dengan Abang Lutfi. Masuk sekolah asrama."

Mirul mengangguk laju.

"Sure."

Sebelum keluar dari bilik, Mirul menoleh.

"Sampaikan salam Mirul dekat Abang Lee."

Mirul sengih nakal.

"Okay. Kalau akak jumpa dia, akak sampaikan. Doakan akak dapat bertemu dengan dia."

Cakap pasal Qarl, aku harap sangat Allah jaga dia untuk aku.
. .
. Kaki selamat menjejak ke terminal bas jalan Duta.

Aku selamat tiba di Kuala Lumpur. Perjalanan yang sangat meletihkan. Jalan jammed teruk.

Beg dijinjit dan menuju ke tempat duduk yang kosong di ruangan menunggu.

Kata Mira sebentar lagi dia akan tiba. Aku rindu gila dekat Mira.

Tiga bulan kena culik dengan Qarl. Sampai aku rasa lupa pada semua hal. Hidup aku hanya ada dia.

"Anna Adriana..."

Mira menjerit nama penuh aku. Orang sekeliling memandang kelakuan pelik kami. Dia meluru ke arah aku.

"Beb, aku rindu gila dekat kau. Mana kau menghilang?"

"Aku pun rindu dekat kau, Mira."

Air mata tak mampu aku tahan. Kau tak tahu apa jadi dekat aku selama ni.

"Kau okay? Sihat? Siapa buat kau jadi macam ni?"

"Nanti dalam kereta aku cerita. Jom."

Aku menarik lengan Mira dan menuju ke keretanya.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita dekat Mira.

Setibanya di dalam kereta, aku terus bercerita satu persatu. Mira yang diam dari tadi terus menekan brek kecemasan.

"Apa dia? Culik? Seriuslah. Mamat mafia tu culik kau?"

Terkejut aku. Nasib baik tiada kereta di belakang.

"Kau dah kenapa? Kalau kita accident tadi tak pasal-pasal je aku mati tak sempat nak mengucap."

Aku mengusap dada perlahan.

"Aku macam tak percaya. Terkejut pun ada. Kalau dia culik kau, kenapa dia lepaskan kau sekarang? Apa yang dia dapat? Kau bukan anak orang senang."

Dia dapat hati aku ni, Mira. Dia buat aku sedar, lepas dia pergi, aku rasa hidup aku kosong. Tanpa dia di sisi yang sering menyakitkan hati.

"I can't believe it. Oh my god."

"Percaya atau tidak, aku ni mangsa culik dia."

"Kejap, mamat Mafia ni siapa sebenarnya? Macam mana dia boleh buru kau?"

"Kau kenal, Mira. Kita berdua pernah bersembang dengan dia."

Mira mengerut dahi.

"Siapa?"

Aku diam. Mahu Mira berfikir sendiri.

"Oh my god. Is he that guy? Lee?"

Aku mengangguk. Yes. Him.

"What a crazy son-bitch."

"Hey, yang kau emotional sangat kenapa? Aku yang kena culik, bukannya kau."

"Kau kawan baik aku, Anna. Mestilah aku risaukan kau. Gila punya Lee."

"Aku tak kira, you must tell me everything."

"Okay. Aku harap kau tak pengsan pulak dengar cerita aku."

Muka Mira tegang. Marah benar pada Lee.

Kau tak kenal siapa Lee, Mira. Aku rasa naik gila bila memikirkan soal hidup dan mati aku bersama dia.

Tak pasti takdir aku akan jadi bagaimana. Apa yang mampu aku lakukan ialah bertenang. Just follow the flow.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience