Andrew bersama seorang lelaki yang mengenakan jaket kulit dan berseluar jeans dan bertopi menaiki sebuah pajero hitam menuju ke lapangan terbang Dublin.
Mereka berdua berpecah, mencari kelibat Fea, Fiona dan Taylor. Hampir 30 minit, akhirnya mereka bertemu semula ditempat mereka berpecah tadi. Keduanya menggelengkan kepala sambil tercungap mengah.
Tiada cara lain selain ke ruangan security.
..
Video dimainkan sekitar jam 8.00 ke 9.00 pagi. Rakaman CCTV berjaya memaparkan susuk tubuh Fea, Taylor, Fiona dan Della pada jam 8.30 pagi di hadapan ruangan pintu masuk pelepasan sebelum Della melangkah masuk ke ruangan pelepasan dan ketiga mereka ikut bersurai.
Sebelum keluar dari lapangan terbang, mereka dapat melihat Fea dan Fiona masuk ke ladies sementara Taylor menunggu tidak jauh dari situ.
Andrew memandang waktu yang tertera di skrin,
9.00pagi.
"Boleh putarkan semula sewaktu Cik Fea dan kawannya masuk ke tandas?" pinta Andrew.
"Baik" jawab security itu patuh.
8.45pagi kelihatan Fea dan Fiona masuk ke ladies sementara Taylor menunggu di ruangan hadapan lorong. Di hujung lorong merupakan laluan utama. Bermakna, tandas lelaki dan wanita itu berada di tengah-tengah ruangan ruang legar.
"Boleh awak gunakan kamera lain yang berada di arah pintu masuk berlawanan?"
Security itu mengangguk pantas.
Selang beberapa minit selepas mereka masuk, kelihatan tiga orang lelaki mengiringi dua orang wanita berpakaian sama seperti Fea dan Fiona. Tapi kali ini wajah kesemua mereka ditutupi dengan mask.
Dan yang paling membuat Andrew terkejut, salah seorang lelaki sempat memandang ke arah CCTV di laluan bertentangan lalu menyelak mask yang menutupi wajahnya.
Sumpah! Dia langsung tidak menyangka, lelaki itu merupakan dalang terbesar bosnya.
"Damn it!" sumpahnya geram.
"Encik kenal mereka?" soal security berkenaan.
"Saya kenal dengan lelaki itu dan dua orang wanita ini. Tapi, saya tidak kenal dengan dua lagi lelaki yang berada di kiri kanan wanita itu" Andrew menunjukkan susuk tubuh mereka dengan jari telunjuk pada skrin.
"Boleh lihat mereka pergi kemana?"
Security itu mengangguk pantas.
Dalam masa beberapa saat, kelihatan kelima mereka keluar ikut pintu kecemasan.
Security itu terpinga.
"Kenapa?" soal Andrew hairan.
"Pintu kecemasan yang ada disini sangat secure. Jika ia dibuka begitu sahaja, sudah tentu penggera akan berbunyi. Tapi...ini.., seperti.."
"Maksud awak, ada orang dalam yang ikut terlibat dalam hal ini?"
Security itu mengangguk. Dia membuka topinya lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Boleh awak ambil semula rakaman cctv disaat lelaki tadi sedang menunggu dua orang wanita itu ke tandas?" pinta Andew. Hal ini semakin sulit.
Taylor menilik jam ditangan sebelum melangkah masuk ke dalam tandas, memeriksa sebelum berlari keluar dalam keadaan terburu-buru.
Dia mengeluarkan iphonenya lalu menekapkan ditelinga sebelum berlari ke arah pintu kecemasan.
Andrew bersama seorang lelaki berjaket kulit dan security berkenaan menilik dengan teliti video tersebut.
Dan disaat Taylor membuka pintu tersebut, juga tiada bunyi penggera.
Sekali lagi mereka bertiga berpandangan.
Ketiga-tiga mereka bingkas keluar dari ruangan kerja security tersebut sebelum berlari kearah pintu kecemasan berkenaan. Dan disaat security tersebut membukanya, penggera berbunyi kuat. Dia dengan pantas menekan pin keselamatan di sisi kiri pintu tersebut. Barulah penggera tersebut berhenti berbunyi.
Ketiga mereka melangkah keluar dengan pantas. Dan baru sahaja menapak beberapa langkah dari pintu kecemasan tersebut, Andrew melihat susuk seorang lelaki tergeletak di atas lantai.
"Taylor" Andrew cuba mengangkat tubuh lelaki itu.
"Argh" Taylor mengerang kesakitan.
Andrew dapat melihat ada darah merah mengalir dari peha kanan Taylor. Matanya terbuka luas.
"Taylor, awak ditembak" ujarnya.
"Yeah, aku tahu, argh!" ujarnya sambil cuba untuk bangun, namun rasa begitu perit saat kaki kanannya mula mahu bergerak.
"Arghhh!!" erangnya.
"Call ambulance" kerah lelaki yang datang bersama Andrew tadi. Security tersebut lantas mengeluarkan walkie talkie dari saku seluarnya sebelum meminta pihaknya menghubungi ambulance.
"Mana Cik Fea dan Fiona?" soal Andrew sambil memerhati sekeliling.
"Mereka sudah bawa Fea dan Fiona pergi. Periksa MPV model Mitsubishi berwarna hitam EK-9**0"
Rakan yang datang bersama Andrew sebentar tadi mula melakukan tugasnya. Dia menghubungi bilik gerakkan dengan segera supaya sekatan jalan dapat dibuat.
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3.30petang. Jika ditimbang kira, berkemungkinan kereta tersebut sudah jauh dari sini, fikir Andrew.
"Jangan bimbang. Disini banyak CCTV dipasang disepanjang jalan. Mereka tidak akan boleh keluar dari sini sewenang-wenangnya. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk berkas mereka dan selamatkan Cik Fea dan Fiona." ujarnya.
"Siapa lelaki ni?" tanya Taylor sambil menahan sakit. Dia belum pernah bertemu dengan lelaki ini. Kelihatannya bukan seperti orang sembarangan.
"Dia Samuel (Sam). Pegawai Kanan polis yang dilantik sebagai perisik. Dia juga merupakan kawan aku ketika zaman sekolah" cerita Andrew.
Dia rasa bersyukur dipertemukan dengan mereka.
Samuel mendongak mencari jika ada CCTV dikawasan itu. Matanya kemudian tertancap pada satu kamera yang terpasang tidak jauh dari situ.
"Itu bilik apa?" soal Samuel kepada security tersebut.
Security tersebut berpaling ke arah tundingan jari Samuel.
"Itu bilik stor simpanan" ujarnya.
"Boleh saya lihat?" pintanya.
"Baiklah." security itu berbual melalui walkie talkie. Selang beberapa minit, seorang lelaki muncul. Pakaiannya sama seperti security yang berdiri di sisinya.
Lelaki itu mengeluarkan kunci lalu membuka bilik stor tersebut.
Lampu dinyalakan dan ruangan itu dipenuhi dengan fail-fail dan kotak. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
"CCTV ni masih berfungsi?" soalnya.
"Iya Tuan." jawab lelaki tersebut.
"Baiklah. Saya perlukan salinan rakaman dari CCTV ni dan beberapa rakaman lain menuju ke jalan keluar kawasan airport"
"Jangan sentuh atau ubah suai sebarang rakaman. Jika saya dapat tahu, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakkan keatas kamu berdua"
Kedua lelaki tersebut kelihatan takut dengan ancaman Samuel.
Keduanya mengangguk pantas.
..
"Maafkan saya, Tuan" Taylor diburu rasa bersalah. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana cuai. Jika dia ikut menemani Fea dan Fiona sehingga ke hadapan tandas, mungkin semua ini tidak akan berlaku.
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam ruangan Taylor dirawat.
"Tuan Drake" tegur Taylor dengan perasaan teruja bercampur gembira kerana lelaki itu sudah berjaya dibebaskan.
Tapi wajah Drake masam dan murung.
"Tuan. Saya tahu siapa yang selama ini menjadi dalang penculikkan Fea, Fiona dan sekarang Fea dan Fiona diculik. Saya sendiri sebenarnya tidak menyangka dia merupakan seorang penjenayah."
"Apa sebenarnya yang berlaku saat kamu keluar dari pintu belakang?" soal Drake dengan wajah amarah.
Flashback On
Taylor berlari keluar. Sebaik sahaja sampai diluar, dia terkedu bila mendapati Fea dan Fiona sudah ditawan. Kedua tangan mereka diikat. Fea dijaga oleh seorang lelaki dan Fiona juga sama.
Yang paling mengejutkannya, ketua disebalik semua ini merupakan orang yang sangat dia kenal.
"Hardin?"
Hujung bibir lelaki itu terangkat.
"Tsk! Tsk! Tsk! Kenapa, terkejut? Hah hah hah hah!" ketawanya sambil memandang tepat ke arah Taylor.
"Sebenarnya, dah lama aku tunggu saat ni. Huh!"
"Apa maksud kau, hah!? Drake tu bos kau, kawan baik kau! Tergamak kau buat dia macam ni! Lepaskan Fea dan Fiona" arah Taylor dengan nada amarah.
"Bos? Kawan? Kalau dia betul-betul kawan aku, dia akan izinkan aku dekat dengan Fea."
Taylor menatap hairan kearah Hardin.
"Kau tak perlu nak sindir aku dengan pandangan kau tu. Kau rasa kau beruntung bila Drake dan Tuan Rey pandang tinggi pada kau, puji kau dan izinkan perhubungan kau dan Fea, hah!?"
"Apa yang kau merepek ni, hah!?" tempik Taylor. Dia berang, kenapa Fea dijadikan bahan untuk Hardin.
"Kenapa kau perlu culik Fea dan Fiona?"
"Sebab kau rampas Fea dari aku sejak dulu lagi. Kau cuba dekat dengan Fea disaat aku mahu dekat dengan dia. Kau seolah-olah tak nampak effort aku untuk pikat Fea dulu. Kau cuma pentingkan diri kau sendiri!"
Wajah Taylor nampak betul-betul terkejut.
"Sumpah, aku tak tahu. Kalau kau ceritakan dari awal tentang perasaan kau pada Fea, mungkin aku akan berundur. Tapi tidak sekarang" tungkas Taylor keras.
"Taylor, please..selamatkan Fea" rayu Fea sambil menangis.
"Fea" panggil Taylor. Dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan Fea yang sedang menangis.
"Hey, korang tak payah nak buat drama airmata dekat sini. Tak sedih!"
Hardin mengeluarkan sesuatu dari saku belakang lantas menundingkan kearah Taylor.
"Taylor!" jerit Fea dengan mata buntang. Dia takut bila sepucuk pistol dihalakan ke arah Taylor.
"Hardin, apa yang kau cuba buat ni? Sabar, kita bincang secara baik" pujuk Taylor cuba menenangkan Hardin.
"Dah terlambat" ujarnya kesal.
Saat lelaki itu mahu menarik picu, Taylor dengan pantas menepis dan pistol tersebut jatuh ke tanah.
Mula berlaku pergaduhan antara Taylor dan Hardin.
Taylor tak nafikan, Hardin, Drake dan dia sendiri selalu ke latihan Muay Thai. Jadi tak hairanlah jika kedua mereka hebat bertarung.
Keduanya pandai menepis dan mengelak dari serangan. Sehinggalah Hardin mendapat serangan dari Taylor dan tersungkur ke tanah.
Tatapan mata Taylor mula tertumpu kearah pistol yang berada tidak jauh dari tempat Hardin jatuh. Dia cuba menyambar tangan Hardin sebelum lelaki itu berjaya mencapainya terlebih dahulu.
"Duar!!!"
"Tayylorrrr!!!!!!" jerit Fea nyaring. Tubuh Taylor tergeletak diatas tanah sebelum Hardin bangun dan menendang kuat tubuh Taylor.
Dia menghalakan picu pistol sekali lagi kearah Taylor dan mahu menghabiskan riwayat lelaki itu.
"Jangan Hardin! Kalau kau mahu aku ikut kau secara suka rela, kau lepaskan dia. Kalau kau bunuh dia, aku akan benci kau seumur hidup aku!"
tempik Fea diselangi erangan tangis. Dia dapat melihat darah yang mengalir dari tubuh Taylor. Mahu sahaja dia menerkam ke arah lelaki itu dan memeluknya. Namun apa kan daya, tangannya diikat dan tubuhnya juga dipeluk erat oleh lelaki bertubuh tegap yang dia sendiri tidak kenal.
Hardin ketawa dengan kata-kata Fea.
Sebuah Mitsubishi hitam berhenti tidak jauh dari situ sebelum kesemua mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi, meninggalkan Taylor yang cedera sendirian disitu sehinggalah Andrew tiba.
Flashback Off.
Bersambung...
Apa akan berlaku seterusnya? Apa tindakkan Drake untuk pastikan adiknya dan Fiona selamat?
Share this novel