PROLOG

Romance Series 4386

Putih.

Bersih.

Tidak dapat Mia nyatakan keadaan tempat dia kini berdiri.

Kosong.

Sekeliling Mia hanya ada ruang kosong putih yang tiada pemula mahupun penghujung.

"Dimana mereka semua? Keluarga dan sahabatku? Dimanakah aku?" benak Mia mula lincah menaburkan pertanyaan.

Fikiran Mia kosong seperti hidupnya kini yang kian kelam dan tiada serinya. Cerianya sudah lama diragut sejak orang kesayangannya pergi meninggalkannya sendirian. Bukan niatnya untuk menyalahkan takdir tapi siapa sahaja yang kuat jika diuji sebegitu.

Mia terus mengorak langkah tanpa tujuan. Menanti sebarang petunjuk.

"Mia... Mia."

Mia tersentak apabila mendengar namanya diseru oleh suara yang amat dia rindukan.

Suara yang setelah sekian lama Mia dambakan.

Yang dulu hadir menceriakan hari-hari Mia. Pembakar semangatnya untuk terus maju dan mencapai cita-citanya. Puas Mia mencari si gerangan itu mengikut alunan gema suara yang memanggil namanya.

"Mia."

Dia memanggilku lagi.

"Awakkah itu? Awak kat mana?"

Mia mula memanjangkan kakinya. Kepalanya pula ligat mencari di setiap genap ruang kosong itu. Setelah puas berlari di dunia yang kosong ini, akhirnya Mia menemui suatu bayangan.

Mia cuba dekati dengan penuh harapan untuk melihat si bayangan yang menyerunya. Nafasnya mula tidak seiring dengan degupan jantungnya.

Dia menghulurkan tangannya ke arah Mia. Seakan menggalakkan Mia maju ke arahnya lagi.

Kini Mia dapat melihat wajahnya dengan jelas.

Sungguh dia yang aku rindukan, ujar hati Mia.

"Hi, Mia." katanya sambil tersenyum manis.

Hanya air mata yang membalas ucapan dan huluran tangannya. Mia tenggelam dalam emosi yang sudah tidak dapat dia bendung lagi. Rindu yang telah lama menggunung dihatinya seakan cair mengalir bak sungai.

"Mia. Please don't tortured yourself. I know you're not a weak person." dia cuba memujukku.

"Kelak suatu hari nanti dia pasti akan muncul untuk berada di sisi awak. Ingatlah saya tetap sayang awak walau kita jauh." pujuknya lagi.

Setelah usai berkata - kata, bayangannya mula menghilang bak debunga yang berterbangan.

Tanpa menunggu, Mia berusaha mendakap tubuh itu walaupun dia tahu perbuatannya melampaui batas.

Namun, dakapan Mia hanyalah dakapan angin kerana tubuh itu telah pun hilang daripada pemandangan mata.

"Tidak! Awak nanti. Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Tolonglah, awakkkkk!" raung Mia bagaikan orang gila. Dia sudah tidak peduli lagi. Mia mahu meluahkan segala rasa hatinya . Hatinya benar-benar nanar apabila orang yang dirinduinya hilang lagi sekelip mata.

"Awakkkkkk!"

Terjaga dari ulikkan mimpi tadi membuat Mia lantas menoleh ke kanan dan kiri mencari sesuatu yang tak pasti.

Kini keliling Mia hanyalah ruang kamar tidurnya yang gelap gelita dan sorotan lampu jalan yang menembusi kamar tidurnya. Mia menoleh ke sisi kanannya. Bella yang lena di atas katilnya. Bertentangan dengan katil Bella terletaknya katil Syahira yang turut beradu.

Lega Mia kerana jeritannya tadi tidak mengganggu tidur sahabatnya itu. Nasib Si Bella ini jenis tidur mati. Kalau tidak mesti membebel dengan minah ini kalau dia bangun, telah hati Mia. Syahira pula nyenyak kerana keletihan dengan perjalanan basnya dari Kedah ke Terengganu.

Mia menyentuh pipinya.

Terasa sisa air mata di pipinya.

Mia tersenyum hambar kerana sejak beberapa tahun belakangan ini dia mendapat tabiat baru, iaitu menangis dalam tidur. Mungkin tabiat ini berlaku bila dia mimpi sesuatu yang tidak indah.

Mimpi?

Mimpi yang Mia sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mimpi yang sering mengganggu tidurnya. Mimpi yang sering menyebabkan dia menangis dalam tidur. Mimpi tentang seorang insan yang Mia sendiri tidak kenal akan gerangannya. Mainan mimpikah?

Siapa awak? Kenapa awak selalu hadir dalam mimpi saya? Itulah persoalan yang sering bermain difikiran Mia apabila Mia mimpikan dia. Ya! Si dia yang raut wajahnya sukar untuk Mia ingat apabila kembali ke alam nyata. Pernah Mia luahkan hal ini kepada Bella namun Bella hanya meminta Mia untuk tidak memikirkan tentang permainan mimpinya itu. Mainan syaitan katanya.

Malas memanjangkan rasa gundah dihati, Mia segera menyambung tidurnya. Moga lenalah tidurnya kali ini.

©sweetynishas CREATION
ALL RIGHTS RESERVED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience