01

Mystery Series 262

"Selamatkan diri," 

"Selamatkan diri,"

"Dia akan datang menyergah bila-bila masa."

Hanya ayat itu yang sering keluar dari mulut 'dia'.

***

16 tahun yang lepas.

Wanita itu resah sambil berlari perlahan, lurus mengikut arus parking lot.

"Kau nak lari pergi mana, Lyn.." Seorang lagi wanita muncul. Perlahan dia mengejar wanita yang digelar 'Lyn' tadi. Umur wanita itu lebih kurang dalam lingkungan 20-an. 

Senyuman tak lepas dari wajahnya. Bak harimau yang sedang melihat mangsanya dari dalam semak menunggu masa untuk keluar menerkam mangsanya. 

Semakin lama semakin besar dan laju langkah wanita tadi. Bahu Elyne dipegang.

"Aku dah bagi kau pilihan haritu. Sama ada kau yang akan pergi jauh atau aku yang bunuh dia. So, tak ada siapa pun yang akan dapat dia. Tapi.. apa yang kau buat sekarang? Kau dah musnahkan segala apa yang aku nak!" Wanita itu menjerkah di hadapan muka Elyne.

Berderau darah Elyne. Wajahnya mula pucat dek takut akan wanita itu.

"Kau ingat kau boleh sembunyikan benda tu dari aku ke?" Soal wanita itu sambil tersenyum sinis.

Perut Elyne ditampar perlahan sebanyak dua kali.

Kepala Elyne drastik menggeleng laju menafikan perbuatan wanita itu.

"Aku tahu semuanya. Tak apa, disebabkan dulu kau ni bestfriend aku, aku bagi kau masa untuk berseronok. Tapi jangan melebih pulak," ujar wanita itu dengan nada sinis.

"Aa..Ak.." Suara Elyne bergetar.

"Aku minta maaf, Fiya. Kau janganlah hukum aku macam ni," sambungnya lagi. Wanita tadi yang sedang berjalan meninggalkan Elyne kini beralih lalu bergerak laju menuju semula ke lokasi Elyne. 

"Fiya.." rintih Elyne.

"Aku tak nak dengar lah orang bodoh macam kau ni sebut nama aku!" Marah wanita itu. Tangannya turut diangkat.

'PAKK'

Tapak tangan wanita itu sudah selesai mendarat di pipi mulus milik Elyne. Wanita itu terus meninggalkan Elyne yang sedang menunduk. Air matanya menitik satu persatu.

Beg tangannya yang berada di atas lantai diambil. Kunci kereta dicapai dan digengam, lalu dia bingkas menuju ke keretanya.

Kini, di dalam kotak fikiran Elyne dia hanya memikirkan tentang satu perkara.

Tentang lokasi yang akan ditujuinya.

Enjin kereta dimatikan. Elyne melangkah keluar dari kereta miliknya. Pokok disekelilingnya dipandang. Udara segar dihirup perlahan. Kerusi taman yang berada di bawah sebatang pokok redup dihampiri.

"Ada lagi kau kat sini, kerusi," ujar Elyne pada kerusi kayu itu sambil tergelak kecil bagi menghiburkan hati.

Memorinya mula terlayar.

Di kerusi inilah tempat dia mula pertama kali berkenalan dengan wanita tadi, Fiya. 

Perkenalan yang dimulanya manis, diakhiri dengan agenda yang pahit. Walau apapun, kenangan mereka berdua bersama pasti tidak mudah untuk Elyne lenyapkan dalam sekelip mata sahaja.

Di kerusi kayu ini jugalah tempat dia bertemu bersama Rayyan, si pengarang hatinya. 

Rayyan Mikhael. Suami sah milik Elyne yang telah selamat diijab kabul beberapa bulan yang lepas. Dia jugalah penyebab hubungan Elyne dan Fiya berubah rupa.

Fiya sering berkongsi kisah tentang si jejaka hatinya tetapi dia tidak pernah sesekali memberitahu siapakah gerangannya. Niat Elyne untuk bertanya tentang jejaka itu terhapus kerana tidak mahu dianggap sebagai penyibuk.

Namun semua itu tidak berakhir begitu sahaja. Elyne membawa berita gembira kepada Fiya bahawa dia telah dipinang oleh seorang jejaka.

Pada majlis hari perkahwinan Elyne, baru Fiya mengetahui bahawa pengantin lelaki yang mengahwini Elyne itu ialah jejaka si pengarang hatinya.

Ring... Ring..

Bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunan Elyne.

Segera dijawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, sayang kat mana sekarang ni?" Tanya si pemanggil.

Elyne tersenyum. "Waalaikumussalam. Saya dekat taman dekat dengan rumah kita."

"Kenapa pula awak ada kat taman. Nak dekat senja dah ni. Jap tunggu kat sana. Jangan bangun pergi mana-mana," larang Rayyan Mikhael seraya meletakkan panggilan.

Elyne termangu-mangu dengan ayat Rayyan.

Setelah beberapa minit menunggu, Rayyan tiba tanpa kenderaan.

"Aik, kenapa tak naik kereta?"

"Biar abang pandu kereta awak," Rayyan menjawab. Mereka berdua mula menaiki kereta.

"Abang.." Suara Elyne memecahkan suasana hening diantara mereka. Rayyan menganggukkan kepalanya.

"Abang sayang saya tak?" Soal Elyne.

"Mestilah sayang!" Jawab Rayyan bersemangat.

"Andai kata, satu hari saya buat perkara yang teruk. Yang memang abang pun tak boleh nak bayang sekarang... Abang.. akan maafkan saya tak?" Alunan suara Elyne semakin perlahan. Air mata ditahan sekuat mungkin.

Tepat tika itu juga, kereta yang dipandu Rayyan telah sampai dihadapan pagar rumah. Rayyan memaling tubuh ke arah Elyne.

"Apa cakap macam ni... Tak elok la. Kosongkan fikiran sayang. Kita fikir benda yang elok-elok je eh.." Pujuk Rayyan. Tak lupa juga usapannya di perut Elyne.

***

1 tahun kemudian

"Kalau perihal tentang Lyn, Lyn harap Ummi hanya ceritakan pada mereka hanya hingga umur 3 tahun. Walaupun diorang tak faham apa-apa, Lyn mohon sangat-sangat dekat Ummi," Air mata Elyne kini sedang merembes keluar.

"Yang ini Izwan. Dia yang sulung. Dia ada tanda lahir kecik ni dekat lengan. Yang kedua pula, Izyan. Dia pula ada tanda lahir dekat belakang badan. Jadi senanglah Umi nak pastikan siapa tu nanti. Yang last, Izzah." Tersedu sedan Elyne mengucapkan semua ayat itu kepada Ummi.

"Ya, Lyn.. Alhamdulillah sihat-sihat anak kamu,"

Elyne mengangguk.

"Terima kasih Ummi," ujar Elyne lagi. Dia mengucup anak kembarnya buat kali terakhir.

Tatapan terakhir Elyne berikan kepada anak-anaknya. Ummi dan Elyne mula meninggalkan bilik yang didiami anak Elyne dan beberapa lagi anak yatim.

Elyne menyalam dan memeluk tubuh Ummi sebelum melangkah keluar dari perkarangan Rumah Cahaya Melati.

SKREETT... BAM

Tubuh Elyne tercampak dan selamat mendarat di atas jalan tar. Kejadian yang tidak dapat dijangka ini berlaku begitu pantas sekali.

Ummi yang sedang melihat dari dalam perkarangan rumah, terloncat kekejutan.

Pemandu kereta yang melanggar Elyne segera membuat pusingan U lalu memandu kenderaannya laju meninggalkan tempat kejadian ini. Kesempatan untuk melihat nombor plat kenderaan itu juga terlepas.

"Hannah!" Ummi memekik nama pembantunya dan dia terus berlari ke arah tubuh Elyne. Tiada manusia pun yang berda berdekatan dengan tempat kejadian sekarang kerana waktu kini sudah hampir malam.

Hannah yang baru keluar terpinga-pinga. Mata yang melihat kepala milik Elyne yang sedang dipangku Ummi membuatkan lutut dia lemah. Kaki mula melangkah semula ke dalam rumah anak yatim.

Telefon dicari. Gagang telefon diangkat sambil itu digit nombor 9 ditekan sebanyak tiga kali. Tangannya menggigil.

"Assalamualaikum, ss..saya.." Suara Hannah menggeletar.

"Waalaikumussalam, ya cik. Tenangkan diri cik dulu. Lepastu beritahu saya apa yang terjadi," ujar pegawai di talian.

"Kk..kawan saya. Dia kena langgar."

"Dia kena langgar dengan apa ya?"

"Saya tak tahu,"

"Kecederaan dia teruk tak?"

"Mak saya tengah pangku kepala dia dekat jalan. Ada darah yang mengalir dari kepala dan badan dia.." Pegawai itu memberi beberapa arahan yang perlu dilakukan. Talian diputuskan sebaik saja pegawai itu habis bertanyakan soalan.

"Dah call ambulans?" Ummi bertanya sebaik sahaja Hannah tiba di tempatnya. Hannah hanya mengangguk.

Arahan yang diberikan oleh pegawai tadi dijalankan. Kain yang dibawa bersama diletak perlahan di kawasan tangan dan kaki Elyne yang berdarah.

NII..NOO...NII..NOO...

Bunyi siren ambulans yang berada berdekatan membuatkan degupan jantung Ummi dan Hannah kembali berdegup normal.

Tubuh Elyne diangkat dan diletakkan di atas pengusung. Dua orang polis bergerak ke arah Ummi dan Hannah.

Beberapa soalan ditagih sebelum mereka bergerak mengikut ambulans tadi.

Ummi juga tidak lupa untuk memberi tahu keadaan Elyne kepada pembantu-pembantunya yang lain di dalam rumah.

**

i'm new at here. please support me okayy ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience