22

Romance Series 93217

Ezmal meraup wajahnya berkali - kali. Dia benar - benar kusut dengan apa yang telah terjadi. Sejak semalam telefon bimbitnya tidak henti - henti berdering. Semua panggilan itu datangnya dari Ramona. Tidak cukup dengan itu, Ramona juga tidak jemu - jemu menghantar mesej kepadanya. Pelbagai pujuk rayu yang dilakukannya namun tidak ada satu pun yang Ezmal balas. Hatinya benar - benar sakit. Mana mungkin dia bisa melupakan apa yang terjadi semalam dengan sekelip mata. Masih terbayang - bayang di mindanya akan perbuatan terkutuk Ramona dan Yasir semalam. Sungguh dia merasa jijik dengan kedua - dua insan itu.

Seusai makan tengah hari bersama, Ezmal telah menyuarakan hasrat hatinya untuk bertemu dengan seluruh ahli keluarganya di ruang tamu rumah mereka. Kata Ezmal lagi, dia sangat berharap agar seluruh ahli keluarganya dapat memberi kerjasama untuknya. Apa yang bakal dibincangkan ini sangat penting buat Ezmal. Ianya melibatkan soal masa depan dan kebahagiaan dirinya. Mendengarkan permintaan Ezmal itu, Puan Sri Elise mula dirundung perasaan bimbang. Hatinya mula berasa kurang enak. Sejak petang semalam, Ezmal sudah mula menunjukkan perubahan. Anak sulungnya itu memang kurang bercakap sejak semalam. Dia lebih gemar memencilkan diri di dalam kamar. Apabila ditanya, Ezmal mengelak untuk menjawab. Jadi apa sebenarnya yang berlaku saat ini? Apa yang Ezmal cuba ingin
sampaikan? Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Puan Sri Elise.

“Yes, Ezmal. What's going on? Hal apa yang Ezmal nak bincangkan dengan kami semua ni? Dad tengok macam serius je." Soal Tan Sri Zamir membuka bicara.

Ezmal tidak terus menjawab. Sebaliknya dia merenung satu persatu wajah ahli keluarganya sebelum pandangannya jatuh ke arah Yasir. Lama wajah itu ditenung. Yasir yang menyedari akan hal itu mula berasa cemas. Dia seakan dapat menangkap akan tujuan asal pertemuan ini diadakan. Peluh dingin sudah mula merembes keluar di seluruh tubuhnya walhal keadaan di dalam rumah itu agak sejuk dengan adanya pendingin hawa.

“Ezmal nak bercakap soal hubungan Ezmal dan Ramona." Lancar sahaja ayat itu keluar dari bibirnya.

Belum sempat Tan Sri Zamir membalas, tiba - tiba muncul Ramona di hadapan pintu rumah mereka. Wajahnya kelihatan sedikit rungsing seperti orang yang menanggung beban masalah yang menggunung. Semua tumpuan kini tertumpu ke arah gadis itu. Melihatkan wajah rungsing Ramona, semua orang di dalam rumah itu seakan sudah dapat menangkap akan maksud sebenar apa yang cuba disampaikan Ezmal sebentar tadi. Namun demi memberi ruang untuk Ezmal dan Ramona bersuara, Tan Sri Elise menjemput Ramona untuk turut serta dalam perbincangan mereka itu.

“Baguslah you ada sekali kat sini. Lagi mudah kerja I." Mendatar sahaja suara Ezmal.

Yasir semakin panik. Dia mencuri - curi pandang ke arah Ramona. Dilihatnya Ramona juga seakan cemas dengan apa yang bakal diperkatakan Ezmal. Bagaimana jikalau Ezmal menceritakan tentang hal yang terjadi semalam kepada keluarga mereka? Pasti dad dan mom akan memarahinya dengan teruk. Bahkan silap haribulan dia bisa dihalau dari rumah ini. Yasir sudah mula takut untuk memikirkan akan kemungkinan itu.

Ramona gugup. Tujuannya datang ke sini sebenarnya adalah kerana ingin menemui Ezmal. Ini kerana dia sudah menemui jalan buntu untuk memujuk kembali lelaki itu. Sudab puas dia merayu dan memohon maaf kepada Ezmal melalui telefon. Malangnya tidak ada satu pun panggilan telefon dan mesejnya dijawab oleh Ezmal. Jadi dalam erti kata lain, dia sudah tidak mempunyai cara lain lagi selain datang menemui Ezmal sendiri di rumah ini. Ramona sanggup menanggung risiko asalkan dia dapat menemui lelaki itu sendiri. Namun sebaik dia tiba di rumah ini, keadaan menjadi sebaliknya. Lain yang dirancang lain pula yang jadi.

“Ez, Mona. Kenapa ni? Apa yang terjadi sebenarnya? Mom tengok masing - masing macam stress je dari tadi. Korang berdua ada masalah ke?" Soal Puan Sri Elise bimbang.

“Err.. Sebenarnya mom.."

“Sebenarnya mom, dad ada perkara penting yang Ez nak beritahu kepada semua orang mengenai hubungan Ez dan Mona. Ez tahu semua orang akan terkejut dengan keputusan ni. Tapi Ez dah fikir masak - masak dan Ez dah pun buat keputusan. Ez nak putuskan pertunangan kami." Laju sahaja Ezmal memotong kata - kata Ramona. Wajahnya tampak bersahaja saat menuturkan kata - kata itu.

Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise masing - masing mengucap panjang. Sungguh mereka tidak menyangka dengan keputusan yang diambil Ezmal. Semuanya terjadi secara tiba - tiba. Malah keputusan Ezmal itu juga turut mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya buat keluarganya yang lain - lain.

“What?? No, Ezmal! No!!! A big no!!!" Ramona hampir menjerit. Pantas dia mendekati Ezmal lalu tangan lelaki itu ditarik ke dalam genggamannya. Ramona sudah tidak mempedulikan mata - mata yang memandang ke arah mereka ketika ini. Dia sudah buang perasaan malu itu jauh - jauh. Apa yang penting ketika ini ialah Ezmal.

Ezmal merengus marah dengan perbuatan kurang sopan Ramona. Dia menarik kembali tangannya lalu tubuh Ramona ditolak sedikit agar menjauhi dirinya.

“Wait!! Apa yang terjadi sebenarnya ni? Ezmal? Ramona? Cuba ceritakan kepada kita orang. Kenapa sampai nak kena putuskan pertunangan ni?" Soal Tan Sri Zamir bingung.

Yasir semakin gelisah. Peluh dingin semakin membasahi bajunya. Duduknya juga semakin tidak tentu arah. Semuanya serba tidak kena. Wajah Ezmal langsung tidak berani dipandang. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan segala - galanya pasti akan terbongkar sebentar sahaja lagi. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia melarikan diri saat ini. Tetapi seandainya semua itu berlaku pasti segala rahsianya akan terbongkar dengan sendirinya.

“Nothing happened dad. I just can't continue this relationship anymore. Maybe we are not meant to be. Lagipun Ez dah tak nampak apa - apa keserasian pun di antara kami berdua. Daripada Ez terus menyeksa hati dan perasaan Ramona, lebih baik kami putus sahaja. Betul tak?" Luah Ezmal berbohong. Dari riak wajahnya, jelas kelihatan kekecewaan yang ditanggungnya.

Yasir terkedu. Dia dan Ramona saling berpandangan. Masing - masing seakan tidak percaya dengan apa yang mereka dengari. Betapa Ezmal sanggup berbohong demi menutup akan sebuah kebenaran. Bahkan lelaki itu sanggup memilih untuk merahsiakan perkara yang sebenar demi menjaga aib mereka berdua. Sungguh Yasir dihantui perasaan bersalah. Dalam keadaan begini pun, Ezmal masih sudi untuk menutupi kesalahannya sedangkan dia? Tanpa rasa bersalah dan belas kasihan, terus sahaja mengkhianati abangnya sendiri. Tanpa sedar, perasaan sebak mula menguasai dirinya. Sungguh dia berdosa terhadap Ezmal.

“Are you sure, abang? Atau sebenarnya ada apa - apa yang terjadi yang abang cuba rahsiakan dari pengetahuan kami?" Soal Nadira cuba serkap jarang.

Wajah Nadira kelihatan sinis. Dia sengaja menyoal sebegitu demi melihat kejujuran Ezmal. Dalam diam - diam, Nadira tahu apa yang terjadi sebenarnya. Sudah lama dia dapat menghidu akan hubungan terlarang yang terjalin di antara Yasir dan Ramona. Pernah sekali dia melihat Yasir mengunjungi rumah Ramona dan tanpa segan silu gadis itu melayani Yasir dengan penuh mesra dan menggoda. Tidak cukup dengan itu mereka berdua juga sering dilihat menghabiskan masa bersama tidak kira hari dan waktu. Sejak dari itu, perasaan hormat Nadira terhadapa Ramona mula terhakis sedikit demi sedikit.

“There was nothing to hide, Nad! Everything is ok. Like I said before, kita orang dah tak ada persefahaman. Jadi untuk apa hubungan ni diteruskan lagi. Abang tak nak ianya menjadi semakin teruk nanti." Ujar Ezmal masih tetap berbohong.

“To be honest, I was shocked. Mom ingat selama ni Ez dan Mona ok je. Takde masalah apa - apa. Tapi sekarang ni lain pulak yang mom dengar. But it's ok. Kita bagi peluang kepada kedua - duanya untuk bersuara. At least tak adalah keputusan ni nanti dianggap berat sebelah kan? So Mona, ada apa - apa yang Mona nak bagitahu kepada kami semua tentang keputusan Ezmal ni?" Soal Puan Sri Elise tenang.

Semua pandangan tertumpu ke arah Ramona. Masing - masing menatikan penjelasan Ramona dengan penuh sabar. Gadis itu dilihat hanya menunduk sambil bermain dengan jari - jemarinya.

“Mom, dad, Mona minta maaf. Mona tahu mom dan dad mesti kecewa dengan apa yang dah terjadi. To be honest, I'm dissapointed too. But I can't do anything. Semua keputusan di tangan Ez. Mona tahu semua ni terjadi sebab Mona terlampau mendesak Ez dalam segala hal. Tapi mom dan dad..." Kata - kata Ramona terhenti di situ. Suaranya juga sudah kedengaran sebak.

“Tapi kenapa?" Soal Tan Sri Zamir pula.
Ramona masih menjadi tumpuan semua yang berada di situ. Semuanya kelihatan begitu sabar menantikan penjelasan Ramona yang seterusnya.

“Mona buat semua tu sebab Mona terlalu sayangkan Ez. Mona tak nak kehilangan Ez. Mona tahu Ez tak suka Mona terlampau mendesak dia. Tapi Mona cuma mahukan yang terbaik untuk kami. Itu aje. Salahkah Mona buat semua ni?" Soal Ramona sebak. Air matanya turut sama mengalir membasahi pipi.

Ezmal tersenyum sinis. Dia sedikit pun tidak berbekas dengan alasan yang diberikan Ramona itu. Semuanya palsu belaka. Namun demi tidak mengeruhkan keadaan, Ezmal hanya memendamkan sahaja di dalam hatinya.

“Yes mom, dad. It's all my fault. I'm too busy in my career sampaikan Ez langsung tak ada masa nak berikan kepada Mona. Ez tahu Mona terlalu tagihkan perhatian dari Ez. But I can't mom, dad. So dari Ez terus memyeksa Mona, lebih baik Ez lepaskan dia dengan cara yang baik. Mona layak bahagia dengan orang lain yang lebih menghargainya. Ez harap semua faham dan hormati dengan keputusan Ez ni. Nothing else." Ujar Ezmal tenang lalu segera berlalu pergi meninggalkan mereka yang lain.

Sebaik tubuh Ezmal menghilang, Ramona jatuh terduduk di atas lantai bersama tangisan yang sukar dimengerti akan maksudnya. Puan Sri Elise tumpang bersimpati namun apalah dayanya untuk mengubah keputusan Ezmal itu. Semuanya sudah tertulis. Jadi antara suka dan tidak, mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Semoga kebahagiaan itu akan hadir dan menyinari hidup anaknya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience