BAB 5 PART 1

Romance Series 8819

MISYA senyap seketika. Sudah tiga hari dia bekerja di sini. Namun persekitaran tempat ini masih belum melekat di hati. Dia masih kaku. Lebih-lebih lagi dengan budaya kerja di editorial team.
Ada masa mereka kelihatan relaks, ada masa juga mereka seperti kelam kabut. Dan melalui kaca matanya, yang paling pendiam di sini ialah Fattah. Dan yang paling mesra pula Kak Nour. Luna suka membawa diri sendiri. Kadang-kadang saja hendak bertegur sapa dengannya. Wan sangat fokus dengan kerjanya. Riah juga nampak sangat sibuk. Tapi walaupun sibuk, Riah tetap berusaha untuk menyapanya jika ada kesempatan.
“His eyes could kill.” Luna menekup wajah.
“Kenapa tu?” soal Kak Nour.
“I tercicir tak baca some English text dekat manuskrip baru. So our almighty King Jo stared at me like, ‘just kill yourself before I kill you because you submitted this terrible work on my desk’. Sampai malam tadi I terbayang-bayang renungan Tuan Jo, Kak Nour!”
Kak Nour menyembunyikan tawa. “Macam tak biasa.”
“I stayed up late just to make sure I didn’t do the same silly mistake. Like 3 am. Macam nak pecah kepala!” Adu Luna.
Misya hanya memandang kedua-dua mereka dari tempat duduknya. Kak Nour duduk bersebelahan dengan Luna saja. Kebetulan Jawdan keluar dari pejabatnya, barulah dia mendengar suara mereka berdua berborak.
“You jarang buat silap, Luna. I ni ha... Asyik mendapat renungan maut Tuan Jo.” Riah menyampuk.
“Mujurlah kacak. Kalau I yang tenung you macam tu, esok jugak you berhenti kerja. Betul tak?” Wan bangun dari tempat duduknya dan mendekati Luna serta Kak Nour.
“Hisy... Kalau you yang bagi jelingan maut, Luna sengih sikit you dah cair.” Riah pecah ketawa.
Wan tarik muka. Tapi nampak tidak terkesan pun dengan kata-kata Riah. Agaknya sudah biasa diusik begitu.
“Mana dia pergi, tiba-tiba aje hilang?” soal Wan.
“Makan kut. Tak pun jumpa kawan dia yang selalu tu. Encik Adif. Fattah, you tahu tak Tuan Jo pergi mana?” Riah menegur Fattah yang masih leka dengan kerjanya.
“Entah. PA dia tahu kut...” Fattah membalas tanpa memandang ke arah mereka.
Empat pasang mata jatuh ke wajah Misya yang kononnya masih ada kerja. Walhal dia sedang menunggu panggilan dari penulis untuk memastikan pertemuan esok berjalan.
Misya menggeleng kepala.
“Misya tak tahu ke?” soal Kak Nour.
Sekali lagi Misya menggeleng kepala. Tadi, masa Jawdan keluar dari pejabat, lelaki itu seperti tergesa-gesa keluar tanpa berpesan apa-apa kepadanya. Sejak dia menghantar pesanan WhatsApp kepada Jawdan untuk memperkenalkan diri dua hari yang lepas, Jawdan hanya memberikan dia bluetick sahaja. Misya tertunggu-tunggu juga manalah tahu Jawdan memerlukan apa-apa perkhidmatan olehnya dan mahu memberitahu melalui pesanan ringkas. Mujurlah tiada. Misya sedikit lega. Tapi yang menjadi masalah, sampai sekarang pun dia masih lagi teraba-raba kerana seperti tiada jalan untuk Misya mengenali Jawdan dengan lebih dekat. Mungkin betul kata-kata Naemah, usahanya langsung tidak berbaloi dan tak akan berjaya sampai bila-bila.
“Kecemasan kut?” Riah meneka lagi.
“Agaknyalah. Ada family matter.” Kak Nour mengangguk.
Telefon bimbit Misya berbunyi meminta diangkat. Cepat-cepat Misya mengangkat panggilan itu.
“Helo, Mr Han. Maaf mengganggu... Saya Misya. Untuk miting esok, Mr Han jadi ke datang?” Rasa bersalah juga Misya kerana meminta penulis itu menelefonnya apabila tidak sibuk.
“Jadi-jadi. Pukul 10 pagi kan?” Kata-kata Mr Han membuatkan Misya menghela nafas lega.
“Betul. Terima kasih Mr Han.”
“No problem... Jawdan mahu I bawa apa-apa?”
Misya terkebil-kebil seketika. Silapnya tidak bertanya lebih awal kepada Jawdan tentang hal miting yang bakal diadakan esok.
“Nanti saya WhatsApp Mr Han.”
“No lah. Jangan panggil I Mr Han. Itu nama pena I saja. Just Han only. I tak tua lagi. Baru 24.”
Misya terkesima. Serius ke Mr Han tu 24 tahun? Dia boleh mengagak bangsa Mr Han tu Cina. Tapi langsung tidak tahu tentang comic writer itu. Tapi apa yang ganjil sangat tentang usia? Asalkan bakat tu ada.
“Oh, okay... Han...” Misya teragak-agak.
“Okay. Apa-apa you contact aje.”
“Sure...” Misya mengangguk walaupun tiada siapa yang melihat.
Selepas panggilan dimatikan, cepat-cepat Misya menulis memo.
‘Miting dengan Mr Han pukul 10 pagi esok.’
“Misya ke mana?” soal Kak Nour.
Langkah Misya terhenti buat seketika. Dia menoleh ke arah Kak Nour.
“Ke bilik Tuan Jo.”
“Kenapa?” Kening Kak Nour bertaut.
Oh ya. Walaupun Kak Nour ni mesra, tapi Kak Nour juga ada genetik keturunan mak cik bawang. Itu pun Misya perasan selepas Kak Nour bercerita tentang Luna kepadanya. Luna ada tiga boyfriend dalam satu masa. Entah dari mana Kak Nour tahu, Misya kurang pasti. Semula jadinya genetik geng bawang ni akan sibuk nak tahu apa yang sedang berlaku pada orang lain. Bukan Misya tak biasa menghadapi golongan sebegini. Kadang-kadang orang yang langsung dia tak kenal bertanyakan soalan peribadi. Cuma, dengan Kak Nour kalau boleh Misya tak nak bermasam muka kerana Kak Nour juga banyak membantu dirinya.
“Nak letak memo pad dekat bilik Tuan Jo.”
“Tak WhatsApp aje ke?” soal Kak Nour hairan.
Misya tersengih. “Dah tulis pun kat memo...” Sengaja dia mengangkat tinggi memo pad berwarna hijau di tangannya.
Kak Nour tergelak.
“Lain kali WhatsApp aje.”
“Takut Tuan Jo tak baca WhatsApp, kak.” Sengaja Misya mencari alasan.
Misya pantas meneruskan langkah memasuki bilik pejabat Jawdan, bimbang soalan Kak Nour semakin berlanjutan.
“You tengok Misya, penyegan betul orangnya.”
Telinga Misya menangkap kata-kata Wan sebelum dia membuka pintu pejabat Jawdan. Ada keluhan kecil terbit dari bibirnya.
Kalaulah mereka tahu siapa Misya yang sebenar...
Sikap penyegan hampir pernah tiada dalam kamus hidupnya.

ig @rinsyachasiani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience