CHAP 6

Romance Series 74213

Panggilan awal pagi daripada Bahr. "kau okay tak?" Soal Bahr, dia tahu jika Anya penat, Anya akan bermimpi perkara tiga tahun lepas.

"Okay, biasalah mimpi tu, segalanya dah okay kan sekarang.. jangan risau lah. It's just a dream." Kata Anya. Kedengaran suara risau Bahr. "Kalau lah aku dekat kau sekarang, dan kalaulah hubungan kita ni ... Hish, dah lama rasanya aku nak peluk kau." Kata Bahr. Tergelak Anya di hujung talian.

"Amboi kau, bapa aku je ye boleh peluk aku. Kau siapa?" Soal Anya. "Tulah, aku ingat nak upgrade gelaran aku, mungkin boleh jadi suami ke?" Usik Bahr. "Amboii, dah ready ke nak komited dalam hubungan? Tolong sikit ye.." soal Anya.

"Aku ni Anya, kalau aku cakap aku nak kahwin, aku memang tinggalkan hobi aku tu, masa aku hanya untuk kau je tau, Candy.." kata Bahr. "Tu pun kalau kau nak kahwin, dan kalau aku terima kau jadi suami aku. Dah lah, aku nak cuci kain. Kau nak ikut tak?" Soal Anya.

"Tak nak aku. Anyway, mama cakap terima kasih buah tangan kau tu." Kata Bahr. "Sama-sama.." balas Becky.

"Kau dah pakai ke apa yang aku dah bagi?" Soal Bahr. "Tak lagi. Malas aku." Kata Anya. "Pakailah. Aku sedih tau kalau kau tak pakai." Kata Bahr.

"Tengoklah macam mana nanti.." Anya membalas. "ahh, ni aku kena off call ni, aku nak ready pergi office, bye.." kata Bahr. Cepat panggilan dimatikan. Anya terus meneruskan kerjanya hari ini.
***
(Tiga Tahun Lalu)
Anya melihat cahaya putih menembus matanya, dia melihat enam wajah insan dalam satu masa, ibu dan ayahnya, Becky dan Mummy, dan Bahr serta Mamanya.

"Syukur.. Anya dah sedar." Kata Bahr. "Anya kenapa, ibu?" Soal Anya. Mereka berdua hanya diam kerana menangis terlalu risaukan anak mereka. "Kau kena tembak tadi, nasib hanya kena sipi bahu kau, cuma.. memang berdarah juga lah." Terang Bahr.

"Idlan mana?" Soal Anya. "Jangan risau, polis dah take cover semuanya. Sekarang, kau rehat je. Jangan fikirkan lagi." Kata Bahr. Malam itu, ibu menjaganya. "semua sayang Anya. Ibu bersyukur anak ibu ni banyak orang sayang." Senyum ibunya.

"Dah jadi tugas Anya kan, kalau kawan Anya dalam kesusahan." Senyum Anya.
***
Ketika mereka berkhemah di dalam hutan. Anya terbangun seawal jam tiga pagi, merenung ke dalam unggun api.

"Awal kau bangun, Anya?" Soal Bahr. Ketika itu dia sedang berjaga. Dibiarkan Becky tidur di dalam khemah, mereka semua perlukan satu momen indah untuk melupakan peristiwa yang masih segar dalam ingatan mereka.

"Aku mimpi." Terang Anya. "Mimpi apa?" Soal Bahr menyerahkan air panas kopi kepada Anya. Anya hanya senyum. "Care to share with me?" Soal Bahr.

Anya merenung mata Bahr, entah kenapa dia boleh menjadi selesa dengan lelaki di hadapannya. "Setiap kali aku penat, aku akan bermimpi perkara itu.. aku tahu benda sekarang semua dah selamat. Tapi, entahlah.." rungut Anya.

"Jadi.. kau sendiri yang kena lawan, Anya. Bagitahu diri kau, benda tu dah tak akan berlaku lagi. Aku tahu mungkin kau masih trauma, masih takut... Dengan bunyi pistol dan sebagainya. Bukan kau seorang.. aku dan Becky pun masih ada rasa takut tu sampai sekarang. Tapi, kita sama-sama overcome that situation, okay? Cepat atau lambat. Can't you Candy?" Soal Bahr.

Anya hanya menganggukkan kepalanya. "Ya.. aku akan cuba." Kata Anya. "Anyway, malam dulu.. apa yang aku boleh cakap, kau perempuan pertama yang berani aku pernah jumpa. Demi Becky, kau sanggup buat apa sahaja.. untung Becky dapat kawan macam kau." Kata Bahr.

"Apa guna kawan, kalau tak membantu, lagipula . Becky tu aku dah anggap macam keluarga aku daa.." kata Anya. "Baguslah.. nanti kau pun boleh juga jadi sebahagian daripada aku?" Secara tiba-tiba ayat tu terkeluar.

"Ahh? Apa?" Soal Anya. "Takde.. kau nak ikut aku tak?" Soal Bahr. "Pergi mana?" Soal Anya. "Jomlah.. ikut je. Kau jangan risau, aku tak berani nak buat apa-apa dekat kau. Sentuh rambut kau pun aku tak berani tau. Mahu aku kena lempang oleh Becky, jomlah ikut aku.. kau percaya aku tak?" Soal Bahr.

Anya merenung mata Bahr. "Jom.. habis Becky?" Soal Bahr. "Jangan risau, ada Pak Mahmud tolong jagakan, Pak Cik.. jagakan khemah ye." Kata Bahr.

"Baik Tuan." Sahut Pak Mahmud.
***
"Cantik kan?" Soal Bahr. Terkesima Anya melihat air terjun di hadapannya, walaupun masih malam dibiaskan dengan cahaya terang bulan. Sangat cantk sangat indah.

"Cantik sangat. Macam mana kau tahu tempat ni?" Soal Anya. "Waktu aku cari kayu api dengan Pak Mahmud." Kata Bahr. "Kau tak nak try ke? Kau cakap kau nak lupakan semuanya kan?" Soal Bahr. Namun, belum sempat Bahr bertanya dengan lebih lanjut , Anya sudah terjun ke dalam sungai tersebut. Pergi ke arah air terjun.

"Bestnya..." Kata Anya. Bahr juga berada dalam sungai bersama dirinya. Mereka bersuka-ria dan bergelak ketawa. "Terima kasih Bahr." Senyum Anya. "Right now, I should upgrade you to my partner in crime. " Kata Bahr.

"Sebab?" Soal Anya. "Kau tak perlu tanya sebab kau memang dah tahu jawapannya, my partner in crime.." senyum Bahr.

"Dah, jom balik.. nanti kau pula yang demam." Kata Bahr. Mereka sama-sama naik dan sama-sama menuju ke arah khemah mereka kembali.
***
(Sekarang)

"Anya!!.. rindu nya dekat kau." Kata Becky, memeluk Anya. Tapi, di belakangnya ada Bahr membawa KFC dan Pizza. "I miss you too." Bisik Bahr, Anya sudah menjeling ke arahnya.

"Nah, buah tangan untuk kau. Newest collection from Dior." Kata Anya menyerahkan beg kertas. "Yes.. thanks Dear." Kata Becky.

"Ni untuk Bahr." Kata Anya. Bahr membuka dan melihat tali leher dan sebatang pen. "Bukan biasa-biasa tau, daripada your favourite author." Kata Anya. "Seriously, oh.. thanks Anya." Kata Bahr. Dan mereka makan sambil bergelak ketawa.

"Becky, tolong ambilkan Abang air, dahaga lah." Kata Bahr. "Okay.." kata Becky. "Kenapa tak pakai?" Soalan pertama daripada Bahr. "Pakai apa?" Soal Anya. "Bracelet tu? Merajuk lah aku ni tau." Kata Bahr.

"Adalah.. ni" kata Anya. Senyuman Bahr sudah kelihatan. "Terima kasih Candy." Bisik Bahr. "Nah air untuk Abang, Anya pun ada.." kata Becky.

"Ni.. syarikat Abang nanti nak adakan makan malam, korang nak join. Abang tempahkan meja." Kata Bahr. "Nakk.. mestilah Nak." Kata Becky. "Anya?" Soal Bahr. "Okaylah, aku ikut." Kata Anya. "Apa temanya?"soal Anya. "Flora.." kata Bahr. "Okay, Anya.. kau kena designkan aku baju ikut tema tau. Okay?" Soal Becky.

"Okay Becky, no problem.." kata Anya, tersenyum.

stay tuned for next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience