Sejak semalam Haiqal Jason runsing memikirkan masalah tersebut. Sampai hari ini pun, kepalanya masih tetap serabut, sehingga mengganggu tumpuan terhadap pekerjaannya saat ini. Sedaya upaya untuk dilupakan, namun ia masih saja melekat pada fikiran.
Apatahlagi, dirinya baru sahaja mendapatkan mesej daripada wanita bernama Haifah itu. Wanita itu mengajak dirinya makan tengah hari bersama hari ini. Mana tak semakin serabut kepalanya. Dia mengeluh kasar. Ada saja penghalang!
“Tuan? Kenapa termenung? Ada masalah besar ke?” Soal Hanis, baru saja muncul di dalam ruangan itu. Dari tadi dia mengetuk pintu, namun tiada sahutan yang diberi dari lelaki tersebut. Wajah tampan lelaki itu dipandang.
“Tuan!” panggilnya lagi.
Lamunan lelaki itu mula bercempera. “Ha?! Se-sejak bila awak dekat sini?”
Hanis menggeleng sedikit pasrah. Gangguan apa pula yang mengganggu tumpuan mamat kacak ni?
“Baru je. Tuan okay tak ni? Semalam bukan tersenyum, tiba-tiba je termenung hari ni. Apa hal?” tanya Hanis sekali lagi.
Tujuan berjumpa dengan lelaki itu adalah untuk memberi tahu bahawa terdapat kerosakan pada komputer mereka. Namun, tujuan utama ditolak ketepi buat sementara waktu. Nampak wajah lelaki itu, jelas sangat tengah serabut.
“Tak delah, saya tengah fikir pasal wedding decoration kita nanti,” Jason terpaksa berdalih dengan Hanis. Perkara itu harus disembunyikan sehingga ianya selesai nanti.
“Pula dah. Janganlah fikir pasal tu dulu. Ini masa bekerja, wahai Tuan Haiqal Jason.” Hanis menggeleng kepala. Ada-ada saja perangai lelaki itu.
“Kena fikir awal-awal. Awak nak style macam mana? Modern? Full of flowers? atau nak berkonsepkan Fairytale?”
“Fairytale? Tuan okay ke kalau saya nak yang tu?” tanya Hanis.
“Saya ikut aje, mana pilihan awak...”
“Betul ni? Fairytale... macam menarik. Kalau boleh, saya nak bertemakan warna putih dan gold. Tak pun, putih dan pink. Mesti cantik kan?” terbayang-bayang suasana majlis perkahwinan mereka berdua dengan tema yang dipilih. Ditambah pula dengan memakai gaun berwarna putih sambil berjalan di atas karpet merah menuju ke pelaminan.
Lamunan Hanis tiba-tiba bercempera. “Tapi... tak payahlah. Banyak sangat keluar duit nanti. Nak upah wedding planner ni bukannya murah,” Dia tidak mahu membazir. Cukuplah sekadar sederhana sudah memadai baginya. Paling penting ialah Jason mahu menghalalkan hubungan mereka secara sah. Itu sudah lebih dari cukup.
Jason tersenyum. Tangan kecil milik yang terletak rapi di atas meja di capai lalu digenggam erat. Wanita itu hanya melihat walaupun sedikit berdebar.
“Kenapa perlu fikir pasal mahal atau murah? Pilih je mana awak suka dan buat awak bahagia. Kebahagiaan awak, kebahagiaan saya juga. Pasal duit tu, kecil punya hal lah!”
“Tahu tak apa yang manis dan buat saya bahagia?” Soal Jason. Mata mereka bertembung seketika. Cepat-cepat Hanis melarikan pandangan ke arah lain. Tidak kuat mahu bertentang mata lama-lama dengan lelaki itu.
“Lolipop,” Jawabnya spontan.
Jason menggeleng. “Salah. Jawapan yang betul ialah senyuman awak,”
“Senyuman saya?”
“Yes. Senyuman awak mampu menerbitkan satu pijaran cahaya dalam hati saya ni. Pandang je senyuman milik Putri Hanis, masalah yang ada sirna macam tu je,” kata Jason panjang lebar.
Tangan Jason di pukul perlahan. “Ayat tuan ni klise sangatlah,” balas wanita itu. Walaupun klise, tetapi ia mampu menyuburkan taman-taman bunga yang tercipta di lubuk hatinya. Suara dan nada lembut lelaki itu seolah-olah memberikan sebuah kekuatan cinta yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini. Mahu saja menjerit, tetapi dia sedar ia bukanlah masa dan tempat yang sesuai.
“Tak kisahlah klise ke apa. Yang penting saya nak kahwin dengan awak juga,”
“Peliklah tuan ni. Semakin hari semakin mengada. Macam budak kecik!” bebel Hanis. Jason tergelak, suka mendengar leteran kekasih hatinya itu.
“Sampai bila nak pegang tangan saya ni? Nanti Mariam nampak, habis saya kena bahan.”
“Sabarlah...saya...”
TOK! TOK! TOK!
Ketukan pintu yang didengari membuat sepasang kekasih itu naik gelabah. Masing-masing menarik tangan dan cuba berlagak tenang. Seketika pintu itu terbuka. Muncullah kelibat Mariam disitu.
“Tuan, ada orang nak jumpa.” Kata Mariam.
“Oh, boleh. Mana dia? Masuklah,”
“Cik, Masuklah...” panggil Mariam.
Beberapa saat, muncullah seorang wanita yang memakai dress ungu. Dia menguntumkan senyuman ke arah Hanis dan Jason. Hanis segera membalas senyuman tersebut. Sementara, Jason sedikit terkejut dengan kedatangan wanita itu, namun cepat-cepat dikawal perasaan itu.
“Saya minta diri dulu, tuan.” Hanis mengundurkan diri. Jason hanya mengangguk dan menghantar langkah kekasihnya dengan pandangan. Wanita yang baru tiba itu, mula mendekati dengan senyuman yang tidak pudar dari bibir.
“Siapa tadi tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni,” soal Mariam ingin tahu.
“Manalah aku tahu. Client tuan Jason, maybe? Tak pun pekerja baru dekat sini?” Hanis cuba meneka. Mariam hanya mengangguk setuju. Ada betulnya apa yang Hanis cakap.
Setelah beberapa minit lamanya, pintu bilik pejabat Haiqal Jason terbuka. Wanita tadi terus melangkah keluar daripada Cafe itu. Beza beberapa saat, tubuh Haiqal Jason pula muncul.
“Saya keluar dulu, ada hal sikit. Bye, princess...” ujar Jason sebelum keluar. Hanis hanya mengangguk.
“Hal apa?” soal Mariam lagi.
“Kau ni pun, manalah aku tahu. Hal kerja lah tu,” Mariam tersengih-sengih sebelum fokus menyambung kerjanya semula.
Jason menuntun langkah dari arah belakang Haifah memasuki sebuah restoran tengah hari tersebut. Riak wajahnya seolah-olah seperti seorang hamba yang terpaksa akur tika itu. Lesu. Tidak bermaya. Bahkan, semangat yang tadinya penuh bersama Hanis, kini terasa di serap keluar. Dia mengambil tempat berhadapan wanita bernama Haifah itu. Sudah lama juga tidak bersemuka dengan wanita itu.
“Macam mana dengan urusan awak dekat Vietnam hari tu? Semua okay?” Tanya Haifah selepas pelayan restoran itu berlalu pergi. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada lelaki dihadapannya saat ini.
“So far so good,” balas Jason ringkas.
Tiada keghairahan mahu bercakap panjang, apatahlagi bertanya tentang perkembangan wanita itu. Apa yang bermain di ruang kepala, hanyalah cara bagaimana dia mahu memutuskan hubungan pertunangan itu. Semua ini berlaku disebabkan mama Jason yang terlalu ikut perasaan sendiri. Haifah bukanlah pilihan hati Haiqal Jason. Hanya Putri Hanis sahaja yang bertakhta didalam hati lelaki itu.
“Tak sangka kita berjumpa semula setelah beberapa tahun lamanya. Paling mengejutkan, saya dah jadi tunang awak sekarang ni. Rasa macam mimpi, tapi tulah, happy sangat-sangat.” Kata Haifah dengan teruja.
Perasaan serba salah mula muncul dalam diri Jason. Kasihan melihat wanita itu. Terlalu berharap dengan dirinya, sedangkan dia? Meskipun, Haifah adalah kenalan lama, tapi dia tidak boleh terima cinta wanita itu. Dia harus berkata jujur, meskipun ini sudah pasti menyakitkan hati Haifah.
“Haifah, aku sebenarnya...”
“Wait! 'Aku?'” soal wanita itu seolah tidak percaya apa yang baru didengarinya.
“What wrong?”
“Tak kanlah saya dah jadi tunang awak, masih nak guna panggilan 'aku kau' lagi? Come onlah, tu zaman dulu bolehlah. Sekarang dah lain,” jelas Haifah sambil tersenyum.
“Kau nak aku guna panggilan apa lagi?”
“Macam biasalah, saya dan awak. Boleh kan? Bukan susah pun,”
“Sorry, aku tak biasa,”
“Awak kena biasakan diri. Lepas kahwin nanti, taklah kekok sangat.” kata Haifah lagi.
“Tengoklah...” balas Jason pasrah.
Haifah tergelak suka. “Macam-macamlah awak ni. Dah, tadi awak nak cakap apa?”
Jason berdehem seketika. “Aku nak cakap, sebenarnya aku tak...” kata-katanya berhenti disitu lagi tatkala wanita itu mula memotong.
“Awak, kejap ya. Saya nak pergi tandas. Tiba-tiba, sakit perut pula,” Haifah terus meninggalkan Haiqal Jason seorang diri di meja tersebut. Lelaki itu mula mengeluh. Ada saja halangan!
“Jason, Jason. Kau ingat aku tak tahu, kau nak kata apa? Kau tak suka aku, kan? Kau nak putuskan tunangan ni? Memang taklah! Penat aku tunggu,”
****
Happy reading everyone <33 ( maaf kalau ada tertypo hehe)
Share this novel