Senang hati Fazura bila mak mertuanya, Datin Hadibah, Farah, Fazilah, Irene, Anita dan abang-abang iparnya datang ke rumah, sejak jam 12.00 tengahari tadi, mereka semua sibuk di dapur membantu Fazura memasak lontong, Ayam masak rendang dan sambal ikan bilis,
Bob anak Datin Hadibah terhendap-hendap di celah dinding mengintai orang-orang perempuan sedang memasak di dapur, selepas beberapa detik, dia kembali semula ke ruang tamu
"Apa yang dah siap?,"
Tanya Fuad Sobri bila melihat Bod
"Tak nampak abang,"
Jawab Bob berkerut muka chubbynya
"Janganlah kau gie ngintai, pergi jelah dalam dapur tu tengok,"
Arah Fuad Sobri, tidak tahan dengan bau rendang ayam yang kuat terus menerus menusuk hidung, betul-betul membuatkan volume perutnya semakin kuat berlagu
Bob menyenget bibir, sakit pula hatinya sejak tadi di arah-arah Fuad sobri, pelan-pelan dia memusingkan badan, mengayun langkahnya semula ke arah ruang dapur
"Ayam rendang dah masak, tinggal kita masak sambal ikan bilis je lagi,"
Kata Fazura, ceria sungguh wajahnya
"Tak payah Zura, biar kak yang buat, zura masak je sambal,"
Kata Fazilah bila melihat adik iparnya ingin mengeluarkan ayam redang di dalam kuali kedalam bekas
Datin Hadibah, Farah dan Irene sibuk memotong nasi impit, Anita pula sedang mencuci pinggan mangkuk
"Zura, kuah lontong nie macam mana?,"
Tanya Datin Sri Sahara
"Mak biarkan je dulu, nanti lepas siap sambal nie, baru keluarkan, sebab kuah lontong kalau makan panas-panas lagi sedap,"
Datin Sri Sahara tersenyum, dia mendekati Fazura diam-diam mencium dahi Fazura, sayang sungguh pada menantunya, semenjak Fazura menjadi menantunya, anak-anaknya selalu berkumpul bersama
"Dah siap ke belum?,"
Tanya Bob, pertanyaannya itu membuat semua kaum perempuan yang berada di dapur memandang padanya
"Siapa yang tanya?,"
Soal Fazilah
"Abang Fuad, dia dah lapar gila,"
Jawab Bob dengan mata membulat bila melihat Fazilah menaruh rendang ayam di atas meja
"Biar je dia gila,"
Di ruang tamu pula Fuad Sobri bersama Fadil Fitri sedang duduk menonton Tv, tidak lama selepas itu Fazira tiba-tiba berdiri di luar pintu sambil membawa periuk, Fuad Sobri yang perasan kelibat Fazira cepat-cepat bangun dari Sofa mengayun langkah mendekati Fazira
"Apa tu?,"
"Bubur kacang durian,"
Mendengar saja Fazira membawa makanan, Fuad Sobri cepat-cepat mengambil periuk itu dari Fazira
"Masuk cepat Fazira,"
Fazira terpinga-pinga mengekori Fuad Sobri ke ruang tamu
"Woi Alang, Bubur kacang durian,"
Fadil Fitri pantas bangun, Fuad sobri menaruh periuk di atas meja sebelum membuka penutup periuk
"Sedapnya bau, sapa buat nie?,"
Fazira menunjuk-nunjuk dirinya
"Terbaik,"
Puji Fuad Sobri sambil menunjuk isyarat bagus
"Fazira pergi dapur, tolong ambilkan dua mangkuk dengan sudu, tapi diam-diam tau, jangan beritahu diorang,"
"Mangkuk besar sikit, jangan lupa sendok,"
Celah Fadil Fitri
Fazira serba salah tapi nak tak nak dia terpaksa anggukan kepala
Di dapur pula, Bob berdiri di tepi meja, memerhati kaum perempuan membuat kerja,
"Makcik sampai sekarang tak pandai masak rendang macam nie, kalau makcik masak mesti kuah cair,"
Kata Datin Hadibah sambil mencedok-cedok Rendang ayam
"Kau kenalah rajin datang sini, belajar dengan Fazura,"
Balas Datin Sri Sahara
Datin Hadibah berdiri memandang Datin Sri Sahara
"Beruntung kau Sara dapat sorang menantu pandai masak, cakap je nak makan apa, semua menantu kau boleh masak,"
"Mama nak menantu pandai masak ke?,"
Celah Bob pula
"Kenapa Bob tanya?,"
Fazilah terus menyampuk, tanpa sempat Datin Hadibah menjawab
Dalam masa yang sama, Fazira sudah masuk ke dalam dapur, terus saja pergi ke kitchen kabinet
"Takdelah, kalau Mama kita nak menantu pandai masak, kahwin jelah Bob dengan Fazira, adik Kak zura pun pandai masak,"
Selamba Bob menjawab sambil memandang ke arah Fazira
"Ah.. ah betul juga, makin gedutlah kau nanti,"
Kata Datin Hadibah bersahaja membuatkan kaum perempuan di dalam dapur ketawa
Fazira seperti tak ambil pusing sekadar tersenyum dengan kata-kata Bob tadi, sewaktu Bob memandangnya dia diam-diam memberi isyarat supaya Bob mendekatinya,
"Bawa nie pergi ruang tamu, sorok-sorok jangan bagi diorang nampak,"
Bisik Fazira, kebetulan dia memang rapat dengan Bob sejak pindah ke Ampang
Bob hanya menurut, dia terus mengambil dua mangkuk bersaiz sederhana besar dari Fazira, di sorok dalam baju besarnya, satu mangkuk, beberapa sudu dengan sendok Fazira sorok dalam bajunya pula
Fazura dengan Fazilah menjeling dengan wajah hairan bila perasan Fazira dengan Bob berjalan rapat ke ruang tamu
"Wow!.."
Teruja wajah Bob bila melihat bubur kacang durian di atas meja ruang tamu
"Shh.. slow.. slow Bob nanti diorang dengar,"
Bisik Fadil Fitri
"Terima kasih Fazira,"
Ucap Fuad Sobri sambil mencedok bubur kacang durian
Fazira hanya mengangguk, sambil memerhati Bod dengan Fadil Fitri menunggu giliran, selepas sahaja Fadil Fitri dengan Bob mengambil bahagian masing-masing, tiba-tiba Fazilah datang menyergah, terkejut fazira di buatnya
"Ooo...! busuk punya perangai, patutlah diam je,"
"Kenapa tu?,"
Tanya Datin Sri Sahara, Hairan bila mendengar suara kuat Fazilah dari ruang tamu
"Along dengan Alang mak, tibai bubur kacang!,"
Jawab Fazilah, geram
Serta merta Datin Sri Sahara, Datin Hadibah, irane dengan Anita pergi ke ruang tamu, Fuad sobri, Fadil Fitri buat muka selamba kemain banyak bubur kacang di taruh di dalam mangkuk, Bod pula duduk bersila di depan Tv tanpa menghiraukan Fazilah
"Teruk betul korang berdua punya perangai, tak boleh ke makan sekali kat dapur, tak menyabar betul,"
Tegur Datin Sri Sahara sambil melihat bubur kacang durian sudah tinggal separuh di dalam periuk
Fuad sobri, Fadil Fitri diam tidak menjawab, leka menyuap bubur kacang durian dalam mulut
Datin Hadibah memulas telinga anak lelakinya, menjerit-jerit Bob di buatnya
Anita dengan lenggok manja membongkok badan, mulutnya di nganga mengharapkan Fadil Fitri menyuap bubur kacang durian dalam mulutnya
"Nita pergi jelah makan sendiri, tak cukup nie,"
"Hiss teruknya abang nie, suap sekali je tak akan tak boleh,"
"Dahlah tu Nita, jom semua kita makan kat dapur, ada banyak lagi nie,"
Kata Datin Sri Sahara dengan wajah kecewa
"Jangan habiskan mak,"
"Mak hempuk jugak mulut kau tu Along,"
Marah betul Datin Sri Sahara dengan Fuad sobri
**
Damansara
Said bohkari mengurut-gurut tangan kirinya sejak subuh tadi tangan kirinya terasa lenguh, dia duduk di kerusi sambil merenung kosong, hatinya gelisah bila memikirkan kata-kata Farid Husin malam tadi, dia bimbangkan Awaisha Laila, takut andai kata Farid Husin hanya sekadar berpura-pura memaafkan Awaisha Laila
"Said, mak long rasa umur mak long dah tak lama, mak long nak minta tolong dengan said tolong jaga Awaisha,"
"Mak long jangan cakap macam tu, doctor kata jantung mak long takde apa-apa,"
"Tak said, tolonglah mak long,"
"Tapi said tak kenal dengan Awaisha tu mak long,"
Nek Ja mengambil telefon pintarnya, dia mengirim gambar Awaisha Laila dengan alamat pada nombor Said bohkari
"Ambil telefon mak long dengan surat atas meja tu, berikan pada Farid, Farid tu macam mak long kalau setakat dengar dari mulut je sampai mati pun budak tu tak akan pecaya,"
Said bohkari meraup mukanya selepas teringat saat dia bersama dengan Nek ja di hospital,
"Mana pergi sampul surat tu, siapa pula yang ambil,"
Keluh Said bohkari, sebelum Nek ja meninggal dunia, dia di sibukkan dengan kes Farid Husin telah di tangkap kerana cuba membunuh Awaisha Laila di hotel, sehingga dia terlepas menghadiri pengembumian jenazah Nek Ja, telefon dengan surat yang di taruh dalam sampul surat milik Nek Ja turut hilang di hospital
**
Awaisha Laila membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya sungguh sakit, sehingga sukar dia hendak membuka mata,
Awaisha Laila menoleh ke kanan dan ke kiri, bilik itu terlalu asing baginya, dia melihat samar-samar tubuh seseorang sedang berdiri di hadapan katil seakan-akan sedang memandang ke arahnya
"Dah bangun Sha?,"
Mendengar sahaja suara Farid Husin, Awaisha Laila terus bangun dari katil, alangkah terkejutnya dia bila menyedari tubuhnya tidak di balut seutas benang, dengan keadaan kepala yang masih terasa sakit, tangannya meraba-raba di atas katil mencari sesuatu yang boleh menutup tubuhnya
"Buat apa kau nak malu Sha, semua tu kan aku dah tengok, biarkan jelah,"
"Farid!!,"
Pekik Awaisha Laila sekuat hati, marah sungguh bila di pelakukan seperti itu
"Tak usahlah pekik, sakit telinga aku bodoh, nah ambil nie,"
Kata Farid Husin, dia mencampak selimut pada Awaisha Laila
"Semua tu aku dah rakam, dari hujung kepala kau, sampailah hujung kaki kau, tak sabar aku nak upload rakaman nie dalam laman Teguh holding,"
Awaisha Laila meraung sekuat hati
"Apa salah saya Faridd..!, tolonglah, saya marayu! jangan buat saya macam nie..!,"
Farid Husin menyenget bibir sambil mengayun langkah ke sisi katil,
"Maafkan aku Sha, sebenarnya aku tak nak buat semua nie, mungkin?,"
Farid Husin cuba mengusap bahu Awaisha Laila namun Awaisha Laila mengelak
"mungkin sebab kau bodoh, yang kau berani pergi muncul depan aku buat apa, kau tahu tak dah berapa lama aku cari kau, berpuluh ribu duit aku habis semata-mata untuk upah orang cari kau, kalaulah aku tahu kau akan muncul depan aku, jimat duit aku bodoh,"
"Tolonglah Farid, jangan buat saya macam nie, saya bersumpah saya akan pergi jauh-jauh, tolonglah saya Farid,"
Teresak-esak Awaisha Laila menangis sambil merayu pada Farid Husin supaya melepaskannya
"Awaisha.., Awaisha, bukan ke dulu kau nak sangat kahwin dengan aku, So sekarang aku akan kabulkan keinginan kau, sekejap lagi akan ada tetamu yang akan ketuk pintu bilik nie, Tahniah Sha akhirnya kau jadi isteri aku, hahahaha,"
Awaisha Laila bergegas bangun, dia mencari-cari pakaiannya, sehelai demi sehelai dia mengutip pakaiannya di lantai
"Tuk.. Tuk.. Assalamualaikum, kami dari jabatan agama islam,"
**
Ampang Jaya
"Tak akanlah sikit pun Fazura tak jealous, Farid jumpa client perempuan tu,"
Usik Datin Hadibah saat mereka semua menikmati hidangan lontong dengan ayam rendang
"Takde sebab Zura nie nak cemburu Dibah, daripada dia cemburu lebih baik dia risaukan perempuan tu,"
Jawab Datin Sri Sahara
"Oh lupa pulak aku Sara, mulut anak kau tu kan biadap,"
Tergelak Fazura, Farah dengan Anita
"Tapi Zura dengan Nita jangan risau, kalau Farid atau Fadil berani duakan korang, mati kak ajar diorang berdua tu nanti,"
Kata Fazilah bersungguh-sungguh
"Hiss kau nie Angah, tak usah fikir macam tu, Farid ke Fadil ke insyaallah, tak akan buatnya macam tu,"
Balas Datin Sri Sahara, yakin sungguh pada anak-anak lelakinya
"Ah ah, Kak Fazilah janganlah risau ya, Zura pecayakan abang Farid, dia tak akan buatnya macam tu pada Zura,"
Kata Fazura, bibirnya tersenyum walaupun hakikatnya hatinya sedang resah, sejak Farid Husin memberitahunya akan berkahwin satu lagi, dia hanya mampu menunggu cepat ataupun lambat pekara itu pasti akan belaku
Share this novel