Sampai sahaja di pekarangan rumah sewa Aira, aku meletakkan kereta. Lantas, aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu rumah. Aku mengigil kesejukan.
Tombol pintu aku pulas. Aku menghalakan pandangan ke ruang tamu. Kelihatan Aira sedang menonton televisyen. Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik.
''Woi,tak reti bagi salam ke,cik adik?''
Aira berkata tanpa menoleh ke arah aku. Aku bersyukur sebab dia tak toleh sebab kalau dia toleh memang kena bebel la masuk rumah sebab basah lencun dengan tak bagi salam lagi.
''Assalamualaikum''
Aku terus mempercepatkan langkah bagi mengelakkan bertembung mata dengan Aira.
''Oh,reti pun bagi salam''
Aira berkata sambil menoleh ke arah aku. Dia membuntangkan mata sambil bercekak pinggang. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.
''Kenapa kau basah lencun ni?! '' tanya Aira separa menjerit. Gayanya dah macam mak memarahi anaknya.
''Aku mandi kolam tadi'' ujar aku selamba.
Aku mula berloyar buruk. Saja nak menambahkan api yang sedang marak.
''Oh,kau mandi dengan siapa? Setahu aku,kau tak reti berenang. Tu blazer tu siapa punya? Pagi tadi aku tengok kau pakai kemeja putih dengan slack hitam jer'' sindir Aira.
''Oh,aku mandi dengan Afiq Raihan tadi. Ni jaket dialah.''
Selamba aku menjawab dengan jawapan yang aku kira berani mati tu. Aira membuntangkan matanya sekali lagi. Dia menepuk dahinya sebelum mula berbicara.
Aku hanya tersenyum senget melihat telatah Aira. Mahu saja dihamburkan tawa tapi ditahan. Saja nak tengok apa reaksi minah tu. Hahaha
''Kau dah gila ke Anis?! Kau tu dah bertunang kot. Kau tak kesian ke kat tunang kau bila dia tahu kau buat macam tu dengan lelaki lain'' kata Aira serius. Mukanya kelihatan tegang.
Akhirnya,aku menghamburkan tawa apabila mendengar jawapan Aira. Dia hanya mengerutkan dahi apabila melihat tingkah aku.
''Kau ni takkanlah aku buat macam tu, aku gurau jelah. Aku terjatuh kolam tadi. Nasib baik la mamat tu selamatkan aku kalau tak dah arwah dah sekarang tau. Dia bagi aku pinjam blazer dia sebab baju yang aku pakai ni jarang''
Aku bercerita pendek. Malas nak ingat semula kejadian yang memalukan tu. Tak kuasa aku,menyampah!
Aira kelihatan seperti sedang mencerna kata kata aku.
'' Hish, kau ni lain kali cakap la awal awal! Kan aku dah fikir yang bukan bukan. Dah,pergi naik mandi nanti demam aku yang susah!'' ujar Aira.
Lantas,tangan aku ditepuk perlahan sebelum dia menolak aku ke kamar tidur. Aku hanya menyambung sisa tawa aku tadi.
''Halau aku nampak.''
''Pergi mandi sekarang, Anis Raihana!''
Jeritan Aira membuatkan aku berlari masuk ke kamar tidur. Sempat juga aku menjelirkan lidah kepada dia. Dia hanya menunjukkan riak muka menyampah.
Aku tergelak kecil sebelum membersihkan diri.
?
Aku duduk berehat di ruang tamu selepas seharian bekerja. Tiba tiba, kejadian petang tadi menerjah fikiran aku.
Aku mengulum senyuman. Lantas,aku menonton rancangan yang terpapar di kaca televisyen. Aku ketawa terbahak bahak apabila adegan lucu dipaparkan.
''Afiq,kamu dah jemput belum Anis datang rumah?''
''Belum,pa. Kenapa?''
Aku terkejut dengan soalan papa. Dalam masa yang sama,aku terkejut juga dengan kehadiran papa di sebelah aku. Entah bila papa duduk sebelah aku pun aku tak tahu.
''Bukan apa Fiq,mama tak habis habis tanya bila kamu nak jemput Anis. Tak sabar katanya.''
''Esok Afiq jemput dia papa.''
''Kalau macam tu, nanti papa suruh mama sediakan apa yang patutlah. Papa masuk tidur dulu,jangan tidur lewat sangat''
Aku hanya mengangguk sebelum menyalami tangan papa. Aku menghantar papa dengan ekor mata sahaja.
Aku meraup muka. Kepala yang tidak gatal aku garu. Rambut juga aku kusutkan. Aduh,serabutnya!
Macam mana aku nak ajak dia datang rumah pulak ni?! Getus hati aku.
Tiba tiba idea melintas di fikiran. Aku mengukir senyuman kemenangan sebelum menonton kembali rancangan televisyen tadi.
?
Usai saja membersihkan diri,aku merebahkan diri ke atas tilam. Ah,leganya dapat baring! getus hati aku. Baru saja,mahu melelapkan mata. Pandangan aku dihalakan ke blazer yang dipakai tadi.
Aduh,lupa nak basuh la pulak blazer mamat tu! Esok baru cadang nak pulangkan. Tak nak aku pinjam lama lama nanti mamat tu kata apa pulak nanti.
Aku mengeluh perlahan sebelum membasuh blazer tersebut. Lantas,peristiwa petang tadi berlayar di fikiraan. Muka aku memerah apabila teringatkan kata kata Afiq Raihan.
Sebaik saja,blazer tersebut siap dibasuh aku jemur. Lalu,aku mengosok baju untuk dipakai pada esok hari.
Aku hanya mengenakan kemeja hitam dengan palazo putih. Tudung pula berwarna kelabu. Selepas saja kejadian petang tadi, aku bertekad untuk mengenakan pakaian yang berwarna gelap di pejabat.
Malu aku atas kejadian petang tadi. Entah macam mana,aku nak hadap mamat tu esok. Monolog aku sendirian sebelum melelapkan mata.
?
Seperti kebiasaan, aku akan inform jadual Afiq Raihan pada pukul 8 pagi. Aku kerling jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 7.50 pagi.
Ada masa dalam 10 minit lagi. Blazer yang aku pinjam daripada Afiq Raihan aku ambil. Fail kerja juga aku ambil. Tepat saja pukul 8 pagi, aku melangkah pergi ke bilik Afiq Raihan.
Tombol biliknya aku pulas. Lantas, aku pergi ke arah dia. Dia mula bersuara.
''Ha, hari ini aku ada berapa meeting? ''
''Hari ini kau ada dua meeting jer waktu pagi dengan ada beberapa fail yang aku perlukan pengesahan kau.''
''Kalau macam tu, aku pergi sendiri la meeting tu, nanti fail tu aku uruskan. Kau dah boleh pergi, rasanya aku boleh handle sendiri jer. ''
Namun, aku tetap berdiri di situ. Aku sedang memikirkan cara nak berterima kasih pasal semalam.
''Yang kau tercegat kat sini dah kenapa? Nak ikut aku pergi meeting sekali ke aku OK jer. ''
Dia tersenyum nakal sambil keningnya diangkat. Aku membuat riak muka menyampah. Apa aku nak sangat ke pergi meeting dengan dia!
''Kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Aku cuma nak cakap terima kasih jer sebab selamatkan aku semalam. Nah, blazer kau aku dah basuh. ''
Aku menghulurkan blazer tu kepadanya. Akhirnya, blazer bertukar tangan.
''Aku keluar dulu.''
Aku Ingatkan mamat tu nak cakap sama sama ke apa ke. Ini satu pun tak cakap. Daripada buang masa, baik aku blah dulu. Baru jer aku nak keluar dia suruh aku tunggu.
''Tunggu Jap, kau fikir aku tolong ni murah ke. Ada lah bayarannya."
Dia memandang ke arah aku sambil mengukir senyuman. Aku mula mencebik. Adalah tu nak suruh aku buat apa apa. Mamat tu bukan boleh percaya sangat.
''Kau nak apa sebagai balasan." Aku sekadar berbasa basi sambil berpeluk tubuh.
''Pergi rumah aku malam ni, nanti aku ambil kau.'' dengan selamba dia membalas.
Aku membuntangkan mata. Gila ke sampai suruh aku pergi rumah dia?!
''Apa ni! Kenapa pulak nak kena pergi rumah kau. Apa tak ada benda lain ke yang aku boleh buat sebagai balasan."
Aku merengus kegeraman. Rasa nak tumbuk jer muka mamat ni. Sabar Anis,sabar!
''Jangan banyak tanya boleh tak? Aku ambik kau malam ni. Kalau kau lambat aku angkat jer kau bawa pergi rumah aku. Faham? Dah keluar. ''
Dia menghalau. Aku mencebik sebelum melangkah keluar daripada bilik Afiq Raihan. Geram betul dengan perangai dia.
?
''Wei, malam ni aku keluar pergi rumah bapa sedara aku jap,kau duduk rumah elok elok eh."
''Baik, boss.''
Aku tergelak kecil mendengar balasan daripada Aira. Ada jer nak buat orang gelak malam malam. Aku dah bersiap untuk malam ni. Sekarang ni nak tunggu mamat tu datang ambil jer.
Aduh,mana dia ni kata nak ambil pukul 8. Ini dah pukul 8.30 dah tapi batang hidung pun tak nampak. Punyalah beria bagi aku balik awal tadi dengan siap nak angkat aku lagi kalau aku lambat tapi sekarang siapa yang lambat. Omel aku sendirian.
'Pinn'
Kedengaran bunyi hon didepan rumah. Lantas,aku melihat siapakah gerangan yang hon tiba tiba tu. Tengok saja kereta aku dah tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan Afiq Raihan!
''Oi,mak cik. Cepatlah masuk kau nak aku angkat kau ke apa." sindir Afiq Raihan.
''Sabarlah,kau yang lambat sampai.''
''Aku ada kerja sikit tadi.''
Aku masuk ke dalam kereta. Lantas,kereta tersebut dipacu laju. Aku hanya menghalakan pandangan ke luar tingkap. Malas nak bercakap dengan mamat sebelah ni nanti aku yang panas.
Keadaan sunyi diantara kami. Kedua duanya melayan perasaan masing masing barangkali. Akhirnya,aku memecahkan kesunyian. Rasa janggal sebenarnya dalam keadaan sunyi macam tu.
''Kenapa kau ajak aku pergi rumah kau? Ada kenduri ke? Siapa lagi yang datang?''
Bertubi tubi soalan terpacul dari bibir aku. Aku tak tahan dengan persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang ni. Aku tak suka tertanya tanya.
''Kau tak reti tanya satu satu ke apa? Terkejut aku kalau kemalangan tadi siapa nak tanggung''
Aku tersengih macam kerang busuk.
''Sorrylah,cepatla jawab''
''Kan aku dah kata, jangan banyak tanya. Orang lain pun aku ada ajak bukan kau jer. Jangan perasan eh.''
''Hish,mana ada aku perasan. Siapa yang kau ajak tu,bagitaulah!''
Aku mula geram dengan sikap acuh tak acuh Afiq Raihan. Orang tanya tu jawab la betul betul. Memang mintak kena sekeh kepala dia ni tau.
''Rahsia.''
Dia mula bermain tarik tali. Lantaklah buat sakit hati jer cakap dengan mamat ni. Baik aku diam jer dari tadi.
''Suka hati kau lah.''
Dalam diam,Afiq Raihan mengukirkan senyuman.
?
Sebaik saja tiba, kami keluar daripada kereta. Aku membetulkan pakaian aku sekejap. Aku hanya mengekori langkah Afiq Raihan daripada belakang.
''Assalamualaikum."
Afiq Raihan memberi salam. Aku hanya memerhatikan dia. Tidak lama kemudian, pintu dibuka.
''Waalaikumusalam,Anis dah sampai. Marilah masuk, Mak Ngah masak special hari ini.''
Lantas,tangan aku ditarik masuk ke dalam rumah. Aku melemparkan senyuman kepada Mak Ngah.
''Amboi,mama dah lupa Afiq ke? Tak nak ajak Afiq masuk.'' Dia mencebik.
''Mana ada mama lupa,mengada lah kamu cepat masuk.''
Puan Zulaikha ketawa kecil sambil menarik tangan Afiq Raihan. Aku hanya ketawa melihat telatah mereka berdua. Aku teringatkan ibu di rumah. Agaknya apa yang ibu buat sekarang.
''Anis,mari duduk makan sekali.'' panggil Pak Ngah.
Aku hanya mengangguk sambil menuju ke meja makan. Aku mengambil tempat di sebelah Mak Ngah.
''Anis, macam mana ok ke kerja dengan Afiq? Dia ada buli Anis?''
Afiq Raihan mencerlung melihat aku. Dia membuat isyarat nahas kau kalau kau bagitahu menggunakan mata. Aku tersengih nakal. Akhirnya,boleh aku kenakan dia.
''Mana ada, Pak Ngah. Dia baik sangat.''
Sengaja aku menekan perkataan baik tu. Afiq Raihan menghela nafas lega.
''Tapi..''
Afiq Raihan kelihatan gelabah.
''Tapi apa,Anis?''
Baru saja,aku ingin menyambung ayat aku tadi. Kedengaran ketukan di pintu.
''Kejap,biar Pak Ngah buka pintu.''
Aku hanya mengangguk. Aku tertanya tanya juga siapa lagi yang dijemput oleh Pak Ngah. Afiq Raihan memandang aku dari tadi. Tak puas hati barangkali.
''Akak,dah sampai pun. Marilah masuk. Abang Zahid mana?''
''Ada tu dalam kereta,Anis ada?''
Encik Zhafran hanya mengangguk. Aku terkejut melihat orang yang datang.
''Ibu!! Macam mana ibu boleh ada kat sini? Ibu tak kata pun nak datang. Abah mana?''
Seraya itu,aku peluk ibu erat. Akhirnya,terlepas juga kerinduan. Aku mengukir senyuman ke arah ibu.
''Abah ada dekat luar lagi. Itulah ibu call tak jawab. Busy jer memanjang. Ibu datang nak uruskan tempahan baju pengantin kamu la. Lagi beberapa minggu je lagi.''
Puan Aimi tersengih sebelum mengambil tempat disebelah Anis Raihana.
''Akak, jom makan sekali. Nanti sambung la boraknya.'' ujar Puan Zulaika kepada Puan Aimi.
''Assalamualaikum,Mak Long. Mak Long sihat?''
''Alhamdulilah,sihat.''
''Anis macam mana kerja dengan kamu? Dia ada buat hal ke? Kalau ada bagitahu saja Mak Long. Pandailah Mak Long nak uruskan budak ni.''
Anis Raihanna yang dari tadi mendengar saja perbualan mereka tersentak. Mana tidaknya,tiba tiba dirinya pula yang menjadi perbualan mereka.
''Ish,apa ibu ni. Anis ok je lah,kan Afiq?''
Aku memohon simpati daripada Afiq Raihan. Kena bebel nanti kalau tahu pasal aku kenakan Afiq Raihan dengan kopi masin tempoh hari. Dia tersengih nakal. Suka lah dapat kenakan aku balik.
''Aah la mak long,Anis baik sangat sampai setiap pagi dia akan buatkan Afiq nasi lemak.''
Aku menghela nafas lega. Biarlah dia nak kata apa janji isu kopi masin tempoh hari tak dibangkitkan.
''Oh,patutlah. Mama ajak sarapan tak nak. Dah ada orang lain sediakan yer.''
Seloroh Puan Zulaika mengundang tawa daripada kami semua kecuali Afiq Raihan. Mukanya merah mungkin kerana menahan malu.
Kami terus berborak sehingga tidak sedar hari sudah larut malam.
''Anis, tak nak tidur sini ke? Ibu dengan abah bermalam disini jer. Lagipun,hari dah lewat ni.''
''Betul tu,Anis. Esok pagi, pergi saja kerja dengan Afiq. Kalau nak tukar baju boleh je pinjam baju Afiqah dulu. Tidur dalam bilik dia pun tak apa.''
Pujukan daripada Puan Aimi dan Puan Zulaika membuat hati Anis Raihana berbelah bahagi. Nak tidur sini ke tak nak?
Kalau tidur sini nanti kena pergi kerja sekali dengan mamat tu pulak. Lagipun, kesian Aira tunggu aku balik.
''Tak apalah ibu,Mak Ngah. Anis balik je la dulu lagipun Afiq yang hantar Anis balik nanti.''
''Ikut kamu la,Anis. Jaga diri elok elok.''
''Baik ibu.''
Seraya itu,aku bersalam dengan ibu dan Mak Ngah.
''Afiq,hantar Anis balik ni.''
''Ya,Afiq datang.''
''Jom.''
''Kami pergi dulu ya.'
Kami berpamitan sebelum menerobos masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian,kereta Afiq Raihan meluncur di jalan raya.
Tiba saja di pekarangan rumah sewa Aira, Afiq Raihan memberhentikan kereta.
''Terima kasih sebab ajak aku pergi rumah kau.''
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku jer yang selalu berterima kasih kat dia walaupun dia tak pernah hargai.
''Cepatlah, aku mengantuk ni. Jangan lupa datang kerja awal.'' pesan Afiq Raihan. Dia menguap sesekali.
Tengok kan aku dah kata dia tak hargai. Dah la buang masa layan mamat ni. Aku menjulingkan mata ke atas sebelum keluar dari kereta.
Hilang saja kereta Afiq Raihan dari pandangan,aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Kadang aku tak faham dengan perangai mamat tu.
Lantak dia lah! Gumam aku sendirian sebelum ingin tidur.
?
''Bila kamu nak pergi ke KL tu, Is? ''
''Dalam beberapa minggu lagi,umi. Kenapa?''
''Kamu dah bagitahu Anis?''
''Is saja nak buat kejutan untuk dia.''
Aku tersenyum apabila memikirkan rancangan untuk memberi kejutan kepada Anis Raihanna tentang keberadaan aku di KL nanti.
"Oh,tapi kamu dah bagitahu belum pertukaran kamu ke Langkawi tu? "
"Belum nanti Is bagitahu dia masa di KL nanti la umi."
"Kalau macam tu, umi masuk tidur dulu. "
Aku mengangguk. Lantas, aku menghantar umi dari ekor mata.
Agaknya apa reaksi Anis nanti eh. Getus hati aku. Aku tersenyum keriangan. Lagi beberapa minggu saja, majlis perkahwinan kami bakal berlangsung.
Sejurus selepas majlis perkahwinan kami, aku ditukarkan ke Langkawi. Tidak lama hanya tiga bulan sahaja. Aku takut Anis tak bersetuju dengan pertukaran aku yang akan menyebabkan dia Akan kehilangan kerjanya.
Aduh, serabutnya! Aku mengusutkan rambut. Ya, Allah permudahkanlah urusan perkahwinan kami. Doa aku dalam hati sebelum melelapkan mata.
Share this novel