TAP. TAP. TAP.
Bunyi tapak kaki bergema di segenap ruang setiap kali Strayz melangkah. Pelik. Ruangan VIP memang kalis bunyi, tapi jarang sesunyi ini.
Strayz memandang sekeliling. Semua pintu ke ruang hidangan utama tertutup. Mungkin semua VIP lain sedang menikmati santapan mereka.
Atau mungkin sedang memujuk Vynce — budak manja yang kehilangan hidangan utama kepadanya. Entah kenapa, yang lain kadangkala membuang masa menjaga hati si manja itu, sedangkan dia tidak pernah peduli. Mungkin juga kerana si manja itu kadangkala rela dijadikan appetizer.
Tap. Tap. Tap.
Bunyi itu masih mengiringinya sepanjang jalan.
Langkahnya terhenti di hadapan sebuah pintu hitam gelap, dihiasi reben merah di atasnya — tanda bahawa hidangan utama sudah sedia untuk dirasmikan. Dia mencapai gunting kecil di atas meja sisi pintu, lalu memotong reben itu. Gunting dan reben itu diletakkan semula ke tepi.
Strayz mengeluarkan kadnya dan menyentuh pintu. Setiap VIP mempunyai kad akses dengan rekaan tersendiri. Pintu setiap bilik akan disetkan dengan kod yang hanya boleh diakses dengan kad tertentu. Jadi, hidangan yang tersedia untuk VIP lain tidak dapat dicuri tanpa kad akses VIP itu sendiri.
Kecuali jika ada VIP yang setuju untuk kenduri... pintu itu akan dibuka untuk kad VIP lain juga.
Aroma halus champagne dan lilin beraroma ruangan mahal menyambutnya sebaik saja pintu terbuka. Dan yang paling mengiurkan adalah hidangan yang terhidang di atas satin merah darah di tengah ruangan. Benar-benar menaikkan seleranya.
Strayz melangkah masuk dan menarik pintu itu rapat. Tiada siapa selain dia yang boleh masuk ke sini. Jaketnya ditanggalkan dan dibiarkan melurut ke lantai, sambil dia berjalan mendekati sekujur tubuh yang terbaring di atas katil.
Tangannya mengelus perlahan bahagian betis gadis itu yang terdedah—dari lutut hingga ke kaki. Heels yang dipakai gadis itu dilempar ke tepi, sebelum telapak kakinya digeletek. Gadis itu bergerak sedikit, menarik kakinya.
Senyuman Strayz mula melebar.
“Dah bangun?”
Strayz memanjat ke atas tubuh gadis itu. Dia tak berminat jika makanannya sekadar bangkai yang tak bergerak.
Dia suka bila mereka menangis.
Dia suka bila mereka merayu.
Dia suka bila mereka menjerit.
Dia suka bila mereka memandangnya dengan jijik —
ketika dia menikmati tubuh mereka.
Dia menyelak rambut gadis itu yang sedikit menutupi wajah. Santapan sempurna… kecuali parut ||/ yang mencacatkan wajahnya.
Mata gadis itu terbuka. Tapi gadis itu tidak menangis. Tidak meraung.
Dia hanya…
Tersenyum.
Strayz memicit pipinya. Cuba untuk menghapus senyuman itu. Dia benci senyuman seperti itu — senyuman yang seolah-olah menikmati saat ini.
Ini bukan dua tubuh yang bersatu dalam cinta.
Gadis ini akan menjadi santapan dalam menu — tanpa rela.
Atau mungkin dia masih mabuk dan membayangkan Strayz sebagai orang lain?
Jika itu faktanya, saat gadis itu tersedar nanti… pasti sangat menyakitkan.
Dan Strayz akan menikmati setiap detik gadis itu hancur dalam kesalahannya.
“Kau memang cantik,” suara gadis itu tenang, tidak sedikit pun menunjukkan dia di luar kesedarannya.
“Macam malaikat yang turun ke bumi. No wonder kau boleh tipu semua orang.”
Tangan gadis itu mengelus wajahnya — berani.
Strayz menangkap tangan itu dan mempinkan ke atas kepalanya. Matanya tajam meneliti wajah gadis itu.
“Aww.. hate to share the stage?”gadis itu masih berani memprovokasinya.
Tangan Strayz yang tidak memerangkap tangan gadis itu dibawa ke leher gadis itu dan digenggam. Cukup untuk menyekat pernafasan gadis itu.
Senyuman gadis itu mula menghilang dan disaat itu lah senyuman Strayz melebar.
Gadis itu mula meronta.
“Makanan tak patut berlagak berkuasa.” Strayz membisikkan kata itu ke telinganya.
Bisikan itu, yang sepatutnya lambang kuasa, hanya mengundang tawa tipis gadis itu — sebelum semuanya terbalik. Hanya sesaat dan tiba-tiba tubuhnya pula yang berada di bawah.
“Tapi aku suka mainan aku berlagak.” gadis itu pula meniru gaya Strayz berbicara.
Ringan tubuh gadis itu cuba cuba diterbalikkan kembali ke bawahnya. Tapi..
Strayz terbatuk kecil. Gas pucat menyusup masuk — Tenaganya hilang serta-merta. Tubuhnya rebah — lumpuh tanpa amaran.
Kenapa… badan aku…?
Apa dia dah buat—
Strayz ingin bersuara namun suaranya juga hilang dari kotaknya. Hanya anak matanya masih boleh digerakkan. Cukup untuk dia melihat gadis itu menarik keluar selongsong gas yang masih memuntahkan isinya dari kulit lengannya yang terkoyak dan memainkannya seperti bunga api.
“Sebab hancurkan maruah mainan yang begitu memang sangat nikmat.”
May bersuara, disambut sisa tawanya.
Share this novel