Chapter 17

Horror & Thriller Completed 5356

?Last part 17.

{ Emylea POV }

Perlahan aku membuka mataku. Pening terasa apabila cahaya menyilaukan mataku. Pandanganku kabur. Aku tutup kembali mataku. Argh, terlampau silau. Berkerut mukaku.

Sekali lagi aku membuka mataku perlahan. Putih. Aku... Dah mati ke? Apakah?

"Emylea, kau dah sedar ke?" Kedengaran satu suara menegurku. Bidadari ke? Suara yang dah lama aku tak dengar.

Aku fokuskan lensa mataku.

Hah, Lyana! Terus aku terbangun secara refleks terkejut. Lyana terkejut sama.

"Eh, kau dah kenapa? Okay tak ni? Jangan buat aku cuak, beb. Baring, baring. " Katanya dan tolak aku ke belakang perlahan membuatkan aku terbaring.

Imbasan memori yang lepas mula terimbas kembali. Ah, sakit. Kepala aku!

"Ah, sakit! Lyana!" Aku dah bergulung atas katil macam lipan. Lipan eh? Eh, silap. Ulat gonggok. Hehe.

"Weh, kau okay tak ni? Tunggu eh. Aku panggil doktor." Kata Lyana cemas dan bergegas keluar.

_____
Skip
_____

Ah, aduhlah. Aku kat mana ni? Sewaktu ketika selepas Lyana keluar, doktor masuk bersamanya. Selepas itu aku tarak ingat.

Aku bangun perlahan dan duduk. Owh, aku kat bilik tadi. Rasanya kat hospital sebab ada doktor. Kan?

Kini aku berseorangan. Aku pandang dinding. Kosong. Tak tahu nak buat apa, rasa apa, fikir apa dan apa - apalah.

Perasaan sedih tiba - tiba menyerangku. Air mata mengalir tanpaku sedar. Apa semua ni? Betul ke apa yang aku lalui? Mama, Daiyan, Dunia Fantasi. Betul ke semua ni? Ah, peritnya. Sakitnya hati aku!

Aku menepuk - nepuk dadaku dengan penumbuk. Ah, sakitnya. Sakit sangat. Bukan sakit sebab aku tumbuk diri sendiri tapi sakit hati.

"Hey, hey! Kau ni kenapa? Kenapa dengan kau ni! Cuba bawak bertenang." Lyana baru masuk ke dalam bilik wadku. Mesti dia terkejut lihat keadaan aku. Tiba - tiba menangis sambil tepuk - tepuk dada. Macam orang meroyan pun ada.

"Lyana! Lyana!" Aku meraung kalah baby 3 bulan. Hailah, Emylea. Kenapa lemah sangat kau ni?

"Ya, ya. Aku kat sini. Kau kenapa ni? Janganlah buat aku naik sebak. Sudah, sudah. Bawa bertenang. Aku kan ada. Kau janganlah risau. Takde apa. Kau selamat. Kau selamat." Lyana memujukku sambil memelukku. Suaranya juga sudah bergetar.

Aku menangis teresak di bahunya. Aku menangis semahuku. Tak satu pun soalan Lyana aku jawab.

_____
Skip
_____

"Apa? Betul ke?" Aku terkejut. Macam tak percaya.

Lyana mengangguk. Mukanya menunduk. Serba salah mungkin.

"Jadi, kau nak kata aku ni hilang selama 2 tahun?!? Kemudian aku dijumpa di belakang sekolah? Apakah? Tak masuk akallah!" Kataku. Lyana memandangku.

"Aku tahu benda ni mustahil. Tapi betullah. Aku tak tipu. Sumpah." Kata Lyana bersungguh. Siap angkat tangan macam nak berikrar lagi.

"Papa aku?"

Lyana terus pucat. Dia memandangku sayu.

"Maafkan aku. Papa kau.." Lyana berhenti. Dia menggigit bibirnya yang tebal kalah Angelina Jolie.

Aku menanti jawapan dari Lyana. Nampaknya macam minah ni takkan jawab.

"Apa? Cakap jelah."

"Papa kau dah kahwin lain!" Kata Lyana dengan nada serba salah.

Aku tersentak. Like, duh! Terkejut gila kot.

"Kau okay tak ni?" Soal Lyana. Aku mengangguk. Awat dia ni terkejut sangat, hah?

"Bila? Macam mana?" Soalku. Ah, tak taulah. Malu rasanya nak mengaku tu ayah aku.

"Selepas setahun kehilangan kau, dia berkahwin dengan seorang.. Er, janda anak tujuh. " Aku tersentak lagi. What the..? Aku ternganga. Aku tak kesahlah kalau bapak aku tu kahwin dengan anak dara atau kalau nak kahwin dengan janda sekali pun janganlah sampai anak 7.

"Jadi, sekarang dia tahu tak aku kat mana sekarang? Dia tahu ke keadaan aku sekarang?" Soalku.

Lyana mengangguk.

"Jadi?"

"Sejak dia tahu tentang kau telah dijumpa, dia terus datang berjumpa dengan aku. Mungkin kerana aku je yang dia kenal ataupun sebab aku je yang paling rapat dengan kau. Katanya, mulai harini aku kena jadi penjaga kau. Dia akan masukkan duit kepada aku setiap bulan untuk perbelanjaan kau dan tambahan untuk aku. Pada mulanya aku menolak sebab.. Kau tahu kan aku bukannya gila duit pun. Aku boleh je sara diri selama ni. Tapi dia paksa aku dan dia kata kalau aku tak terima apa yang dia arahkan, dia akan biarkan kau mati kebuluran. Jadi aku terpaksa terima tawarannya. Dia tak nak kau mengaku sebagai anaknya lagi. Mulai harini kau tinggal dengan aku, aku tinggal dengan kau. Faham?" Panjang lebar Lyana menerangkannya dengan penuh semangat yang berwibawa. Cewah, ayat. Rasa nak luruh jantung aku. Ayah aku sendiri, abaikan aku?

Aku terdiam. Membisu sejuta bahasa.

"Baiklah. Aku faham." Aku setuju. Ah, aku dah tak nak kesah. Apa nak jadi tu, jadilah!

_____
Skip
_____

"Weyh, aku lupa nak tanya kaulah. Apa doktor cakap?" Soalku. Boleh pula aku terlupa. Aku memandang Lyana yang sedap makan maggie cup depan aku. Bukannya apa. Aku terliur tengok cara dia makan.

"Erm, kata doktor kau sakit kepala tadi mungkin kerana terkejut." Kata Lyana sambil menghirup kuah kari maggie cupnya.

"Owh, begitu. Tak serius, kan?" Kalau serius, uih, janganlah. Aku taknak. Aku mengecap bibir apabila Lyana memasukkan satu garfu penuh dengan maggie ke dalam mulutnya.

"Tak. Tapi, doktor ada cakaplah. Kau ada parut kat perut belah kanan kau. Seolah - olah ada benda tertikam tembus kat badan kau. Warna anak mata kau pun dah lainlah. Mula - mula doktor anggap kau kau ni normal je sebab tak nampak teruk sangat. Lepas tu bila check kau balik lepas kau histeria semalam, doktor kata kau ada isu. Kau kena duduk hospital lama sikit." Terang Lyana. Dia ni kalau nak menerangkan sesuatau benda memang crystal clear dan panjang lebar betul macam karangan.

"So?" Soalku menarik maggie cup milik Lyana.

"So, doktor kata, kau kena stay kat hospital lebih lama for further check - up. And kau tak boleh makan makanan selain makanan hospital." Kata Lyana seraya mengambil semula maggie cupnya yang sudah aku telan separuh isinya. Ini kes makan hospital tak sedap.

"Alaa.. Nak sikit je. Please. " aku merayu sambil buat muka comel. Lyana pusingkan matanya.

"Nahlah. Jangan salahkan aku kalau kau sakit perut nanti, okay? Habiskan tu." Katanya sambil menyerahkan maggie cupnya yang tinggal suku saja isinya. Aku tersenyum. Yes, taktik aku berjaya. Lagi sekali.

"Weh, erm.. Bil hospital?" Soalku. Risau kalau kami yang kena tanggung bil hoapital. Matilah nak kalau kena bayar. Dahlah hospital mahal ni.

"Bapak kau tanggung. Kiranya, bahagian duit semua bapak kau tanggung. Hang jangan risau." Terang Lyana. Patutlah dia boleh tenang je. Aku mengangguk faham dan sambung makan maggie macam dah bertahun tak makan. Erk, memang pun. Kan?

_____
Skip
_____

Kini, sudah genap setahun sejak peristiwa 'kehilangan' aku tu. Walaupun dengar macam mustahil, tapi aku belajar bahawa dalam dunia ni takde apa yang mustahil.

Aku tinggal dengan Lyana sekarang. Duit sara yang papaku beri setiap bulan itu kami kongsi untuk sara hidup. Lyana sebelum ni tinggal seorang bersama ibunya di rumah kayu yang buruk kini tinggal bersamaku di sebuah apartment yang lebih selesa.

Kami bahagia begini. Buat sementara ni, kami bahagia. Aku terima segalanya dengan hati yang terbuka.

Ya, aku masih bersekolah dan tahun ni merupakan tahun terakhir aku. Aku masih tak pasti sama ada peristiwa Dunia Fantasi itu benar atau tak. Sama ada mimpi atau kenyataan.

_____
Skip
_____

Namun kebahagiaan kami tak kekal.

"Sabarlah weh. Kau kena bawak bertenang. Bawa mengucap. Istigfar banyak - banyak. Kau kena tabah." Aku cuba menenangkan Lyana yang sudah teresak - esak menangis. Aku juga sedang menangis. Berita tentang kematian ibu Lyana amat memberi kesan kepada kami. Walaupun baru setahun aku mengenalinya, ianya amat mengejut dengan pemergiannya.

Sudah seminggu ibu Lyana terlantar di hospital. Kata doktor, dia sudah semakin sihat. Namun, mungkin tuhan lebih sayangkan dia. Ibu Lyana pergi jua.

"Mak aku, Lea! Mak aku! Mak aku dah tinggalkan aku. Semua orang tinggalkan aku. Aku dah takde sesiapa dah. Mak aku dah takde!" Rintih Lyana sayu. Makin kuat tangisannya. Sebak terasa.

"Kau janganlah macam ni. Sabarlah. Aku faham perasaan kau. Kau kena tabah. Demi mak kau. Kau kena kuat. Tak eloklah menangis macam ni. Mesti mak kau sedih tengok kau macam ni." Pujukku lagi. Meski aku pun tak dapat nak menahan sebak dan menangis sama, aku cuba tak meraung seperti Lyana.

"Kau tak faham, Emylea!"

"Aku tak faham? Kau tahu tak apa rasanya bila mak kau tinggalkan kau dan ayah kau pinggirkan kau? Sakit tau. Cuba kau fikir apa rasanya." Aku sudah mula menangis sama. Sensitif berlapis - lapis. Tak taulah.

Lyana terdiam. Masih tersedu - sedan. Bengkak sudah matanya. Mukanya pula sudah merah. Menangis banyak sangat.

"Maafkan aku. Aku yang salah. Aku ada kau. Kau ada aku. Maafkan aku." Dan kami berpelukan. Lama. Dalam tangisan.

_____
Skip
_____

"Oh mak kau biawak." Latah Lyana. Kalah mak cik jual karipap sebelah rumah apartment aku tu. Aku tergelak berdekah - dekah. Macam lawak sangat. Entah apa entah yang lawaknya. Tapi memang lawak pun.

"Hee, kau ni. Terkejut aku. Kus semangat." Lyana mengurut dadanya.

"Kita lepak sini sampai petang nak tak?" Soalku. Ceria.

"Banyaklah kau punya lepak. Trial lagi 2 minggu kau nak lepak? Meh sini aku kepak kau. Baru kau tahu rasanya kepak kat hospital nanti." Kata Lyana. Aku tersengih. Iklan ubat gigi Darlie, Colgate sebentar.

"Okaylah. Kita buat homework dulu lepas tu kita lepak?" Cadangku. Lyana mengangguk.

Kami selalu 'lepak' belakang sekolah. Kawasan private kami. Privatelah sangat. Selalunya kami akan buat kerja sekolah kat bawah pokok besar yang akarnya besar membolehkan kami membuatnya sebagai kerusi dan meja. Best sangat pokok tu. Dah tua.

"Weh, aku nak pi toilet sat. Hang tunggu aku kat sini. Okay. Bubye." Lyana terus pergi meninggalkan. Nak terkencinglah tu. Tadi aku ajak tak nak ikut. Padan muka.

Aku menyambung membuat latihan. Kerja sekolah aku dah siap. Aku buat latihan yang paling aku lemah. Fizik.

"Aduh, amendelah jawapan dia ni? Awat aku tak dapat - dapat ni?" Aku rasa rimas. Serabut fikir soalan. Eh, silap. Jawapan.

"Kenapa serabut - serabut ni?" Tegur satu suara. Garau bunyinya. Ah, sudah. Apa pula tu. Ah, Lyana kot.

"Ni ha.." Aku TERjawab sambil memusingkan kepalaku kearah suara itu.

"Daiyan!" Aku terkejut sampai berdiri. Amat. Daiyan dengan baju puteranya. Memang janggal kalau orang lain nampak. Tapi tak bagi aku. Maksudnya aku tak gilalah? Yeay!

Terus aku memeluknya. Wah, rindunya. Kejap. Betul ke ni Daiyan? Ke aku berhalusinasi. Aku meleraikan pelukan membuatkan Daiyan terkejut.

Aku menampar - nampar pipiku. Ah, sakitlah! Aku tak mimpilah! Aku terus menampar pipi aku sampai merah jadinya sebelum di tahan oleh Daiyan.

"Ini sayalah. Oppa awak." Katanya lembut. Alahai, cairlah den.

"Betul?" Soalku lagi sekali. Saja nak pastikan.

Pang!

Aku lempang Daiyan. Daiyan terpana. Dia memegang pipinya. Kemudian aku memeluk Daiyan sebelum menarik dan menggenggam erat tangannya yang sedang memegang pipinya. Aku mencium pipinya yang ditampar olehku lembut.

Daiyan masih lagi terkejut. Dia terpinga - pinga. Tak faham.

"Penampar tu sebab awak tinggalkan saya. Ciuman tu sebab saya rindukan awak." Kataku membuatkan Daiyan tersenyum.

"Berbaloilah." Kata Daiyan. Aku tergelak.

"Emylea." Aku terdengar manusia memanggil namaku. Lyana. Panggilannya membuatkan kami berhenti. Dia memandangku pelik. Owh, ya. Tangan Daiyan merangkul erat pinggangku.

"Er, Lyana. Kau jangan salah faham. Erm, ni suami aku." Terangku. Memang sahlah dia tak faham.

"Er, nanti aku terangkan." Kataku.

"Kita takde masa ni. Mari. Ikut saya. Mama tengah tunggu kita tu." Kata Daiyan seraya menarik tanganku.

"Lyana, jomlah ikut aku." Lyana mengangguk dan mendekatiku. Aku memegang tangannya. Sejuk. Aih, takut ke? Tapi macam tak percaya yang dia ikut aku.

Aku dan Lyana mengikut Daiyan. Ianya sebuah lubang. Yalah, itulah caranya aku termasuk dalam Dunia Fantasi! Aku terjatuh dalam lubang tu secara tak sengaja.

_____
Skip
_____

"Emylea!"

"Mama!" Aku memeluk mama. Ah, rindunya.

"Ma, ni Lyana. Dialah kembar tak seibu sebapa saya. Lyana ni mama saya." Aku perkenalkan Lyana. Mama mengangguk dan memeluk Lyana. Pelukan terlerai.

"Saya Lyana, cik." Kata Lyana memperkenalkan dirinya.

"Panggil mama, okay?" Kata mama. Lyana terdiam. Kemudian tersenyum. Gembira.

Aku perkenalkan ahli keluargaku yang berada di Dunia Fantasi. Kemudian aku menceritakan segalanya pada Lyana.

_____
Skip
_____

"Wuu, tahniah, Lyana!"

"Terima kasih." Hekeleh. Malu - malu pulak. Lyana dah berkahwin dengan Khayrul. Ya, Khayrul si pengkhianat tu. Tapi dia dah insaf.

"Yeobo, Wafiey menangis tu. Pergi amek dia." Arah Daiyan. Aku mencebik. Eh, eh mamat ni. Dia yang bagi Hafiey lari - lari. Bila Hafiey jatuh dan nangis suruh aku pujuk pulak.

"Takpe, takpe biar mama ambil dia." Kata mama dan menuju ke arah Hafiey yang baru mencecah 2 tahun.

"Alololo, cian cucu nenek ni. Papa buli eh? Sian dia." Mamaku mengangkat Hafiey dan memujuknya yang sudah meraung. Aku tergelak bila Daiyan pandang mama semacam sewaktu namanya disebut.

Dalam dunia ni takde apa yang mustahil.

{ End Emylea POV }

End.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience