Chapter 34

Romance Completed 35261

“Ya Allah. Cik Sofi!!!”

Dato’Johari yang sibuk bersedia untuk berjumpa dengan sahabat perniagaan terkejut mendengar jeritan Mak Ziah dari bilik sebelah. Tanpa berfikir panjang Dato’Johari keluar dari bilik untuk tengok apa yang sedang berlaku di bilik anaknya.

“Kenapa ni Ziah?”

“Dato’ cik Sofi tak bangun ni. Puas saya kejutkan cik Sofi. Badan dia pun panas sangat.” cerita Mak Ziah. Risau dengan keadaan Sofia Amelia.

“Sofi demam panas ke?” Dato’Johari meletakkan belakang tapak tangan pada dahi Sofia Amelia.

“Ya Allah, panasnya. Ziah call James. Suruh dia datang sini. Kita bawa Sofi ke hospital. Cepat!” arah Dato’Johari.

“James, Mak Ziah ni. Cik Sofi demam panas. Dia tak sedarkan diri. Dato’ suruh awak datang ke sini.” beritahu Mak Ziah.

“Okay. Saya pergi sana sekarang.”


************************

“Adam, mari makan nak.” panggil Puan Kamsiah apabila tengok anaknya turun dari bilik.

“Awak nak saya makan ke tak sekarang?” soalan Encik Hakimi menyentapkan Puan Kamsiah.

“Kenapa ni sayang? Makan lah. Tadi kata laparkan.”

“Kalau awak nak saya makan, jangan suruh orang lain untuk makan bersama dengan kita.”

“Orang lain? Siapa yang sayang maksudkan ni? Kat rumah kita hanya ada sayang, saya dan Adam.” tutur Puan Kamsiah.

“Saya tak nak anak awak makan bila saya makan, faham tak?” soal Encik Hakimi.

“Apa sayang ni? Jangan macam ni boleh tak? Jangan layan anak kita macam ni, sayang. Saya tak suka.” bentak Puan Kamsiah.

“Saya tak kisah awak. Apa yang anak awak buat tu saya tak boleh maafkan. Cakap kat dia jangan tunjuk muka dia kat saya lagi.”

“Sayang Adam anak kita. Sampai hati sayang cakap macam ni.” sedih Puan Kamsiah.

“Don’t teach me how to treat him Kamsiah! Dia jadi macam ni sebab kita manjakan dia. Kalau kita tegur dia awal-awal, sekarang dia tak macam ni. Sanggup malukan kita. Mana saya nak letak muka kalau anak yang awak puja tu masuk lokap?”

“Kan dia tak masuk lokap sayang. Kenapa cakap macam ni?” Puan Kamsiah susah nak memujuk suaminya.

“Can you stop it Kamsiah?” tengking Encik Hakimi.

“Mak, Adam balik rumah sewa.” bersuara Adam. Hatinya makin sakit apabila tengok pergaduhan antara ibu bapanya sebab perbuatan bodoh dia.

“Adam makan dulu.” Puan Kamsiah cuba halang anaknya balik ke rumah sewa.

“It’s okay mak. Adam balik dulu.” tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan ibunya. Puan Kamsiah yang sedih menghulurkan tangannya. Usap kepala anak tunggal itu dengan penuh kasih sayang.

Adam mendekati Encik Hakimi. Tangan dihulurkan. Nak tak nak Encik Hakimi menghulurkan tangannya. Belum Adam mencium tangan, Encik Hakimi tarik dengan pantas. Adam tersentak dengan perlakuan ayahnya. Namun, diam sahaja.

“Adam balik dulu mak.” kata Adam dan keluar dari rumah dengan hati yang sakit.

“Sofia Amelia, sebabkan kau ayah aku bencikan aku. Aku malu depan orang lain sebabkan kau! Berani kau meludah dan tampar muka aku! Kau belum kenal siapa Adam ni. Lepas ni kau akan terima balasan untuk tindakan kau! Aku tetap akan jadikan kau milik aku!” nekad Adam.


**********************

“Doktor, Sofi okay tak? Sihat tak?” menyoal Dato’Johari kepada doktor yang bertugas itu.

“Dia sihat. Nasib baik Dato’ bawa cik Sofi cepat. Kalau lambat, mungkin Dato’ akan kehilangan cik Sofi.”

“Alhamdulillah.” Mak Ziah memanjatkan syukur kepada Allah yang Maha Esa.

“Boleh kami jumpa dia, doktor?” soal James.

“Boleh. Tapi jangan kacau cik Sofi ye. She is still unconscious.” kata doktor.

“Baik doktor. Thank you.” Dato’Johari besama dengan James dan Mak Ziah masuk ke dalam bilik rawatan.

Muka pucat Sofia Amelia mencuit hati Dato’Johari. Segala perasaan marahnya hilang. Rasa bimbang dan risau tentang Sofia Amelia makin serabutkan otak Dato’Johari.

“James, suruh bodyguard yang awak pilih jumpa saya di ofis esok pagi.”

“Alright Dato’.”

“Dato’ saya balik rumah dulu. Saya nak masak untuk cik Sofi. Dia kan tak suka makan makanan hospital.” tutur Mak Ziah. Mak Ziah tahu Sofia Amelia tidak suka makan makanan yang disediakan di hospital.

“Betul jugak. Macam mana awak balik Ziah?”

“Tak apa Dato’. Saya hantarkan Mak Ziah ke rumah.” James tawarkan diri.

“Eh tak pe James. Saya boleh balik sendiri.” tolak Mak Ziah.

“Macam mana Mak Ziah nak balik? Susah nak dapat teksi kat sini.”

“Kan ada Gab. Boleh tolong tempah tak?” tanya Mak Ziah.

“Apa Ziah?”

“Gab Dato’” ulang Mak Ziah lagi.

“Apa itu James? Company E-hailing baru ke?” soal Dato’Johari.

“Saya pun tak tahu Dato’. Saya pun baru dengar nama ini. Gab.”

“Kan banyak orang cakap senang booking Gab. Boleh dapat kereta cepat.” tambah Mak Ziah.

“Mak Ziah, itu GRAB bukan GAB!” James betulkan ejaan Mak Ziah.

Terus pecah tawa Dato’Johari dan James. Mak Ziah pula mencebik.

“Yela. Yela. Tak payahlah ketawakan saya.”

“Sorry Ziah.” minta maaf Dato’Johari. Namun, bibirnya masih ukirkan senyuman.

“Dah lama saya tak tengok Dato’ ketawa macam ni.” kata Mak Ziah tiba-tiba. Dato’Johari sudah tidak senyum sebegitu selepas kejadian pergaduhan antara Dato’Johari dan Sofia Amelia.

Dato’Johari diam. Muka anak yang baring lesu di atas katil dipandang sayu. Rayuan dan pujukan anaknya bermain di fikiran.

“Maafkan daddy Sofi. Daddy tak sepatutnya layan kamu macam itu.” rintih Dato’Johari.


*************************

“Tiara. Mari sini. Tolong mak.” panggil Linda.

“Ada apa mak?”

“Kenapa ni monyok je mak tengok.”

“Tak ada apa-apa mak.”

“Jangan tipu mak. Cakap sekarang.”

“Semua pasal bakal menantu mak lah. Bukan mak nak sebelahkan Tiara pun.”

“Ni semua pasal Tiara kan? Mestilah mak tak support Tiara kalau memang salah Tiara.”

“Dah lah mak. Malas nak share dengan mak.”

“Tiara, mak nak nasihatkan kamu. Jangan control sangat Is tu. Is budak baik. Dia tahu batas dia. Awak tak perlu risau. Awak percayakan Is. Dalam sesuatu hubungan, kepercayaan itu penting. Kalau seorang setia dan percayakan teman tetapi orang lagi satu tak percayakan kesetiaan teman, hubungan itu tak akan kekal lama. Kamu cuba bukakan hati. Percayakan Is. Dia setia pada kamu. Jangan sesekali curigakan kesetiaan dia. Tahap kesabaran pun ada tahap juga. Jangan menyesal pula nanti.” nasihat Linda panjang lebar.

“Mak salahkan Tiara ke?” meninggi suara Wahidah Tiara.

“Jangan degil Tiara. Kamu fikir betul-betul. Kamu tahu siapa salahnya.” tenang sahaja Linda membalas.

“Tiara tahu mak. Mak sayangkan Is lebih dari anak mak sendiri.” jerit Wahidah Tiara.

“Ya Allah. Kenapa Tiara fikir macam tu? Mak nak yang terbaik untuk kamu Tiara. Jangan sebab kebodohan kamu, hubungan kamu dengan Is retak.”

“Dah mak. Ini kehidupan Tiara. Mak tak perlu kisah pasal Tiara.” balas Wahidah Tiara dengan tegas.

“Anak mak dah besar panjang kan. Dah tahu semuanya. Sampaikan ibu kandung pun tak ada hak untuk campur urusan kehidupan kamu.” senyum tawar Linda. Hatinya remuk mendengar balasan Wahidah Tiara yang biadap itu.


***********************

“Uncle Johari.”

“Eh Is? Sihat? Lama tak jumpa.”

“Ye uncle. Is sihat. Uncle sihat? Buat apa kat sini?” soal Iskandar Faiz.

“Uncle beli roti untuk Sofi.” jawab Dato’Johari.

“Untuk Sofi? Mana dia? Kenapa dengan Sofi?” hatinya berdegup kencang apabila dengar nama Sofia Amelia.

“Demam panas.”

“Demam? Boleh Is jumpa dia?” tanya Iskandar Faiz dengan harapan Dato’Johari izinkan untuk jumpa Sofia Amelia.

“Boleh Is. Baru je dia sedar. Ikut uncle.” kata Dato’Johari. Not RM 20 dihulurkan kepada cashier.

“Assalamualaikum Sofi.” Iskandar Faiz memberi salam perlahan.

Sofia Amelia yang tidur mengerutkan dahi apabila mendengar suara Iskandar Faiz yang memberi salam. Matanya buka perlahan-lahan. Matanya kabur. Berkelip-kelip sehingga wajah di hadapan nampak jelas.

“Is?” panggil Sofia Amelia dengan suara yang serak.

“How are you?”

“Fine. Macam mana awak tahu saya kat sini?” Sofia Amelia cuba untuk duduk. Disebabkan badannya agak lemah, susah untuk duduk sendiri tanpa bantuan orang lain. Iskandar Faiz yang duduk di kerusi bangkit dan membantu Sofia Amelia untuk sandar di katil.

“Daddy mana?”

“Daddy kat luar. He is on call.” jawab Iskandar Faiz.

“Macam mana awak tahu saya kat sini?” ulang Sofia Amelia lagi.

“Saya terserempak dengan uncle tadi. Saya datang sini untuk jumpa klien tadi.” jelas Iskandar Faiz.

“Owh.” senyuman kecil ukit di bibir yang pucat itu.

“Why are you looking too pale? Any problem?” Iskandar Faiz perasankan perubahan di wajah Sofia Amelia.

“Tak. Nothing.” Sofia Amelia enggan untuk menceritakan kejadian semalam kepada sesiapa. Dia belum sedia untuk kongsi kepada orang lain.

“Saya tak percaya Sofi. Jangan cuba untuk tipu saya.” desak Iskandar Faiz.

“Share with me Sofi. Mana tahu awak rasa tenang kalau awak cerita kat saya.” pujuk Iskandar Faiz. Namun Sofia Amelia diam seribu bahasa.

“Fine. Kalau awak tak nak share tak apa. Saya tak nak paksa awak.” putus asa Iskandar Faiz. Tetapi hati berkata ada sesuatu yang menyebabkan Sofia Amelia begitu.

“Is.” panggil lembut Sofia Amelia.

Iskandar Faiz merenung ke arah Sofia Amelia. Mata mereka bertembung. Beberapa saat berlalu.

“Ehem.” berdeham Iskandar Faiz.

“Yesterday I was on my way back home from the gym.” Sofia Amelia mula ceritakan kejadian hitam itu. Iskandar Faiz sabar mendengar cerita Sofia Amelia.

“Suddenly a guy wearing black hoodie attacked me from behind. I lose my body balance. I fall down. I was panic. I shouted. But no one was there.” matanya dipejam. Air mata yang takung di tubir matanya gugur.

“Sofi, awak okay tak?” risau Iskandar Faiz.

“Saya okay. Sorry.”

“Then what happened?” Iskandar Faiz tahu Sofia Amelia terkesan dari kejadian semalam. Tetap juga Iskandar Faiz menyoal. Biar Sofia Amelia luah sepenuhnya. Biar dia rasa tenang selepas meluahkan segala-galanya.

“He tried… he tried to raped me.” pecah tangisan Sofia Amelia.

“Ya Allah. Sofi cool down.” tanpa Sofia Amelia sedar kepalanya disandar di bahu Iskandar Faiz. Dia hanya memerlukan bahu seseorang sekarang.

“Sofi, awak tahu siapa lelaki itu?” soal Iskandar Faiz lagi. Hatinya sakit dan geram dengan perbuatan lelaki itu.

“Sofi, saya tanya awak. Jawab!” Iskandar Faiz memegang bahu. Inginkan jawapan dari Sofia Amelia. Siapa lelaki itu?

“Adam.” jawab Sofia Amelia tanpa berselindung.

“Kurang ajar!”

“Ada report polis tak? Siapa selamatkan awak?”

“Lelaki yang kebetulan keluar dari 7E.” jawab Sofia Amelia.

“Dah report polis?”

“Tak.”

“Kenapa? Nanti dia lagilah kacau awak Sofi.”

“Sebab mak dia. Kasihan mak dia Is. Dia merayu kat saya supaya tak buat laporan polis.”

“Sofi? Is?” muncul Dato’Johari. Roti yang baru dibelinya hulur kepada Sofia Amelia.

“Awak makan and then take enough rest. Saya balik dulu. Esok saya datang jumpa awak. Take care. Is balik dulu uncle. Assalamualaikum.” Iskandar Faiz keluar dari bilik dengan hati yang membakar.

“Siap kau Adam! Berani kau sakitkan Sofia Amelia.” Iskandar Faiz mengepal kedua-dua tangan. Dengan penuh kemarahan Iskandar Faiz keluar dari hospital.

*Good morning readers :) New chapter done updated :) Enjoy reading ;) Jangan lupa untuk rate and comment. There is no updates on Sunday and Monday. Kikki kena bersedia untuk interview :) Doakan untuk Kikki,Okay? Do follow my ig miz.kikki_novelplus :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience