Rate

Bab 7 Ketetapan Hati

Romance Completed 278243

2 minggu kemudian...

Tepat jam 3 subuh, Adib bangun dari tidurnya untuk melakukan solat sunat tahajud untuk menenangkan hati dan perasaannya. Sudah beberapa hari perasaan berdebarnya menghantui fikirannya.

Adib menyelak selimut yang membaluti tubuhnya, dia turun perlahan dari katilnya untuk ke bilik air membersihkan diri dan mengambil wuduk. Setelah selesai, Adib menebarkan sejadahnya menghadap kiblat.

Ushallii sunnatan tahajjudi rak'ataini mustaqbilal qiblati lillahi ta'alla.

Artinya: "Sahaja aku sholat sunah tahajud dua rakaat karena Allah ta'ala."

Setelah selesai solat sunat tahajud, Adib duduk bersimpuh menghadap sang pencipta. Lalu ia berdoa.

"Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau penegak langit, bumi, dan apa yang ada padanya. Bagi-Mu lah segala puji, kepunyaan Engkaulah kerajaan langit, bumi, dan apa yang ada padanya. Bagi-Mulah segala puji, Engkaulah Pemberi cahaya langit dan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya. Bagi-Mulah segala puji, Engkaulah Penguasa langit dan bumi. Bagimulah segala puji, Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu itu benar, bertemu dengan-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam itu benar, kiamat itu benar. Ya Allah, hanya kepadaMulah saya berserah diri, kepada-Mulah saya beriman, kepada-Mu saya bertawakal.

Kepada-Mu saya kembali, kepada-Mu saya mengadu, dan kepada-Mu saya berhukum. Maka, ampunilah dosaku yang telah lampau dan yang kemudian, yang saya sembunyikan dan yang terang-terangan, dan yang lebih Engkau ketahui daripada saya. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengemudiankan, tidak ada tuhan melainkan Engkau".

Kemudian Adib berdiri semula melakukan solat sunat dua rakaat untuk ketetapan hatinya. Semoga hatinya tidak di bolak balik oleh syaitan, kemudian berdoa semula menghadap yang Maha membolak balik. Semoga pilihannya untuk menikahi Anis Umairah adalah yang tepat bagi agama, keluarganya dan juga dirinya.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (menikahi Anis Umairah) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut."

Setelah selesai berdoa, Adib pun duduk diatas sejadahnya setelah mengambil Al Quran diatas meja belajarnya. Sementara menunggu azan solat waktu subuh berkumandang.

Segala persiapan untuk majlis akad nikahnya sudah lengkap seratus peratus. Dia akan melafazkan ijab dan kabul di pejabat Agama.

Adib Umair tak menyangka rancangan keluarganya dan keluarga Anis akan terlaksana.

Dapat ke Adib meluluhkan hati Anis? Anis sudah terlanjur sakit hati dengan dirinya.

Adib tersenyum seketika. "Betul-betul kerja gila."Batinnya berbisik.

Belum pernah terjadi menikah di kampungnya macam mana yang dia alami nanti.

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang, Adib Umair lekas-lekas berdiri untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah yang taat dalam agama.

____________________________________

Dirumah Anis segala persiapan telah dilakukan, Puan Zulaikha telah menempah beberapa jenis makanan untuk kenduri kesyukuran nanti.

Anis telah di dandan oleh juru solek yang di panggil oleh Puan Zulaikha. Anis tak habis fikir dengan umienya, buat apa dia di solek padahal mereka hanya ingin membuat kenduri kesyukuran.

Rumah Anis orang mulai ramai, gelak ketawa dan senda gurau dari sepupu sepapat Anis memeriahkan kenduri pada hari itu. Cuma ada beberapa orang sahaja keluarga Anis yang tahu tentang pernikahan Anis , iaitu adik beradik atau ipar dari Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha yang akan dibawa untuk menjadi saksi pernikahan Anis dan Adib nanti.

Riuh rendah kedengaran, menjadi suasana di rumah Anis sangat meriah Walaupun setakat kenduri doa kesyukuran.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Umie boleh masuk?"

"Masuk saja umie, pintu tak kunci pun!" Sahut Anis dari dalam bilik.

Puan Zulaikha pun menyelak pintu dan masuk duduk di birai katil Anis yang diikuti oleh Mak Su Anis iaitu Puan Amira, adik dari Encik Muhaimin. Melihat Anis tengah di dandan oleh MUA professional yang di panggil oleh Puan Zulaikha.

"Wah, cantiknya anak umie...hampir umie tak kenal." Ucap Puan Zulaikha dengan senyuman yang mengembang.

"Terima kasih umie, tapi Anis rimaslah kena solek macam ini." Rengek Anis pada Puan Zulaikha.

"Tapi cantikkan Anis?" Sahut Puan Amira dengan senyuman bahagianya.

Anis cuma mengangguk pelan.

"Lain Anis tengok muka Anis" ucap Anis pelan.

"Aniskan belum pernah dan tak pernah di solek macam ni." Sahut Puan Zulaikha lembut.

"Yang penting hari ini Anis bagaikan bidadari, wow sangat." Ucap Hana juru solek Anis diiringi gelak ketawa dari Puan Zulaikha dan Puan Amira.

"Umie, abah mana?" Tanya Anis pada Puan Zulaikha.

"Abah keluar sekejap dengan Pak ngah dan Pak su." Jawab Puan Zulaikha dengan senyuman.

"Okay, hari ni Anis lepas cermin mata dulu, Anis guna contact lens saja ya."ucap Hana dengan lembut.

"Mana-mana saja kak, Anis tak kisah." Sahut Anis sambil melihat cermin dihadapannya.

"Adib, kamu sudah bersedia melafazkan akad nikah?" Soal seorang ustaz saat mereka sudah berada di pejabat Agama siang itu.

Adib tersenyum kecut, semestinya dia sudah bersedia. Tapi yang menjadi janggal di sini, tiada mempelai perempuan yang hadir untuk menyaksikan akad tersebut.

"Insya Allah sudah ustaz." Ucapnya dengan senyuman, tapi siapa yang tahu debaran jantungnya seperti nak terlepas dari tempatnya.

Walaupun setakat lafaz akad nikah sahaja, tapi seumpama dia ingin menghadapi temuduga pekerjaan. Keringat dingin menitis di pelipis Adib.

"Kamu tenang saja, nanti Encik Muhaimin iaitu bakal ayah mertua kamu yang akan menikahkan kamu. Saya cuma ustaz yang bertugas di pejabat ni dan akan memberi ceramah perkahwinan nanti." Ucapnya dengan senyuman.

Adib Umair cuma tersenyum dan mengangguk pelan yang ditemani oleh Encik Amri dan Puan Saleha.

Encik Amri menepuk pelan bahu anaknya agar tidak merasa gemuruh.

"Adib usah cemas, ayah ada teman Adib bagi semangat dan kekuatan." Sahut Encik Amri pada Adib.

"Takut Adib tak dapat concentrate."

"Adib banyak-banyak selawat, semoga diberi ketenangan hati insya Allah. Sahut Puan Saleha sambil memeluk pundak anaknya tersebut.

"Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau penegak langit, bumi, dan apa yang ada padanya. Bagi-Mu lah segala puji, kepunyaan Engkaulah kerajaan langit, bumi, dan apa yang ada padanya. Bagi-Mulah segala puji, Engkaulah Pemberi cahaya langit dan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya. Bagi-Mulah segala puji, Engkaulah Penguasa langit dan bumi. Bagimulah segala puji, Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu itu benar, bertemu dengan-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam itu benar, kiamat itu benar. Ya Allah, hanya kepadaMulah saya berserah diri, kepada-Mulah saya beriman, kepada-Mu saya bertawakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience