BAB 10 : LAPAR

Humor Series 106134

‘Lapar’

Aku baca mesej yang masuk. Baru habis mandi, datang pulak mesej dari dia.

‘Masaklah’

Tahulah dia tu Millioniare, tapi kalau nak masak untuk diri sendiri takkan tak boleh kot. Dah biasa berdikari selama ni takkan bila dah jadi Millionaire tak boleh pulak?

‘Takde orang rumah nak tolong masak. Jom turun makan. Aku belanja. Aku ambil kau sekarang jugak. Get ready!’

Pandai pulak dia berseloroh. Macam nak aku tolong carikan seseorang pun ada. Aku terus call dia. Banyak kali. Dia tak angkat. Sakitnya hati aku. Aku dah malas nak gerak ke sana ke mari lepas Maghrib ni. Sakit kaki berjalan seharian siang tadi belum hilang takkan dah nak kena gerak semula? Hish, tak suka! Aku nak lunjurkan kaki dan rehat atas tilam aje. Aku pun lapar jugak tapi biasanya aku tahan aje lapar aku sampai esok pagi. Malas keluar bilik, malas nak masak, malas bancuh air walaupun instant. Semuanya aku malas. Ni lah rutin aku lepas pulang kerja, malas! Syukurlah tak kahwin lagi. Kalau tak, memang dah kena maki hamun oleh mak mertua. Menakutkan!

Sedang aku layan perasaan, tiba-tiba, satu mesej whatsapp datang.

‘Dah nak sampai. Dalam lima minit. Kau keluar sedia, k? Malas aku nak tunggu lama-lama’

What?! Biar betul dia ni? Dia memang betul-betul lapar! Matilah aku! Aku belum ready apa-apa lagi!

Aku buang terus comforter yang sejujurnya aku dah tak boleh lepas tu. Cepat tu jugak aku lompat dari katil dan mendarat atas lantai. Terus sarungkan jubah baby blue yang aku baru beli minggu lalu. Lepas tu sarungkan pulak shawl instant Naelofar kat kepala aku. Laju, tangkas, pantas dan ringkas! Aku tampal foundation Original Raw je kat muka aku dan lepas tu keluar cepat-cepat dari bilik. Tak sangka aku akan pakai jubah yang aku baru beli buat pertama kalinya ni untuk makan malam dengan dia.

“Yana! Aku keluar ni,” aku ketuk pintu bilik dia. Dia pun macam aku jugak. Asyik habiskan masa dan kurungkan diri dalam bilik kalau takde kerja lain nak buat. Kami ni macam dua orang strangers yang hidup berbumbungkan atap yang sama sahaja. Kalau tak kerja kat tempat yang sama jangan harap akan terjalinnya ikatan silaturrahim.

“Ha?” dia sembulkan muka dia kat muka pintu.

“Aku nak keluar ni,” aku bagitahu sekali lagi.

“Keluar dengan sape? Kau tu bukannya ada kawan makan selain aku kat dunia ni.”

“Eh, mengejek nampak?”

“Bukan tu ke realiti kehidupan kita berdua yang single dah nak bergelar andartu ni, cik Arisa, sahabat dunia akhirat aku oi?” kali ni dia buka pintu bilik dia luas-luas, bertentang empat mata dengan aku.

“Kau je yang anak dara tua. Aku tak,” aku pura-pura nak naikkan modal saham aku.

“Eh, tak cerita pun...” hmm, nak mengoreklah tu. Takkan terkorek punya sebab tu hanya dalam imaginasi dia aje.

“Nak tapau tak?”

“Nak laa... Lapar ni.”

“Nak apa?”

“Apa-apa yang boyfriend kau makan.”

“Eh?” aku kerut dahi, dia sengih. Tiba-tiba, kedengaran bunyi kereta berhenti luar rumah dan hon beberapa kali. “Tu, boyfriend kau dah datang tu,” kami berdua menjenguk dari tingkap. Aku tak pasti pulak tu dia. Betul ke dia dah ada kat depan rumah sewa aku dan Yana ni? Macam tak percaya pulak. Nak mintak sepak pulak dia ni main hon tu waktu Maghrib macam ni.

“Hish, dia ni sengallah. Tak pasal-pasal kau yang kena sound nanti.”

“Aku pulak? Kaulah. Cepatlah, boyfriend kaya kau dah datang tu.”

Aku cebik bibir. “Dia dah ada girlfriendlah,” aku cakap aje. Tak tahu betul atau tak. Yelah, takkanlah seorang yang kaya, tinggi, berkepimpinan, berwawasan dan agak hensem pada pandangan mata aku, takde girlfriend, kan? Mustahil! Walaupun si Firhana tu cakap dia tak percaya kat perempuan, tapi dia sendiri tak tahu kalau-kalau si Mr. Millionaire ni ada girlfriend diam-diam. Lebih-lebih lagi bila Mr. Millionaire ni boleh aje pilih mana-mana perempuan yang dia nak. Perempuan pun mesti banyak yang usha dia cuma dia yang jual mahal. Dah berjaya mestilah nak yang setaraf dengan dia aje. Berputih matalah si Firhana rambut ikal dan perasan cantik tu kalau tahu Amril ni ada girlfriend. Aku gelak kenangkan dia. Baru dia tahu aku ni jahat macam evil!

“Okey, baiklah. Aku faham. Dia ajak kau keluar makan malam-malam begini sebab dia ada girlfriend yang kerja model. Oleh sebab girlfriend dia tu seorang model, kenalah diet dan tak makan malam. Jadi, terpaksalah boyfriend dia yang Millionaire kat luar tu ajak kau makan, kan? Jangan risau. Rahsia kau tersimpan sangat rapi kat aku,” dia senyum mengejek. Aku perhati aje mulut dia yang potpet buat cerita tak betul. Aku memang nak perhati dia dengan pandangan tajam lebih lama lagi kalau hon tu tak berbunyi! Dua-dua manusia ni memang nak kena!

“Tak tahulah pulak kalau girlfriend dia tu model,” aku sambung ulasan Yana. Ingat aku ni tak reti main sambung-sambungkan cerita ke? Aku lagi hebat masa kat universiti dulu. Siap passing up kertas ke seluruh kelas melalui kawan yang duk sebelah masa pensyarah mengajar kat depan.

“Aku yakin, girlfriend model dia tu dah anorexia dah. Kejap lagi, kaulah jadi girlfriend dia sebab kau kuat makan. Takdelah makan alone selalu,” okey, baiklah. Tahap imaginasi Yana ni pun hebat jugak. Mungkin dia pun main passing up kertas kat rakan sebelah waktu kat uni dulu. Kalau bukan pasal bunyi hon tu, nak aje aku stay kat sana, sambung dan bidas balik cerita khayalan dia.

“Kau tunggu aku balik, aku nak revenge.”

“Baiklah, cik Arisa, sayang...” dia lambai. Senyuman mengejek tu masih tak lekang dari bibirnya.

“Tunggu!” aku sarungkan stoking cepat-cepat dan keluar.

“Ya, aku tunggu! Jangan lupa makanan aku tau! Lapar ni...” sempat dia mengingatkan aku pasal makanannya tu.

“Hish, bunyi hon tu tak boleh lagi kuat ke?” aku mendengus sebaik sahaja labuhkan punggung pada kerusi sebelah pemandu. Bukan lagi Jaguar XJ yang selalu dia bawa tu. Kali ni, Ferrari. Tak sangka, dapat jugak aku dudukkan diri dalam kereta Ferrari yang menjadi idaman qalbuku. Wangi, bersih dan berkilat. Dia memang jaga kereta bagaikan nyawa dia sendiri. Yelah, kereta mahal. Siapa tak nak jaga baik-baik? Ratus ribu habis kat kereta mestilah nak jaga bagai nyawa sendiri, ye tak? Tapi aku tak rasa kereta dia ni ratus ribu. Kereta dia ni dah masuk juta!

Hmm, kalaulah ini kereta aku...

“Boleh je. Nanti aku suruh tambahkan banyak hon lagi ye?” dia kerling sekilas kat aku sebelum keluar dari kawasan perumahan tersebut. “Aku dah cakap, aku tak nak tunggu lama, kan? Kita kena cepat lakukan sesuatu nanti peluang tu terlepas kat orang lain...” dia mulakan perbualan antara kami. Macam senyap sunyi aje dalam kereta dia ni meskipun berdendangan lagu Senyum Lagi dari corong speaker kereta, low aje bunyi tu. Aku suka. Tak bingit.

“Yelah. Minta maaf...” malaslah nak dengar nasihat Millionaire dia malam-malam begini. Apatahlagi sekarang ni masa baring aku atas tilam. Simpan dulu nasihat Millionaire tu, esok sambung lagi, bisik aku dalam hati. Macam nak terlepas cakap aje tadi.

“Buat apa tadi lambat sangat bersiap?”

“Biasalah perempuan memang lambat bersiap pun,” jawab aku malas. Aku memang malas semalas-malasnya bila masa baring aku diganggu. Hilang mood bila terfikirkan esok kena bangun awal pagi nak pergi kerja. Kerja dengan dia, berjogging awal pagi. Dia ni dahlah tepati masa dan punctual. Lepas tu, kami masing-masing hanya berdiam diri. Dia tumpukan perhatian pada pemanduan dan aku layan aje lagu-lagu yang keluar dari corong speaker tu.

“KAU makan kat tempat macam ni jugak ke?” aku tanya dia. Aku cuba berfikiran positif niatkan dalam hati untuk ambil kesempatan ni nak kenal dia dengan lebih rapat lagi. Mungkin aku akan nampak karakter dia yang aku tak nampak waktu dalam pejabat. Mungkin dia ada personaliti yang berbeza, personaliti semasa kat pejabat dan juga semasa kat luar pejabat, kan? Entahlah, siapa tahu?

Malam ni dia pakai smart casual aje. Baju berkolar hitam dilipat hingga paras siku dengan seluar denim, gelap. Dah takde business dress dia macam selalu; suit and tie. Ada gaya dan stylelah dia ni. Pandai pilih pakaian mengikut occasion. Rasa kalah pulak aku sebagai seorang wanita. Kalau orang tengok kami berdua, mesti orang akan katakan dia lebih bergaya. Dah banyak duit, mestilah pakaian pun dah upgrade, kan?

Aku kalau bergaya macam tu, memang takkan langsailah setiap hutang aku. Aku tak naklah jadi macam Rebecca Bloomwood dalam filem Confession of a Shoppaholic tu. Habiskan duit sekadar untuk shopping hingga dikejar oleh bank. Please no, tak nak! Aku tak sanggup hidup dikejar oleh stalker bank! Sanggup berpegang pada prinsip, biar papa asalkan bergaya, tu bukan prinsip aku. Tapi untunglah Rebecca Bloomwood tu sebab kahwin dengan Millionaire, ye tak?

“Kenapa? Tak boleh?” dia pulang soalan kat aku.

“Yelah, kau tu kan Millionaire. Tempat macam ni manalah orang macam kau ni nak pandang,” dia berhenti melangkah, tiba-tiba.

“Siapa cakap aku tak makan kat sini?” suara dia menakutkan.

“Err.. aku?” aku jawab takut-takut.

“Tempat macam nilah yang banyak berjasa kat aku, tau tak? Kalau nak tau, tempat macam ni lah perbincangan bisnes juta-juta berlaku,” dia sambung langkah semula.

“Ye ke?” dia angguk. Kami duduk bertentang kat satu meja bulat. “Macam mana pulak?” belum sempat dia jawab soalan aku, seorang pelayan datang dan bertanyakan apa yang kami nak makan.

“Tomyam ayam,” katanya.

“Tomyam seafood, makan kat sini dan sebungkus tom yam ayam, tapau,” kataku, hampir serentak dengan dia. Hmm, ni semua Iryana punya pasal. ‘Apa-apa yang boyfriend kau makan’ eh? Balik nanti tahulah aku nak kerjakan dia macam mana.

“Ikut-ikut pulak kau, eh?”

“Perasan. Dah terang-terang signboard atas tu tulis Tomyam Restaurant,” dia sengih dan meminta segelas Teh O dan segelas air suam. Agak pelik jugak perangai dia ni bila aku dah kaji beberapa hari.

“Kenapa minta dua gelas air?” soalku sebaik sahaja pelayan itu berlalu pergi, membawa bersama pesanan kami yang ditulis pada sekeping kertas.

“Teh O tu memang aku nak minum. Air suam tu pulak aku memang perlukannya. Kena minum air untuk keep us hydrated. It helps increase our level of alertness and also fuels our brain. So, jangan lupa minum air banyak-banyak tiap hari, okey?” dia bagi nasihat kat aku pulak. Macam tau-tau aje aku ni jenis kurang minum air. Oleh kerana dia adalah seorang Millionaire yang dah terbukti kejayaannya, mungkin aku akan mula praktikkan bermula hari ini.

Lesson learnt, thank you Mr. Millionaire!

“Aku ada soalan.”

“Apa dia?” aku berikan sepenuh perhatian aku kat dia.

“Captain Mark is the captain of the ship. The captain of the ship is Captain Mark. What is the name of the ship. Hmm, apa jawapannya?” aku gelak, tak sangka tu pulak soalannya. Adoilah, Millionaire ni...

Sejak aku berikan soalan jenis uji otak kiri kat Bandung dulu, dia pulak yang semakin syok nak cari soalan dan soalkan kat aku. Nak aku tunjukkan kebodohan aku kat dialah tu. Well Mr. Millionaire, that is not going to happen. Because I’m not that easy to be fooled. Aku bisik dalam hati.

“Ni tak adil. Aku tak dapat jawab hanya dengan soalan macam ni. Tulis untuk aku,” pintaku mengambil sehelai tisu dan berikan padanya. Dia keluarkan ballpen hitam yang mempunyai namanya, Amril Armand pada pen tersebut, cantik! Dah tak tahu nak buat apa dengan duit lagi sebab tulah dia minta orang ukir nama dia pada ballpen kot, kan? Hmm, kalau aku kaya aku akan buat benda yang sama jugak ke? Haha! Perasan akan jadi kayalah aku ni.

Well, tu semua adalah doa dan fikiran yang positif. Jadi, aku kenalah berfikiran positif untuk jadi kaya, kan?

Selesai tulis, dia beri tisu tu semula kat aku. Aku baca dan teliti. Hmm, the ship? Mark, mungkin? Tak, ada sesuatu yang tak kena. Aku baca lagi. Captain Mark is the captain of the ship, the captain of the ship is Captain Mark. What is the name of the ship. Apa? Apa nama kapal ni? Urgh! Lagi, aku ulang baca dalam hati lagi. Aku nampak dia dah gelak-gelak sendiri. Tak, aku takkan tunjukkan yang aku tak boleh jawab.

“The ship,” jawabku. Terus dia gelak habis. Geleng kepala. Memaksa aku untuk baca semula dan teliti setiap perkataan sekali lagi. “Aku tak tahu!” teriakku sedikit kuat dengan mata masih meneliti setiap bait perkataan tersebut. Soalan macam ni sengaja nak buat orang nampak bodoh tapi aku takkan sekali-kali tunjukkan yang aku ni tak tahu. Sedih.

“The captain of the ship is Captain Mark,” jawabku sekali lagi.

“Tet, wrong answer!” lagi sekali gelak.

Hmph! Aku tak suka jawab benda yang buatkan aku nampak bodoh. Aku baca lagi, tak puas hati ni! Kali ni, aku ambil masa yang sangat lama. Aku tak peduli langsung dengan pesanan kami yang dah diletakkan kat atas meja.

“Jomlah makan dulu. Lupakan pasal si Kapten Mark tu...” katanya menghulurkan sepasang garfu dan sudu kat aku. Aku ni jenis tak boleh beralah. Mesti nak jawab jugak dan jawapan aku tu mesti betul, mesti! Selagi aku tak selesaikan teka teki gila ni, aku akan fikirkannya selama-lamanya. Okey, mungkin bukan selama-lamanya tapi hingga satu tahap yang akan buatkan aku stres sendiri. Dia ni suka buat aku stres.

“Kau makan dulu. Aku nak jawab jugak.”

“Makan dulu, lepas makan sambung cari jawapan balik.” dia gesa juga. Akhirnya, aku pun capai garfu dan sudu yang dia hulur tadi. Entah apa magik yag dia pakai dapat buat aku turuti kata-kata dia. Kalau orang lain, memang takkan berjaya. “Aku makan dulu,” katanya terus menyuap tom yam ayam masuk dalam mulut dia. Sejurus lepas tu, dia buka mulut besar-besar dan mengipas mulutnya menggunakan tangan kiri.

“Panas!” katanya masih mengipas mulut. Keluar asap agak berkepul-kepul ke udara. Drama betullah dia ni.

“Padan muka, gelojoh sangat! Mesti kau tak baca doa, kan?” aku baca doa dan makan. Makan nasi dulu, nasi tu taklah sehangat panas tom yam tu. Takkanlah aku nak tunjukkan yang aku pun sama rakus macam dia, kan?

“Lupa,” dia teguk pulak Teh O tu laju.

Oops! Tak sempat aku nak halang! Sekali lagi, dia kipas mulutnya. Kali ni, menggunakan kedua-dua belah tangan. Double panas tu. Huuu, dia ni memang agak pelik sikit. Bukan sikit, banyak! Millionaire memang macam ni ke? Ada pelik-pelik sikit? Ada gila-gila sikit?

“Panas!” katanya lagi. Confirm dah terbakar lidah!

“Tak sempat nak halang, kau dah minum,” aku suap sesudu nasi masuk ke dalam mulut. Dia duduk bersandar pada kerusi, mengeluh.

“Hrmm, what a night!”

“Kau tu yang tak pandang-pandang. Main redah je.”

“Sebab kau ada kat sini kot, kan?” dia sengih pandang aku. Apa hal pulak dia ni? Nak bagi aku blushing ke? No way! In your dream, Mr. Millionaire!

“Jadi, macam mana perbincangan bisnes juta-juta boleh berlaku kat tempat macam ni?” aku soal dia, kembali kepada watak interviewer aku. Aku rasa aku memang dilahirkan untuk menjadi journalist. Ada sahaja soalan aku untuk lelaki kat depan aku ni. Lagipun, aku kena kaji pasal diri dia semaksimum mungkin sebelum akhir bulan ni. Kenalah gunakan segala masa dan peluang yang ada.

“Kat tempat macam ni lah perbincangan juta-juta selalu berlaku. Jumpa kawan yang punya goal dan target yang sama. Sharing stretegy, sharing ilmu, bawa balik rumah dan praktikkan. Takde makna sharing kalau tak lakukan satu perubahan dalam diri,” dia teguk secawan air sejuk. Aku setuju dengan kata-kata dia sebab aku pun berpegang pada prinsip yang sama. Kiranya, aku ni agak business-minded, ye tak? Aku gurau jelah. Aku tak berani ambil risiko.

“Sebelum bergelar Millionaire, aku tak makan kat tempat-tempat mewah. Nak jumpa klien, mesti kena keluarkan duit. Nak rapat dan adakan hubungan rapport dengan klien mestilah kena korban duit. Takkan nak ajak jumpa tapi tak belanja, kan? Klien mesti akan minta belanja walaupun hakikatnya kita bukannya berduit sangat pun. Apa yang paling penting, hubungan dengan klien tu, networking. Bila dah ada network, kerja yang lain dah jadi senang sebab dari networking orang akan percaya dengan kita. Lagi-lagi dalam bisnes aku ni yang sentiasa perlukan orang untuk melancong. Kalau orang tak melancong, aku memang dah lama bankrap. Syukurlah ada tempat macam ni, bolehlah berjimat. Kalau hari-hari makan kat tempat mewah, memang pokailah aku, tak sempat nak bergelar Millionaire. Tapi biasanya, kalau jumpa klien, aku akan bawa makan kat tempat yang sekurang-kurangnya tiga bintang. Barulah senang nak close deal,” dia taik nafas sebelum sambung semula. “Lagipun, makan kat tempat begini lagi best instead the fact that, makan kat tempat mewah pun best jugak. But who cares, I have nothing to prove to anyone anymore,” dia jongket bahu lantas berikan senyuman kat aku.

Aku rasa, wow! Aku akan quote kata-kata dia ‘I have nothing to prove to anyone anymore’ tu masuk dalam jurnal dan ruangan aku nanti. Pasti!

“Kau mesti fikir aku nak bawa kau makan kat restoran mewah, kan? Sebab tu pakai cantik-cantik macam ni, kan?” dia gelak ketawakan aku.

“Perasan! Aku ni independent woman. Aku boleh pergi sendiri kalau aku nak, tak payah nak guna lelaki bagai,” hmph! Biar dia tahu prinsip aku. Ingat aku ni mata duitan sangat ke macam perempuan-perempuan dia yang lain tu? Err, rasa nak tahu pasal ex-es dia pulak. Tak percaya sungguh yang dia baru aje komplimen aku tadi. Dia cakap aku cantik?

“Yelah, fine. Kau independent woman. Tapi, mesti nak dapatkan lelaki yang kaya untuk dikahwini jugak, kan?” soal dia lagi.

“Hmm, kalau jodoh aku tu kaya, tu satu bonus! Tapi Fac kata, lelaki diuji sewaktu dia punyai segala-galanya...”

“Dan perempuan diuji sewaktu dia tidak punya apa-apa...” dia sambung sebelum aku sempat habiskan ayat aku.

“Kau pun tahu pasal benda tu,” aku sengih.

“Of course I am! Siapa tak tahu benda macam tu?” betul jugak kata dia. Aku akui, dua benda tu betul.

“Macam pernah alami je,” aku cuba nak mengorek.

“Kau pun macam pernah alami je,” bidas dia pulak. Pandai dia gunakan ayat aku kenakan aku semula.

“Taklah. Aku tak pernah alami benda macam ni.”

“Kenapa? Semua boyfriend kau takde yang kaya ke?” soalnya dalam nada mengejek. Suka nak ejek orang lain. Mentang-mentanglah kaya, kan? Begitu pulak soalan yang dia ajukan kat aku. Hmph! Padan pulak dia dengan Firhana tu bila dia tanya soalan macam ni. Satu spesies.

“Bukan, aku cuma tak pernah bercinta,” ujarku perlahan. Malu nak mengaku, nanti dia cakap tak laku...

“What?!” gila besar suara dia sampaikan semua orang alihkan pandangan diorang tengok kami berdua dengan pandangan pelik. Tetapi beberapa saat lepas tu, semua orang kembali sambung dengan perkara masing-masing, tak hiraukan kami dah. “Takkanlah perempuan cantik, tinggi, putih macam kau ni tak pernah bercinta?” dia menyoal dalam ketidakpercayaan.

“Kenapa? Tak percaya?” dia angguk banyak kali dengan kerutan di dahi yang semakin ketara. Pandangan dia turut menunjukkan yang dia sangat tak percaya dengan kenyataan aku tadi. Aku letak sudu dan garfu atas pinggan dan pandang dia. Gembira bila dia sebenarnya mengakui aku ni cantik. Rasa nak gelak kuat-kuat. “Aku nak tanya. Perlu ke bercinta dalam hidup ni? Lelaki basically tak boleh dipercayai. Well, I’m an independent woman. Aku tak perlukan lelaki dalam hidup dan tak sunyi lagi walau tanpa cinta dari lelaki. Erk, gelinya cakap macam ni,” aku cepat-cepat teguk air untuk hilangkan kegelian tersebut. Rasa nak termuntah pun ada jugak dengar diri sendiri menuturkan ayat tersebut. Peliknya bila sedar yang aku sedang bagitahu prinsip aku kat dia. Aku sendiri pelik dengan diri aku sendiri.

“Nampaknya kau jenis tak percayakan lelaki.”

“Aku dengar, kau pun jenis tak percayakan perempuan.”

“Tapi tu bersebab. Kau tak.”

“Apa sebab kau?”

“Makanlah. Aku dah nak habis ni. Aku tinggalkan kau nanti,” aku suap Tom Yam masuk dalam mulut. Aku fikir, dia masih tak bersedia nak kongsi cerita dengan aku. Takpe, satu hari nanti aku akan tahu jugak. Kena rapat lagi dengan dia. Bak kata dia, networking. Bila orang dah percaya, urusan lain akan jadi mudah. Aku akan gunakan apa yang aku pelajari dari dia untuk korek segala rahsia dia. Aku senyum sendiri sambil mataku memandang tisu yang bertulis dengan tulisan dia tu. Aku baca balik-balik dalam hati. Aku rasa ada yang tak kena dan tak semena-mena aku tahu apa yang aku tak perasan tadi.

“Aku tahu!” teriakku agak kuat kat dia. Taklah sekuat teriakan dia hinggakan orang lain pandang kami tadi. Dia pandang aku dengan kerutan di dahi.

“Apa?”

“What,” jawabku.

“What? What, what?” tanya dia pulak.

“The name of the ship.”

“Ooh,” itu aje balasan selamba dia seraya suap Tom Yam masuk dalam mulut.

“Itu je?” soalku dengan kening yang aku sengaja aku kerutkan.

“Itu je apa?”

“Itu je respon kau?”

“Jadi kau nak aku tepuk tangan ke?” hish! Kurang asamlah Mr. Millionaire ni.

“Yelah, tunjuklah gembira sikit bila aku dah jawab betul.”

“Yeah!” dia tepuk tangan tiga kali. “Aku belanja. Tak puas hati lagi?” tak fahamlah aku dengan dia ni. Okeylah, fine. Kalau itu reaksi dia aku kena biasakan. Aku pun sambung makan.

“Tahniah, Arisa sebab jawab soalan aku dengan betul. Tak sangka kau dapat jawab soalan aku tu. Aku dah usaha cari soalan yang aku fikir susah. Kiranya, kau ni susah nak dikalahkan,” dia sengih. Menyandarkan tubuhnya pada kerusi dan mengelap bibir. Aku pandang dia.

“Macam tulah nak hargai usaha orang lain.”

“Eleh. Ingat aku tak hargai usaha orang lain ke? Kalau aku tak hargai, dah lama employees aku tu lari.”

“Yelah, tu bidang lain.”

“Jadi, kita bidang lainlah ni?”

“Ha’ah,” aku angguk.

“Hmm, I see. Kita bidang apa pulak?”

“Kawan?” dia diam, pandang aku dalam-dalam. Aku kena dapatkan kepercayaan dia untuk korek semua rahsia dia.

“Hmm, aku suka perkataan tu tapi rasanya aku dah pernah hulurkan tangan tanda persahabatan, kan? Kau aje tak nak. Kawan tu kena ada waktu susah dan senang. Dapat ke kau buat macam tu?”

“Inshaa Allah.”

“Jangan gunakan perkataan tu kalau tak mampu tunaikannya. Makna perkataan tu dah berjanji sebanyak 99.9 peratus,” katanya tegas menggunakan suara pemilik dan CEO kepada sebuah syarikat.

“Aku janji dengan kau. Aku tak khianati kawan aku selagi kawan aku tu tak khianati aku. Well, kalau dia dah khianati aku, kenalah aku buat benda yang sama dekat dia, kan? Aku ni bukan orang yang baik sangat untuk terus stay dalam satu hubungan dimana aku tak dihargai,” aku senyum.

“Kiranya kita ni samalah. Aku pun macam tu jugak. Lebih baik lari dari teruskan. Oleh sebab cara kita berfikir ni sama, sekarang ni, kau kawan akulah, kan? Kawan, secretary dan researcher aku?” dia jungkit kening kiri.

Oh my, hensemnya! Aku gelak kuat dalam hati. Tak boleh bagitahu benda ni kat dia nanti dia perasan.

“Ya. I can be those,” jawabku, dia sengih.

“Dah siap makan, kan? Jomlah jalan,” aku turuti aje. Kami tak bercakap apa-apa sampai ke kereta dia. Waktu dalam kereta pun macam tu jugak.

“Eh, ni bukan jalan ke rumah aku,” aku beritahu dia yang macam melencong ke tempat lain. Aku dah takut ni. Dahlah malam. Berdua dengan dia aje pulak tu. Kalau dia ada niat tak baik kat aku, naya aku! Aku berdoa agar Allah selamatkan aku. Aku tak tinggal solat dan larangan Allah. Pendek kata, aku jaga apa yang Allah suruh jaga, maknanya aku jaga hubungan dengan Allah. Jadi, Allah pastinya akan jaga aku, kan? Aku percaya dan berpegang sangat pada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad; jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Kalau dia gila, aku tak akan teragagk-agak hempuk tom yam panas ni dan keluar lari dari kereta.

“Kejap,” dia senyum. Aku dah tak sedap hati. Dah kenapa nak senyum pulak? Aku genggam tom yam tu sekuat hati hinggalah kami sampai ke suatu puncak, sekelilingnya kelihatan seperti taman. Ada aje beberapa buah kereta kat situ. Gila! Ni mesti pasangan couple-couple ni. Dia ingat kami ni ada hubungan yang sah ke untuk dia bawa aku ke sini? Aku semakin mengemaskan genggaman pada bungkusan tom yam.

Aku perhati aje gelagat dia. Dia berhentikan kereta dan mematikan enjin lalu menarik keluar kunci dan memasukkkannya ke dalam poket seluar. Aku dah kira-kira nak curi kunci tu dan bawa lari kereta mahal dia ni kalau aku kesan sedikit pun perubahan tingkah laku dia. Jangan ingat aku takkan buat perkara yang melanggar undang-undang demi selamatkan diri dan maruah aku.

“Kenapa datang sini? Nak buat apa kat sini?”

“Jomlah turun dulu, aku nak bagi kau tengok apa yang aku tengok setiap malam.”

“Hish, tak perlulah. Aku nak pulang. Kawan aku lapar. Ni tom yam dia ni, kesian dia tunggu aku lama-lama. Kau kata nak makan aje tadi, kenapa perlu datang ke sini pulak?”

“Kejap ajelah, Arisa. Jom.”

“Hish, aku tak nak,” aku lihat sekeliling. Memang aku tak salah. Semua yang ada kat sini adalah pasangan couple. Ada pulak yang aku nampak macam muka budak perempuan yang masih muda. Berpelukan dengan pakwe tanpa segan silu, tak ingat mak ayah kat rumah, tak ingat Allah. Kalau diserbu tempat ni, matilah aku. Dengan diorang-diorang semua ni sekali aku akan ditangkap. Ya Allah, menakutkannya tempat macam ni!

“Kau takut ke?” dia pandang aku.

“Ye, aku takut. Aku tak suka tempat macam ni. Kalau kau nak, kau turunlah seorang. Bagi aku kunci kereta tu, aku nak balik. Aku takut...” aku hulurkan tangan aku, berdoa agar dia serahkan kunci kereta dia.

“Rare kau ni...”

Rare tak rare, aku nak blah dari sini. Tu bukan poin utama sekarang. Poin utama adalah kehormatan dan keselamatan aku. Dahlah iman senipis kulit bawang, kalau tak pertahankan sekarang, aku takut ada orang ketiga antara kami nanti. Tak jadi dia keluar, dia terus hidupkan kereta dan kami terus blah dari tempat itu. Bergegar jantung dan seluruh tubuh aku dia bawa aku kat tempat macam tu. Dia ingat aku ni sama macam orang-orang kat tempat ni ke? Sekarang pun aku dah tak dapat percayakan dia lagi. Tak mustahil dia takde niat lain kat aku sebab hanya kami berdua aje sekarang. Kalaulah dia bunuh aku dan urgh...

Ah, gila, Arisa! Fikiran aku ni dah fikir benda yang pelik-pelik dah.

“Tempat tu bukan semuanya couple yang datang. Ada aje yang datang dengan kawan-kawan,” nak aku fikir yang baik-baik ajelah tu. Sorry, aku dah tak dapat fikir yang baik-baik sekarang ni. Aku dah nampak sekeliling dia macam mana. Jangan nak cuba pengaruh fikiran aku jadikan positif. Takkan berjaya! “Aku nak bawa kau tengok bintang, cantik bintang kat sana.”

“Tak perlu, thanks. Kat mana-mana pun boleh tengok bintang. Kat rumah aku pun boleh aje nampak bintang,” dia senyum dengar komen aku.

“Ye, aku tahu. Tapi kat sana boleh nampak everything.”

“Everything macam budak belasan tahun bercouple, kan? Berpelukan dengan pasangan masing-masing? Kesian mak ayah diorang.”

“Kau betul-betul rare.”

“Whatever! Lepas ni, jangan bawa aku keluar dinner lagi.”

“Yelah, sorry, takkan buat lagi. Baru aku nampak sifat sebenar kau. Kau satu dalam sejuta, Arisa. Buat aku jatuh cinta. Tiba-tiba,” hish, dia ni buat aku geli.

“Pulak dah? Ni belum sifat sebenar aku lagi, jangan tertipu.”

“Tak kisahlah, ni antara salah satu sifat sebenar kau, aku suka,” dia pandang dan senyum kat aku. “Nak tahu apa lagi yang aku suka kat kau?” dia ni buat aku geli. Aku dah tak nampak kehenseman wajah dia sekarang ni; bawa aku ke tempat macam ni dan puji aku dengan pujian-pujian yang tak sepatutnya. Erk, tapi dalam masa yang sama aku kembang juga dan dah terbang ke udara. Nasib baiklah kereta ni berbumbung. Kalau tak, sure aku dah sampai bintang yang dia nak sangat tengok tu.

“Apa?”

“Kau tahu benda yang aku cakapkan. Rare.”

“Semua orang pun tahu apa benda yang kau cakapkanlah...” entah apa maksud dia aku sendiri tak faham.

“Tak, jarang aku jumpa seseorang macam kau. Bila aku cakap pasal bisnes, diorang cakap pasal fashion. Bila cakap pasal minat, diorang cakap pasal duit. Bosan. Kau pulak lain, kau betul-betul cakap dalam bidang aku. Kau ni apa sebenarnya, Arisa?” aku gelak nipis. Well, dah nama aku ni jurnalis yang banyak membaca dan menyoal, mestilah aku tahu sedikit sebanyak tentang apa yang dia cakapkan. Hmm, Miss Zaara patut bangga dengan aku. Seorang millionaire puji aku. Ni lagi rare! Aku sepatutnya rakam apa yang dia cakap tadi supaya boleh ulang berkali-kali depan Miss Zaara. Biar Miss Zaara tahu betapa hebatnya aku dalam menjalankan tugas. I’m cut out to the job!

“A programmed cyborg who can speak your language?” giliran dia pulak gelak.

“You make me like you even more. You make jokes I can laugh to.”

“Hish, encik ni puji aku lebih-lebih pulak...”

“Dah kenapa gelar aku encik pulak?”

“Untuk ingatkan encik yang antara kita sebenarnya ada gap yang sangat besar dan tinggi seperti the Great Wall of China.”

“And what gap is that? Bukan kita ni kawan ke?”

“Of courselah kawan tapi tetap masih ada gap antara kita like you’re a millioniare and I’m a researcher. You’re a boy and I’m a girl...” belum sempat aku habiskan ayat, dia cepat memotong.

“I’m not a boy. I’m a man and you can be my woman if you say yes,” Ya Allah, Mr. Millionaire ni. Ingatkan dah habis topik ni tadi. Rupanya dia panjangkan lagi rupanya. Aku dah tak tahu nak kata apa. Rasa kekok sangat. Tadi dah okey dah tapi bila dia timbulkan isu ni semula, aku rasa aku takkan dapat tidur malam ni. “Kau ada boyfriend ke, Arisa?” Ya Allah! Dah kenapa pulak dengan Mr. Millionaire malam-malam begini?

“Ada...” jawabku sepatah dah cuba sehabis baik untuk tunjuk selamba.

“Eh, yeke? Tadi kata takde berserta prinsip tak percayakan lelaki. Aku boleh masuk line lah ni, kan?” dia sengih lagi. Aku garu kepala tak gatal. Kami tak sepatutnya buka topik ni waktu makan tadi. Semua benda tentang personal life aku sekarang dia dah tahu. Haish!

“Tak boleh. Aku dah ada boyfriend kat kampung, dia tu ustaz. Kalau dia tahu aku keluar dengan kau malam-malam macam ni, nak jadi gila dia dibuatnya,” dah mereka cerita pulak aku dah. Entah ada ke ustaz yang aku cakapkan ni kat kampung aku tu. Kut-kut, dia nak jumpa ustaz tu, naya aku.

“Berputih matalah aku. Tak dapat nak bersaing dengan ustaz. Tapi kenapa kau cakap dua benda yang berbeza, huh? Tadi kata tak perlukan lelaki dalam dunia ni tapi bila aku tanya ada boyfriend atau tak, tiba-tiba pulak lelaki tu muncul, kan?” dia soal dengan kerutan-kerutan yang muncul di dahi. Aku diam aje. Susana turut bungkam. Aku tak tahulah apa yang dia fikirkan sekarang tapi sekurang-kurangnya aku dah rasa sedikit selamat. Dah boleh bernafas lega jika dibandingkan tadi. “Teringin pulak jumpa ustaz tu,” betul telahan aku dalam hati sebentar tadi.

“Tak perlu. Dia tak perlu kenal kau dan kau tak perlu kenal dia.”

“Siapa nama dia?” erk, nak tercekik aku dibuatnya. Tapi syukurlah tepat masa tu, telefon aku berbunyi. Aku cepat-cepat ambil telefon dan melihat pemanggilnya, Yana! Teirma kasih, Yana. Selamatkan aku di saat getir macam ni.

“Kenapa?” aku terus aju soalan kat dia sebaik swipe butang hijau itu ke kanan.

“Kau dah kat mana?” kesian dia, mesti tunggu makanan yang tak kunjung tiba.

“Dah on the way balik dah ni. Dah lapar sangat ke?”

“Of courselah! Gastrik aku nak datang dah.”

“Kejap lagi aku sampai. Kau makanlah apa-apa dulu bagi hilang gastrik kau tu.”

“Yelah. Cepat sikit tau?” nak aje aku jawab, macam mana nak cepat kalau bukan aku yang drive?

“Siapa tu?” soalnya apabila aku memasukkan semula telefonku ke dalam beg.

“Housemate.”

“Dia gastrik ke?”

“Ha’ah,” sebab kau lambat-lambat nak balik rumah, jawabku yang hanya bergema dalam hati aje.

“Kau betul-betul ada boyfriend ke, Arisa?” lah, tak habis lagi ke soalan tu. Ingatkan dah habis tadi.

“Aku dah jawab soalan ni tadi, kan? Rasanya aku tak perlu jawab lagi,” dia ketuk-ketuk stereng tu mendengarkan jawapan aku.

“Aku bertambah suka kau bila nampak sifat sebenar kau malam ni, Arisa. Hati aku tercuit. Sedih pulak bila tahu kau dah ada boyfriend, ustaz pulak tu. Takde chancelah aku. Kenapa kita tak bertemu lebih awal? Kalau tak, mesti dah kahwin dengan kau dan dah ada anak sekarang ni,” dia sengih. Malunya bila dia kata hingga sampai ke tahap anak sekali.

“Erk, Mr. Millionaire. Pleaselah jangan cakap macam tu. Kita ada beberapa minggu bercampur hari ditambah dengan jam lagi nak bekerja dan berdepan bersama. Kalau Mr. Millionaire cakap macam ni, aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Mr. Millionaire pulak nanti.”

“Kenapa? Sebab hati kau pun tercuit ke? Kira good sign dah tu,” dia sengih. Kata sedih, tapi macam tak aje aku tengok.

“Err, taklah. Rasa geli aje,” terus dia gelak.

“Another thing I like about you, you are straightforward.”

“Thank you, Mr. Millionaire...” tepat masa tu dia berhentikan kereta di hadapan rumah sewa kami.

“No, thank you, Arisa. I have a great dinner and got to know you better. Honestly, I never found someone like you. Thank you for being my researcher, secretary and my friend. Maybe next time, you’ll open your heart and be my girlfriend pulak?” dia puji aku straightforward tapi dia sebenarnya yang terlebih straightforward. Soalan gila ni. Kalaulah ada Yana kat sini mesti dia yang akan tolong aku jawab semua pertanyaan ni. Aku tentunya akan tunduk dan mendiamkan diri aje, pasti! Pandainya berkata-kata, tersusun pulak ayat tu, kan?

“Adoilah, Mr. Millioniare ni. Okey, drive hati-hati. Assalamualaikum,” aku terus tutup pintu.

“Ye, waalaikumsalam,” lepas tu, kereta dia menderum laju tinggalkan aku yang masih berdiri sebelum dipanggil kuat oleh Yana.

“Makanan aku mana?”

“Ada ni...”

“Tom Yam? Dahlah gastrik, makan Tom Yam pulak?”

“Dah kau pesan ‘apa-apa yang boyfriend kau makan’?” teringat pulak soalannya samada aku dah ada boyfriend ke tak. Hmm, aku tipu aje tu, Mr. Millionaire. Aku takde boyfriend tapi kalau Mr. Millioniare jatuh hati sebab malam ni aje, aku rasa tu bukan jatuh hati. Tu nafsu. Nampak orang lain berduaan, mesti keinginan nak berduaan dengan seseorang tu muncul. Tak gitu, Mr. Millionaire?

“Ah, lantaklah....” balas Yana. Kesian pulak aku kat dia.

“Tulah, lain kali pesan macam tu lagi, ye?”

“Hmm... So, how’s dinner?” soalnya dan duduk di kerusi makan. Aku jongket bahu. “Nothing’s special? I can tell there’s something from the look at your face. Why? Dia proposed ke?” Yana pandang aku dengan mata yang sengaja disepetkan. Bibirnya pun dah senget sebab senyum sebelah aje.

“Takde apa-apalah. Betul aku cakap. It was just a dinner. Kalau tak percaya, pergilah telefon Mr. Millionaire tu dan tanya kat dia. Dia pun akan cakap takde apa-apa yang berlaku.”

“Bak sini phone.”

“Eh, guna phone sendirilah.”

“Nak ambik number dia,” aku juih bibir. Aku gurau dia pulak serius.

“Hehe, aku gurau ajelah. Aku nak masuk biliklah. Nak rehat. Kacau daun betul Amril tu ganggu masa rehat aku,” bukan nak rehat sebenarnya. Tapi, fikiran aku ni masih terngiang-ngiang dengan pelawaan menjadi girlfiriend dia tu. Confirmlah aku betul-betul tak boleh tidur lepas ni ingatkan benda ni. Kalau tidur pun, mesti terbawa-bawa ke dalam mimpi. Adoilah.

“Yelah, fine. Takde apa-apa yang berlaku. Nanti kalau tiba-tiba korang engage ke, nikah ke, tahulah aku macam mana nak kerjakan kau.”

“Hmm, waktu tu kau tak dapat kerjakan aku dah....” aku senyum sumbing.

“Kenapa pulak?”

“Sebab waktu tu kau sedang pregnant,” aku gelak kuat.

“Alhamdulillah, tak sangka kau boleh ramal masa depan aku. Syukurlah akhirnya aku tinggalkam title andartu aku tu. Syukur sangat-sangat,” terhenti gelakan aku. Tak jadi terus nak gelak lepas dengar balasan daripada Yana. Dia ni memang hebat dalam menghentikan gelakan orang lain.

“Please stop talking about andartu. You’re not that old.”

“Aku takut tak kahwin sampai tua...”

“Urgh, kau ni Yana. Nak aje aku sekeh kepala kau tu banyak kali. Kalau takut sangat, bawa aje si Hishan tu kahwin.”

“Erk, dia? Tak hingin aku. Aku rela jadi andalusia kalau jodoh aku dengan dia.”

“Ucapan tu satu doa. Dimakbulkan karang, padan muka.”

“Erk, tak. Aku tak nak jadi andalusia tapi tak nak jugak kahwin dengan dia. Faham ke?”

“Malaslah layan kau. Apa-apalah yang kau nak, aku doakan yang terbaik untuk kau. Amin yarabbal alamin...” aku mengusap muka menggunakan tapak tangan. Hampir nak berdiri sebelum dia hentikan aku.

“Temanlah aku makan. Mr. Millionaire kau teman, aku tak pulak?” rajuknya.

“Yelah, aku temankanlah ni, dengan syarat.”

“Yelah, aku takkan timbulkan pasal benda tu lagi. Kau teman aje aku makan, aku akan diam macam aku takde kat sini.”

“Hmm, good!” erk, aku rasa aku dah kedengaran macam Mr. Millionaire. Erk, apa dah jadi kat diri aku? I am turning into Mr. Millionaire! Lepas Yana dah habis makan, juga selepas kitorang cerita benda apa-apa entah, kami pun masuk bilik masing-masing. Aku tukar pakaian ke pakaian yang lebih selesa selepas basuh muka dan berus gigi. Lepas tu masuk ke dalam comforter yang aku rindui, capai telefon yang sedang charging dan scrolling down Fac. Rutin sebelum tidur yang aku takkan pernah tak buat. Dan aku tak tahu sejak bila aku berkawan dengan Mr. Millionaire sebab apa yang aku ingat, aku baca satu status dia dalam wall aku yang memaksa aku untuk matikan telefon. Tak dapat lelapkan mata hingga pukul tiga pagi dan bila tertidur, dia pulak datang dalam mimpi aku. Menakutkan! Dia maksudkan aku ke tu? Oh my! This isn’t happening! Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok?

Amril Armand Zaydy ? feeling loved

11.23 pm • Damansara

Baru balik dari date dengan si dia. And baru nampak gaya sebenar dia membuatkan hati aku tercuit hahaha. Mungkin ni sounds crazy but whatever. Thanks ye awak! Lainkali jom date lagi :) :) :)

8131 likes 1022 comments

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience