BAB 22

Family Series 2595

Di rumah Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita, bersama dengan anak bongsunya, Faridah baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh berjemaah.

“Abang, jarang betul dapat solat jemaah dengan anak kita nih. Nita harap kita dapat lah berjemaah kat rumah ni sama-sama dengan Fadzil,Farhad dengan Lina. Nita rasa seronok pulak kalau ramai-ramai dapat solat berjemaah sama-sama tanpa ada masalah” kata Puan Yusnita.

“Abang rindukan anak-anak kita. Maklumlah Fadzil dengan Farhad dah besar panjang, ada kerjaya sendiri. Tinggalah anak bongsu manja sorang nih. Abang syukur sangat bila Fadzil dah terima kita semula. Farhad tu saya tak tahu lah. Hm” kata Encik Shuhaimi mengeluh.

“Empat hari lagi kita dah nak raya bang. Abang rasa Farhad tu boleh maafkan kita ke ? Nita bersalah sangat dekat dia dulu” kata Puan Yusnita.

“Abang tak tahu lah nak buat macam mana. Sampai bila Farhad nak jauhkan diri dari kita nih. Kisah silam apa yang berlaku dulu pada Farhad dia masih simpan lagi Nita. Takperlah sayang, sabarlah” kata Encik Shuhaimi.

“Abang, andai kata Ramadan ni Ramadan terakhir Nita, Nita nak mintak maaf dengan abang dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nita sayang abang sangat-sangat. Abang kena janji yang abang jaga anak-anak kita dengan sepenuh hati” kata Puan Yusnita sambil menangis.

Faridah yang sedang membuka telekungnya terkejut dengan apa yang ibunya cuba sampaikan.

“Mama !! Mama jangan lah pergi !!! Ida sayang sangat dengan mama. Ida nak mintak maaf dengan apa yang Ida buat selama ni” kata Faridah menangis sambil memeluk ibunya.

“Ida kenapa menangis nih. Takde apa lah mama tu saje je nak usik ayah dengan Ida. Dah dah jangan nangis. Pergi masuk bilik kemas-kemas baju. Pukul 8 kita nak bertolak. Takut sesak pulak kat highway nanti. Dah dah Ida” kata Encik Shuhaimi.

Faridah melepaskan pelukannya lalu bangun dengan lemah dan menuju keluar dari bilik ibu dan ayahnya.

“Awak, tak baik lah cakap camtuh. Depan anak kita tuh. Awak tahu kan anak kita macam mana. Ida sayang sangat dengan kita. Walaupun ada masalah dalam family kita, Ida selalu faham dengan masalah kita nih” kata Encik Shuhaimi.

“Saya faham bang. Nita cuma rasa je. Janji dengan saya yang abang akan jaga anak-anak kita bila saya dah pergi. Nita harap nak tengok anak-anak kita berbaik semula” kata Puan Yusnita.

“Nita jangan la cakap camtuh. Walau apa pun, Nita tetap isteri abang. Sesibuk macam mana pun abang nih, Nita sayang abang kan ? Insyaallah masalah kita akan selesai. Pagi nanti kita nak pergi rumah mak kan. Kita ni dah berapa lama tak jumpa mak, rindu sangat” kata Encik Shuhaimi. Isterinya mengangguk sahaja.

“Awak ingat tak dekat abang saya, yang namanya Yusof” kata Puan Yusnita.

“Yusof ? Abang ingat sangat, abang memang tak suka dia. Dia tu anak sulung, tapi nak tolong mak sendiri memang susah sangat. Si Yusof tu lah yang tak suka bila awak nak kahwin dengan saya dulu disebabkan abang ni orang kaya. Dia ingat orang kaya ni jahat dan suka menghina orang kampung ni miskin la kedana lah. Abang bukan macam tuh tau. Yusof je yang salah anggap dengan abang. Awak tak ingat ke yang dulu abang awak tampar awak dulu sampai terhantuk dekat bucu meja kaca ?” kata Encik Shuhaimi sambil mengingati kisah silamnya.

Puan Yusnita memegang kepalanya yang berada di sebelah kanan. Dia merasakan ada parut yang menandakan kepalanya pernah dijahit 10 jahitan kerana kecederaan yang serius setelah ditampar oleh abangnya sendiri sehingga terjatuh lalu terhantuk pada bucu meja kaca.

“Saya kalau nak ingat balik memang saya rasa sakit je lagi. Salah saya dulu degil nak jugak kahwin dengan awak. Dia marah sampai tampar saya sampai kepala saya berdarah dulu. Haih saya benci sangat dengan dia sampai sekarang. Dia anggap orang kaya senang nih jahat betul” kata Puan Yusnita.

“Anak-anak dia tuh ? Irah dengan Isha tuh sekarang mak jaga kan ? Sejak Yusof keluar dari rumah sampailah sekarang tak balik-balik langsung. Kata nak cari kerja. Dah dekat 5 tahun tau. Bini dia dah meninggal pun tak nak jalankan tanggungjawab sebagai ayah bawak lah dia jaga diorang tuh. Awak pernah jaga diorang kan masa kecik dulu. Sebelum kita pindah KL kan. Fadzil dengan Farhad pun budak-budak je lagi selalu main dengan diorang. Ida masa tuh pun dalam perut awak lagi hahaha” kata Encik Shuhaimi tergelak.

“Saya ingat bang. Saya tak pernah benci anak-anak Yusof nih. Amanah dari mak supaya jaga diorang sampailah besar sedikit. Alhamdulillah lah diorang semua dah sekolah. Bayangkan lah mak memang ramai kawan-kawan dia yang bantu diorang sampai lah dapat bersekolah. Orang-orang kampung mak ni baik sangat. Takde pun rasa benci and pulaukan diorang terus. Cuma yang tak kena Yusof sorang je” kata Puan Yusnita.

“Abang tak tahu lah keadaan dia macam mana. Tahun lepas masa kita raya, Yusof tak balik pun rumah mak. Mungkin dia tahu yang kita dah ada kat rumah. Kesian Irah dengan Isha tuh” kata Encik Shuhaimi.

“Yelah bang. Diorang asyik tanya je bila lah ayah nak balik rumah tengok diorang tuh. Luluh hati kita dengar. Ingat tak?” kata Puan Yusnita.

“Ingat Nita. Kesian sangat dekat diorang. Takperlah takyah la fikir sangat. Abang nak pergi toilet sakit perut lak lepas sahur tadi” kata Encik Shuhaimi.

“Awak okay tak bang ? Sakit sangat ke ? Makan tak betul kot bang” kata Puan Yusnita.

“Takdelah. Biasalah meragam je perut abang ni. Takperlah abang tak tahan nih. Kejap tau” kata Encik Shuhaimi dengan cepat-cepat masuk ke dalam tandas.

Puan Yusnita melihat sahaja gelagat suaminya itu.

Faridah masih lagi menangis di dalam bilik. Dia teringat kata-kata yang diucapkan oleh ibunya tentang Ramadan terakhir.

“Walau apa pun yang jadi, aku tak nak mama tinggalkan aku,ayah aku and abang-abang aku. Aku sayang mama...jangan ambil nyawa ibuku ya Allah. Aku masih menyayangi ibuku, sama juga abang-abangku masih lagi merindui ibuku” kata Faridah sambil menangis.

.

Sementara itu di Pelabuhan Klang....

Dushhhh !!!

Satu tumbukan yang padu dari Halim Tokan kepada Bakar sehingga terjunam ke lantai. Kamal melihat sahaja rakannya ditumbuk oleh bosnya.

“Macam mana korang buat kerja nih hah ? Mamat tu susah sangat ke nak tangkap ? Korang baru sampai kat sana dia dah blah macam tu je” kata Halim Tokan.

“Aduh bos mana lah kita tahu. Belum apa-apa lagi motor dia beg semua dah lesap. Dia macam tahu je yang saya dengan Bakar datang” kata Kamal.

“Kenapa kau bodoh sangat nih ? Kau boleh je kan perangkap dia kan. Parking jauh sikit ke bagi mamat tuh tak nampak dan lepastu pergi jelah tangkap dia terus. Apa susah korang nih?” kata Halim Tokan.

“Bos. Agak-agaklah tempat public pun. Lagipun dia tengah makan. Kalau orang ramai perasan mampus la saya dengan Bakar kena tangkap pulak” kata Kamal.

“Apa guna jadi jahat kalau penakut macam nih. Haih tak boleh pakai korang nih. Lebih baik mampus je korang nih” kata Halim Tokan sambil mengeluarkan pistolnya.

Fahmi yang kebetulan masuk ke dalam rumah menahan Halim Tokan yang sedang mengacu pistol ke kepala Bakar.

“Halim. Apa yang kau buat nih ? Benda dah jadi kan. Lagipun sekarang ni aku dah dapat tahu siapa abang dia tuh. Kita plan dulu macam mana. Kau tembak dua ekor tu takde guna Halim” kata Fahmi.

“Okay fine. Apa yang kau tahu pasal Farhad dengan abang dia?” kata Halim Tokan.

“Sabar. Pagi nanti aku bagitau. Nih Jali dengan Khai panggil kau. Stok yang dekat pelabuhan tu baru sampai” kata Fahmi.

“Kau jangan main-main Fahmi. Aku kalau boleh nak dia langsaikan hutang barang-barang aku. Pasal dia dengan kawan dia tuh habis jahanam barang aku tuh tahu tak” kata Halim Tokan.

“Aku tahu Halim. Tapi kau chill dulu. Sekarang kita pergi tengok barang baru sampai. Barang tu jarang dapat tau. Mood kau mesti okay punya” kata Fahmi sambil tersengih.

Halim Tokan menyimpan pistolnya itu lalu menuju ke luar rumahnya. Fahmi memapah Bakar yang cedera ditumbuk oleh bosnya.

“Takper kalau tak dapat tangkap dia. Aku dengan Halim nak plan nak dapatkan dia. Korang takyah join nanti. Jaga je tempat nih” kata Fahmi.

“Okay Fahmi. Terima kasih tolong aku weh. Kau memang berguna untuk kitorang. Aku dah lama simpan dendam dengan abang dia sebenarnya. Dapat tengok dia mampus sekali dengan adik dia pun aku dah puas hati gila” kata Bakar.

“So kau dah kenal abang dia kan. Dia tuh dah main langsi dengan aku. Sakit gila dia rembat aku malam tadi. Kalau aku dapat dia, aku tanam dia hidup-hidup” kata Fahmi.

“Memang pun Fahmi. Okaylah aku dengan si Kamal ni nak tidur kejap. Mengantuk sangat nih. Aku gerak dulu lah” kata Kamal.

“Okay aku nak pergi settle dengan bos. Jaga diri lah. Chaw” kata Fahmi lalu keluar dari rumahnya itu.

“Weh kau okay tak Bakar. Sial lah tak dapat pulak Farhad tuh. Tak pasal-pasal muka kau pecah kena tumbuk tadi” kata Kamal.

“Alah aku okay lah. Biar kita tak join asalkan aku harap Farhad dengan Fadzil mampus baru aku puas hati. Dah tak payah fikir. Baik kita pergi bilik tidur. Aku dah ngantuk gila” kata Bakar. Kamal dan Bakar masuk ke dalam rumah.

.

“Dik...dik...bangun dik. Adik buat apa dekat sini” Farhad terdengar satu suara seperti ada orang mengejutkannya dari tidur. Seorang pemuda yang separuh usia sedang mengejutkan Farhad.

Farhad tidur di masjid selepas menunaikan solat Subuh. Dia melihat jam tangannya menunjukkan pukul 8 pagi.

“Eh ya Allah sorry pakcik saya tidur sini. Erm sebenarnya saya baru habis kerja. Tadi saya sahur lepastu saya solat and then sy tertido kat sini...” kata Farhad.

“Ouh macam tuh. Maaf pakcik ganggu adik. Pakcik ni sebenarnya tengah bersihkan masjid. Tiba-tiba nampak adik tidur kat sini. Adik kerja kat mana?” kata pemuda itu.

“Saya kerja dekat Klang pakcik. Saya nak mandi dulu lepastu saya nak balik rumah. Pakcik tak ganggu saya tidur pun. Saya minta diri dulu pakcik” kata Farhad lalu bangun dan menuju ke bilik air. Pemuda itu tersenyum melihat Farhad lalu menyambung kerjanya.

10 minit kemudian Farhad selesai mandi dan menuju ke arah motosikalnnya. Dia berniat untuk pergi ke rumah sewanya untuk mengambil baju-bajunya yang tertinggal.

“Aku rasa barang-barang dalam rumah tu dah buang lah. Haih macam mana nih. Pergi jelah rumah tuh” kata Farhad dalam hati. Dia menghidupkan enjin motosikalnnya lalu bergerak menuju ke Klang.

.

Fadzil sedang duduk mengelamun di meja kerjanya. Jam di dinding pejabat menunjukkan pukul 10 pagi. Matanya tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Tiba-tiba tubuhnya ditepuk oleh rakan stafnya, Alex.

“Hah Fadzil you tersengguk-sengguk ni apasal. Mengantuk ke ? Ke you berangan something ?” kata Alex.

“Eh kau ni Alex. Aku ingat si Kamil sebab dia tepuk tubuh aku tau hari-hari. Kau ikut perangai si Kamil ke haih” kata Fadzil.

“Ada sikit-sikit lah hehehe. You lupa ke Kamil dah cuti awal sebab nak raya nanti?” kata Alex.

“I tahu lah. Hmm you buat apa kacau I nih. Ada kerja tak ?” tanya Fadzil.

“Takde pun. Eh lupa bos suruh you hantar document kerja dekat Miss Suzy tuh. Dia dekat Seksyen 2 tengah jumpa client. Dia lupa nak bawak la tuh. Ah biasalah Suzy tuh selalu lupa nak kena bawak benda-benda penting. Nasib tak jauh” kata Alex.

“Haih apa lah dia tuh. Semuanya kerja aku. Nasib baik lah aku tak busy sangat. Bos bagi aku rilek je sebab harini half day aku cuti. Petang ni aku dah gerak ke kampung. Hihihihi. Aku gerak duluu” kata Fadzil.

“Amboi banyak suka you dapat cuti separuh hari. Lepas raya nanti you sabar jelah lah dengan segala list kerja yang bertimbun tu hahahaha” kata Alex.

“Ah dah lah kau. Bagi lah chance sikit dekat aku. Aku nak enjoy release tension jap. Dahlah aku selalu ada masalah. Byee” kata Fadzil lalu keluar dari pejabatnya.

Sedang Fadzil pergi ke keretanya, dia ternampak Reza keluar dari bank dan menuju ke keretanya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan mengikuti kereta Reza.

“Mana kau nak lari Reza. Aku nak selesaikan hal ni dengan kau” kata Fadzil seorang diri.

Fadzil terus mengikuti kereta Reza dan sengaja menyalakan lampu tinggi dan berkelip beberapa kali untuk membuatkan kereta Reza berhenti di tepi jalan. Akhirnya Reza memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Reza keluar dari keretanya dan memeriksa keadaan kereta jikalau ada kerosakan. Fadzil keluar dari kereta dan menuju ke arah Reza. Sebaik sahaja Reza memalingkan kepalanya dia terkejut kerana orang itu adalah Fadzil. Dia cuba lari tapi sempat ditahan oleh Fadzil.

“Kau nak apa lagi hah Fadzil ? Kau dah pecahkan muka aku dulu sekarang kau nak buat apa lagi dengan aku” kata Reza.

Fadzil menumbuk perut dan muka Reza dan menolak Reza ke arah pintu kereta Reza.

“Kau pulangkan balik duit yang kau pinjam dengan bini aku dulu kalau kau tak nak arwah dekat sini” kata Fadzil.

“Hehehe. Itu je ? Ehh kau baru ingat bini kau ke. Dia tuh dah jadi janda dah. Dah dah lah tuh kau nak back up lagi bini kau. Bini kau tuh tak guna. Dasar gold digger semua benda mewah-mewah dia nak beli. Ingat aku anak dato ke” kata Reza.

“Kau cakap apa nih ? Aku nak kau pulangkan balik duit bini aku tuh. Aku tak peduli lah dia siapa. Kau pulangkan jugak. Mana duit kau” kata Fadzil sambil menghayunkan penumbuknya namun dia menahan.

“Bro. Aku mintak maaf. Aku dah terdesak sangat nih. Aku amik duit bini kau sebab aku nak settlekan duit ceti along tuh. Tadi aku keluarkan duit sebab nak langsaikan hutang dia. Betul Fadzil aku tak tipu kau” kata Reza dengan muka yang menggelabah.

“Itulah kau. Bodoh nak mampus. Kau takde duit lepastu pinjam ceti haram buat apa. Nah aku bagi kau duit sikit. Lepas nih aku tak nak tengok muka kau lagi dah dekat kawasan aku. Kalau aku nampak kau sekali lagi aku tanam kau hidup-hidup” kata Fadzil sambil memberikan Reza duit sebanyak 500.

“Okay Fadzil. Aku sebenarnya tak cukup nak bayar duit sewa rumah dengan kereta aku. Sebab tu aku pinjam duit dekat along. Kau betul ke nak bagi aku nih ?” tanya Reza.

“Betullahh. Kau nak ke mati sebelum raya nih ? Mak ayah kau tuh tunggu kau dekat kampung sana. Kalau apa-apa jadi dekat kau nanti apa perasaan mak ayah kau nanti. Dah baik kau blah dari sini” kata Fadzil.

Reza mengambil duit dari Fadzil dan masuk ke dalam kereta lalu bergerak meninggalkan Fadzil.

“Haih aku dah malas nak hadap semua nih. Malas jugak aku nak ada kaitan dengan dia lagi. Buat semak je otak aku bulan puasa nih” kata Fadzil seorang diri. Dia masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.

.

Azralina tersedar dari tidur. Rakannya Syaa hilang di sebelahnya. Dia turun ke bawah tangga dan melihat Syaa sedang menonton televisyen.

“Pukul berapa kau bangun ni Syaa. Kau dah mandi ke?” kata Azralina sambil menguap beberapa kali.

“Lah kau Lina baru bangun ke. Kau okay tak nih. Pucat je muka kau” tanya Syaa kepada Azralina.

“Ya Allah yeke. Teruk sangat ke. Meh aku bawak kau pergi klinik. Harini kau tak payah puasa. Dapat ubat terus makan nanti” kata Syaa.

“Tak nak la Syaa. Sikit je ni” kata Azralina.

“Benda la kau nih. Muka kau dah lain nih. Meh aku bawakkan. Selain pening kau ada rasa apa-apa ke ?” tanya Syaa.

“Kau tak tahu ke yang aku nih dah batal puasa pun. Pagi tadi aku pening rasa nak terkeluar isi perut aku. Then aku termuntah” kata Azralina.

“Lah yeke. Sampai kau pening nih mesti food poisoning nih. Kau naik atas mandi lepas tu aku bawak kau pergi klinik” kata Syaa.

“Nih bila kau nak balik kampung ? Jadi ke tak harini ?” tanya Syaa.

“Esok la Syaa. Lagipun aku tak kemas apa-apa lagi. Balik malam tadi letih gila Syaa. Aku nak sahur tadi pun nak tak nak je sebab mengantuk sangat. Aku makan pun macam tak lalu je” kata Azralina.

“Lina, better aku bawak kau pergi klinik. Aku macam dah mengagak something lah. Aku nak tanya kau. Berapa lama kau tak period nih ?” tanya Syaa.

“Lama jugak dalam berbulan-bulan nih. Pelik pulak kenapa period lama tak datang. Jangan jangan....” Azralina tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

“Kau tak payah nak jangan-jangan. Aku tahu sangat. Kau pergi siap-siap aku bawak kau pergi klinik sekarang” kata Syaa.

“Nanti la dulu Syaa. Aku cuma agak-agak je. Farmasi dekat je dengan area taman perumahan ni kan ? Kau belikan pregnancy test. Aku nak check dulu” kata Azralina.

“Mengada-ngada lah kau nih. Pergi je la klinik sana. Doktor bagitau lah kau nanti apa yang kau kena buat” kata Syaa.

“Syaa...laki aku kena tahu pasal hal nih. Tapi dia dah balik kampung kan...macam mana nih Syaa” kata Azralina.

“Allahuakbar apa yang nak kau takutkan. Tu zuriat dari laki kau sendiri kan. Bukannya orang lain. Yang kau nak gelabah ni asal” kata Syaa.

Azralina terdiam sahaja.

“Kau faham kan ? Dah kau naik atas pergi mandi. Aku tunggu kau dekat bawah ?” kata Syaa.

Azralina berjalan dengan lemah lalu menaiki tangga ke biliknya. Syaa melihat sahaja rakannya itu.

“Alhamdulillah ya Allah Lina dah nak dapat bakal cahaya mata diorang. Aku bersyukur sangat-sangat. Tapi diorang dah bercerai...hm” kata Syaa dalam hati.

Faridah sudah mengagak apa yang akan terjadi kepada ibunya nanti. Farhad pula masih lagi diburu oleh Halim Tokan dan geng-gengnya. Azralina memikirkan tentang bekas suaminya Fadzil kerana dia sudah mengalami tanda-tanda kehamilan. Stay tuned untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam keluarga Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience