“Aunty nak balik tak?” pertanyaan Kamal mendatang satu sinar bahagia ke dalam Teacher Basirah petang itu.
“Boleh ke Dr?” pertanyaan Teacher Basirah dibalas dengan tawa besar Kamal.
“Amboi aunty. Teruk sangat ke layanan kami dekat hospital ni” Kamal mengusik.
“Tak sama macam dekat rumah Dr. Hebat mana pun layanan tak dapat tanding bau rumah kita. Biarlah buruk macam mana pun rumah tu kan” Teacher Basirah menjawab ikhlas. Wajahnya jelas menunjukkan kerinduan akan rumahnya.
“So tadi saya buat Echo. Alhamdulillah. Jantung aunty nampak ok. Area yang infarct tu tak jadi lebih teruk” Kamal menerangkan kepada Teacher Basirah.
“Maaf uncle menyampuk ye” Kapten Azam yang semenjak tadi duduk di sisi isterinya sopan menyampuk.
“Ehh , mana ada menyampuk uncle. Anything uncle or aunty tak faham you both can ask me. I will do my best to explain to both of you” Kamal tersenyum ikhlas memberitahu. Hatinya gembira setiap kali berjumpa keluarga mertua Fakhrul ini. Penuh hormat dan disiplin. Daripada mak bapak sampailah ke cucu – cucu mereka.
“What is infarct?” Kapten Azam bertanyakan kerisauannya. Risau pula dia mendengar perkataan strok.
“The dead area. Basically kalau ada cut in the blood supply to the tissue , the tissue will die. Which was what happen to aunty. Blood vessel aunty was blocked hence the tissue died” wajah Kapten Azam kelihatan risau mendengar ayat Kamal itu.
“If the tissue is already dead , then how did her heart able to function again?” Hana Aishah sedang meribakan Adam di kala itu. Dia hanya diam melihat interaksi bapanya. Dia tidak mahu menyampuk kerana sesetengah perkara lebih baik untuk orang yang bukan keluarga terangkan.
“Bukan semua uncle. A part of her heart muscle was dead tapi the rest is still ok. We do the operation so we can by pass the blockage so that blood can go to the rest of the viable heart” Kapten Azam menggenggam tangan Teacher Basirah kuat apabila mendengar penjelasan Kamal.
“So, when you go back, it will take time for you to regain full function aunty. Aunty akan ada rasa chest discomfort because your heart needs to relearn to function” suara Kamal tenang menerangkan.
“Macam mana nak beza another heart attack and that pain?” Kapten Azam bertanya gusar.
“InsyaAllah unlikely for her to get another attack post operation but yes it can happen. Normally kalau aunty rasa sakit mengah tu it’s a normal post infarct pain but if you had sudden chest pain like that day then terus bawak datang emergency” penerangan Kamal sedikit sebanyak merisaukan kerisauan Kapten Azam.
“That’s why mak kena join cardiac rehab programme. You need to slowly get back to your routine. Bukan balik ni terus masak tau mak” Hana Aishah mencelah.
“Apa tu Dik?” Kapten Azam bertanya lagi.
“They will teach mak back to get back to her old self” wajah Teacher Basirah kelihatan keruh.
“Lama ke Dik?” terluah jua kerisauan yang berlegar di minda Teacher Basirah.
“If you listen to out advise, insyaAllah. You got to be patience ok. Mak nak main dengan Adam kan mak cakap hari tu?” anggukan Teacher Basirah menghadirkan satu senyuman di bibir Hana Aishah.
“So we`ll do this in a proper way ok. We`ll get you back to your own foot at a healthy pace” Kapten Azam yang mengangguk laju mendengar kata – kata Hana Aishah itu.
“You need to listen to adik after this. Kalau sakit kena bagi tahu saya. I don’t want to see you in pain” lembut tetapi tegas Kapten Azam menasihati isterinya.
“Sedih je muka aunty” Kamal mengusik saat melihat wajah Teacher Basirah yang bertukar masam selepas mendengar nasihat aka bebelan ahli keluarganya.
“Sedih la Dr Kamal. Tu banyak dah plan sedang berpusing dalam minda mak tu. Adalah akal dia kalau balik rumah nanti. Mak mana reti duduk diam” mendengar bebelan anak perempuannya , terus herot mulut ibunya mencebek.
“Tak apa Dr. I will make sure she rests and fully recovered at home. InsyaAllah” azam sang suami membuatkan senyuman terukir di bibir Kamal. Dia dapat melihat betapa Kapten Azam menyayangi isterinya melalui kerisauan dan ketelitian Kapten Azam mendengar segala nasihat yang dia beri.
“When can she start the cardiac rehab?” soalan itu Hana Aishah tujukan kepada Kamal.
Semenjak kejadian jarum di tangan ibunya yang dijangkiti kuman , ibunya telah dipindahkan ke wad kelas pertama. Isu itu telah dibawa naik ke pengarah dan apabila mereka mengetahui tentang perihal Tan Sri Fadhil , layanan terhadap ibunya berubah 360 darjah.
Kecewa kerana Hana Aishah dapat melihat dengan jelas pengaruh duit. Daripada ketua jabatan sampailah pengarah , semua turun melawat hanya kerana bapa mertuanya seseorang yang berpengaruh.
“Today is Friday. So I`ll see her next Wednesday. If everything looks good then we can schedule her rehab straight away during the follow up” Hana Aishah menganggukkan kepalanya.
“Thank you for everything Dr Kamal. I couldn’t repay your kindness to my family” Hana Aishah tidak berjaya mengawal sebaknya saat dia mengucapkan penghargaannya kepada Kamal yang menyelamatkan nyawa ibunya.
“Its my duty plus it’s a pleasure being able to help Qu. That man never asks for any help ever so when he ask for one, it is an honor” mendengar kata – kata Kamal mengingatkan Hana Aishah tentang hakikat lain.
*****************************************************
“I have an op tomorrow morning. Hopefully I`ll be done by afternoon. Once finish I`ll come straight home” Hana Aishah sedang menepuk punggung Adam yang sudah mamai mahu terlelap itu saat suara Fakhrul yang sedang berbaring di atas toto di ruangan bersebelahan dengan katil kedengaran.
Lima hari juga semenjak Fakhrul diam tidak mahu berbicara lansung. Kata – katanya hanya untuk Adam. Lima hari semenjak kejadian itu. Lima hari Kapten Azam diam membisu tidak mahu berbicara dengan Hana Aqilah. Lima hari dia bergelut untuk menerangkan situasi sebenar kepada bapanya. Kapten Azam lebih banyak diam dan menyendiri semenjak kejadian subuh itu.
Selama itu jugalah Hana Aishah bertarung dengan perasaan sendiri. Seperti tidak cukup dengan masalah rumah tangganya dan Teacher Basirah di hospital , saat ini dia terpaksa pula memikirkan tentang isu Hana Aqilah.
Dalam kekecohan pagi itu, nasib baik yang dewasa tidak terjaga . Hana Azuwa yang bertanya pagi itu kerana bapanya yang masih berbaring di bilik tidak seperti selalu , Hana Aishah terpaksa tipu.
“His BP is a bit high, thats why abah pening. Plus, he hasn’t eaten anything this morning” Hana Aishah cuba menutup hakikat sebenar.
Kenapa perlu abah mendengar perbualan mereka? Kenapa dia tidak perasan kehadiran Kapten Azam di situ? Kenapa selepas bertahun lama, hati Kapten Azam perlu disakiti sebegitu? Kenapa aib adiknya perlu dibuka sekarang?
Hana Aishah takut. Takut memikirkan apa yang akan dilakukan bapanya. Nasib Hana Aqilah dan keluarganya. Adakah Teacher Basirah akan diberitahu? Tubir matanya panas. Memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Sayang” lima hari lelaki itu tidak bercakap dengannya. Lima hari tiada panggilan itu. Lima hari mereka menjadi seperti robot di dalam kamar tidur itu. Perkataan yang akhirnya terungkap malam itu. Hana Aishah sedang berbaring mengiring saat dia merasakan mendapan di katil.
“Everything is going to be alright” beberapa saat berlalu sebelum bahunya disentuh. Air mata yang Hana Aishah tahan mengalir laju.
Entah berapa lama berlalu Hana Aishah tidak tahu tetapi yang dia pasti esakannya sudah semakin lebat sehingga saat Fakhrul menarik dia ke dalam pelukan lelaki itu. Sakit di hatinya tidak terungkap. Satu demi satu realiti pahit terungkap. Pemergian dia mengharapkan bahagia akan tiba untuk keluarganya yang hanya melalui kesakitan demi kesakitan dengan keberadaan dia di Malaysia, kini berakhir dengan terlalu banyak perkara yang lebih menyakitkan.
Antara Teacher Basirah yang menantinya sampai mengabaikan kesihatan sehingga ke anak saudaranya yang lahir dengan satu nikmat deria diambil, segalanya terlalu menyakitkan. Dia pergi kerana Adam perlu hidup. Adam tidak boleh disakiti seperti arwah anak sulungnya. Nyawa Adam tidak boleh diragutkan sekejam nyawa anak sulungnya diragut.
Salahkah dia kerana mahu menjadi ibu yang baik untuk anaknya? Bukan dia tidak tahu dosa pahala , tetapi apa pilihan yang dia ada waktu itu. Adam perlu dibawa pergi jauh sebelum mereka mengetahui kewujudan Adam. Sebelum sekali lagi dia perlu melalui kesakitan melihat mereka menyakitkan anaknya sehingga nafas terakhir.
Lansung tidak terlintas di hatinya untuk mengabaikan Teacher Basirah dan Kapten Azam. Sekalipun tidak pernah terlintas di dalam hatinya untuk ahli keluarganya menerima balasan. Sakit mereka, sakit juga dia.
“Why did you hurt me like that? Why did you made me leave them? Why you had to push me to a point that I had run away?” malam itu segala persoalan yang dia simpan daripada saat fitnah dilemparkan kepadanya sehingga saat ini, dihamburkan kepada lelaki pertama yang dia serahkan hatinya. Dengan bodohnya segalanya Hana Aishah gadaikan hanya atas nama cinta dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“I`m sorry. I don’t know how to tell you how sorry I am anymore. Let me fix it. Please sayang. Abang janji abang akan betulkan semua balik” janji yang diungkapkan sejujurnya Hana Aishah sudah lama tidak percaya. Setiap janji yang Fakhrul pernah ungkapkan hanya berakhir dengan kekecewaan dia kerana tanpa Lelah Fakhrul akan menodai janji – janji tersebut.
***************************
Rengusan Adam membawa Hana Aishah ke alam realiti. Renungan Hana Aishah beralih ke arah Adam yang sedang duduk di atas ribanya. Wajah fokus Adam yang sedang cuba untuk membuka kereta yang boleh bertukar menjadi robot itu membuatkan senyuman mekar diwajah Hana Aishah.
Dalam masa tidak sampai dua minggu , perkembangan Adam naik mendadak. Kalau Janice , pakar kanak – kanak yang merawat Adam lihat, Hana Aishah pasti Wanita yang berasal dari Maurice itu akan tersenyum gembira.
Hana Aishah tidak tahu magik apa yang Fakhrul gunakan tetapi setiap hari ada sahaja perkataan baru yang mampu dituturkan Adam. Terkejut Hana Aishah apabila Adam yang dahulu hendak menutur satu patah perkataan dengan sempurna pun susah sekarang sudah mampu menyusun dua patah kata beberapa hari lepas.
Kalau dahulu diberi alat tulis semua akan masuk ke dalam mulut anaknya sekarang Adam sudah mampu memegang pen dan menconteng. Habis dinding rumah keluarganya diconteng.
“Alah biarlah. Nanti Kak Wa suruh bibik bersihkan balik. Plus, the house is due for new painting anyway. Everyone is back so is raya going to be happening again” kata – kata Hana Azuwa bermain di mindanya.
“Am did. Am did” Adam sudah meloncat di atas ribaan Hana Aishah saat kereta itu sudah berjaya dibuka seperti di ajar Fakhrul semalam.
“Yes, you did. Umi is so proud of you” pipi gebu itu dikucup sekali di kiri dan kanan. Gigi yang sudah memenuhi ruangan atas dan bawah itu terserlah. Tersenyum bangga anak terunanya. Senyuman milik lelaki yang mengucar kacirkan hidupnya sekarang menjadi milik pengubat segala dukanya.
Hati Hana Aishah berentak irama lain. Hatinya bercelaru seperti pagi tadi. Terjaga dari tidurnya di dalam pelukan Fakhrul. Terasa seperti pagi – pagi indah yang sentiasa menjadi penemannya suatu masa dahulu. Segala impian yang pernah mereka bina kembali bermain di mindanya.
“We`ll be complete once our baby is here” harapan yang berkali – kali Fakhrul ungkapkan saat dia terjaga dari lena sewaktu dia sedang mengandung anak sulungnya. Tangan lelaki itu kalau boleh setiap masa mahu diletakkan di tempat anak sulung mereka sedang membesar.
Pagi tadi terasa seperti impian Fakhrul sudah tercapai. Impian yang sudah Hana Aishah semat di dalam hatinya untuk dicapai kerana mahu membuang luka Fakhrul. Beberapa kali dia dapat melihat sisi Fakhrul yang selalu lelaki itu sembunyikan. Seorang anak kecil yang hanya mahukan perhatian tetapi dilukai berkali – kali sehingga Fakhrul menjadi paranoia.
Pagi tadi rasa marahnya dia buang. Kebencian yang sudah bersarang dia cuba lenyapkan. Kerana ketenangan yang dicari masih tidak Hana Aishah ketemui.
Bibirnya tidak mahu berbicara kerana bimbang kata – kata kesat yang akan keluar. Dia ikutkan aturan pagi tadi selapang dada mampu tampung. Mereka solat berjemaah bersama, Hana Aishah memakaian pakaian Adam sejurus Fakhrul siap memandikan anak mereka. Mereka turun bersarapan bersama.
Hana Aishah memerhatikan interaksi diantara Fakhrul dan Adam. Walaupun sudah siap berbaju kerja , Fakhrul tekun menyuap Adam dan mengemas kembali segala sepahan yang anak lelakinya lakukan. Bukan satu kejutan untuk Hana Aishah kerana semenjak dahulu lagi dia tahu Fakhrul akan menjadi bapa yang baik untuk anak mereka.
“I will be a better father than him. I will be with my children every step of the way” kata – kata yang bukan sekali dua Fakhrul pernah luahkan. Kesakitan yang menyaluti kata – kata itu membuatkan Hana Aishah mengambil keputusan untuk menguburkan segala impian yang pernah dia ada.
“I was drowned by all his dream. The deeper I let myself into his life, the more I lose myself. Until I reach to a point…. A point… that … that I don’t even recognize myself anymore” kata – kata yang pernah Hana Aishah luahkan kepada Prof William kembali bermain di mindanya.
“I`m coming Adam. Nenek is going back with you” suara Teacher Basirah mematikan imbasan lampau Hana Aishah. Senyuman lebar Teacher Basirah melegakan gelora hatinya untuk seketika.
“Uff. See uff” senyuman Hana Aishah semakin lebar mendengar permintaan Adam.
“Ok. If you`re not being naughty then we can go to see giraffe with nenek” Hana Aishah mengucup pipi Adam.
“That`s what uff is?” kali ini suara Fakhrul yang bertegas mahu menghantar mereka ke hospital pagi tadi menegur daripada pintu masuk.
“Bah! Babababah!” tidak sampai sesaat Adam sudah meloncat di atas riba Hana Aishah saat melihat bapanya yang segak berbaju kemeja berwarna krim dipadankan dengan seluar slack berwarna kelabu itu.
“Someone has been missing me” suara ceria Fakhrul mengagah sebelum Adam bertukar tangan.
“You miss me that much?” Fakhrul bertanya lembut sambil tangannya mengusap belakang badan Adam yang sedang memeluknya erat.
“Issssss” panjang perkataan anaknya yang mahu menyebut perkataan rindu kepada bapanya. Seperti pagi tadi , hati Hana Aishah berdetak irama lain melihat interaksi dua beranak ini.
“Ya Allah , what are you doing to me?” suara hati Hana Aishah berbisik.
“Kau kena resign la macam ni Qu. Rindu sangat tu gayanya” Kamal berseloroh. Fakhrul tersenyum lebar sambil merapatkan Adam ke dalam pelukannya.
“Abah kata Fakhrul ada operations today? Awal habis?” Teacher Basirah yang semenjak tadi memerhati bertanya.
“Habis je Fakhrul terus datang sini. Mana boleh lama - lama , nanti rindu” Fakhrul menjawab ceria. Kakinya melangkah menuju ke arah Teacher Basirah.
“How are you today?” tangan Fakhrul dihulur untuk menyalami tangan Teacher Basirah sebelum dia bertanya prihatin perihal mertuanya.
“Hari ni confirm aunty senyum” Kamal mencelah laju apabila Fakhrul melabuhkan punggungnya di sofa di mana isterinya sedang duduk itu.
“And why is that?” Fakhrul bertanya pelik.
Wajah dihalakan ke arah Hana Aishah mahukan jawapan tetapi bibir Hana Aishah terkunci seperti semenjak pagi tadi. Wajah Hana Aishah berkerut apabila tubuh mereka berlaga.
“Because nenek dah boleh balik rumah dengan Adam” Teacher Basirah menjawab ceria.
“Alhamdulillah” gembira Fakhrul mendengar perihal itu.
“I’m so happy right now. Mak rindu sangat rumah” sebak bercampur gembira suara ibu mertua Fakhrul saat itu.
“Saya tak kisah awak nak balik tapi awak kena dengar nasihat kami. Don’t over work yourself. Awak belum sihat sepenuhnya lagi” Kapten Azam yang semenjak tadi menyebunyikan keresahan hati membebel.
Hana Aishah diam memerhati bapanya yang banyak membisu semenjak kejadian subuh itu. Dia tidak tahu bagaimana mahu memperbaiki semula hubungan Kapten Azam dan Hana Aqilah.
Perkara yang paling dia takuti telah berlaku. Tubir matanya hangat takut memikirkan nasib Hana Aqilah.
Hana Azuwa sudah mulu bertanya apabila melihat layanan beku Kapten Azam kepada Hana Aqilah dan Hana Aishah sejujurnya tidak tahu bagaimana lagi mahu berdalih.
Nasib mereka baik apabila subuh keramat itu , kekecohan pagi itu tidak mengejutkan seisi rumah mereka. Fakhrul memapah tubuh Kapten Azam ke dalam kamar Hana Aishah sebelum memeriksa bapa mertuanya.
Hana Aishah hanya berdiri terketar - ketar di pintu bilik bersama Hana Aqilah. Memikirkan pagi itu, hatinya masih dibelenggu emosi sama. Ketakutan , kesedihan , kebimbangan dan kerisauan yang datang silih berganti.
“Adik , kenapa muka risau je tu?” teguran Teacher Basirah membuatkan senyuman palsu diukir Hana Aishah.
“Nothing mak” laju Hana Aishah menipu sebelum punggungnya diangkat.
“Adik nak pergi mart dekat bawah. Rasa macam nak makan coklat. Mak nak apa - apa?” Hana Aishah mahu melarikan diri daripada bilik itu secepat mungkin.
Bila - bila masa Teacher Basirah akan menangkap ketegangan di antara Kapten Azam dan Hana Aishah. Dan Hana Aishah tahu dia tidak tahu menipu dengan jayanya kalau berhadapan dengan ibunya.
“Jom abang teman” mengiakan pun tidak , menolak pun tidak. Hana Aishah benar - benar keletihan bermain dengan emosinya.
“Mak nak coklat jugak boleh?” wajah penuh pengharapan Teacher Basirah meminta sambil merenung pakar jantungnya.
“Boleh tapi satu piece je. Nanti gula aunty tinggi , I cant let you go back” terus lebar senyuman Teacher Basirah menjawab.
“Mak nak Kitkat dik. And then buy for abah teh. Masam je muka tu sebab tak minum teh la ni” Teacher Basirah mengusik suaminya.
“Ok mak. Adik keluar kejap” dia sudah tidak betah duduk di dalam bilik itu. Kapten Azam semenjak dua ini selalu mengelak daripada bertembung dengannya. Sedihnya tidak dapat dia ungkap.
“Sayang” Fakhrul memanggil lembut saat mereka melangkah keluar daripada wad VIP di hospital jantung itu.
Kaki Hana Aishah yang tadi laju melangkah terhenti sebelum tidak semena - mena tubuh Fakhrul dipeluk rapat. Air mata yang ditahan semenjak tadi gugur. Selebat - lebatnya air mata Hana Aishah gugur.
“Everything is going to be all right. I’ll fix it. Abang janji” seperti malam tadi , Fakhrul menabur janji yang sama.
“Mimi. Mimi no no” Adam yang sedang dikendong Fakhrul menggelisah apabila melihat ibunya memeluk bapanya erat. Seperti selalu Adam akan ikut resah apabila ibunya kesedihan.
“He doesnt even want to look at me” air mata Hana Aishah mengalir laju sambil mengadu. Dia tidak tahu mahu mengadu pada siapa lagi. Fakhrul sahaja yang tahu rahsia yang selama ini dia cuba simpan.
“Abah loves and Achik. The news is too big and too fresh for him right now” Fakhrul memujuk lagi.
“What if he throws her out of his life like what he did to me? I cant let Achik go through what I did. No …. No one should” esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat. Nasib baik wad VIP itu tidak ramai penghuni.
“It hurt so much” teresak - esak Hana Aishah menangis di dalam rangkulan Fakhrul yang terdiam mendengar ketakutan Hana Aishah. Kebodohan dia yang menyebabkan Hana Aishah terpaksa melalui pengalaman pahit itu.
*************************
Ketukan di pintu bilik Hana Aqilah pagi itu mengejutkan dia yang sedang mengelamun di atas tikar sejadah. Air mata yang mengalir untuk kesekian kali subuh itu di kesatnya. Suaranya dikawal supaya tidak kedengaran serak.
“Ya, siapa tu?” kakinya sudah bangun berdiri.
Hana Labeeqa yang sedang tidur menonggeng itu ditenungnya seketika. Rasa sebak kembali mencengkam jiwa. Cepat - cepat dia menggelengkan kepalanya cuba membuang emosi negatif yang cuba menguasai dirinya sekali lagi.
Kain telekung berwarna maroon disinsing supaya langkahnya lebih mudah. Tiada jawapan yang dia terima tetapi dia boleh nampak bayang seseorang yang berdiri di sebalik pintu biliknya.
“Who’s that?” Hana Aqilah bertanya lagi sebelum pintu biliknya dikuak.
Air mata yang ditahan mengalir tanpa dipinta saat melihat wajah yang dia rindui itu. Mereka sebumbung tetapi sudah lima hari wajah itu tidak mahu bersua dengannya.
“Abah nak masuk boleh?” kepalanya dianggukkan laju. Gembira hatinya apabila Kapten Azam sudah mahu berbicara. Semenjak subuh hari itu, sepatah Kapten Azam tidak mahu berbicara dengan dia.
“Sorry bah. Sepah. Achik tak sempat kemas” Hana Aqilah cepat - cepat mengutip baju kotor yang bertaburan di lantai biliknya.
Selepas kejadian subuh itu, Lateef yang tidak tahu mengenai kebenaran yang sudah terbongkar dipanggil pulang oleh pihak universiti ke Johor untuk menyelesaikan thesis terakhirnya.
Hana Aqilah bersyukur kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu Lateef dan bersikap normal saat itu. Terlalu banyak perkara yang terjadi sampaikan segalanya dibiarkan tidak terurus.
Kapten Azam hanya diam merenung. Punggungnya di labuhkan di katil di mana Hana Labeeqa sedang tidur nyenyak. Bilik anak perempuannya direnung lama. Sudah lama dia sudah tidak menziarah bilik anak - anak perempuannya. Semuanya sudah berkeluarga jadi dia tidak mahu menggangu privasi mereka.
Yang selalu Kapten Azam lawat adalah bilik Hana Aishah kerana ingin melepaskan rindu. Rindu yang sudah terubat saat ini. Syukurnya tidak terkata sehingga ke saat ini. Ada satu ketika dia sudah sampai tahap berputus asa memikirkan Hana Aishah. Ketakutannya yang paling besar adalah sekiranya nyawa anak perempuannya , Hana Aishah sudah diambil pergi. Tetapi Tuhan Maha Adil, Maha Mendengar. Doanya dimakbulkan jua.
Renungan berakhir pada Hana Labeeqa. Bibir Kapten Azam mengukir senyuman saat melihat cucu perempuan ketiganya. Cucu yang terpaling bongsunya. Cucu yang istimewa di matanya biar apa pun kekurangan yang insan lain lihat.
“Dulu Achik suka tidur macam ni. Abah pusinglah macam mana pun , at the end you will always wake up in this position in the morning” suara bersalut kerinduan Kapten Azam luahkan subuh itu. Hana Aqilah diam membisu. Tangannya sudah habis bergerak mengemas biliknya saat suara Kapten Azam memecahkan kesunyian pagi itu.
Hana Aqilah berdiri kekok tidak tahu mahu berbuat apa atau duduk di mana. Lima hari berlalu dan sepanjang itu Kapten Azam mengelak daripada bertembung dengan Hana Aqilah. Kalau dahulu ada sahaja bapanya mahu membebel memarahi Hana Aqilah , tetapi semenjak beberapa hari ini Hana Aqilah menjadi rindu. Rindu akan bebelan yang selalu menjengkelkan dia.
“Come. Sit beside me” air mata yang tadi berhenti mengalir semula saat Kapten Azam memanggil dia lembut. Rindunya dia dengan pelukan Kapten Azam tuhan sahaja tahu tetapi bila sudah diambil nikmat itu pergi barulah dia tahu betapa dia perlukan Kapten Azam di sisinya.
Kaki Hana Aqilah melangkah perlahan menuju ke arah bapanya. Air matanya dikesat menggunakan kain telekung. Tidak rapat mahupun jauh dia melabuhkan punggung di sebelah bapanya. Haruman tubuh bapanya yang segar di waktu pagi membuatkan dirinya sukar mengawal air mata yang menjadi peneman Hana Aqilah beberapa hari ini.
“Abah mintak maaf” berat suara Kapten Azam kedengaran.
“I failed you” esakan Hana Aqilah kedengaran beberapa saat selepas Kapten Azam menutur bicara.
“I wasn’t a good abah to you. Abah yang salah” sebak suara Kapten Azam menyambung.
Selepas kejadian subuh beberapa hari lepas tidurnya tidak lena. Siang dan malam rahsia anak ketiganya yang sudah terbongkar bermain di mindanya. Daripada marah , kecewa , pasrah dan redha. Dia melalui semua fasa itu dan untuk itu dia bersyukur kerana Teacher Basirah tiada di sisinya kerana perasaan yang sedang dia rasai itu amat menyakitkan. Sakit yang dia tidak mahu Teacher Basirah tanggung.
“Achik anak baik. Anak solehah abah…” kata – kata itu tergantung kerana getaran di suara Kapten Azam terlalu ketara. Emosi mengasak dirinya saat itu.
“Abah mintak maaf if I didn’t say that often enough to you. I always praise Adik. She`s a good daughter” senyuman terukir di bibir Kapten Azam secara automatik saat dia memuji anak keduanya.
“Tapi abah lupa… lupa…hmmm” keluhan berat Kapten Azam luahkan. Berat dia mahu menyusun bicara subuh itu. Lima hari bergelut dengan emosi , petang tadi perbualan dengan Fakhrul menyedarkan dia.
*****************************************
“Jauh menung Bah” kesunyian yang menyelubungi perjalanan pulang mereka menarik Kapten Azam keluar daripada lamunannya. Kapten Azam tersenyum pendek merenung sekilas menantunya sebelum matanya melihat kearah tempat duduk belakang.
Senyumannya menjadi semakin lebar melihat Hana Aishah yang sedang melentokkan kepala di riba Adam yang ikut tidur di dalam kerusi bayinya. Bahagia dia melihat pemandangan itu. Hana Aishah keletihan. Itu Kapten Azam tahu tetapi mengetahui Hana Aishah , Kapten Azam tahu anaknya berusaha melawan kerana mahu menjaga Teacher Basirah.
“Esok mak dah boleh discharge. You must be happy” Fakrul tersenyum memandang sekilas sebelum kembali fokus memandu. Pertanyaan Fakhrul dibalas dengan keluhan berat Kapten Azam.
“That’s a heavy sigh. Anything you want to share with me Bah?” Kapten Azam diam membisu. Renungannya kembali melihat bangunan – bangunan pencakar langit yang dia lintasi.
“I thought that everything will get better when adik is back but I guess, I was asking too much” kekecewaan tidak dapat dia bendung lagi petang itu. Hatinya berat tidak terkata.
“Nothing is too much when it comes to asking from Him” tenang Fakhrul menasihati Kapten Azam. Egonya tidak tercalar petang itu apabila dinasihati menantunya kerana Fakhrul kalau bercakap dengan dia tidak pernah kasar.
“I did so many stupid things which ended up with me losing my wife and my firstborn” kesakitan yang tidak cuba disembunyikan Fakhrul jelas kedengaran petang itu.
“When Aishah went away it felt like my life has ended. Everything just lost its meaning. Fakhrul tak jumpa punca hidup” kejujuran Fakhrul petang itu sampai ke hati Kapten Azam. Sakit yang dirasai menantunya seperti dia dapat rasai.
“Fakhrul tak marah Aishah. She`s not at fault. Fakhrul yang salah bah. I will never blame her for walking away from me” senyuman pahit mengiringi kata – kata menantunya.
“But someone once told me this” Fakhrul menyambung tenang bicaranya.
“No sin is too big for Him to forgive nor is a wish is too big for Him to grant” jelas kegembiraan Fakhrul saat menantunya menutur kata – kata yang seperti menjadi satu kekuatan untuk Fakhrul selama ini
“So, I kept repenting and I kept asking Him for just one more chance. Sekali … just once” tiada malu dalam bicara Fakhrul, hanya kejujuran tentang perasaannya.
“And He gave. Not just a chance to fix back all my mistake with Aishah but another chance with Adam” suara Fakhrul kedengaran sebak.
Kapten Azam dapat merasakan tubir matanya hangat saat itu. Emosi yang bermain di dalam nada suara Fakhrul semua sampai ke hatinya.
“People make mistake bah but people also change. So why does the past sin need to be the ruler of a person present character? Why does the past need to weighted one`s future?” persoalan yang Fakhrul tanya kepada Kapten Azam tetapi sebenarnya hanyalah persoalan tentang hidup Fakhrul sendiri.
“Fakhrul tahu. Dosa besar tapi remember no sin is too big for Allah to forgive jadi kenapa kita kena rasa kita lebih hebat sambil sanggup menghukum orang when Allah already forgive them?” Kapten Azam terdiam mendengar bicara menantunya.
“You knew?” Fakhrul diam tidak menjawab pertanyaan Kapten Azam. Suasana sunyi seketika di dalam kereta.
“She made mistake tapi doa abah dengan mak selamatkan Achik. So don’t stop praying for her just because of something that she did in the past. Something that she already repented for” tenang suara Fakhrul saat menuturkan kata – kata itu penuh yakin.
“Don’t do the same mistake that I did. Dont push her away because when she finally is gone , you`re going to get hurt” Fakhrul menyambung bicaranya dalam kepahitan.
“Abah sayang Achik. That`s what matters. Nothing should erase that love that you have for her. Not even something like that” air mata yang Kapten Azam tahan gugur petang itu.
*********************************
Tangan Kapten Azam perlahan – lahan digerakkan sebelum Kapten Azam menggengam tangan anaknya yang digumpal di paha Hana Aqilah itu. Kuat genggaman Hana Aqilah saat itu. Tubuhnya sudah mengigil menahan sebak.
“I`m sorry for not telling you often enough how much of a good daughter you are” Ditarik anak perempuannya ke dalam pelukannya. Saat itu segala kesakitan yang dirasainya semenjak lima hari lepas hilang. Ketenangan yang dia cari menjengah. Hana Aqilah memeluk erat tubuh Kapten Azam.
“Hana Aqilah anak solehah abah” kepala anaknya yang dibaluti telekung itu dikucup lama.
“Achik mintak ampun abah. I`m sorry. I`m so sorry” berkali – kali kata – kata itu diungkapkan Hana Aqilah. Dia menangisi segala dosa silamnya, segala kesakitan yang cuba dia beri kepada orang disekelilingnya.
“Achik dah mintak ampun dekat Allah. Itu dah cukup untuk abah” Kapten Azam memeluk erat tubuh Hana Aqilah itu. Lama Hana Aqilah menangis di dalam pelukannya. Sudah lama dia tidak memeluk Hana Aqilah sebegitu.
Hana Aqilah anak perempuan bongsunya yang mempunyai karakter yang rumit. Amat bertentangan dengan Hana Aishah. Kerana itu , dia selalu membandingkan mereka dan dalam keterlanjuran Kapten Azam , dia telah menjuruskan anaknya sendiri ke lembah dosa.
“Never speak of it again. You`re as clean as the day that I held you for the first time. Achik tak ada dosa dengan abah” wajah anaknya ditenung. Wajah sembap Hana Aqilah sedang merenung Kapten Azam sayu saat mendengar kata – kata bapanya.
“Allah dah balas dosa Achik Bah. For hurting you, for the sin that I did. Kesian Beeqa…” belum sempat Hana Aqilah menghabiskan bicara wajah bapanya berubah tegang.
“Allah tak balas apa pun. Cucu Abah sempurna. Lengkap segala benda. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Beeqa is a beautiful gift that Allah gave you” suara tegas Kapten Azam menegur anaknya.
“Just like how you are a beautiful gift for me” dahi Hana Aqilah dikucup Kapten Azam lama.
Sekali dia menjadi bodoh dengan membuang anaknya, cukup untuk dia belajar untuk berfikir sebelum bertindak. Kecewa di hatinya akan terubat lambat laun , tetapi untuk hilang seorang lagi anak dia tidak kuat.
***********************************
“Banyaknya barang Ria bawak” Tan Sri Fadhil menegur isterinya yang sedang membawa satu beg di sebelah kanan tangannya sementara Santi pembantu rumahnya muncul dengan dua beg di kiri dan kanan.
“Kak Basirah kan discharge today, itu yang Ria bawak few thing to help her around at home. She’s will struggle for awhile. Macam Ria dulu” Tan Sri Fadhil tersenyum lebar melihat keterujaan isterinya.
“Bonet tu dah penuh Ria sayang” Tan Sri Fadhil membebel.
“Alaa itu barang Adam. Semalam Ria pergi mall dengan Along. All of that is Adam’s new toys. Tak muat ke you?” pecah tawa Tan Sri Fadhil melihat wajah sedih isterinya.
“Muat dah. I suruh Mi transfer all the stuff to the Alphard. Masuk lah semua barang yang you nak Ria. Nanti kita duduk dekat bumbung ye” lagilah kelat wajah Maria apabila diusik suaminya.
“You ni. Suka kacau I” Puan Sri Maria merajuk sebelum meletakkan beg di tangannya di lantai. Wajah cemberutnya merenung suaminya.
“Ti. Put all the bags in the bonet” Tan Sri Fadhil mengarah pembantu rumahnya sebelum dia menarik Puan Sri Maria ke dalam pelukannya.
“I’m so happy seeing you smile like this. Its been awhile” Tan Sri Fadhil merenung isterinya. Walaupun wajah Puan Sri Maria sudah tidak sempurna , wajah yang menjadi kekuatannya selama ini direnungnya penuh cinta.
Hati Puan Sri Maria berbunga gembira. Sudah terlalu lama mereka tidak sebegini. Layanan mesra suaminya sudah lama tidak dia rasai. Renungan penuh cinta itu sudah lama tidak dia lihat.
“This is the picture Puan Sri. This is the reason for Tan Sri absence” kepingan gambar yang dia terima beberapa bulan lepas mengesahkan segala sangkaannya.
Hampir 40 tahun mereka hidup bersama , Puan Sri Maria tahu apabila suaminya berubah. Tetapi bagaimana dia mahu menghalang apabila diri dia sendiri sudah tidak sempurna.
“I miss you” sarat rindu suara Tan Sri Fadhil memberitahu. Puan Sri Maria membuang kesedihannya sebelum senyuman selebar mungkin dia hadiahkan untuk suaminya.
“I’m sorry for being to coup up with my feeling till I neglected you. Sorry my dear husband” air mata Puan Sri Maria mengalir saat dahinya dikucup Tan Sri Fadhil.
Walaupun dia terpaksa berkongsi, hatinya tidak pernah kurang walaupun sedikit sayangnya terhadap Tan Sri Fadhil. Ini semua kafarah dosanya. Dia redha dalam keterpaksaan.
“You look extra gorgeous today Ria. Shall we” Puan Sri Maria tersipu malu sebelum menganggukkan kepalanya.
“Lets go” mereka berpimpin tangan menuju ke pintu utama mahligai Tan Sri Fadhil. Pagi itu hati mereka selapang - lapangnya.
Tetapi segala saat manis pasti ada penamatnya, sama seperti saat manis mereka. Saat Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria bertembung dengan anak perempuan bongsunya, senyuman yang tadi merekah di wajah mereka terus hilang.
Sebulan sekali pun susah untuk melihat wajah Felisha. Tan Sri Fadhil tidak mengendahkan anak perempuannya. Segala duit , kad kredit dan harta benda anaknya semua telah dia ambil.
Kebajikan Felisha bukan masalah Tan Sri Fadhil. Amaran telah dia berikan kepada Felisha semenjak awal dan anak perempuannya sengaja mahu menguji kesabaran dia.
Semenjak kejadian malam itu, Tan Sri Fadhil sudah memadam Felisha daripada hidupnya. Sekali - kala Felisha akan datang tinggal di rumah ibu bapanya dengan alasan merindui mamanya.
Tetapi Tan Sri Fadhil terlalu arif dengan Anak perempuannya. Puan Sri Maria boleh tertipu tetapi bukan dia. Sekiranya duit yang Puan Sri Maria berikan telah habis , Felisha akan muncul.
“I tunggu dalam kereta. Dont be too late” suara Tan Sri Fadhil yang tadi lembut bertukar tegang. Wajah Felisha lansung tidak dia tenung.
“Mama. Mama nak pergi mana. Baby rindu mama” Felisha manja memeluk ibunya.
“We’re going go Uncle Azam house. Aunty Basirah will be discharged today” Puan Sri Maria mengelus rambut anaknya yang sudah dipotong pendek itu.
“Alaa. Baby baru balik ni. I want to spend time with you” Felisha memujuk mamanya dengan suara rajuknya.
“Jom lah. Pergi rumah aunty and uncle. Kak Hana also is there” Felisha tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang terkejut itu.
“What?” suara Felisha naik satu oktaf. Hatinya terus gelisah memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Kak Hana is back. You can apologise to her and your Abang Ngah. Everything will go back to normal after that” Puan Sri Maria memujuk.
Felisha yang memakai skirt pendek separas paha dipadankan dengan balus tanpa lengan itu kelihatan gelisah. Wajah anak perempuannya yang selama ini manis setiap kali berjumpa dengannya bertukar raut. Antara ketakutan dan satu lagi raut yang merisaukan hati Puan Sri Maria.
“Felisha” Puan Sri Maria memanggil anaknya yang asyik dibuai emosi itu.
“Its ok then. They are more important kan. Papa dah tak sayang baby, now they are going to take you away too” suara yang tadi manja bertukar kasar. Tiada nada sedih , hanya dendam yang menyalut suara anak perempuan tunggalnya.
“Baby cakap apa ni? Why do you sounds like that?” Puan Sri Maria cuba meraih tangan anak gadisnya yang berwarna merah hati itu tetapi ditepis kasar.
“You guys just dont love me. After she came , everyone is just so god damn obsessed with her. You’re so fucking sick mama! I hate you” Puan Sri Maria terdiam melihat sisi Felisha yang ini.
“Astaghfirullahalazim. Baby cakap apa ni?” air mata Puan Sri Maria sudah bertakung. Terketar - ketar bibirnya melihat raut wajah Felisha pagi itu.
“I hate her. She’s going to pay. Mama dengar tak ni!” Felisha sudah menjerit - jerit seperti tidak siuman saat itu. Dia menuju ke arah ibunya dengan raut wajah merah. Kulit putih susunya sudah merah seperti udang panggang saat itu.
“Tengku Felisha!” jeritan Tan Sri Fadhil bergema ke segenap banglo miliknya itu.
“Get the hell out of my house. Do not ever show yourself here anymore” Tan Sri Fadhil menggenggam tangannya menahan dirinya daripada melakukan sesuatu yang lebih buruk.
“Like I give a damn. I just want her money la. I don’t care about both of you. Dah tua , tak lama lagi nak mati tapi tak sedar diri! Go to hell!” Esakan Puan Sri Maria sudah kedengaran saat kata - kata penuh bisa itu Felisha tujukan buat mereka suami isteri.
“Ya Allah, Felisha… baby kenapa cakap macam ni dengan mama” air mata Puan Sri Maria mengalir laju. Dia cuba merapati Felisha tetapi Tan Sri Fadhil laju menghalang.
“Stupid old woman. You think I want to come back here is it? Looking at your sick self. God please” hati Puan Sri Maria seperti dihiris - hiris melihat anak perempuannya memandangnya jijik.
“Get the hell out of my house before I did something that I will regret. Keluar!” Tan Sri Fadhil menengking kuat.
Felisha menjeling ke arah bapanya tetapi tidak berani mahu melawan. Dia kenal Tan Sri Fadhil siapa.
Oleh itu dia melangkah kasar keluar tetapi saat dia sampai ke pintu utama rumah keluarganya, bekas bunga yang tersergam indah di sebelah pintu masuk itu ditolak sehingga kaca bersepai.
“Ya Allah. Allah. Astaghfirullahalazim. You…. What is happening with our family “ Puan Sri Maria mengongoi di dalam pelukan Tan Sri Fadhil.
Penipuan Felisha merobek hatinya yang baru mulai sembuh. Bahagia yang tadi dia rasai hilang. Deritanya kembali. Hati ibu mana tidak sakit apabila sayang yang ditunjukkan anaknya selama ini rupanya hanyalah palsu.
*************************
“I’m so nervous” Hana Aqilah yang semenjak tadi tidak senang duduk membebel. Sekejap duduk , sekejap berdiri , sekejap berjalan. Penat Hana Azuwa melihat reaksi adik perempuan bongsunya itu.
“Ya Allah budak ni. Kak Wa gam kejap lagi bontot tu dekat sofa” Hana Azuwa memarahi Hana Aqilah.
“Ish. Orang nervous ni” Hana Azuwa tersenyum simpul.
Hari yang mereka nantikan telah tiba. Hampir sebulan rumah dua tingkat itu hilang serinya kerana surinya hilang. Pelbagai emosi mereka lalui. Antara harapan dan pasrah akhirnya ibu mereka akan pulang.
Fakhrul dan Kapten Azam sedang membawa pulang Teacher Basirah. Penantian mereka akan berakhir. Semalam , Alif Haziq menemani ibu mereka dan pagi ini apabila telah mendapat kelulusan daripada Kamal, Kapten Azam dan Fakhrul pergi menjemput mereka dua beranak.
“Adam remember to hug nenek ok when she arrives” Hana Azuwa mengucup pipi Adam yang sedang duduk di ribanya.
“Nenenenene” Hana Azuwa tertawa mendengar bebelan Adam yang turut menelek ke luar rumah mereka mengikut gelagat Hana Aqilah.
Hana Aishah lega kerana semenjak beberapa hari ini Adam sudah semakin mesra dengan ahli keluarganya. Sudah mahu diangkat mereka. Lega sikit dia rasa kerana kalau tidak , melekat sahaja anak terunanya dengan dia.
“Dah macam nenen dah bunyinya” Hana Aqilah mengusik Adam tetapi satu jelingan daripada Hana Aishah terus mulutnya dikunci.
“Achik jangan. Semalam penat akak susukan Adam. Adam tidur ayam je. Akak putuskan susu terus bangun. Penatlah” Hana Aishah mengadu.
Itulah masalahnya kalau dia bersedih, Adam akan melekat dengan dia macam magnet. Salah dia juga pergi menangis di hadapan Adam.
“Sorry Kak Dik” Hana Aqilah kedengaran bersalah. Harapannya Adam tidak tangkap perkataan yang disebutkannya tadi.
“Dah dekat dua jam diorang pergi. Tak balik lagi ke?” Hana Aishah membebel. Tangannya lincah mengunyah kerepek di dalam botol di hadapannya.
“Lama kot discharge tu” Tan Sri Fadhil mencelah.
Saat itu , bapa mertua Hana Aishah sedang meribakan Hana Labeeqa yang sedang menyusu. Rambut anak kecil itu diusapnya lembut.
Hati tuanya dipangguk rasa sayu mengenangkan kejadian beberapa jam lepas. Mungkin dia tidak menjaga anaknya seperti ini sewaktu kecil sampaikan Felisha menjadi sebegitu.
“Mama ok ke tu papa?” Hana Aishah bertanya sekaligus membawa Tan Sri Fadhil ke alam realiti, jauh dari kesedihan yang sedang menyelubungi hati bapanya.
“Mama penat sikit. Semalam sakan shopping barang untuk Adam” Tan Sri Fadhil berdalih dengan mahirnya.
“Mama ni pun. Tak payah la beli barang untuk Adam. She looks really different this morning. Mama nampak penat sangat” Hana Aishah meluahkan kegusaran hatinya.
Tadi sewaktu Puan Sri Maria sampai, disebalik senyuman ibu mertuanya Hana Aishah dapat lihat kesuraman wajah itu. Lagi pula apabila disuruh berehat di bilik tamu , ibu mertuanya terus bersetuju. Tidak melawan seperti selalu.
“Nanti mama dah bangun tu , she will be ok. Plus Hana and Adam is here. She will be ok again” Hana Aishah terdiam mendengar bicara bapa mertuanya.
Ada sesuatu yang Tan Sri Fadhil sembunyikan. Itu Hana Aishah amat pasti. Tona suara itu kedengaran letih dan sedih. Hati Hana Aishah berubah rentak. Pasti ada sesuatu yang berlaku dan Tan Sri Fadhil cuba sembunyikan.
“Pa” Hana Aishah memanggil sebelum merenung anak mata hitam yang sedang merenungnya dengan satu kesedihan yang Hana Aishah mahu tahu puncanya kenapa.
Senyuman pahit bapa mertuanya mengunci mulut Hana Aishah kembali. Hana Aishah tahu TAn Sri Fadhil tidak akan berbicara sekarang tetapi dia akan pastikan ibu dan bapa mertuanya tidak sesedih sekarang apabila Puan Sri Maria bangkit daripada tidurnya.
“She’s here. Mak is back” Hana Aqilah sudah meloncat gembira. Kaki adik perempuan bongsu Hana Aishah sudah berlari anak menuju ke pintu utama.
Hana Aishah lega kerana tiada lagi kesedihan di wajah Hana Aqilah. Dia pasti, kehadiran Kapten Azam di bilik Hana Aqilah subuh tadi menjadi penyebabnya. Syukur dia tidak terhingga.
Hana Aishah tahu Fakhrul menjadi penyebab besar perubahan sikap Kapten Azam. Perbualan Kapten Azam dan Fakhrul di dalam kereta petang semalam sewaktu mereka bertolak pulang daripada hospital, dia curi dengar.
Luahan hati Fakhrul yang Hana Aishah tahu ditujukan bukan hanya untuk Hana Aqilah dan Kapten Azam , tetapi untuk Hana Aishah jua. Sewaktu mata mereka bertembung , lidah Hana Aishah kelu.
“Besar sangat ke kita untuk terus menghukum seseorang kerana kesalahan lampau dia? When a person repented sincerely, Allah forgive all of his sin. Isn’t enough?” renungan Fakhrul melalui cermin hadapan menusuk ke dalam anak mata Hana Aishah.
Matanya dipejam rapat menghilangkan renungan penuh penyesalan Fakhrul. Fokusnya dibawa kembali ke saat itu. Kakinya bangun daripada pendudukannya.
Melihat Hana Aqilah memeluk Teacher Basirah yang sedang berjalan sambil dipapah Kapten Azam, air mata yang ditahan Hana Aishah gugur.
“Thank you Allah. Thank you for bringing her home. Thank you for giving Achik another chance” hatinya berbisik sayu sebelum dia melangkah menuju ke arah keluarganya.
“Ya Allah. Alhamdulillah” bibir Teacher Basirah mengucapkan kesyukuran saat keempat - empat anaknya memeluk dia erat.
Tiga tahun dia menanti. Tiga tahun yang penuh derita. Doanya akhirnya dimakbulkan. Kesemua anak - anaknya ada di bawah satu bumbung. Di dalam pelukannya. Bahagianya tidak terungkap saat itu.
“Subhanallah. Allahu Akbar” berkali - kali dia memuji yang satu atas nikmat yang diberikan.
“Dah jom masuk semua. Panas mak nanti” Kapten Azam yang bersuara sebak itu menegur. Sebak kerana terlalu gembira saat itu.
“Achik and Kak Wa bawak mak masuk. Adik tolong baby ambik barang” Hana Aishah mengarah.
Saat dia memandang tubuh ibunya yang berlalu menuju ke dalam rumah, rasa bahagia tadi bertukar kerisauan. Dia dapat melihat wajah bapa mertuanya yang memerhati daripada dalam rumah.
Hana Aishah tahu Tan Sri Fadhil sedang menyembunyikan sesuatu. Sesuatu pasti telah berlaku, kalau tidak tak akan Puan Sri Maria sanggup tidak mendukung Adam pagi tadi.
“Sayang” Fakhrul menegur Hana Aishah yang semenjak tadi masih berdiri di laman hadapan rumah Kapten Azam. Wajah suram isterinya merisaukan dia.
“You look upset. What happen?” Fakhrul bertanya gusar.
Hana Aishah merenung Fakhrul sejenak dengan lidahnya yang kelu. Air mata yang Hana Aishah pasti sedang bertakung itu membuatkan Fakhrul menarik dia ke dalam pelukan lelaki itu. Air mata yang tadi sudah berhenti mengalir kembali keluar.
“Something is up with mama and papa. Aishah risau” bibirnya digigit menahan getar saat dia meluahkan bicara.
Keluhan berat dihelakan. Dia memohon kekuatan daripada Yang Satu. Bila masalahnya akan selesai kalau seperti ini? Dua tiga hari ini, dia membiarkan dirinya mencari ketenangan di dalam rangkulan Fakhrul. Biarlah dia bodoh untuk seketika. Hana Aishah tidak tahu mahu lari ke mana.
Di Malaysia ini Scott dan Mikhail tiada. Walaupun ada Emir , Hana Aishah tidak mampu melihat Emir yang tidak alu alukan di rumahnya hadir untuk menemani dia dan Adam. Untuk mementingkan dirinya sebegitu, dia tidak sanggup.
Bunyi kenderaan yang berhenti di laman rumah Kapten Azam , pasangan yang sedang berpelukan itu tidak sedar. Masing - masing dibuai dalam emosi cuba merawat luka yang sudah terlalu lama dibiarkan.
“Hana Aishah binti Azam” sehingga saat suara itu memanggil kuat.
Hana Aishah kenal suara itu. Terlalu kenal dan terlalu dia rindui. Kerana itu dia tidak mampu untuk menunjukkan wajahnya yang lari seperti pengecut tiga tahun lepas. Lari meninggal segala masalah yang hanya menjadi semakin rumit selepas tiga tahun berlalu.
Share this novel
morning dear. almost two weeks, u x update. plz....
bermacam2 emosi dlm 2 family tu
Ayah di sisi mempengaruhi perkembangan adam. Keajaiban hubungan ayah dan anak