Rate

Lelaki paling biadap Bab 17

Humor Completed 61915

Farid Husin mengeleng kepala, dari tadi hanya mendengar dengkuran kuat dari Fazura begitu lena di tempat duduk sebelahnya, kereta yang di pandu menyusur laju di jalan raya menuju ke arah Ampang, setelah hampir 30 minit barulah kereta di pandunya memasuki kawasan perumahan, tidak lama selepas itu Farid Husin memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah dua tingkat,

"Woi! Bangun"
Arah Farid Husin tanpa memandang ke arah Fazura, namun Fazura masih lagi berdengkur

Farid Husin mengeluh perlahan lantas mengalih wajahnya memandang fazura, di tatap seketika wajah Fazura masih terlena dalam keadaan mulut ternganga, Farid Husin lantas merapatkan tangan kanannya ke arah hidung Fazura lalu menjentik hidung wanita muda itu dengan kuat

Tubuh Fazura lantas mengelupur selepas merasakan hidungnya sakit sambil tangannya menghayun-hayun ke arah hidungnya, wajahnya yang mamai dengan kedua mata kelihatan terkebil-kebil terpinga-pinga melihat ke arah Farid Husin tersengih-sengih memandangnya

"Dah Keluar cepat"
Arah Farid Husin sebelum keluar dari keretanya

Fazura mengusap-ngusap wajahnya kemudian bergegas keluar dari kereta,

"Jangan lupa ambik beg kau tu,"
Arah Farid Husin lagi sambil berdiri di depan pagar sedang terbuka secara automatik

Fazura segera membuka pintu belakang kereta mengambil beg pakaiannya, selepas menutup semula pintu kereta dia cepat-cepat menapak ke arah Farid Husin

"Rumah siapa nie Encik Farid?,"
Tanya Fazura sambil memerhati sekeliling

"Dah tentulah rumah aku, tak akan rumah orang pulak"
Jawab Farid Husin sambil menekan password pintu rumahnya

"Jom masuk,"

wajah Fazura lantas tergamam bila melihat bertapa besarnya ruang tamu rumah selepas farid Husin menghidupkan suis lampu, Fazura memerhati Sofa-sofa kulit berbentuk L, Tv bersaiz besar dengan rak-rak dinding serba mewah tersusun cantik di dinding,

"Besarnya rumah nie"
Bisik Fazura dengan wajah teruja kerana itulah kali pertama dia masuk ke dalam rumah serba mewah dan besar

"Mari ikut aku"
Arah Farid Husin kemudian naik ke tingkat dua sambil di ekori Fazura

"Kau dengar sini, kat atas nie, ada empat pintu, aku tak nak kau buka pintu-pintu lain selain pintu bilik tempat kau tidur"
Kata Farid Husin sambil berdiri di depan salah satu pintu di tingkat dua

Fazura mengangguk faham sambil memerhati ke arah pintu-pintu bilik yang tertutup rapat, sebelum melihat Farid Husin membuka pintu bilik yang paling hujung, Fazura menapak perlahan cuba mengintai di balik daun pintu yang terkuak, sebuah ruangan bilik yang kecil di lengkapi dengan rak-rak pakaian sama persis dengan ruangan bilik lamanya cuma tiada rak pakaian

"Kau tunggu sini"
Arah Farid Husin

Fazura mengangguk lagi hanya memerhati Farid Husin masuk ke dalam sebuah bilik, Beberapa detik kemudian lelaki itu keluar dari bilik itu sambil membawa keluar sebuah tilam toto dan sebuah bantal lalu menapak ke arahnya,

Farid Husin dengan lagak bersahaja lantas berdiri di muka pintu kemudian mencampak toto dan bantal yang di bawa tadi ke dalam bilik sambil di perhatikan Fazura dengan wajah terkejut,

Fazura menunduk, hatinya agak terkilan dengan tingkah Farid Husin namun dia hanya mampu melihat tidak berani menegur lelaki itu

"Kau dengar sini baik-baik, aku bagi kau tinggal kat rumah nie, bukan bermaksud aku suruh kau buat rumah nie macam rumah kau sendiri, aku taknak kau sentuh apa-apa pun kat bawah tu, sofa ke, Tv ke, apa-apa pun peralatan kat dapur, kalau kau nak mandi nak berak ke, kau guna bilik air kat bawah"
Farid Husin menatap wajah Fazura dengan raut wajah serius
"Kalau kau lapar, kau haus ke, kau beli siap-siap kat office, bawa balik tapi makan dalam bilik nie je, kau duduk sini just tinggal dalam bilik pakaian nie, bukan untuk seluruh rumah nie, kau faham tak?,"

Fazura menganguk-nganguk faham tidak berani memandang Farid Husin

"Lagi satu aku nak tanya, pakaian kau cuma dalam beg tu je ke?,"
Tanya farid Husin sambil melihat beg pakaian fazura tidak terlalu besar, dari tadi dia tertanya-tanya kalau masih ada pakaian lain yang masih belum di bawa wanita itu dari tempat tinggal lamanya

wajah Fazura kelihatan serba salah untuk menjawab memandangkan pakaiannya memang tidak banyak kerana dia hanya mengunakan seragam cleaner di tempat kerja dan jarang keluar di waktu cuti namun dia segera mengangguk, bimbang jika di marahi Farid Husin

"Itu je pakaian kau?,"
Tanya farid Husin lagi dengan raut wajah semakin hairan

"Ah ah"
jawab Fazura serba salah

Farid Husin menghembus nafasnya
"Nanti kau bagi tahu je aku, kalau kau nak basuh pakaian, aku boleh bawak kau kat dobi"

"Tapi Encik Farid, macam mana saya nak pergi kerja esok?,"

"Kau solat tak?,"
Tanya Farid Husin dengan nada perli

"Tentulah saya solat"

"Tak nampak pun kau bawak sejadah?,"

Fazura hanya diam, dia manaruh beg pakaiannya di lantai kemudian membuka beg pakaiannya mengeluarkan sejadah nipis yang di lipat lalu menunjuk pada Farid Husin

"Okay good, lepas subuh dalam jam tujuh aku akan ambil kau, tapi jangan pulak lepas kau solat kau tidur, ingat tu"

Sekali lagi Fazura mengangguk faham

"Dah aku nak balik nie, tapi aku ingatkan kau sekali lagi, esok jam tujuh, kau tunggu aku kat luar rumah"

Fazura mengangguk sambil memerhati seketika Farid Husin turun ke bawah, lalu menapak lemah masuk ke dalam bilik, kedua anak matanya memerhati rak-rak pakaian yang kosong, Dengan wajah yang lelah dia menghela nafas panjang, menaruh beg pakaiannya di lantai mamar kemudian membentangkan toto di lantai, lalu melabuhkan punggungnya duduk di atas toto dengan tatapan kosong, otaknya sejak tadi asyik tertanya-tanya alasan Farid Husin menipu pada pengawai-pegawai dari jabatan agama islam, menuduh dirinya melakukan maksiat dengannya dan apa sebenarnya salah dia sehingga lelaki itu sanggup mempelakukan dirinya sebegitu rupa kemudian sanggup pula mengahwininya walaupun Farid Husin tahu dia hanya seorang cleaner

Air mata mula mengalir membasahi pipi segera di kesat sambil melihat ruangan bilik seketika dan hatinya berbisik-bisik mengatakan inilah biliknya nanti selepas berkahwin dengan Farid Husin, dia sedar siapalah dirinya untuk menikmati kemewahan yang lelaki itu miliki, namun hatinya tetap bersyukur mempunyai tempat berteduh selepas pulang dari kerja

Fazura memeluk lututnya dengan erat kemudian menangis teresak-esak bila mengingat bagaimana Farid Husin mempelakukan dirinya siang tadi, tanpa segan silu memaki hamun dirinya dan menolak tubuhnya sehingga hampir tersembam di lantai simen, dia hairan mengapa farid husin melayannya seperti itu, apa sebenarnya salahnya, dia cuma mengharap Farid Husin melayannya sebagai seorang wanita yang punya perasaan dan harga diri walaupun dia sedar dia hanya seorang perkerja cleaner

Ke esokan paginya

Farid husin bersiul-siul di dalam kereta wajahnya kelihatan ceria, selepas hamdan memberitahunya pada malam tadi, seorang kenalan Hamdan akan membantu menguruskan perkahwinannya secepat mungkin dan itu sudah tentu bukan sesuatu yang pecuma tapi dia tidak kisah, yang penting dia perlu kahwin secepat mungkin tanpa menganggu kerjanya yang semakin bertimbun

Tidak lama kemudian Kereta yang di pandu Farid Husin memasuki kawasan perumahan lalu begerak perlahan, dia memberhentikan Keretanya di tepi sebuah pagar rumah berwarna perak, Farid Husin lantas memerhati ke arah halaman rumah kelihatan kosong tanpa kelibat Fazura, hatinya mula merasa geram, berniat untuk menekan hon keretanya namun di hentikan niatnya bila sedar jika Fazura masih lagi berada di dalam bilik kemungkinan wanita itu tidak akan mendengar bunyi hon keretanya

"Nak kena ajar betina nie, dahlah aku bagi kau tumpang rumah aku, ambik pulak kau gie kerja, ini balasan kau kat aku, tak sedar diri punya betina"
Bisik Farid Husin dengan wajah berang lalu bergegas keluar dari kereta kemudian menekan remote untuk membuka pagar rumah

Kedua kakinya menapak laju masuk ke dalam halaman rumah dengan wajah kemerahan berkerut-kerut menahan marah, selepas farid Husin berdiri di depan pintu, dia ingin menghayun penumbuknya ke arah pintu namun dia hentikan hanyunan penumbuknya bila mendengar samar-samar bunyi dengkuran seseorang lantas dia memalingkan tubuhnya, melihat kelibat Fazura sedang terlelap dalam keadaan terduduk di lantai bersandar di tiang pagar rumah

Farid Husin segera menapak menghampiri Fazura kemudian menyepak kaki wanita itu

Fazura tersentak terkejut, mendongak kepalanya, matanya terbeliak melihat farid Husin sedang berdiri di depannya lalu bergegas berdiri dari duduknya,

"Kau tak dengar ke pagar nie terbukak?,"
Tanya Farid Husin dengan wajah hairan

Fazura mengeleng kepala,

Kening Farid Husin bertaut
"Habis tu, dari jam berapa kau tidur kat situ, sampai bunyi kereta, bunyi pagar terbuka pun kau tak dengar?,"
Tanya Farid Husin lagi dengan nada tinggi

Tubuh Fazura mengigil-gigil menatap wajah Farid Husin
"lepas solat subuh"

"Ha!.. lepas solat subuh, kenapa kau tak tunggu je dalam rumah?,"

"Saya takut kalau tertidur, nanti encik farid marah"

Farid Husin mengeleng kepala
"Apa bezanya kau tertidur kat dalam ke, kat luar ke.."

"Ah dahlah, masuklah cepat dalam kereta"
Farid Husin segera menapak ke arah kereta, malas mempanjangkan perbualan

Di dalam kereta yang sedang bergerak laju Farid Husin dan Fazura hanya mendiamkan diri, Fazura cuba menahan kedua matanya dari terlelap kerana tubuhnya masih lagi kepenatan, malam tadi dia hanya tidur beberapa jam kerana bilik terlalu panas

"Kau lapar tak?,"
Tanya farid Husin tiba-tiba

"Ah ah lapar"

"Kalau bab makan, cepat je kau jawab kan,"
perli Farid Husin sambil menjeling Fazura

Fazura diam tidak menjawab hanya menuduk kepalanya

Farid Husin mempelahankan kereta bila melihat sebuah gerai di tepi jalan kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan, tangannya segera menyeluk poket dalam blazernya mengeluarkan dompet duit

"Ambik duit nie, beli je apa yang kau nak makan"
Arah Farid Husin sambil menghulurkan duit RM50 ringgit pada Fazura

"Encik farid tak nak saya bungkuskan apa-apa?,"
tanya Fazura

Farid Husin mengeleng kepala

Selepas Fazura membeli makanan di gerai itu, seperti biasa Farid husin akan menyuruh Fazura menyimpan baki lebihan duit untuk kegunaannya membeli makanan tengahari dan malam, suasana di dalam kereta yang bergerak laju seperti biasa kelihatan tenang dan hening

Farid Husin menghela nafasnya sambil anak matanya menjeling ke arah Fazura sedang memerhati luar jendela

"Esok dalam pukul 10 aku datang, kita ada kursus kahwin, kita kursus online je,"
Kata Farid Husin

"On.. online?,"

"Ya, esok kau tahulah nanti apa tu online"
Kata Farid Husin lagi kemudian mengeleng kepala
"Lepas kita buat kursus kahwin, kita buat test Hiv, nanti aku bawa kau pergi mohon untuk dapatkan khimat wali hakim, lepas tu kita kahwin"

Fazura dengan wajah yang serba salah memandang wajah Farid Husin
"Boleh tak kalau saya beritahu ibu saya, encik farid?,"

Farid Husin tidak terus menjawab, dia mengalih seketika wajahnya memandang Fazura turut sedang memandang padanya kemudian mengalih semula pandangan di depan jendela kereta

"Aku nasihatkan kau, lebih baik kau jangan beritahu, sebab aku rasa perkahwinan kita nie, tak akan lama"
Jawab farid Husin bersahaja

Fazura mengangguk lemah, wajahnya tampak tenang seakan mengerti maksud Farid Husin, namun otaknya masih lagi tertanya-tanya apa sebenarnya alasan Farid Husin melakukan semua itu pada dirinya namun dia tetap tidak berani bertanya, dia bimbang jika Farid Husin marah pasti lelaki itu menyuruhnya keluar dari kereta nanti

"Saya cuma nak minta tolong satu je pada encik farid?,"
pinta Fazura dengan wajah tenang

"Tolong apa?,"

"Boleh tak sebelum encik farid ceraikan saya, tolong carikan saya bilik, kecik pun takpe, saya memang tak pandai nak cari tempat tinggal kat kuala Lumpur nie"

Farid Husin diam tidak menjawab hanya mengeluh berat sebelum mengangguk kepalanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience