BAB 32

Romance Series 27442

Jam dilihat dengan begitu lama. Cuaca di luar restoran mewah sangat cantik. Masih memilih restoran yang sama. Ajkar duduk sambil memerhati wanita yang memakai kaca warna putih. Wanita itu masih berada di fikirannya. Hinnga sekarang dia masih tertanya-tanya siapa wanita itu. Dia dipandang aneh oleh wanita itu. Hatinya tidak senang.

Telefon dibuka buat sementara. Dia menerima beberapa mesej daripada Geriz. Ajkar mahu berjumpa Geriz di restoran mewah pada pagi ini. Beberapa hal yang mahu dibincangkan tentang perkahwinannya bersama Amelia nanti.

Hatinya masih sakit apabila Puza membuka buku lama dari ingatannya. Sememangnya peristiwa itu sudah dilupakan. Dibuka kembali oleh Puza. Membuatkan hatinya bertambah sakit.

Pelayan itu keluar kembali untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan yang duduk lama di sebelah mejanya. Wanita itu semakin dekat menghampiri. Ini adalah peluangnya untuk melihat paras wanita itu. Dia masih belum terjelas nampak muka pelayan itu.

Pelayan itu akhirnya tiba ke tempat meja pelanggan yang lama menunggu pesanan makanannya. Name tag pelayan itu tertulis Rafa. Pelayan itu mula sedar pergerakan yang dilakukan oleh Ajkar. Kepala Ajkar sangat jelas menoleh ke arahnya. Pelayan itu cepat-cepat meletakkan pinggan dan gelas di meja pelanggan itu. Rafa tidak senang dipandang sebegitu. Rafa memberi senyuman kecil dahulu kepada pelanggan itu sebelum berganjak ke tempat kerjanya semula.

Ajkar hanya memerhati pergerakan yang dilakukan oleh Rafa. Di hatinya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya perempuan itu. Dia lah yang melihat Ajkar sangat tajam ketika itu. Apapun dia akan perlahan-lahan cari tahu siapa sebenar pelayan ini.

Tut. Tut.

Panggilan masuk di telefon Ajkar. Kegetaran itu terdengar dari mejanya. Diambil telefon itu di meja. Lalu menekan tombol hijau untuk menyambut panggilan yang dibuat oleh Geriz.

“Hello?”.

Sahut Geriz melalui telefon.

“Ye?”.

Jawab Ajkar di telefonnya. Dia letakkan minuman gelas yang ada di mejanya ke tepu sedikit. Membuka ruang untuk luasi jarak selesa mencapai telefon dari Geriz.

“Saya ada kat sini dah. Ajkar kat mana?”.

Geriz masih berdiri di tempat letak kereta yang disediakan oleh restoran mewah itu sambil memegang telefonnya. Matanya dipandangkan sekeliling kawasan itu. Batang hidung Ajkar masih belum terlihat.

Ajkar yang duduk di mejapun akhirnya ternampak Geriz yang sedang mencari kelibatnya. Telefon itu dimatikan. Dengan rasa hormat kepada Geriz, dia terus pergi ke arah Geriz yang sedang mencarinya.

“Uncle?”.

Panggil Ajkar dari jauh. Geriz yang lama memandang sekeliling tempat itupun terhenti. Dia menolehkan kepalanya ke arah Ajkar yang memakai baju kolar putih. Terlihat begitu segak Ajkar.

“Ye Ajkar. Apesal Ajkar tiba-tiba nak jumpa dengan Uncle ni?”.

Geriz dibawa dengan perasaan curiga dengan gerakan dari Ajkar ini. Tiba-tiba sahaja mahu berjumpanya tanpa ditemani dengan isteri mudanya.

“Nanti saya cerita lepas kita dah order minuman.”.

Senyum Ajkar ketika mahu mengajak Geriz masuk ke retoran mewah itu. Geriz turut membalas senyman dari Ajkar. Cuaca juga begitu panas. Geriz tidak suka dengan cuaca yang panas. Dia sengaja menunggu untuk dipelawa masuk ke restoran mewah itu. Geriz juga tahu minuman yang ada di restoran ini sangat mahal. Tapi dia tahu yang Ajkar banyak duit dan akan membayar minumannya nanti.

Geriz dan Ajkar akhirnya sampai di tempat meja di restoran mewah itu. Geriz masih lagi memandang gerak-geri Ajkar yang terasa lain. Hatinya masih tertanya-tanya dengan tindakan Ajkar yang mahu berjumpa dengannya.

“Duduk Uncle.”.

Geriz dipersilakan duduk oleh Ajkar dengan hormat.

“Thanks.”.

Balas Geriz dengan memaling senyuman. Dia tidak sabar menunggu Ajkar mengatakan sesuatu kepadanya. Hatinya tetap sabar dan ditahan. Dia terus-terus memerhati gerakan dari Ajkar itu saja dahulu.

“Watter?”.

Panggil Ajkar dengan pekerja lelaki yang memakai baju berkod yang bewarna merah itu. Pelayan itu dengan cepat menuju ke tempat Ajkar untuk mengambil pesanan.

“Ye Tuan?”.

Tanya Pelayan yang ada di hadapannya sekarang ini. Pelayan itu juga mengeluarkan buku kecil bagi menulis apa yang dipesankan oleh Ajkar.

“Uncle nak minum apa uncle?”.

Tanya Ajkar kepada Geriz.

“Bagi je lah Teh Tarik panas.”.

Ajkar kembali memandang pelayan restoran tadi.

“Bagi Teh Tarik yang paling special kat sini ok.”.

‘Baik Tuan. Ada apa-apa lagi?”.

Tanya pelayan itu sebelum kembali ke dapur restoran itu.

“Itu je.”.

“Ok Tuan.”.

Pelayan lelaki itu terus berundur dari meja Ajkar. Ajkar membetulkan cara duduknya. Dia tahu pesanan minuman di sini agak lama. Sekarang dia cuba fokus ke arah cerita yang mahu disampaikan oleh Geriz.

“Baiklah Uncle saya direct to the point je lah.”.

Terkebil mata Geriz selepas memandang reaksi Ajkar yang berubah menjadi serius. Firasatnya mulai buruk terhadap penyampaian yang mahu disampaikan oleh Ajkar. Dia terus berdiam dan fokus mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Ajkar itu.

“Uncle nak hidup mewah tak?’.

Geriz bingung dengan soalan Ajkar. Sepertinya sesuatu yang tidak kena akan berlaku di sini.

“Kenapa kamu cakap macam tu pula?”.

Balas Geriz dengan perasaan yang curiga. Dia masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ajkar.

“Macam ni saya nak Uncle ceraikan Puza dan kahwin dengan isteri baru. Dan satu lagi Uncle kena rahsiakan semua ni. Boleh tak?’.

Geriz berdiri dari mejanya. Mukanya sangat merah. Hatinya sangat marah selepas mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh Ajkar. Dia memang tahu ada hal buruk akan terjadi di sini. Firasatnya dari awal lagi memang buruk.

“Kau dah gila ke apa! Aku tak akan ceraikan Puza. Aku dah janji dengan dia yang aku akan jaga dia. Dah lah aku nak balik! Sampai sini je lah. Lepas ni kau jangan berani-berani nak datang rumah aku. Aku betul-betul tak pecaya apa yang kau cakap ni. Aku pergi dulu.”.

Dengam suara kuat yang dikeluarkan oleh Geriz itu, semua pelanggan yang ada di restoran itu memerhati mereka. Geriz dengan cepat-cepat menuju ke keretanya semula. Hatinya sangat marah kepada Ajkar.

“Uncle tunggu!”.

Ajkar hentikan perjalanan Geriz menuju ke kenderaannya. Satu cek yang bernilai 100 ribu itu diberikan Geriz.

“Kalau Uncle dah sedia, bagi tahu saya. Saya minta maaf.”.

Cek yang bernila 100 ribu itu, serta merta dikoyakkan oleh Geriz di depan mata Ajkar. Kepingan-kepingan cek itu lalu bertabur di sekeliling restoran itu. Ajkar tetap berdiam. Dia faham dengan perasaan yang dirasakan oleh Geriz ini.

“Jangan mimpi!”.

Geriz teruskan jalannya menuju ke tempat letak kenderaan. Hari sudah semakin gelap. Dia elakkan balik lewat sebenarnya. Selalunya dia akan ke rumah dalam jam 5 atau 6 petang. Jam di tangannya sudahpun hampir ke jam 7 malam. Dengan cepat ia ke kenderaannya.

Ajkar masih berdiri di restoran itu. Kecewa yang dirasakan apabila tawarannya ditolak mentah-mentah oleh Geriz.

“Apa pandang-pandang.”.

Marah Ajkar dengan pelanggan-pelangan kain yang sedang memerhatinya dengan lama.

“Jangan nak sibuk lah hal orang.”.

Pesan Ajkar sebelum kembali ke tempat duduknya itu. Dia membuka tali lehernya dan meletakkannya di bangku sebelah.

Seorang perempuan yang selama ini memerhati Ajkar pergi ke arahnya.

“Saya akan tolong awak asalkan awak bagi saya duit yang banyak. Saya tahu apa rancangan awak. Awak nak hancurkan hubungan orang tua tu dengan isteri muda dia tu kan. Jangan risau saya boleh tolong.”.

Ajkar terkejut secara diam-diam. Perempuan yang lama bermain-main di fikirannya di hadapan tatapan matanya. Sedikit janggal Ajkar rasakan dengan perempuan yang baru dikenalinya ini.

“Awak siapa!”.

Tanya Ajkar dengan perasaan yang curiga terhadap perempuan yang berada di hadapannya ini.

“Aku Bella.”.

Jawab Bella.

“Ni nombor aku. Kalau kau ada apa-apa nak aku bantu, call je number tu.”.

Bella berdiri semula dari meja Ajkar. Mahu menyambung kerjanya semula. Nasib sahaja bos di retoran itu tidak nampak pergerakannya. Apapun dia sudah berjumpa dengan Ajkar secara bersemuka. Ajkar memerhati nombor Bella dan masih ragu-ragu dengan prilaku Bella. Dia terus menyelidik siapa Bella dan akan berfikir semula untuk menerima tawaran dari bantuan Bella itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience