Level 3

Romance Series 5758

Malam itu Imran asyik memikirkan tentang Zafirah dan dia merasa adakah cinta buatnya sudah tiba tetapi baginya Zafirah adalah seorang gadis yang baik malah sangat menjaga batas pergaulannya dengan lelaki. Dapatkah dia dalam memikat hati Zafirah untuk mencintai dirinya seperti dia mencintai Zafirah.

Tanpa berlengah, Imran terus mencapai telefon bimbit. Nombor yang didail ialah nombor Idrus.

"Assalamualaikum, Idrus", Imran memberi salam dahulu sebelum memulakan bicara sebagai mukaddimah.

"Wa'alaikumussalam, Im", salam dijawab oleh Idrus.
"Apahal kau telefon malam2 ni?. Ada hal penting ke?", tanya Idrus bingung apabila mendapat panggilan daripada Imran secara tiba2.

"Ahaha...saja je nak tanya khabar kau, tak boleh ka?", balas Imran.

"Tidak la boleh cuma aku pelik pula dengan kau ni, esok kan boleh tanya khabar. Hah... satu lagi, kau tak jawab lagi pertanyaan aku tadi. Ada hal penting ke nak bagitahu aku?", kata Idrus.

"Ermmm, hal penting la juga. Hal seri paduka baginda.", jawab Imran berseleroh.

"Wow penting sangat nampaknya, sampai ke seri paduka baginda bagai lagi. Apa dia?. Bagitahu la cepat." , makin tak sabar dibuatnya apabila mendengar kata2 dari Imran.

"Aduh...segan la pula aku dengan kau",kata Imran mahu tidak mahu gitu.

"Segan? Kenapa kau nak segan pula?. Aku ni bukan siapa2 pun, kawan kau juga.Ala... tak payah segan sangat la, bagitahu je la", terang Idrus.

"Okey la... sebenarnya aku..aku dah tersuka Zafirah la", kata Imran dengan nada yang agak pelahan.

Tiba2 perbualan mereka senyap ketika tapu selepas itu Imran terdengar bunyi Idrus ketawa.

"Hoi Idrus, kenapa kau ketawa?. Lawak sangat ke pengakuan aku ni?", kata Imran geram dengan Idrus kerana ketawa selepas dia buat pengakuan bahawa dia suka Zafirah.

"Memang la lawak, si Zafirah yang tak macam perempuan pun kau boleh jatuh hati. Pelik betul la tease kau ni", gelak Imran masih bersisa walaupun pelahan.

"Kenapa buruk sangat ke si Zaf tu untuk aku?. Kau tak pernah suka dia?", tanya Imran bertubi - tubi.

"Tak buruk cuma ye la si Zaf tu tak pernah pun ada orang suka dia malah nak jatuh cinta tapi tiba bab kau yang budak kedua paling handsome kat sekolah mudah jer suka dekat Zaf, perempuan yang tak pernah pedulikan cinta. Jawapan kepada soalan kau yang aku tak pernah ke suka Zaf ialah yes aku tak pernah jatuh hati kat dia", bohong Idrus. Dia lebih rela memendamkan sahaja perasaannya yang sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Imran daripada dia mengecewakan hati Imran, kawannya sendiri.

"Jap, kalau aku budak kedua paling handsome... siapa budak pertama paling
handsome dekat sekolah?", tanya Imran bingung kenapa dia ditempatkan di tempat yang kedua dalam carta lelaki handsome. Siapa pula yang lebih kacak daripadanya, tidak puas hati betul dibuatnya.

"Mestilah aku!", jawab Idrus bersungguh - sungguh berserta ketawa yang kuat.

"Poyo la kau", Imran juga sama ketawa dengan gurauan Idrus.
"Wey, Rus... aku tak kesah pun kalau kau suka Zaf juga sebab kita kan manusia, mesti ada perasaan yang sama", jelas Imran tiba2.

"Kenapa tiba2 kau cakap macam ni?. Ala..relaks la, aku setakat ni tak suka pun dia lagipun aku akan tolong kau dalam mencuri hati Zaf", kata2 Idrus bersungguh - sungguh.

"Terima kasih, Rus ", kata Imran girang dengan respon positif dari Idrus.

"No problem, untuk member aku jalan", balas Idrus.

"Wey aku lupa nak bagitahu kau, tadi Zaf jatuh basikal", Imran memberitahu kejadian petang tadi.

"Teruk ka?", Idrus cuba mengawal perasaannya yang sebenarnya terkejut dan risau.

"Tak teruk la sangat cuma lengan dia banyak betul berdarah", terang Imran.

"Oh... Okey. Ermm Im, aku cau dulu la. Aku nak tidur da, ngatuk", Idrus cuba melarikan diri.

"Okey2", kata Imran sebelum memutuskan talian.


*********************

"Zaf2, orang macam kau pun ada orang nak suka", kata Idrus sambil meneliti gambarnya bersama Zafirah masa kecil.
"Tak da peluang aku la kali ni, mungkin hubungan kita hanya sebagai kawan jer", ayat pasrah keluar daripada mulut Idrus tanpa disedarinya.


************************

Keesokan pagi, Zafirah pergi sekolah dengan kereta Abinya. Pada mulanya dia berkeras juga mahu pergi ke sekolah dengan mengayuh basikal tetapi keluar sahaja ayat tegas dari mulut Abinya, Zafirah akur juga. Tidak beranilah ingin melawan kata2 Abinya.

"Eh Cik Zafirah Zabbar datang awal ke sekolah... keajaiban apakah yang berlaku kali ini?", Idrus dengan muka seakan - akan terkejut juga melihat kelibat Zafirah pada awal2 pagi.

"Amboi En Idrus Naufal, ketua pengawas pun pandai perli orang juga?", Zafirah sudah tidak puas hati dengan kata2 Idrus. Ada saja yang ingin membuatkannya panas hati di pagi2 hari.

"Ketua pengawas ni manusia biasa juga bukan malaikat. Ala, janganlah marah...aku bergurau je la. Aku cuma terkejut la kau datang ke sekolah awal hari ni", jelas Idrus tidak mahu Zafirah salah faham atas kata2nya sebentar tadi.

"Ye la2, aku bukan budak kecil pun... cepat ambil hati. Tepi la aku nak masuk ni... ke kau nak suruh aku jadi duta untuk iklan baju sekolah depan gate ni", sempat lagi Zafirah membuat lawak hambar.

"Ahahaha...pandai juga kau buat. Silakan tuan puteri", Idrus ketawa dengan gurauan Zafirah sambil memberi laluan kepada Zafirah ala2 penyambut tetamu di hotel 5 bintang.

'kenapa la aku tak tanya, tangan dia okey ke tidak?.Kau ni slow la Idrus.', getus hati Idrus kecewa dengan dirinya sendiri kerana bertanya keadaan Zafirah sebentar tadi.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Erm...sedapnya nasi ayam ni", kata Zafirah apabila melihat nasi ayam dia hadapannya.

"Sedap, kan?", tiba2 datang dua orang mahkluk dan terus duduk di depan Zafirah dan Qhalisha.

"Kenapa korang duduk sini?", Qhalisha mula bersuara bingung dengan kehadiran dua jejaka di hadapannya.

"Tak boleh ke?. Kita kan kawan", jawab Imran.

"Kawan?", kata Zafirah dan Qhalisha serentak sambil berpandangan antara satu sama lain.

"Zaf...sejak bila pula kita kawan dengan dia orang?",tanya Qhalisha dengan suara yang berbisik - bisik.

"Kau tanya aku...aku pun tak tahu la atau dia orang kena sampuk hantu raya", jawab Zafirah.

"Ha'ah la. Mesti hantu raya tu baik sebab tiba2 je 2 orang mamat ni jadi baik", balas Qhalisha.

"Erm.. apa korang tengah bisik2 tu tak nak makan ke?", tiba2 suara Zaf berbunyi telah mengejutkan mereka berdua.

"Hah!...nak makan la ni.", jawab Zaf terkejut dengan pertanyaan Idrus.
'Aku buta ke atau aku ni perasan yang Imran asyik duk pandang aku je ni. Kenapa berdebar sangat ni?', gelisah Zafirah apabila Imran memandangnya tidak berkelip mata.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Zaf...kau tak rasa pelik ke dengan Idrus dan Imran tu?", soalan mula diajukkan bagi memulakan topik perbualan mereka.

"Of course la aku rasa pelik, tiba2 jadi baik. Kata kita kawan dia orang pula tu", balas Zafirah.

"Tu la kata, baru je kemarin kau labelkan Imran tu sebagai musuh kau tiba2 hari ni jadi kawan. Kalau dengan Idrus tak pelik la sebab kalau korang bertikam lidah sekali pun korang tetap berbaik", jelas Qhalisha bersungguh - sungguh.

"Memang la, Idrus tu kan aku kenal dari aku kecil lagi. Aku kenal sangat perangai
poyo dia tu. Tapi kan kemarin masa si Imran tu tolong aku jatuh basikal... lembut je dia cakap dengan aku, lemah lutut aku dibuatnya.", kata Zafirah.

"Entah2... ", Qhalisha cuba buat saspens.

"Entah2 apa?, kau jangan fikir benda yang pelik2 ea?", gelisah pula Zafirah apabila mendengar ayat 'entah2' daripada Qhalisha. Saspens sungguh.

"Entah2 Imran tu...suka kau", kata Qhalisha sambil berbisik - bisik di telinga Zafirah.

"Hish...mengarut kau ni", tiba2 sahaja jantungnya berdegup laju.

"Kalau mengarut...kenapa muka kau merah", usik Qhalisha apabila muka Zafirah menjadi merah akibat malu.

"Sha!!!", jerit Zafirah sambil memegang mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience