Dia tahu. Tapi nak buat macam mana. Perasaan manusia ni mudah berubah dan beralih arah. "It the best for both of us.."beritahu Davina dengan mendatar.
Eden buat muka tak puas hati.
"Aku serius ni...sebelum aku tarik balik kata-kata aku, better kau dapatkan Budak terlebih manja tu cepat-cepat dan pujuk dia."ujar Eden.
Davina buat tak dengar. Dia teruskan semula kerjanya. Tanpa berkata apa-apa setelah itu.
"Hei!Kau dengar tak ni?Nak aku pujukkan dia untuk kau?Tak pun aku call dia sekarang dan beritahu yang kau nak jumpa dia?"beritahu Eden sambil tunjuk telefonnya.
Davina tersentak. Dia tunduk memandang telefon itu. "Kau dah ada phone?"
"Jangan nak ubah topik Davina.."
"Kalau macam tu berikan aku nombor phone kau dekat aku.."
"Hell no..."
"Kenapa tak boleh?"
"Davina!"
"Eden..."
"Jangan ajuk aku."
"Jangan ajuk kau."
"Aku serius ni!"
"Well...not only you!"
"Auw!Sakit la!Slow la sikit."
"Kau tu bising sangat."
"Salah siapa??"
"Diam la kalau macam tu. "
"Call Declan cepat. Kesian Budak tu kang..merajuk bagai siapa yang susah?Aku jugak nanti."
"Beritahu aku kalau dia buli kau.."
"Davina Serephina!"
"Yes Eden Rowan?"
"Kau tak call Declan, aku takkan bagi kau nombor phone aku.."
"What ever...aku takkan pujuk dia. Penat nak hadap kepala angin dia tu. lagipun putera raja ni high maintenance. Semua benda kena diaturkan dan di sediakan. Aku tak boleh nak handle. Leceh. Kalau kau nakkan sangat si Declan tu pergi la pujuk dia sendiri.."ujar Davina semasa gerak hendak menukar tampalan di kepala Eden pula.
"Eh.....aku pulak yang kena?"Eden buat muka terkejut semasa dengan kata-kata itu.
"Dah kau nak sangat sedapkan hati anak raja tu. Kau tahu mencintai tu tak semestinya dimiliki. Lagipun normal la kalau bercinta berhenti dekat tengah jalan. Berlambak pasangan kekasih dekat luar sana ada isu yang sama macam aku ni.." balas Davina dengan nada mendatar tak berminatnya.
Buat seketika Eden mendiamkan diri. Berkira-kira hendak bertanya tapi tak pasti. "Boleh aku tanya kenapa kau reject Declan even kau sukakan dia?" tanya dia dengan perlahan.
Selesai dia klip kain pembalut di sekeliling kepala itu, Davina kemas sepah di meja itu sebelum memandang Eden. Haih!Eden ni kan.
Eden jadi berdebar bila Davina pandang dia tanpa berkata apa-apa.
"Sebab kau."jawab Davina beberapa saat lepas dia mendiamkan diri.
Kening Eden berkerut. Dia pandang tak faham ke Davina. "Aku?"
Davina mengangguk kepala.
"Kenapa?"tanya Eden yang cuba hendak lebih jelas lagi.
"Declan ada semuanya. Keluarga. Ibubapa. Kenalan. Penjaga. Pelindung. Sokongan. Kau?Selain aku?Apa lagi yang kau ada?"tanya Davina.
"Well...aku tak pernah mintak kau untuk kesiankan aku?"balas Eden.
"Memang kau tak mintak. Still aku rasa dah cukup semua ni. Perlu diletakkan titik noktah padanya."beritahu Davina.
Eden berdengus tak percaya. Dia pandang funny ke Davina. "Kalau kau pilih aku sebab kau kesiankan aku...well thank you but I'm fine."
Davina jentik dahi tu. Isy!Berlagak pulak Eden ni.
"Auw!"Eden pegang dahinya dan pandang tak percaya ke Davina. "What the hell?"
Kadang-kadang tu belajar la pentingkan diri sikit."Sudah-sudah la. Asyik Declan aje dalam kepala kau tu."kata Davina semasa capai dulang peralatannya dan mahu keluar dari situ.
Eden pandang langkah Davina dengan renungan tak puas hati. Giginya di ketap erat. Lepas ni mesti akan kenakan dia cukup-cukup dengan Declan! Ugh!Anak raja tu pun satu. Cakap macam tu dah kenapa!Kan tak pasal-pasal Davina reject!Apa dia kena buat sekarang?Lompat gembira raikan yang dia ada peluang untuk Bersama Davina?Mahu ke Davina?Dalam hati gadis tu bukannya ada dia. Baliknya dia hanya seorang abang saja di mata Davina.
KLIK!
Tidak semena pintu bilik itu terbuka semula.
Buatkan Eden melompat terkejut dekat situ. Dia pandang akan kepala Davina yang terjegul di celah pintu dengan mata terbutang luas. Bertuah betul Davina ni la!Ingatkan dah pergi tadi. "Asal?"
"Lupa nak cakap...Bernard nak jumpa kau hujung minggu ni lepas dia dapat tahu kau dekat sini. So jangan lari dulu sebelum jumpa dia nanti." beritahu Davina.
Eden buat muka. "Yang kau beritahu dia tu kenapa?" tanya dia.
"Kaden yang cakap bukan aku..jangan lupa tu." kata Davina buat kali terakhir sebelum kembali menutup pintu itu semula.
Tak terkata dengan apa yang di dengar, Eden lepaskan hela nafas kesalnya sebelum palingkan kepala ke cermin jendela biliknya. Dia termenung memikirkan tugasnya. Hal Davina settle kan kemudian.
Spencer Lou?Kenapa dia macam familiar dengan nama ni ya?Sangat familiar...bukan sebab dia pernah dengar di tempat kerjanya. Dia tak tahu kenapa,
Spencer Lou?
Spencer?
Eden gerakkan matanya ke arah pintu bilik pula, Terbayang kelibat Davina keluar dari situ. Keningnya mencerun tajam.
Haih!
Takkan la?
P/s : Hah!Tu..yang tengah baca tu...okay dok?
Amacam okay tak flow cerita ni?
So far so good hah?
Harap semua pembaca okay ya?
Jangan la frust sangat.
Ni baru namanya plot rollercoaster...
Berombak-ombak dulu bertenang-tenang kemudian okay?
Teruskan membaca alright?
Jangan lupa rate!
Share this novel
Tinta ni kan...memang la...saje je nak bt hti ni dup dap dgn sape pilihan davina...eden ni...npak da KLU dr davina...sama je dgn declan...x reti, faham davina...