CHAPTER 38

Action Series 136588

"Siapa Tengku Hakimi?" Tanya Thea kepada Emeer sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

Thea yang sedang berpeluk tubuh itu berdiri tegak memerhati gerak geri suaminya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sejak dari rumah papanya lagi dia mendengar nama Tengku Hakimi dari mulut papanya. Dan siang tadi merupakan kali ketiga dia mendengar suaminya menyebut nama itu semasa bercakap dengan bapa mertuanya, Ethan Hayyes.

"Emeer. Saya tanya awak ni kan? Jawablah." Tutur Thea geram.

"Jawab apa? Siapa Tengku Hakimi? That's non your business, Thea Hazel. Itu urusan aku. Kau tak perlu tahu."

Emeer mendengus.

Dia yang baru sahaja balik dari pejabat tiba-tiba sahaja diserang hendap dengan soalan mengenai Tengku Hakimi. Betul la cakap dia selama ini, telinga Thea bukan sebarang telinga. Berbisik pun dia boleh dengar.

"Awak jangan nak tipu saya. Saya tahu Tengku Hakimi tu ada kaitan dengan keluarga saya kan? Emeer.. Please say something. I have the right to know that."

Emeer berdecit geram. Dia paling tidak suka orang mendesak dengan perkara yang dia tidak suka.

"Jangan paksa aku, Thea. I'm warning you, Tesoro." Emeer terus meninggalkan Thea disitu.

Thea mula mengekori Emeer yang melangkah masuk ke dalam wardrobe. Tangan Emeer yang sedang membuka butang baju kemejanya itu dipegang lalu dia sendiri melakukannya. Dia tahu suaminya perlu dipujuk dengan perbuatan yang lembut.

Apabila baju dilepaskan dari tubuh tegap suaminya, Thea terus mengambil tuala dan dihulurkan kepada Emeer. Cuba untuk meraih simpati.

"I just want to know. The truth. Please abang.." Thea mendekatikan dirinya dengan Emeer. Dada bidang suaminya itu di usapnya perlahan. Harap dapat sejukkan Mr.Singanya.

Rahang Emeer diketap kuat.

Tangan Thea yang berada didadanya dipegang kuat. Matanya mencelung memandang ke arah wajah isterinya.

"Listen here Thea Hazel Binti Tengku Hafiez. This is my last warning. Sekali aku cakap NO, my answer is NO. Jangan sesekali masuk campur dalam urusan aku. Is that clear, my sweetheart?" Ujar Emeer keras. Tangannya mencengkam kuat lengan Thea.

Dahi Thea mula berkerut apabila cengkaman Emeer di lengannya terlalu kuat. Air matanya mula bergenang di birai mata. Tidak sangka suaminya akan bercakap seperti itu dengannya.

Perlahan kepalanya mengangguk kecil. Tangan Emeer yang masih berada di lengannya perlahan dia meleraikan.

"Saya fa--faham. Maaf kalau saya melampau. Saya lupa hubungan kita macam mana. Dan saya lupa sia--siapa saya. Maaf kalau saya melampau mencampuri urusan awak. Awak rehatlah." Tutur Thea dengan suara yang tersekat-sekat.

Dia terus berpaling ke belakang dan meninggalkan Emeer yang termangu di situ. Air mata yang mula jatuh membasahi pipi disapunya perlahan.

Emeer berdecit serentak itu tangannya menumbuk kuat pintu sliding wardrobe yang diperbuat daripada cermin.

Prangg!

"Damn it!"

Tanpa sedar kata-katanya telah melukakan hati isterinya sendiri. Bukan itu niatnya yang sebenar. Belum tiba masa untuk dia memberitahu apa-apa tentang Tengku Hakimi. Dan dia terpaksa.

______________________________________________________

Dengan lafaz bismillah, Thea keluar dari kereta yang diparking pada tempat letak kereta yang sudah dikhaskan kepadanya. Setelah hampir sebulan lebih dia dipaksa bercuti, dan hari ini genap seminggu dia masuk bekerja selepas berkahwin.

Walaupun sejak semalam hatinya tidak tenang kerana keputusan yang dibuat adalah tanpa pengetahuan suaminya. Dan dia pasti Emeer akan mengamuk apabila dapat tahu yang dia pulang ke Johor tanpa pengetahuannya sendiri.

Peristiwa seminggu yang lalu betul-betul buat dia nekad. Kata-kata berbisa yang dilontarkan oleh Emeer itu cukup melukaikan hatinya.

Disebabkan itu dia meninggalkan rumah mewah Emeer tanpa pengetahuan lelaki itu. Dan nasib baik ketuanya Doktor Danny menerima permintaannya untuk terus bekerja di Hospital Specialist Medical Centre, Johor bukan di Kuala Lumpur.

"Just forget about him, Thea. Fokus dengan kerja dan urusan kau dekat sini. Forget him. Kau bukan siapa-siapa pada dia. Kau hanya isteri dia di atas kertas sahaja." Bebel Thea sendirian sambil melangkah masuk ke dalam perut lif.

Thea menghelakan nafasnya. Cuba mencari semula semangatnya yang hilang beberapa hari. Wajah cuba dimaniskan agar tiada siapa yang perasan dengan perubahan pada wajahnya yang sembab itu.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kakinya terus melangkah masuk ke dalam wad kanak-kanak. Thea mengangguk dan tersenyum manis apabila beberapa orang jururawat menegurnya apabila berselisih dengannya.

"Assalamualaikum Doktor Thea. Shift pagi ke hari ni?" Tegur nurse yang bernama Isma. Dia merupakan ketua jururawat yang bertugas di dalam wad itu.

"Waalaikummusalam.. Ya kak. Minggu ni direct saya bertugas pagi." Balas Thea sambil tangannya mula mengambil fail pesakit di atas meja kaunter.

Kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di situ. Fail pesakit ditangan dilihtnya satu persatu. Sekejap lagi dia perlu memeriksa setiap pesakitnya. Menjadi rutin harian untuk memeriksa tahap kesihatan pesakitnya setiap pagi.

"Doktor, nanti doktor kena ikut Doktor Danny round wad Delima dan Dahlia tau. Dia ada call akak petang semalam. Suruh remind dekat Doktor." Ujar Nurse Isma kepada Thea.

Thea yang mendengar itu terus memusingkan kerusinya ke arah Nurse Isma sambil menunjukkan riak wajah hairan.

"Wait. Wad Delima dan Dahlia? Bukan ke itu wad pembedahan ke and Doktor Adam yang bertugas dekat sana tapi kenapa saya pula yang kena ikut?" Soal Thea dengan nada sedikit tidak puas hati.

Nurse Isma tersengih sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Serba salah untuk dia menjawab apabila melihat susuk tubuh dibelakang Thea itu sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.

"Ehem.. Sejak bila I tak boleh bagi arahan ni, Doktor Thea." Tegur Doktor Danny dengan suara sedikit keras.

Gulp!

Thea menjengkilkan matanya kepada Nurse Isma. Bibir bawahnya digigit perlahan sebelum perlahan-lahan kerusinya dipusingkan semula ke hadapan kaunter dimana Doktor Danny berdiri.

Thea tersengih. Dia terus bangun dari duduknya. Bila bos sendiri turun carinya, memang itu sesuatu yang menghairankan. Mana mungkin dia tidak terkejut dan gelabah dengan kemunculan bos yang tiba-tiba itu.

"Err.. Sorry Doktor. Bukan itu maksud saya. Saya..." Belum sempat Thea menghabiskan ayatnya, laju sahaja Doktor Danny mengangkat tangannya menandakan isyarat berhenti bercakap.

"No need to explain. Just follow me now. Tempat you nanti Doktor Haikal gantikan. Come, let's go." Doktor Danny terus berpaling untuk memulakan langkahnya.

"Wait Doktor. Sekarang ke?" Soalan yang terbit di bibir Thea itu buat Doktor Danny berdecit geram. Ada juga menantu Ethan Hayyes ni kena pelakung dengannya.

"Habis itu tak akan tahun depan. NOW Doktor Thea Hazel. N.O.W." Tidak cukup perkataan Now ditekannya, perkataan itu turut di ejanya sekali.

Thea mengarukan kepalanya. Dia memandang Doktor Danny yang mula melangkah meninggalkan dia yang termangu disitu.

Sejak bila Doktor Danny Mikail pandai buat lawak. Soal Thea dihati.

Bunyi ketawa kecil dibelakang buat Thea memusingkan kepalanya. Dia membulatkan matanya apabila melihat Nurse Isma kecil kepadanya.

Dengan geram dia terus melangkah panjang mengejar langkah Doktor Danny yang meninggalkan dia di belakang.

______________________________________________________

Emeer ketap rahangnya kuat. Telefon bimbitnya memaparkan beberapa keping gambar isterinya yang berada di beberapa tempat berbeza itu dilempar ke dinding kaca pejabatnya. Tanpa rasa bersalah dia hanya memandang telefon bimbitya itu berderai ke lantai.

Dia mendengus kasar.

Emeer bangun dari kerusi lalu melangkah ke dinding kaca bilik pejabatnya. Bangunan-bangunan tinggi si hadapannya ditenungnya. Tangannya mula bercekak pinggang.

Kepalanya ligat berfungsi dengan memikirkan sesuatu. Apabila mengingatkan apa berlaku seminggu yang lalu, darahnya mula mendidih. Tidak sangka isterinya begitu berani bertindak seperti itu.

"You can hate me but you can't run from me, Tesoro." Bisik Emeer keras sambil rahangnya diketap kuat sebelum perlahan-lahan bibirnya mula mengukir senyuman sinis.

Telefon pejabat yang berada dia atas meja dicapainya, lalu nombor 2 ditekan. Tidak sampai seminit, panggilannya terus dijawab.

"James, prepared the car now. We need to go somewhere. Lagi 30 minit aku turun." Talian terus dimatikan.

"You messed up with the wrong person."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience