BAB 7

Family Completed 1384

Dia benar-benar mahu tahu ke mana mereka pergi dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka.

“Umi… Allyssa pelik. Di mana ayah dan abang ya? Sehingga sekarang mereka tidak pulang-pulang.”

Ibu Allyssa tersenyum. “Sebentar lagi pasti mereka akan pulang. Sabarlah sayang. Kenapa? Sudah rindu?”

“Ya. Allyssa mahu peluk ayah dan abang. Mereka sentiasa sibuk. Allyssa tiada kawan di rumah. Kasihan Allyssa.”

Ibunya mengangguk tanda faham. “Ibu ada di sini. Mari peluk ibu.”

Allyssa segera mendakap tubuh ibunya. Tenang apabila berada dalam dakapan seorang ibu. “ibu rasa ayah dan abang masih sayang kita lagi?” Soal Allyssa.

Dia cuba merungkaikan persoalan yang melanda diri. Dia dapat merasakan ibunya itu menyorok sesuatu daripadanya.

“Mestilah sayang.” Jawab ibu Allyssa lalu mengeratkan lagi dakapannya. Allyssa sudah meronta-ronta mahu dilepaskan. Kuat pula ibunya memeluk tubuh itu. Mentang-mentang tubuh dia kecil dan agak berisi.

“Sakit tak ibu peluk tadi?” Tanya ibu Allyssa.

Allyssa memuncungkan bibir. Tidak mungkin pelukan daripada ibunya tadi tidak sakit. “ibu peluk kuat sangat. Sakit-sakit tulang Allyssa. Sesak nafas juga.”

“Itu baru sedikit. Kalau kamu mahu tahu, ayah dan abang pun sedang cuba untuk keluar daripada kesakitan. Lagi sakit daripada apa yang kamu rasa tadi.”

Allyssa mula mengurut-urut dagu. Tidak faham pula apa-apa yang dijelaskan ibunya. Ayah dan abang sakit? Allyssa menggaru-garu kepalanya.

Ibu Allyssa mengangkat-angkat kening. “Tidak faham? Agak dah.”

“ibu beritahu cerita yang sebenar. Janganlah begini. Pening.” Allyssa membuat mimik muka monyok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience